Ahad, 29 Mei 2022

Ayam 2

 *Player Utama Ayam Semuanya Cina?* 

=======================


Baru ni, ada gambar MAFI jumpa player utama ayam di Malaysia. 


*Dan semuanya Cina.*


*Langsung tiada Melayu Bumiputera.*


Betul dah tu. 


Mungkin untuk orang awam, rasa macam biar betul?


Tapi kami player ayam ni memang dah lama tahu. 


*Ni antara player utama ayam di Malaysia. Mereka menguasai lebih 70%- 80% dari pengeluaran ayam seluruh Malaysia.* 


CAB

CP

Leong Hup

Dinding

Huat Lai 

Sin Sin Kee

Sin Kee Chan 

Farmera 

Ayam AA

KL Supreme 

Ayam Plus 

Goldkist 

 

*Mereka ni merupakan antara integrator utama ayam di Malaysia.* 


*Maksud integrator ni, mereka sediakan anak ayam, mereka sediakan dedak ayam, dan mereka ikat kontrak dengan penternak ayam macam kami.*


Bila ayam dah besar, mereka akan beli balik ayam daripada penternak itu. 


*Volume ayam mereka bukan kaleng kaleng. Setiap satu syarikat mungkin ikat kontrak puluh juta ekor ayam dalam satu musim dengan semua penternak.* 


*Ada diantara mereka yang langsung tak ada reban ayam*. 


Ayam yang mereka ada, semua dari penternak sahaja. 


*Mereka hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja. Mereka akan jual ayam kepada peruncit, pemborong dan pasaraya ayam di seluruh Malaysia.*


*Mengapa tiada Melayu dalam penguasaan pasaran ayam ini?*


*Sebab modal yang diperlukan sangat besar. Super duper besar.*


Mereka ni perlu ada reban untuk ibu ayam, atuk ayam, sebab nak hasilkan anak ayam. Mereka kena ada hatchery untuk keluarkan anak ayam. 


Mereka perlu ada kilang dedak yang mana kos dia ni pun puluh juta. 


Lepas tu, mereka kena ada modal kuat untuk beri hutang kepada penternak ayam. Nak kena tanggung kos anak ayam dan dedak ayam sehingga boleh beli balik semua ayam ayam tu. 


Sebagai contoh, kalau mereka integrator untuk 10 juta ekor ayam. Mereka perlu modal let say kos anak ayam dan dedak ayam seekor RM12. Maka, kena ada modal ditangan RM120 juta. 


Semata mata nak cater kos anak ayam dan dedak sahaja. 


*Di Malaysia, mereka inilah yang "Control" volume ayam.* 


Mereka dah tentu sepakat. Sehati sejiwa. Semua orang akan dengar apa yang diputuskan oleh persatuan mereka. 


*Jika keputusan persatuan naikkan harga ayam 30 sen, semua orang naikkan serentak.*


*Jika berlaku lambakan ayam, mereka putuskan nak turunkan harga 20 sen, satu Malaysia akan turunkan harga serentak.*


Mereka ni semua perlu sehati sejiwa demi menjaga kemaslahatan bersama. 


*Jika mereka tengok ayam banyak, kuasa membeli rakyat kurang. Mereka akan putuskan.*


*"Ok, semua orang kurangkan kemasukan anak ayam ke reban sebanyak 5%."*


Semua orang akan ikut. 


*Jadi, bila ada masalah, mereka akan selesaikan secara bersama.*


Jika mereka predict ayam akan ada banyak permintaan due to cuti sekolah, mereka akan masukkan anak ayam lebih. Maka semua orang akan masuk lebih. 


*Mereka ini memang cukup cukup kaya.*


*Mereka boleh berbincang, untuk turunkan harga kaw kaw. Bila harga dah turun, mereka akan beli banyak banyak dan simpan di cold room mereka.*


Bila harga dah naik, mereka akan keluarkan balik ayam ayam tu. 


