Jumaat, 12 Mei 2023

Tawassul

 *Contoh:*

1. Duduk dekat maqam Sultan A'rifin @ Saiyid Ismail.*(utk do'a tawassul)*


2. Kalau org ramai, duduk jauh pun boleh.


3. Hadiah kan bacaan surotul fatihah *terlebih dahulu* kpd Rasulullah s.a.w  & kpd Sultan A'rifin/Saiyid Ismail.(niat *mesti dilafaskan*, kalau tidak..bacaan surotul fatihah tersebut tidak sampai dsbbkan *tiada lafas tukar-milik*)


4. Selepas dh hadiah kan bacaan surotul fatihah, barulah berdo'a tawassul dgn berkat Sultan A'rifin/Saiyid Ismail.


■ Do'a Tawassul *Akan Jadi Sangat² Mustajab* Sekiranya Dilakukan Dgn Cara Yg Betul, Semua Hajat Akan Tercapai..Samada Cepat @ Dilambatkan Sedikit.📿🏵️

Ahad, 7 Mei 2023

PMX

jom baca...


DAH lama saya tak mencuit.


Semalam saya mendapat berita sahabat lama saya, rakan wartawan, Datuk Norzila Rahman atau lebih dikenali sebagai Wan N meletak jawatan sebagai ketua media pejabat Perdana Menteri.


Kononnya beliau memberi notis 24 jam. Kononnya Wan N tak tahan dengan fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.


Saya hantar nota ringkas kepada beliau “Baguslah. Takyah pening kepala.” Beliau menjawab, alhamdulillah.


“Banyak sangat fitnah. Saya tak biasalah kerja gitu…”


Saya faham. Banyak sangat kecelaruan dalam team PMX. Team media yang turut dicelarukan dengan team komunikasi yang diketuai oleh seorang mantan profesor UKM.


Saya mendapat tahu, betul atau tidak, Wan juga menghadapi tekanan daripada team soldadu cyber PMX, yang melihat Wan seperti “tidak begitu setia” dengan team PH.


Itu saya tak taulah. Tapi tekanan yang dihadapi oleh Wan cukup kuat. Beliau terpaksa menangani semua sekali, seolah-olah semuanya di bawah tengkuk beliau.


Takpalah Wan. Berehatlah. Umur kita pun bukan panjang.


Sepanjang seminggu ini saya sempat bertemu dengan beberapa pihak. Antaranya yang berada di tempat yang “tertinggi” negara dan sebagainya.


Nada mereka sama. PMX tidak boleh buat kerja. Cakap sahaja pandai. Retorik beliau nombor satu.


“Saya kenal beliau sangat. Dia pandai cakap sahaja, kerja tak boleh.” Kata tokoh itu, yang tak perlu saya sebut siapa di sini.


Dengar kata akhbar Singapura pun sudah mula kritik PMX. Hairan ya? Juga dikatakan Indonesia pun (sudah) tak berapa selesa dengan beliau. Entahlah?


Namun itulah juga kata-kata secara umum. PMX banyak cakap. Banyak juga beliau buat salah. Menyebabkan team media dan komunikasinya pun pening kepala. Dalam satu segi team medianya nak perkasakan slogan Madani, yang entah ke mana; dan satu segi lagi nak mematahkan janji-janji yang diperkatakan oleh PMX sebelum pilihan raya dulu.


Dalam ucapan-ucapan PMX yang dimuat-naik semula, PMX berjanji segala-galanya; selagi ada bulan dan bintang.


Antara janji yang saya difahamkan dia sendiri berang apabila ada pihak yang menaikkan semula video itu adalah “jika esok saya jadi Perdana Menteri, maka harga minyak akan turun…”


Kata-kata itu menjadi gelak-ketawa lawak umum, sehinggakan direka emoji mukanya dengan kata-kata “esok minyak turun.”


Itulah retorik Anwar. Orator terhebat sejak zaman ubi kayu Baling 1974.


Kelmarin juga beberapa jam sebelum Wan meletakkan jawatan tersebar desas-desus, khabar angin, spekulasi mengatakan PMX mungkin akan hilang majoriti.


