Jumaat, 8 April 2022

How to fish

 Didik Pelajar "How To Fish"

==================


Kesilapan besar sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat daripada setiap peperiksaan tanpa mengira peringkat, walau pun pada hakikatnya kemudiannya pelajar itu gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi atau ketika berada di alam pekerjaan. Keadaan ini cuba dimanfaatkan oleh golongan tertentu untuk memenuhi cita-cita memaparkan angka-angka sasaran untuk menonjolkan kononnya kehebatan pengurusan atau pengajaran mereka masing-masing.  Dalam menjustifikasikan pelaksanaan kepincangan ini, kadang-kadang ramai juga yang suka menyalahkan orang lain seperti nyanyian lagu "bangau oh bangau ..." itu, dan terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan dan berusaha memperbaiki kepincangan itu. 


Pada hari ini secara umumnya, "gred" adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan dan amalan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka.  Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, hanya mendapat D dalam amalan kemahiran belajar (yang sememangnya tidak diukur). Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan. 


Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai kemahiran dan mampu untuk  meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tidak ada yang memberi 'fish'. They still can use their skill to fish and get their own fish. 


Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout / nota perlu tindakan penelitian semula secara serius. Jika ia membawa kepada 'give them fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahannya untuk diberikan 'handout'. 


Pemerhatian menunjukkan ramai pelajar yang  mengusung (membawa) nota yang dibekalkan pensyarah / guru yang penuh dengan tandaan 'highlighter' dibawa ke sana dan ke mari, tanpa mereka berusaha membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya kemahiran yang pelajar seperti ini miliki? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca nota itu dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar. 


Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul mengamalkan lima (5) fasa membuat nota, iaitu nota sebelum kelas (menggunakan sinopsis kursus dan buku rujukan yang disenaraikan), nota semasa kelas (boleh memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang disampaikan pensyarah, menyalin keyword atau poin penting sahaja secara ringkas), nota selepas kelas (berdasarkan ingatan, kefahaman dan rujukan kepada buku-buku rujukan yang disenaraikan), melengkap dan menambah nota (memperkayakan nota dengan merujuk kepada pelbagai sumber) serta memadatkan / memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda, membuat nota satu muka-surat dan sebagainya (merumus dan memadatkan nota)), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat (membuat senarai keutamaan dalam pembelajaran dan tindakan) melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota dengan ayat sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi mengikut hiraki pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain). 


Jika anda bandingkan situasi di mana seseorang yang sampai ke satu tempat tertentu dengan memandu sendiri berbanding dengan memandu dengan bantuan orang lain di sebelahnya atau menggunakan alat GPS. Pada pendapat anda, keadaan manakah akan membolehkan pemandu itu lebih cepat sampai ke tempat yang sama sekali lagi tanpa bantuan seperti yang diterima pada kali pertama itu? Saya yakin pemandu yang memandu dengan situasi pertama akan sampai ke tempat itu lebih awal kerana banyak perkara telah dipelajari semasa perjalanan pertama itu walaupun beliau mungkin mengambil masa yang agak lebih panjang. Itulah perumpamaan untuk orang yang belajar. Seorang yang belajar lebih 'independent' berbanding dengan seorang yang belajar terlalu bergantung kepada guru dan orang lain akan menguasai bahan yang dipelajari dengan lebih baik. 


Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleh pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan inovasi untuk kemajuan negara dan manusia sejagat. Dalam pelaksanaan konsep SLT, contihnya satu jam kuliah rasmi memerlukan dua jam pelajar belajar sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan proses membuat nota. Dua jam masa pelajar belajar sendiri itu berkaitan dengan menyediakan nota sebelum kuliah (satu jam) dan menyediakan nota selepas kuliah (1 jam). Untuk satu jam tutoran rasmi, pelajar juga memerlukan dua jam untuk belajar sendiri. Jika digabungkan semua mod pengajaran dan pembelajaran itu, peruntukan masa dalam SLT untuk kuliah, tutoran dan amali itu maka ia mampu memberikan ruang secukupnya untuk pelajar membina kemahiran yang akhirnya mampu belajar sepanjang hayat. 


Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bangunkan, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya pelajar memiliki tahap berdikari lebih kurang 80 peratus, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah lebih kurang 20 peratus. Kedua-dua perkara ini akan berbeza dan berubah mengikut umur pelajar. Pelajar yang berumur lebih kurang 12 tahun seharusnya mempunyai tahap daya usaha sendiri dan kebergantungan kepada orang lain sebanyak 50 peratus. Model ini dibina berdasarkan sifat manusia itu sendiri di mana seorang bayi yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada ibubapa, manakala seorang graduan yang baru tamat ijazah pertama pada usia 23 - 24 tahun sepatutnya mempunyai tahap berdikari hampir 100 peratus, dan pergantungan kepada orang lain seharusnya hampir sifar (kerana inilah sifat yang diperlukan majikan daripada staf baru mereka). Berdasarkan model ini, di manakah kedudukan pelajar-pelajar yang dididik pada hari ini? Saya memang amat yakin, sebahagian besarnya telah tersasar jauh sebab itu kualiti lulusan hari ini banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak terutamanya majikan dan pengurusan kanan korporat. 


Di sini saya tidak bincangkan secara terperinci berkenaan pengkelasan taksonomi Bloom kerana ia lebih kepada kemahiran kognitif yang berkaitan juga dengan penguasaan kandungan dan proses mental. Kalau kemahiran proses asas pembelajaran seperti dibincangkan di atas tidak dikuasai, kemahiran kognitif tidak akan membawa makna yang besar kepada lulusan yang dihasilkan. Pelajar mungkin mendapat ijazah dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5, tetapi tidak mampu untuk membuat persediaan, menyediakan nota dan minit yang baik ketika bekerja kelak, kerana mungkin graduan itu lulus dengan baik kerana bantuan yang terlalu banyak daripada pensyarah atau sistem pendidikan itu sendiri. 


Oleh kerana sifat itulah maka penekanan amalan 'How to fish' itu sangat perlu diutamakan untuk menjadikan pelajar itu mampu berdikari bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan hidup mereka.


Semoga berfaedah. 


==========


Nota: 


1) Terima kasih kerana sudi membaca coretan berdasarkan cerapan dan pengalaman saya ini. 


2) Ditulis pada 18 Januari 2021 atas nama pengarang Ed Dev.

Isnin, 4 April 2022

Cerap bulan

 4, 2007, 2008).


Bukan sekadar banyak formula, malah golongan yang berpegang pada Hisab juga terpecah kepada 2 mazhab utama, iaitu mazhab yang berpegang pada Imkanur Rukyah, dan juga mazhab yang berpegang pada Manazil Al-Qamar. Kedua-dua mazhab ini pula sesama mereka mempunyai formula yang berbeza-beza. Jadi bagaimana seseorang itu boleh mengatakan Ilmu Hisab lebih tepat daripada mencerap hilal?


Sekali lagi ditegaskan, ilmu Hisab tidak ada kaitan dengan fasa bulan. Ini telah disebut sendiri oleh Ibnu Taimiyah (ibn Taimiyyah, 1987: 463-0464) bahawa Ilmu Hisab hanya mampu mengira berapa sudut bulan dari matahari tetapi itu tidak menjamin adakah anak bulan akan terbentuk kerana terbentuknya anak bulan bergantung pada penerimaan cahaya matahari oleh bulan yang mampu dilihat oleh penduduk bumi.



Jika pihak berkuasa masih mempertahankan hujah boleh menggunakan Hisab, saya cabar pihak berkuasa menghentikan semua pengumuman puasa dan raya kerana sudah tidak lagi relevan, baik tengok kalendar sahaja. Saya juga cabar pihak berkuasa berhenti membazir duit rakyat untuk mengupah orang pergi tengok anak bulan kerana tarikh raya sudah diketahui dengan Hisab (ilmu astronomi)

Ahad, 3 April 2022

Kak den

 Kisah Pilu 😔Kakden (Guru BDR)

Tarikh : 4/4/2022 ❤️ 2 Ramadhan 1443


1. Aku pi bilik guru tgk kunci lg, brg2 byk tinggai sat dpn bilik guru

2. Pi ofis, nak punch, spjg jln murid2 bertanyakan kelas, aku hbq laa (rindu murid2)

3. Tgk kt mesin punch card, kad aku xde, ok xpe aku isi Google form (utk kehadiran BDR)

4. Aku pi balik Bilik Guru, xde sapa lg, kwn2 yg masuk ltk brg, kalut2 kluaq balik, hai hai tnyo apa hbq je, aku jwb Alhamdulillah, xde sapa yg menghampiri