*Bila harga turun kaw kaw, integrator / player baru yang baru nak up akan terkial kial dan mati.*


Dari segi bisnes, mereka ni pun aci boleh tak mahu ada player baru ramai ramai. 


Lagi ramai player, lagi susah mereka. Jadi, adakalanya harga perlu diturunkan untuk tempoh satu satua masa, untuk memastikan player baru tak boleh bertahan. 


Mereka yang tauke besar ni, harga ayam turun. Mereka beli simpan. Harga dah naik keluarkan. 


*Dalam erti kata lain, harga naik untung, harga turun pun untung*. 


Cumanya, apa yang berlaku sepanjang covid haritu agak mengerikan. 


Bila negara asyik PKP, PKP, PKP.


Mereka susah nak plan timing ayam.


*Ayam ni bila dah masuk. Lagi 34 hari baru boleh keluar.*

 

*Jadi bila ayam dah masuk untuk kuantiti banyak, tiba tiba PKP. Jadi kuasa membeli rakyat berkurang, harga ayam turun kaw kaw.* 


*Kesannya, tahun lepas mereka rugi juta juta.* 


Contoh, katakanlah harga kos sekilo ayam RM6, tapi mereka jual pada harga RM3 sekilo tahun lepas. 


Boleh bayang berapa banyak mereka rugi tahun lepas. Berjuta juga lah. 


Jadi, sejak pertengahan tahun lepas.


*Semua mereka berpakat.*


*"Kurangkan kemasukan anak ayam di reban untuk control output ayam. Bila ayam kurang, harga akan meningkat. Bila harga naik, baru mereka boleh untung."*


Setelah rugi banyak, mereka berusaha untuk cover balik lost mereka. 


*Nampak plan mereka menjadi. Harga ayam kekal dipuncak tak turun turun*.


Kesannya, kerajaan marah kepada mereka sebab kurangkan kemasukan ayam. Dan harga tinggi. 


*Kerajaan ugut penternak kata nak import ayam 200 kontena dari luar negara.*


*Para pengusaha Cina ni, apa lagi. Mereka kurangkan lagi kemasukan anak ayam ke ladang sebab tak nak bertembung dengan 200 kontena ayam dari luar negara.* 


Sekali, kerajaan kata tak boleh nak import sebab harga import lagi mahal.


Bingai.....


Yang pengusaha dah kurangkan kemasukan anak ayam. Dan kerajaan pulak tak boleh nak import ayam. 


Akhirnya, pada awal tahun ritu, berlaku lah krisis yang sangat teruk. Ayam tak ada stok di Malaysia. 


*Semuanya sebab "kebijakan" menteri di Malaysia buat pengumuman tanpa kaji dulu.* 


*Penternak tengok, kerajaan at a loser side.* 


*Jadi mereka tekan kerajaan untuk naikkan harga siling ayam di pasaran*. 


Kerajaan tak mahu. Sebaliknya kerajaan bagi subsidi kepada penternak dan integrator ni. 


Pada masa sama, nilai matawang Malaysia jatuh. Harga bahan mentah untuk buat dedak melambung naik. 


Kos dedak naik, kos ayam naik.


Pengusaha ayam jem. Nak ternak ayam macam mana kalau dedak dok naik ni. 


Lepas tu, mohon subsidi dari kerajaan. Duit tak lepas lepas. 


Gila khinzir betul. 


*Berbulan pengusaha kena game dengan kerajaan. Kerajaan macam tak faham masalah sebenar penternak ayam ni.* 


Harga bahan mentah naik, harga anak ayam naik, kos buruh naik. Tapi harga jualan ayam tak naik. 


Jemmmm.... 


Siapa boleh tahan macam ni.


Mereka yang bertahan ni betul betul mereka yang ada modal besar. 


Kalau silap haribulan, masuk salah timing. Boleh tergolek dog macam tu ja. 


