Isnin, 16 Oktober 2023

Umah layu

 *_Kongsi motivasi ilmiah_*


*_Rumah besar, tapi kenduri kat dewan. Rumah besar, tapi urus jenazah kat masjid. Rumah besar, tapi makan kat luar. Rumah besar, tapi bilik kosong tidak berpenghuni._*


*_Rumah besar, bila tua ke dapur dan ke bilik tidur sahaja. Tak larat dah nak sapu dan kemas rumah. Anak² balik setahun sekali._* 


*_Paling sedih, rumah besar dibina dari keseluruhan_* *_simpanan hari tua. Rumah besar, tapi duit tiada. Akhirnya hari tua masih bekerja dan terpaksa bekerja. Masa ibadat berkira-kira sehingga ajal menjelang tiba._*


*_Hanya itu sahaja kah kau dicipta. Membesarkan rumah semata-mata. Bagaimana pula bekalan pahala. Peluang umur kau sia-sia._*


*_Ustaz Misi..._*

Isnin, 2 Oktober 2023

Hj mus

 Assalamualaikum Kang...

Saya amat memahami APA yg Kau lalui...

Berat Mata memandang berat lagi bahu yg memikul....di sini Sahabat  dan di Sana juga sahabat...

Diri ku  sngat kerdil utk menggalas hasrat Kau...

Sekadar istifar utk  berharap Kau redha dan bersabar Akan ketentuanNya..

Dia, Saya dan kau pun tentunya tak jangka begini akhirannya...

Kita yakin ini ketentuan Ilahi...tak siapa yg mampu menghalangi atau menangguhkannya..ini bukan segala2nya.

Bukan inikan matlamatnya


Kau sorang yg kuat, ceria, Ramah, disenangi ramai, humble  dan beriman  serta sembahyang jamaah tak tinggal...kekalkan Shehdi yg Mcm ini..dan bukan yg lain..

Kau dah Ada segala2nya.

Isteri yg Manja dan setia, anak2 yg ramai dan ceria, emak bapa yg Masih ada, Ada Rumah Ada kenderaan, Ada profession....bersyukorlah...

Masa inilah Kau harus berkhidmat utk emak bapa , isteri dan anak2...

Org lain dah tak berkesempatan..


Lalui hidup ini dgn tenang, redha, syukor, sabar dan ceria.....kekalkan Shehdi yg sekrg ini.....in shaa Allaah , Selamat di Dunia dan bahagia di akhirat..

Aamiin aamiin YRA

Jin toncet

 ANTARA JIN TERTUA TELAH DITEMUI DI HUTAN NEGARA PAHANG. 


Assalamu’alaikum wrt. wbt.

Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.


Antara Jin Tertua Telah Ditemui Di Hutan Negara Pahang

Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini.


Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;


1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.


2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.


3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.


Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini. Wallahu’alam. 


Kisah Jin 1


– Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.


– pesakit wanita ini tidak berniat untuk mendapat rawatan, sebaliknya yang berhubung dengan saya ialah adiknya yang hilang bayi dalam kandungan.


– sesi perkenalan sangat pantas, dia begitu agresif dan mahu bertarung fizikal dengan saya.


– menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada, saya tenangkan dan minta dia bekerjasama.


– dia sendiri yang memulakan perbincangan dan rundingan, saya banyak diam. Sesekali saya tegur jika dirasakan fakta yang dikemukakan tidak tepat.


– jin ini adalah belaan ibu mentuanya sendiri, tujuannya untuk memisahkan wanita tersebut dengan suaminya.


– makanan utama jin ini ialah asap daripada kemenyan yang dibawa dari India.


– jin ini mengaku dia kafir dan sudah terlalu banyak melakukan kejahatan. katanya tidak mungkin Allah akan ampunkan dia.


– saya katakan kepada jin itu bahawa rahmat Allah itu maha luas, insya-Allah dosa-dosanya pasti akan diampunkan.


– sekarang kami dalam proses seterusnya, saya sedang memujuknya untuk memikirkan kemungkinan positif iaitu saya mahu dia mati dalam keadaan Islam.


– maklumat tentang MH370; dia kesal kenapa manusia tidak betul-betul mencari sedangkan ilmu yang ada pada manusia mampu untuk menemukannya semula.


Kisah Jin 2


– kisah bermula daripada lawatan sambil belajar ke Taman Negara Pahang.


– kami menginap di sebuah resort yang agak terpencil.


– kumpulan kami ditempatkan di dua blok asrama, setiap blok ada beberapa buah dorm.


– sampai di sana, kami ‘disambut’ dengan ‘black-out’ – ini petanda bahawa jin di sini daripada jenis ifrit.


– semasa aktiviti ‘night-walk’, jin-jin di situ telah mula menampakkan diri. Keadaan masih terkawal.