5. BFF sampai, bg kt aku kuih utk berbuka (face mask kukuh di muka), dan kluaq

6. Ada perhimpunan F1 (boleh pulak noo xikut GP 3.0), guru kelas masuk kelas

7. Masih xde sapa dlm Bilik Guru, aku abaikan je, aku kemas meja ku slps hampir 2 thn

8. Jam 9, Pengetua masuk bilik guru bersama Penolong2 kanan & YDP PIBG& 3 org AJK, sorg AJK tu kemain rakam video, mcm aku ni penjenayah😌

9. Bermulalah sesi konfrontasi &diskusi, aku pun rakam video 22minit

10. Masih 'Paksaan' Vaksin jika nak masuk mengajaq bersemuka

11. Diminta BALIK KE RUMAH, hari ini diberi pelepasan mengajaq,dgn kebenaran Pengetua

12. Aku dpt lihat rupa sebenar hgpa, yg TAAT kpd makhluk, tiada langsung rasa bersalah menzalimi, menyusahkan sesama manusia

13. Aku dituduh ego, penting diri, xmementingkan PDP utk murid, sdgkan sjk thn lps kita berPDPR, semuo online kot

14. Ratib vaksin, akurjanji, ikut arahan, bila aku pertikai vaksin&tak vaksin sama je, dio sruh tnyo KKM, yg dio sruh aku vaksin xde pulak nak pi tnyo KKM

15. Bila aku persoalkan dgn PIBG, Sekolah xsediakan fasiliti PDP iaitu video cam, mikrofon, kemain dio mengadap PIBG pertahan kan konon dio sedia (ada 1 set je, Kono giliaq2 dgn 3 guru UnV), aku hbq takkan PIBG xamik cakna sjk thn lps lg, utk sediakan, saya mohon laa, sbb saya pun guna data, laptop saya sendiri bila online sdgkan org lain Bersemuka

16. Kakden akur dgn bantahan, aku akan SISPAA, report polis sbb bercanggah dah dgn SOP MKN, Kenyataan Perdana Menteri xdiguna pakai

17. Aku kemas2, call Abg Ali mtk amik

18. Aku kluaq dr Bilik Guru,nmpk PK & PkHem tgh tunggu dan sorg guru (yg kau xmasuk pasai apa)!?

19. Mmg Kakden sedih, Kakden xckp apa dah wlpun depa pndg Kakden konon nak brckp, ckup dah, aku dah ckp byk td (video 22minit)

20. Aku pi kt kelas anak Kakden, kebetulan kt dpn Bilik Guru, nmpk kwn Kakden tgh mngajaq (xpkai mask pun), mtk kebenaran nak jumpa anak

21. Anak aku lari kluaq, meluru poluk aku, TIME NI AKU NANGIS - Ibu balik dulu yaa, Syuhada jaga diri, nti sat g Ayah jemput balik, jaga diri yaa, aku terasa anak aku pun nangis teresak2😭terus dia masuk kelas, semua murid kelas anak aku nmpk di sebalik tingkap

22. Abg Ali jemput, Kakak Anis pun ada, sayu Kakak tgk Ibu dia dilayan sebegitu, peluk aku, angkat brg2 aku

23. Kakden balik umah, kumpul kekuatan

24. Arini aku akan SISPAA kt Pengetua dan report polis ptg sat g (slps waktu sekolah)

25. Air mata ku tumpah tak berhenti, dlm sujud Dhuha ku, aku panjatkan doa YAA ALLAH, KAU TUNJUKKAN KUASAMU🤲🏻😭

SkS

 Siapa faham konsep 'Sekolahku Sejahtera' ?


1. Konsep SkS ini dilancarkan awal tahun ini.. dihadiri semua peneraju utama pendidikan negara. Konsep SkS disampaikan sendiri oleh YBMK DRJ.


2. Aku tak pasti utk siapa 14 nilai ini.. Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati diri, Adab sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.


3. Adakah nilai ini nilai yg belum berjaya diterapkan dlm 'penerapan nilai2 murni' yg dulu wajib ada dlm RPH guru atau nilai yg baru? Jika belum berjaya kenapa ? 


4. Adakah artikulasi, harmoni, eksplorasi, sihat, selamat, jati diri itu satu bentuk nilai ? Pernah ke dengar seseorang menyebut 'nilai eksplorasi' atau 'nilai artikulasi' misalnya. Artikulasi adalah kebolehan menyatakan idea secara yg mudah difahami... dlm pertuturan atau penulisan. Ini kemahiran, bukan nilai.