*Anyway, sekarang dengar kerajaan nak bagi NAFAS pula jadi pengeluar utama ayam di Malaysia.*


Saya yang baca ni kan, gelak guling guling jer. 


*Sikit pun tak caya NAFAS boleh buat.*


Nak tahu kenapa, nanti saya explain. Boleh follow dulu FB saya. Nak tulis kali ni macam panjang sangat pulak. 


So, bila korang tengok masalah masalah yang muncul dalam ayam ni, dengan kerajaan pun tak saport pengusaha ayam.


*Korang faham tak, kenapa susah nak cari player ayam Melayu di Malaysia*. 

*Padalah industri ni memberi pulangan Billion Ringgit setiap tahun.* 


Nak cari player Melayu yang boleh bersaing sama level dengan player player Cina ni, mungkin ambil masa.


It is not easy. It is tough.


Semoga satu hari nanti akan ada player melayu boleh bersaing dengan mereka.


Saya doakan Datuk Mazlina Kamarudin MK satu hari nanti boleh ada berdiri sebaris dengan mereka ini. Amin. Boleh follow FB Beliau untuk story pasal ayam. 


Saya ni pulak, hanyalah picisan. 


Melukut di tepi gantang sahaja. Setakat penternak ayam macam kami ni, tak memberi kesan pun dalam industri ayam di Malaysia. 


Sekian.



Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. 


Jemput Follow FB Saya Kalau Nak Tahu Story Pasal Ayam. 


Lepas ni saya akan share, kenapa saya kata NAFAS tak berapa sesuai nak jadi player utama dalam industri ayam.

Isnin, 23 Mei 2022

Ayam

 Satu Malaysia Kena Tipu, Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan? 

=================


Saya berada dalam industri ayam daging dah 17 tahun.


Jadi sy rasa saya boleh bercakap isu ini. 


Just nak share, hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang "TUTUP REBAN MEREKA".


Alasan mereka, ayam tak dapat saiz.


Apa yang saya nak gelak guling guling, Menteri Nanta Linggi pi percaya.


Siap buat press statement lagi. 


Katanya, reban terpaksa direhatkan kerana ayam yang ada tak cukup sizing.


Nak kena rehatkan dua hari untuk besarkan ayam dari 1.1kg kepada 1.8kg. 


Kalau orang biasa cakap, ku tahan lagi. Tapi bila menteri pi cakap macam ni.


Ku tak leh bayangkan dah. 


Takkan lah cuti dua hari, ayam boleh naik berat 700 gram. Belum pernah saya dengar lagi. 


Pada saya, yang "bercuti" dua hari ni bukan sebab ayam kecik sangat, bukan sebab cuaca panas sangat, bukan sebab ayam tak ada selera makan sangat. 


Ini semua auta ja.


Skrg ni banyak reban ayam aircond. Suhu dalam reban dah boleh control.


Cuaca panas boleh disejukkan di dalam. 


Yang sebenarnya, persatuan penternak ni dah berpakat nak tutup 2 hari nak tunjukkan kepada kerajaan ini yang akan terjadi jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. 


1. Segerakan pembayaran subsidi. Semua penternak dan integrator rasa dah kena scam dengan kerajaan. Tuntutan dari bulan Februari dulu sampai sekarang tak bayar sesen pun lagi. 


2. Nak kerajaan floatkan harga ayam base on demand and supply concept.  Bukan limitkan harga seperti sekarang yang mana penternak dan integrator tertekan dengan kenaikan kos dedak tapi kos jualan masih sama. 


Itu ja. Kalau dua benda ni dipenuhi awal sebelum ni. Percayalah.


Tak ada isu ayam tak selera makan. 


Industri ayam ni dah berpuluh tahun di Malaysia. Saya dah ada dalam industri ayam selama 17 tahun.


Tak pernah lagi dengar reban cuti 2 hari satu Malaysia sebab cuaca panas ayam tak selera makan. 


Tahun tahun sebelum ni, cuaca panas pun ayam jual habis jugak. Tak pernah cuti pun. 