Sesungguhnya arus politiking bawah laut cukup kuat. Lebih kuat berbanding badai di atas permukaan.


Tokoh yang saya temui itu berkata lagi “riwayat beliau sebagai PMX tak lama.” Kita tunggu, katanya.


Ramai yang rimas perut dengan pak syeikh itu. Benarkah pihak keselamatan pun “pening” dengan beliau?


Team komunikasi PMX jangan bimbang. Sejak mutakhir ini PM Malaysia asyik bersilih-ganti. Ia bukan sesuatu yang pelik. PMX bakal hilang jawatan, juga bukan pelik. Itulah akibatnya jika parti-parti politik kita mendapat undi “cukup-cukup makan saja”.


Macam-macam saya dengar. Biarlah saya stop sini dulu. Saya tengah sakit kepala sekarang. Mungkin cuaca panas di luar, sepanas politik negara kita. Tapi ada masakah saya untuk pening kepala?


Zaini Hassan

PEMEGANG anugerah prestij Kewartawanan Kajai 2005 Institut Akhbar Malaysia (MPI); Wartawan Terbaik Negara 2008 Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM); Best Journalist of the Year 2009 National Press Club (NPC); Tokoh Wartawan Politik 2011.


Bekas Penolong Ketua Pengarang Utusan; bekas kolumnis Cuit Utusan Malaysia (2008-2017) yang kontroversial.


Kini Penasihat Editorial BebasNews.my

Move on

 *Bismillah : Ownership or Ownershit ?*


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Negara Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia.


Sejauh mana benarnya kenyataan tersebut namun sekurang-kurangnya itulah yang diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia.


Dengan hutang yang sudah berjumlah RM 1.5 trillion dan belanjawan defisit semenjak tahun 1998 lagi maka apakah benar Malaysia ini masih milik kita sebagai rakyat Malaysia ?


Agak-agaknya bila kita akan dapat merasai belanjawan yang surplus ?


5 tahun lagi ? 10 tahun lagi atau mungkin 15 ke 20 tahun lagi ?


Bagaimana pula dengan hutang negara yang sudah berjumlah RM 1.5 trillion tu ?


Berapa keturunan anak cucu kita nanti baru kita mampu melangsaikan hutang negara yang sebesar itu ?


Atau mungkin sampai kiamat pun kita tidak akan mampu melunaskan hutang tersebut ?


Bagaimana kalau kita sudah tidak mampu melunaskan hutang tersebut ?


Sudah pasti kita akan menjadi sebuah negara yang muflis.


Lalu masih adakah lagi kemerdekaan dan kedaulatan ?


Apakah negara kita ini masih lagi milik kita ?


Bukankah keadaan ekonomi hari ini semakin hari semakin teruk ? 


Dan kita pula semakin hari semakin bertambah miskin.


Manakala kerajaan pula dilihat belum ada apa-apa perancangan yang meyakinkan untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi negara.


Apakah kita mahu terus kekal dalam keadaan seperti ini ?


Kita tidak akan mampu mengubah nasib negara kita kerana pentadbiran negara ini dikuasai oleh para elit politik kita yang tidak pernah memikirkan nasib kita dan generasi kita.


Lalu apa yang harus kita lakukan ?


Paling utama, kita perlu memahami terlebih dahulu apa yang sebenarnya sedang berlaku.


Untuk makluman semua, tujuan Plandemik Covid 19 adalah untuk mereset sistem monetari global dan untuk mengimplementasikan mawatang digital.


Tidak lama lagi akan muncul *Central Bank Digital Currency @ CBDC @ Matawang Digital Bank Pusat.*


Tiap-tiap negara akan mengeluarkan CBDC mereka sendiri.


Tidak baik ke untuk kita ?


Ya memang tidak baik dan akan lebih parah lagi nanti.


*You own nothing but you're happy.*


Kita akan terus terperangkap dalam scam sistem monetari dan kewangan ciptaan para elit global.


Inilah seher Dajjal yang akan terus melalaikan kita dan membuai kita dengan mimpi-mimpi indah di siang hari.