Ada kekeliruan ke di sini ?


5. Selain itu, konsep ini dikatakan bertujuan  mewujudkan suasana sekolah yang selamat, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat - bukankah ini juga yg acap kali disebut sebelum ini oleh pembesar2 pendidikan negara ?


6. Dan apa kaitan konsep SkS dgn murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah ?


7. Kenapa nilai ini pula perlu diterapkn oleh guru kpd murid dlm PdP.. kenapa bukan merangkumi semua pegawai dlm KPM utk menerapkannya dlm urusan dgn guru dan murid spt nilai empati dan rasional ?


8. Aku fikir.. inipun yg cikgu buat selama ini.. sedaya upaya menerapkn macam2 nilai..


9. Bukan shj itu, tanpa 'empati' dari pelbagai pihak.. guru pasrah menerima kekurangan kemudahan utk keselesaan yg jadi hak mereka disekolah.. menerima shj kekurangan sumber dan berkorban mengeluarkan bajet dari kocek sendiri demi menjayakan PdP.. malah berkorban membawa tugasan balik utk diselesaikan di rumah dan mengisi pelbagai borang yg mungkin shj tidak perlu pada 'rasional' guru..


10. Jadi aku sedikit skeptikal motif utama konsep SkS samada ia telah dibincangkan dgn guru lalu itulah yg guru dan murid benar2 perlukan ? 


Salam sayang dan salam Ramadan utk semua.. 


OT

Rembau

Mistik malaya

 *KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR.*


1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.


2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.


3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.


4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).


5. Sangat ironi apabila ramai orang Melayu percaya bahawa kebangkitan akan bermula dari Tanah Melayu tetapi pada masa yang sama yakin benar bahawa negara ini diselubungi sihir yang kuat, sekarang saya tanya kembali….sihir yang kuat atau kuasa Allah Yang Maha Esa yang Maha Terkuat.


6. Saya faham tidak ramai orang Melayu yang mengetahui rahsia-rahsia alam, mereka tidak tahu tentang penjaga kunci, mereka tidak tahu pemerintah alam ghaib yang dilantik berdasarkan wilayah dan tempoh kekuasaan iaitu pada setiap 100, 300 atau 500 tahun, mereka juga tidak tahu Tanah Melayu ini mempunyai WARIS.


7. Saya pun malas nak buka kerana ini semua bukan perkara wajib untuk dipelajari, saya meminta anda semua mengaji ilmu-ilmu Allah yang wajib untuk kita belajar seperti Ilmu Tauhid, Fardhu Ain serta Tasawuf.


8. Jika sihir Mason, Kabalah atau permainan ilmu hitam Iluminati ini lebih kuat, mengapa pihak British yang merupakan agen Dajal Al Masih ini gagal membawa emas-emas Tanah Melayu ini pulang ke negara mereka kecuali sedikit, itu pun selepas mendapat izin dari Raja-raja Melayu yang sudah diperas ugut.


9. Cuba kita lihat, bagaimana musuh-musuh Islam ini gagal membawa balik kekayaan dari Tanah Melayu apabila pelbagai bala menimpa mereka seperti yang berlaku ke atas kapal Portugis (Flora De Lamar).


10.Malah bukan satu rahsia apabila emas-emas Tanah Melayu yang cuba dibawa keluar melalui Pelabuhan Sweetenham gagal, keretapi yang membawa bongkah-bongkah emas berjumlah 400 tan terhenti dan kapal kargo khas untuk membawa emas-emas terbabit yang didatangkan daripada London ke pelabuhan itu karam semasa Perang Dunia Kedua dahulu.


11.Malahan segala aktiviti emas yang diusahakan British terhenti kerana mereka menghadapi pelbagai masalah, termasuk serangan penyakit misteri ke atas tentera dan buruh-buruh mereka, punya banyak lokasi-lokasi perompakan emas dalam hutan Tanah Melayu ini yang ditinggalkan begitu sahaja dan saya telah menemui dua lokasi tepat dari puluhan atau ratusan yang mungkin wujud.


**Hanya Waris Tanah Melayu yang akan mendapatkan emas-emas ini, tangan lain pasti gagal kerana emasnya akan bertukar menjadi tembaga atau akan berlaku kemalangan jika diambil secara paksa. 