Pada saya, ia lebih kepada tuntutan persatuan penternak ayam seluruh Malaysia terhadap kerajaan yang nampak tak alert  dengan situasi semasa. 


Seriously, kerajaan sekarang "FAILED" menangani isu ayam. 


Dari dulu lagi, saya ada katakan. Kerajaan at a loser side. 


Macam mana depa boleh interfere industry ni, sekat harga ayam, tapi tak boleh kawal harga dedak ayam. Sangat tak logik.


Saya pulak malas nak layan sangat orang yang dok bertempik kata,


"Industry ayam ni untung berjuta, takkan bela ayam rugi. Kalau rugi, kenapa masih dok bela." 


"Berhenti makan ayam. Tak mati aih tak makan ayam...."


"Kita makan ikan pulak lepas ni...."


"Dah ayam naik harga, kita makan daging pulak....."


Itu ayat depa. Saya malas nak argue dengan orang yang bukan dalam industri ini. 


Petang tadi pun, KPDNKK Parit Buntar mai buat lawatan ke reban ayam. Nak semak situasi semasa ayam. 


Nanti saya ulas apa yang mereka buat hari ni dan pada saya, ia sia sia. Tak membantu apa apa pun. 


It is not easy. It is tough. 


But insya Allah, trust me. Lepas bulan 6 ni. Kerajaan pasti umum kenaikan harga ayam. Nothing much they can do.


Pak Long ada cakap, nak suruh NAFAS ternak ayam pada skala besar. 


I be like, "Hmmmmmm........"


Awal awal lagi NAFAS dah cerdik, depa minta RM300 juta untuk menjayakan hasrat ini. 


Dan RM300 juta ni, tak tahu lah macam mana punya ketirisan nanti. 


Satu saja saya nak pesan. Suruh NAFAS apply KM yer. 


Nanti kita tengok macam mana.


Jemput Follow FB Saya Untuk Lebih Banyak Story Pasal Ayam 


Mohd Firdaus Mat Saad 

Penternak Ayam Daging 

Sistem Reban Tertutup 

Parit Buntar, Perak

Jumaat, 20 Mei 2022

Basic edu

 Mereka perkuatkan basik, kita nak bombastik


1. Spore negara maju, matawang pulak mencanak naik, semakin jauh meninggalkan Msia. Dulu saya buat rombongan gi Spore sebab matawang kita mahal, ke Arab Street, malah kamera pertama saya Yashica pun beli di sana.


2. Kat UK kalau dapat upah UK 50 dollar, bolehlah penuh satu trolly barang. Kalau kat Aeon Nilai, bawa RM50, ciput je, baru beli ayam sekor dan minyak masak, selesai.


3.  Untuk maju, semua mesti mulakan dari pendidikan rendah. Apa sahaja yang kita dengar dan baca dari Barat dan negara maju baik KBKK, LMS, STEM, KBAT, PAK21, 4IR, kita pun nak buat tak sabar2.


4. Ramai je, dan maybe majoriti yang terlibat dalam sistem pendidikan negara, TIADA IDEA apa sebenarnya yang berlaku di negara maju. Misalnya ramai je yang lansung tak tahu di negara maju tiada buku teks sekolah.. sedang di sini buku teks makin tebal dan makin kompleks. Yang ada pengalaman luar negara.. tak tahu plak apa yg dia tahu.


5. Dulu-dulu kecoh sungguh dengan KBKK, sekolah Bestari, VL Frog, spt itu satu perubahan yang perlu,  maka mak bapa dan guru yang tak tahu perlaksanaannya di luar negara hanya ternganga. Macam2 bengkel di macam2 hotel tak pernah berhenti.. dgn pelbagai foto dan selfie..  tak tahulah apa yg dah sampai kpd murid2 di Sabah yg naik rakit atau melalui hutan berjalan kaki.