– makan malam hari pertama saya simpan sedikit dan tutup dengan membaca basmalah. saya beritahu kawan, syaitan tak boleh usik makanan itu.


– pukul pagi, satu jin terbang masuk ke dorm saya. Landing betul-betul di katil sebelah. Saya kejutkan kawan di sebelah, tapi dia tidur mati.


– kawan di katil bawah menjerit, selimutnya ditarik sesuatu. Dia bertempik; “Allahu Akbar!” Barulah, selimut itu terlepas, dia jatuh.


– Saya kejutkan semua ahli rombongan. masa tu pukul 2.30 pagi. saya paksa semua bangun ke tandas. Ramai merungut-rungut, mereka tak faham.


– satu demi satu kes berlaku sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Ingatkan ia akan berakhir di situ sahaja.


– kami pulang dan sebahagian peserta rupa-rupanya membawa pulang ‘sesuatu’.


– melalui salah seorang peserta inilah, saya dapat berkenalan dan berbincang dengan jin dari Taman Negara tersebut.


– mereka tidak beragama, telah terkurung di resort tersebut sejak ia dibina kerana silap ‘terpagar’ sekali di dalam.


– komuniti mereka berkembang, makanan jadi semakin berkurang, ramai yang menderita kelaparan.


– mereka marahkan saya kerana membaca basmalah dan menutup makanan pada malam itu. Mereka langsung tidak dapat menyentuhnya.


– mereka minta saya bebaskan mereka daripada kurungan tersebut.


Kisah Jin 3


– Jin ini datang kepada saya dalam keadaan begitu letih akibat perjalanan yang jauh dan penuh halangan.


– Apabila ditanya, dia lebih banyak mendiamkan diri.


– Akhirnya saya mendapat idea untuk memberinya pen dan kertas. Dia mula bersetuju untuk memberi kerjasama.


– Dia tulis; Saya tak boleh bercakap, nanti ‘Azazil dapat tahu di mana kedudukan saya.


– Dia tulis; Dah ribuan tahun saya ‘dipaksa’ bekerja di bawah kawalan dan pengawasan ‘Azazil.


– Saya tanya, apa yang saya boleh bantu?


– Dia tulis; Selamatkan saya daripada cengkaman ‘Azazil.


– Saya tanya, adakah Dajjal juga tahu yang kamu sudah melarikan diri ni?


– Dia tulis; Pasti, ‘Azazil sangat rapat hubungannya dengan Dajjal.


– Saya tanya, kenapa kamu datang ke sini?


– Dia tulis; *UFO ‘Azazil selalu mengintip Malaysia. Dia dan Dajjal yakin orang yang mereka cari ada di sini. Saya pun begitu.* 


– Saya tanya, apa pekerjaan kamu di bawah kerajaan ‘Azazil?


– Dia tulis; Saya ketuai sekumpulan saintis. Kami mencipta senjata sebagai persediaan untuk berperang.


– Saya tanya, apa hubungan kamu dengan ‘Azazil sehingga dia lantik kamu jadi orang penting?


– Dia tulis; Saya anak saudaranya.


petikan di dalam majalah al- ustaz. 


Alam ghaib ialah suatu alam yang sangat gelap bagi manusia. Alam ini bukan hanya meliputi alam jin dan roh tetapi meliputu juga perkara berkaitan masa lalu dan masa hadapan. Hakikatnya, tiada yang lebih mengetahui tentang alam ghaib melainkan Allah.


Pun begitu, alam ini boleh diketahui oleh golongan manusia tertentu apabila Allah memberikan keizinan kepadanya.


Wallahua'lam

Sabtu, 30 September 2023

Bitlocker recovery key

 Assalam...
ni pengalaman teman sendiri

sharing is caring

Mula2... klik link di bawah

https://www.office.com/

2. masukkan emel yang didaftarkan 


 3. Klik yang kat anak panah tu



4, klik kat view acc




5. Klik kat device


6. Klik view bitlocker keys


7. Klik Show recovery key
8. pastu save la 48 digit tu.

9. Tamat

Semoga bermanfaat





Khamis, 28 September 2023

Kaabah

 *Sedikit Rahsia Masjidil Haram*

( info bagi yg mahu melaksanakan ibadah Haji/ Umrah).


Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.

 Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.


Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah  baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana. Itu untuk pintu-pintu masjid lama, sekarang sudah ada tambahan pintu di extension sambungan masjid baru. 


Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu, cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana. 


*1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah*

Ini anggapan keliru semua jamaah umrah: tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar dan itu jauuuuh sekali. Tidak hairan, jamaah yang batal wudhu suka  berwudhu dengan air minum.