12.Jepun turut gagal dan emas-emas yang mereka rompak semasa Perang Kedua dari Tanah Melayu semua bertukar menjadi TEMBAGA dan akibatnya Jeneral Yamashita terpaksa meninggalkan emas-emas ini dilokasi tersembunyi di seluruh Tanah Melayu dari Kelantan sehinggalah ke Sabah.


13.Lihat, jika sihir-sihir yang dilontarkan para pengikut Dajal ini benar-benar berjaya, mengapa mereka gagal mengaut emas-emas dari tanah kekayaan Nabi Sulaiman ini keluar, sudah tentu ada pihak yang menjaganya sehingga sampai masa akan diberi kepada pemiliknya yang sah iaitu Waris Tanah Melayu yang dikatakan berketurunan darah Rasulullah SAW.

SIHIR IMPORT UNTUK CEMARKAN KEDAULATAN TANAH MELAYU PASTI GAGAL


14.Segala macam sihir yang cuba dikenakan ke atas Tanah Melayu terutama yang bertujuan menguggat KEDAULATAN negara ini, bagi saya, pasti akan terbatal atau gagal.


15.Orang lupa bagaimana para komando Indonesia yang dibekali dengan ilmu kebal, ilmu mistik yang akan dipakai untuk menjajah negara ini gagal berfungsi semasa mereka melancarkan Konfrantasi pada tahun 1963 dahulu.


16.Kita sendiri tahu bahawa republik ini sangat terkenal dengan pengamal-pengamal ilmu kebatinan, dan sudah pasti para komando yang mendarat itu bukan masuk kosong tetapi dadanya sudah penuh diisi dengan pelbagai ilmu kebatinan.


17.Mereka terpinga-pinga dengan mistik yang mereka percaya. Rupanya Tanah Melayu lebih mistik.


18.Nah, tahun lepas, kita sendiri melihat bagaimana pengganas-pengganas Sulu yang bersenjata lengkap dan ditampal dengan pelbagai azimat kebal serta ilmu-ilmu mistik yang lain habis mati ditembak oleh pasukan polis dan askar-askar kita.


**Azimat Sulu menjadi tidak ampuh selepas memasuki wilayah kedaulatan Malaysia


**Pengganas ini yakin dengan ilmunya semasa bertempur di Filiphina tetapi ilmunya pudar dalam wilayah kedaulatan yang dicerobohinya. 


19.Aneh bukan, sudah tentu mereka mempercayai azimat-azimat ini kerana terbukti berkesan apabila mereka melawan askar kerajaan Filiphina tetapi ilmu-ilmu ini terbatal sebaik sahaja mereka memasuki wilayah KEDAULATAN Malaysia sehingga ramai yang mati katak kerana dibunuh pihak berkuasa negara kita.


20.Saya ingin menyeru kepada para saudara semua supaya yakin bahawa tiada sihir yang dapat melawan kuasa Allah Yang Maha Esa terutama kuasa yang kononnya mampu menyelubungi satu kedaulatan negara sehingga kita terperap dalam pengaruh jahat selama ratusan tahun.

ORANG LUAR TAHU RAHSIA TANAH MELAYU


21.Iblis dan Dajal mungkin sudah mengetahui rahsia Tanah Melayu.


22.Musuh-musuh manusia ini bagaimanapun tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berada di dimensi yang lain, jadi untuk mendatangkan kesan, mereka melantik petugas-petugas mereka yang terdiri dari manusia biasa dan melalui beberapa perjanjian, manusia-manusia ini menguasai dunia perbankan, politik dan sebagainya.


23.Manusia-manusia inilah yang menguasai satu-satu kumpulan dan kerajaan dan mereka ini kemudian dijadikan kuat sebagai kuasa besar untuk mengorek rahsia-rahsia itu.


24.Kalau dari satu sudut, mereka mahu menguasai kekayaan-kekayaan di dalam dunia ini dan menjadikan manusia lain sebagai hamba abdi.


25.Malah bersebab apabila banyak perkara yang terkait dengan sejarah orang Melayu diubah, dilacurkan atau dilenyapkan begitu sahaja sedangkan mereka tidak berbuat demikian pada bangsa-bangsa lain di dunia.


26..Rahsia ini bagaimanapun tidak ramai yang tahu dan saya rasa lebih moleklah jika anda pun tidak tahu kerana bukan semua manusia perlu ambil tahu barang yang bukan tugas kita pun, sebaiknya fokus sahaja pada kehidupan dan kematian.