6. Tanpa sedar diri, kitapun kecoh dgn semua ini, spt juara baru muncul, lalu akhirnya menggigit jari. KBKK, sekolah Bestari, VL Frog dah jadi misteri sedang guru makin sibuk jadi kerani, murid tetap tidak menjadi. Penyertaan dalam aliran sains makin tipis kian hari.


7. Ironi, negara maju menyebut STEM, KBAT, wellbeing utk mengukuhkan ASAS, mempermudahkan AKSES kepada pendidikan berkualiti dan berempati, memperkukuhkan INKUIRI dan INKLUSIVITI.


8.    Mereka menyebut semua aspek tersebut utk perkuatkan BASIC, kita pula untuk menunjukkan apa yang dilakukan adalah sesuatu transformasi yang BOMBASTIC.


9. Tak caya ?


a. US ada common core standard utk DUA subjek, Maths dan BI.. kita juga nk ada standard, tapi DSKP utk SEMUA subjek. Saya ulang... SEMUA. 


b  Subjek sains bukan subjek CORE di negara maju.. dan Spore serta KS bermula subjek sains di Tahun 3.. sdg kita Bab 1, halaman 1, Tahun 1 dah belajar Kemahiran Saintifik dlm subjek Sains.


c.Murid di UK misalnya ada aktiviti menyenaraikan perbelanjaan sebulan dalam sekeping kertas ringkas sebagai latihan kendiri utk kesedaran kewangan. Itu sahaja, macam mak-mak kita dulu catat dalam buku 555. 


Kita pula dasyat, semak buku maths dan tambah terus satu topik (32 halaman dan buku maths Tahun 6 dah jadi 2 jilid) dalam silibus supaya murid sekolah rendah belajar harga kos, harga jual, untung, rugi, diskaun, rebat, baucer, bil, resit, aset, invois, liabiliti, faedah, dividen, cukai, susut nilai, byrn perkhidmatan, pencarum, insuran dan takaful.. sesuatu yang bukan sahaja ALIEN bagi anak-anak ini, juga bagi mak bapak dan guru-guru juga.


Cukuplah 3 contoh..


10. Patutlah negara mereka semakin maju, kerana sentiasa mencari jalan membina dan mempermudahkan BASIC, sedang kita tambah sana sini supaya yang mudah jadi lebih susah, utk menunjukkan hasil kerja yang GAH, tak kisahlah jika guru longlai melangkah dan makin ramai murid yang rebah....


Sayang ❤️ selalu


OT

Faraid

 Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.


Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..


Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.


Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.


1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.


2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)


3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.


4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.


5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.


6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adikberadik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.


7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.


7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.


8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.


9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.


10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.


11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.


12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.


13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.


14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)


15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.


16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.


17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.


18.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab.

Rabu, 18 Mei 2022

Pentadbir 12

 EX GB U2..  Zulkiflee Miswan  GURU BESAR PALING PELIK. 12 FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI CIKGU ZUL.


Seperti mana yang diketahui, Guru Besar U2 telah pon berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor. Cikgu zul atau lebih mesra dengan panggilan BOSS di U2 di antara guru besar yang PALING "PELIK" DI DUNIA. Kenapa admin katakan pelik? Jom baca sedikit fakta mengenai kepelikkan perangai bos EX-GB U2 ni.


1. TAK RETI DUDUK DIAM.


Cikgu zul ni memang dah diketahui perangai dia yang tak reti duduk diam. Dia bukanlah jenis guru besar yang duduk dalam bilik guru besar. Setiap hari ada je keje yang dia akan cari. mengecat dinding, tanam pokok, hias sekolah, asalkan ada masa terluang memang dia akan buat. Memang payah nak tengok dia duduk tanpa buat apa apa. dari kerja yang bersih sampai kerje keje yang kotor. kalau tengok ke baju dan seluar dia memang akan tanda cat dan kotor sebab dia buat keje. Payah nak cari guru besar yang baju dan seluar di penuhi cat disebabkan buat aktiviti melukis mural dan bercangkul di sekolah.