Sedangkan pada hakikatnya kita akan terus menjadi hamba kepada para elit global. Begitu juga dengan anak cucu kita nanti.


Lalu apa yang harus kita lakukan untuk keluar dari sistem perhambaan ciptaan para elit global ini ?


Kita tidak ada pilihan lain selain dari membina komuniti kita sendiri, mewujudkan *decentralized financial system* dengan menggunakan teknologi blockchain dan mulai menggunakan matawang kripto sebagai alat tukar @ *medium of exchange.*


Ini sebagai *counter narrative* atau kaedah untuk keluar dari cengkaman para elit global.


Ini *spring board* @ papan anjal untuk kita keluar dari kepungan sistem perhambaan modern para elit global.


Tidak ada cara lain.


Sebab itu banyak negara berusaha untuk menghalang dan mengharamkan kripto.


Dan untuk *survival* @ meneruskan kelangsungan hidup kita dalam zaman digital ini, kita perlukan mindset baru, ilmu baru serta skillset baru untuk menjana pelbagai jenis pendapatan secara digital atau online.


Tinggalkan ideologi makan gaji. Itu ideologi yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman.


Menjelang 2030, hampir 50 peratus pekerjaan akan diambil alih oleh teknologi AI, robotik dan automasi.


Ingat ! Sebesar mana pun gaji anda, anda tidak akan menikmati kebebasan kewangan sampai bila-bila. 


Dan yang lebih parah lagi semakin hari anda akan menjadi semakin miskin kerana dimiskinkan oleh sebuah sistem.


*You nothing but you're happy.*


Berusahalah keluar dari sistem ini. Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh para elit global ?


Dan sampai bila kita mahu menjadi hamba kepada mereka ?


*Think correctly and act accordingly.*


*Al Fakir Ilallah*

- Dato' Dr Ramalan Yunus

Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas

7 Mei 2023

Ahad, 30 April 2023

Syeikh ismail

 KETIKA MENZIARAHI MAKAM WALIYULLAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW RASULLULLAH SAW YANG KE 17 PULAU BESAR Nov 2022 & Jan 2023


Nama sebenar beliau ialah Sayyed Ismail Bin Sayyed Ibnu Jabbar. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari Rasulullah ﷺ. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari Rasulullah ﷺ.

Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.

Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).

Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.

Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam Rasulullah ﷺ. Ketika di MakamRasulullah ﷺ, mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu.

Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam Rasulullah ﷺ di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.

Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.

SUNAN BONANG DAN SUNAN GIRI BERGURU DI PULAU BESAR


Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.

Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.

Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

SHEIKH ISMAIL KEMBALI KE RAHMATULLAH


Sheikh Ismail kembali ke Rahmatullah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh Rasulullah ﷺ. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

Kredit: alastubirobbikum

Khamis, 27 April 2023

Doa

 Sebelum Ramadhan berakhir, saya nak kongsi sedikit ilmu untuk ibu-ibu, emak-emak. 


Yang ayah-ayah nak buat juga boleh tapi khusus nya buat ibu sebab doa ibu buat anak-anak tiada hijab nya.


Mulai hari ni, selepas solat waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan selepas wirid- wirid, doakan buat anak- anak. Lagi- lagi yang masih bayi yang kecil. 


Doa jangan bagi putus selama hidup anda buat anak- anak anda sekalian, InshaAllah Soleh dan Solehah. 


"Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku sifat nya seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku baca quran seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku berjuang seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku 

kaya seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku bersedekah seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku belajar ilmu seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku dekat dengan Rasulullah."


Dan apa yang anda mahu kan, seperti Rasulullah, dekat dengan Rasulullah. 


MashaAllah Tabarakallah. 


Kita ibu- ibu, doa anda buat anak- anak tiada penghalangnya antara hamba dan Pencipta. Doakan buat anak- anak. Semoga kita di satukan bersama Rasulullah di Syurga, InshaAllah. 


~Perindu Rasulullah


Jemput ikuti juga di telegram lagi banyak ilmu t.me/RoseFarra