PENGALAMAN PENULIS BERURUSAN DENGAN ILMU KEBAL IMPORT


27.Tahun lepas, saya sibuk menguruskan bisnes menjual barang-barang hikmat termasuk batu permata dari Indonesia dan Tanah Melayu.


28.Salah satu alat yang saya dan kawan-kawan jual adalah tali pinggang kebal dari Indonesia yang mahu dijual dengan harga RM10 juta (ya, memang lumayan buat bisnes yang berkaitan dengan alam ghaib, orang Malaysia terutama yang

kaya sangat paranoid dengan kematian).


29.Kekebalan tali pinggang ini terbukti apabila pemiliknya yang merupakan seorang kiyai di sebuah pesantren di Jawa menembak salah seorang penguji dengan senjata api tepat pada mata dan dengan kuasa Allah, pelurunya terhenti dan jatuh macam tahi cicak (kawan saya dalam team kami menyaksikan kejadian ini)


30.Tali pinggang itu kemudian dibawa oleh sahabat saya bersama dengan seorang kiyai muda dari Indonesia untuk dijual kepada pembeli dari Kelantan.


31.Selepas semua pembeli dan saksi dihimpun, ujian tembakan dibuat dengan senapang patah ke atas seekor ayam di rumah kawan saya di Hulu Langat, dengan Kuasa Allah juga….hikmat yang ada pada tali pinggang itu terbatal dan tiba-tiba menjadi tidak ampuh, maka ayam yang ditembak bersama tali pinggang kebal itu berderai.


32.Selepas berhubung dengan alam ghaib, barulah kami tahu bahawa, pemegang kunci kedaulatan Tanah Melayu tidak mengizinkan tali pinggang yang sudah berusia 300 tahun milik yang pernah menjadi milik salah seorang Wali Allah di

Jawa jatuh ke tangan bukan Islam.


33.Rupa-rupanya pembeli Melayu tadi yang merupakan seorang peguam mahu menjual semula kepada seorang pembeli lain (bukan Melayu) dengan harga yang lebih mahal.


34.Nasihat saya kalau ada anda berminat untuk membeli barang-barang ajaib dari luar Tanah Melayu, hati-hati, kelah nanti, duit habis berpuluh ribu atau berjuta, hasilnya sifar kerana keajaibannya tidak berani masuk ke Tanah Melayu (Nasihat ini untuk urusniaga alam ghaib sahaja, orang yang tidak ada ilmu tidak payahlah faham tapi jangan memadai buat hukum merepek dengan ilmu yang sejengkal dua).


35.Ini adalah sebahagian dari keajaiban Tanah Melayu yang saya boleh kongsikan kepada saudara-saudara pembaca semua, yang lain-lain seperti pengetahuan mengenai Piramid, kerajaan orang kenit dan alam kenit, bahtera Nabi Nuh, bandar-bandar hilang dan lain-lain lagi terpaksa saya rahsiakan walaupun ada yang saya mempunyai gambar kerana saya ini memegang amanah.


36.Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? 

Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di’mindcontrol’ secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.


Apakah komunis?


Komunis adalah ideologi ciptaan ‘The Hidden Hand’ sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis ‘Das Kapital’ dan ‘The Communist Manifesto’ sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan ‘patsies’ dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran.


Mengapa?


Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.


Apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.


SINGA-PURA (Pulau Singa)


Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik).

Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.


******Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan mereka jelas dalam Jesuit) sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan Rasulullah saw, mereka mencari dan terus mencari manusia bernama alMahdi dan Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih mereka. Untuk apa? Untuk menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka sebelum mereka muncul sebagai wira.

Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan, bagaimana kita akan dapat menyahut seruan para wali menuju perang dahsyat ini. Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri dikalangan mereka yang benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal, bukannya seperti kebanyakan kita yang lalai dan leka.


Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313 orang) yang cukup terlatih dan penuh ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada yang Allah kehendaki. Jika mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada ditangan akan menjadi senjata.


Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti pesanan Nabi), tidak mustahil mereka berada bersama2 kita semua. Di Tanah Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita. Sebahagian besar ahlinya juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak Nusantara termasuk Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya dari pelbagai kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan Holland.

Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah. Kenapa ya? Kerajaan itu bukan bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan kerajaan Melayu dengan sokongan raja2 Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan Pemuda Bani Tamim bangun mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar dari bumi bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?


credit : militaryofmalaysia