2. TAK RETI SURUH CIKGU BUAT KEJE


Cikgu zul ni stail dia bukanlah jenis suka mengarah buat tu buat ni. Dia lebih suka dia buat sama-sama. Bukan setakat kerja berkaitan dengan profession perguruan, hal tukang kebun pon dia akan buat sama-sama. Jangan pelik kalau tengok dia pegang cangkul dan mencangkul bersama-sama dengan tukang kebun di sekolah, angkat kerusi meja, sapu sampah, angkat almari. Tapi ni lah perangai dia. Dia tak reti nak suruh-suruh tapi dia lebih suka buat kerja sama-sama. dia suka ajak sama-sama buat kerja. Kekadang orang belum mula dia dah jalan dulu buat kerja tu. Dia tak reti suruh cikgu cikgu buat kerja sedangkan dia duduk di pejabat. Kalau kerja tu berpeluh, biar dia berpeluh bersama, kalau kerjanya kotor, biar dia kotor bersama. 


3. TAK RETI MARAH.


Ni lagi satu perangai pelik dia. Sepanjang dia jadi guru besar di U2 memang payah la nak tengok dia marah sekalipon memang sepatutnya dia marah. Tapi dia boleh cool. kekadang tertanya tanya, cikgu zul ni tak reti marah ke ape? habis sangat kalau dia marah dia akan cakap benda tu tapi dengan nada yang serius. Tak de emo-emo. Sangat cool dan sempoi.


4. TAK RETI KEDEKUT.


Ni pon satu lagi masalah Cikgu zul. dia memang jenis tak reti kedekut. Kekadang keluar makan dengan cikgu memang dia akan bangun dan settlekan bil. Kekadang sampai naik segan kalau keluar makan dengan dia. Kalau perlukan apa-apa duit untuk program, memang tak pernah dia cakap xde duit. Kalau tak de sumber dari sekolah kekadang dari poket dia sendiri dia keluarkan. Dan dia tak pernah ungkit bende ni. Kalau xde duit sangat, dia akan suruh tunggu dulu dan usahakan jugak sampai dapat duit untuk buat satu-satu program tu. Setakat ni tak pernah lagi program sekolah tak dapat dijalankan disebabkan masalah duit. Alhamdulillah nak ape semua dapat. 


5. LAYANKAN JE.


Satu lagi stail cikgu zul ialah, dia akan cakap "Layankan je". Apa jugak idea cikgu2 selagi xmendatangkan mudarat kepada nama sekolah dia akan ikutkan. Kekadang permintaan tu tak perlu pun dia tunaikan. Ye lah dia bos kan? boleh je dia tolak. tapi dia bukan jenis macam tu. Kalau dia tak setuju sekalipun dia masih akan tanya pendapat majoriti cikgu. dan kalau perlu penambahbaikan dia akan bagi cadangan. Tetapi boleh kata kebanyakkan masa dia akan "layankan je".


6. TAHAN BERGURAU.


Selalunya akan ada gap seorang cikgu dan pentadbir khususnya guru besar. Tapi cikgu zul ni bukan stail dia macam tu, Korang boleh bergurau dengan dia. Kekadang gurau bukan macam gurau antara staf dengan boss tetapi dah macam adik beradik. Macam macam kami sakat dia. habis kuat dia ketawa. tak pon mcm biasa dia akan cakap "Amboi!"


7. TAK RETI MENGUMPAT.


Sikap mengumpat ni memang sifat kebiasaan manusia. Tetapi yang peliknya cikgu zul ni dia tak reti cerita keburukan orang. Kekadang bila kita cerita keburukan orang dia boleh selit cerita kebaikan orang tu. Walaupon macam macam dia dengar pasal keburukan orang, tetapi dia tetap layan seseorang tu macam dia tak pernah dengar apa-apa. Dan kekadang bila kita buat salah, dia tak de jaja kesalahan kita tu. Hatta tak pernah pon sebut secara sindiran dalam meeting. Cikgu-cikgu jadi segan sendiri kesalahan sendiri. Tak perlu kena perli.


8. TAK SUKA MEETING


Cikgu zul punya stail jugak, dia tak suka buat meeting meleret-leret melainkan benda tu benda penting. Hatta masa meeting kalau ada cikgu-cikgu nak cakap, dia limitkan masa supaya meeting betul betul meeting Bukan meeting dalam meeting. kalau nak hal-hal lain pon xboleh lama-lama. sorang 1 minit je! Dia tak suka cikgu-cikgu balik lambat. 


9. DIA TAK SUKA KALAU KACAU HARI CUTI.


Cikgu zul sangat tak suka kalau buat program kacau cuti cikgu-cikgu. Dia selalu cakap, waktu cuti jangan kacau cikgu. time cikgu cuti, biarkan derang cuti. Buat masa lain!.  


10. TAK RETI CUTI.


Ha ni lagi satu. Cikgu zul ni dia tak reti cuti. Bayangkan hari jumaat pon datang sekolah. Terbongkok-bongkok cat dinding sesorang. Dan dia tak paksa sesiapa pon datang time dia buat kerja. Dia datang sekolah pon diam diam kekadang sampai lewat petang buat kerja. Tak bagi tau kat sesape. Selalu cikgu Asri lah teman mengecatnya. Dan yang terpaling pelik, hari terakhir cikgu zul bertugas di U2 adalah pada hari khamis 12/5 tetapi cikgu zul masih hadir ke sekolah pada 13/5 hari jumaat untuk mengecat dinding bilik Pra sekolah! tak ke pelik? selalu orang yang dah berpindah akan "cuci kaki" je. Tetapi cikgu zul dia tak macam tu, pindah atau tak dia tetap berkhidmat untuk cikgu-cikgunya


11. SUKA JUAL CIKGU CIKGU.


Satu lagi perangai pelik Cikgu zul ni adalah, dia suka "jual" cikgu cikgu sekolah dia. Dia akan "UP"kan cikgu cikgu depan orang lain. Dia akan highlight apa jua kelebihan yang cikgu-cikgu ada. Kekadang naik segan pulak rasa bila di puji depan orang lain walaupun kemahiran yang dimiliki tu sebenarnya kecik je. Tapi tu lah Cikgu Zul. Bagi dia, sekalipun kemahiran yang cikgu-cikgu dia miliki biasa biasa sahaj tetapi bagi dia, ia sangatlah hebat dan dia akan sangat hargai dan bangga dengan cikgu cikgu dia.


12. SANGAT CEPAT MESRA


Cikgu zul ni jenis tak perlukan masa yang lama untuk mesra dengan seseorang. Duduk semeja dengan dia, kejap je dah rasa mcm dah lama kenal. Dah boleh ketawa dan usik mengusik.


Ni hanya sebahagian dari pada perangai "PELIK" yang ada pada cikgu zul. Dan kerana kepelikkan sikap cikgu zul ini lah menyebabkan ramai warga U2 merasakan sangat berat untuk "melepaskan" cikgu zul ke sekolah baharu.


Sebab tu lah kalau ada yang hadir pada majlis perpisahan cikgu zul di sekolah akan melihat bukan setakat anak murid dan cikgu je menangis kehilangan guru besar, hatta pekerja kontraktor turut mengalirkan air mata. Semua terasa sangat akan kehilangan seorang BOSS, RAKAN dan KELUARGA.


Apa-apa pun, inilah takdir buat semua warga U2. Apa-apa pun kami meredhai perpisahan ini. Kami doakan kepada cikgu zul supaya terus sukses, sihat dan dirahmati Allah selalu. Kami semua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk cikgu zul. Jangan lupakan kami di sini. Sekalipon berpisah, bos tetap di hati kami. 


Terima Kasih atas segala tunjuk ajar, semangat, dan ukwah sepanjang cikgu zul di U2. 


-Admin