Padahal, ada banyak tempat wudhu di dekat Kabah. Tidak percaya? Kalau Anda berada di dekat Kabah, perhatikan semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke pelataran Kabah. Ada 5 di berbagai arah Kabah.


 di bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Jadi jamaah tidak perlu penat penat pergi ke luar masjid.


*2. Tempat menonton Tutorial Umrah*

Lazim nya jemaah didampingi pembimbing agama saat umrah dan haji. Tapi bagaimana dengan jamaah negara lain yang yang tiada pengelola atau yang ingin lebih detail


Jangan bingung, Masjidil Haram menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jamaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di dekat pintu Gate 74.


*3. Bagi-bagi buku agama percuma.*

Dapat buku-buku agama percuma?  Tidak banyak jamaah  tahu kalau ada tempat bagi-bagi buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa.


 jamaah  boleh meminta buku-buku dengan percuma. Tempat pembagian buku ini ada di dekat pintu Gate 74.


*4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio*

Solat Jumat di Masjidil Haram adalah pengalaman tiada dua bagi umat Islam di seluruh dunia. Tapi kalau tidak boleh bahasa Arab, bagaimana memahami khutbahnya?


Jangan khawatir, kamu boleh mendengarkan streaming audio terjemahan khutbah. Modalnya cukup punya handfon yang aplikasi radio dan guna earphone.


Terjemahan khutbah tersedia dalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu dan  bahasa Indonesia. Informasi panduan audio ini tersedia di dekat pintu Gate 74.


*5. Khutbah Jumat dengan bahasa Isyarat*

Untuk jemaah kurang upaya yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada spot khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi boleh menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 93.


Saat solat di sini, akan ada petugas yang menerjemahkan khutbah Solat Jumat dengan bahasa isyarat. Wah, sangat membantu nih!


*6. "SPBU" Zam-Zam*

Seluruh air minum di dalam Masjidil Haram adalah air zam-zam yang sumber airnya ada di bawah tanah Masjidil Haram. Jamaah boleh minum dari ratusan galon yang diedar di seluruh masjid. Galon-galon ini diisi secara berkala dan diantar petugas dengan kereta sorong.


Tapi tahu ke, zam-zam ini dibawa dari mana? Kalau mahu tahu, kamu pergi saja ke pintu Gate 93.


Di dekatnya, kamu boleh melihat pusat pengisian air zam-zam. Petugas mengisi air dengan  nozel seperti di pum petrol. Air disalurkan dari mesin pendingin, itu sebabnya air zam-zam rasanya seperti air ais kosong.


*7. Ekskalator ke bumbung Masjid*

Solat di bumbung Masjidil Haram, Tapi tidak banyak jamaah yang tahu aksesnya.


Padahal, ada eskalator yang mengantar jamaah langsung ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 91.


Solat di bumbung Masjidil Haram terkadang jadi pilihan jamaah -yang tahu letak eksalatornya- untuk salat Isya atau Subuh. Sebab pada siang hari, bumbung Masjidil Haram panas sekali...


PESANAN YG TER AKHIR IALAH 

JIKA MAMPU PERTAMA KALI MENJEJAKI LANGKAH KAKI KALIAN KE DALAM MASJID HARAM...

MAKA GUNALAH PINTU BABUSSALAM...

KERANA DI SITU ADA DOA YG MASHUR YG SERING KITA BACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB DAN SUBUH..

YAITU.....

ALLAH HUMMA ANTASSALAM..

WAMINKASSALAM..

WAILAIKA YAU'DUSSALAM..

FAHAYYINA RABBANA BISSALAM..

HINGGA AKHIR......

HANYA BAB SALAM SAJA MENGUAT KAN INGATAN KITA UNTUK BACA AYAT KESEJATERAAN INI...


Masjidil Haram Mekah mendahului senarai bangunan termahal di Bumi yang dibina dengan kos $100 Billion.


Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi kapasiti: 


🕋Boleh memuatkan dua(2) juta orang

🕋Menerima dua puluh (20) juta pelawat setiap tahun

🕋Dibuka dua puluh empat (24) jam.Ia tidak pernah ditutup sepenuhnya dalam lebih 1400 tahun

🕋Mempunyai 1800 pembersihMempunyai 40 buah kereta pembersih sanitari elektrik 

🕋Mempunyai 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan halaman terbuka 

🕋Mempunyai 2000 tong Sanitari tersebar di seluruh premis

🕋Lantai ditutup dengan 40000 permaidani (lebih panjang daripada jarak antara Jeddah dan Makkah (79km))


🕋13000 tandas, dibersihkan empat(4) kali/6 jam setiap hari

🕋25000 dispenser air (salah satu sistem pendispensan air terbesar di dunia)

🕋100 sampel rawak air minuman diperiksa setiap hari

🕋Lebihan air dari Telaga Zamzam disimpan dalam tangki simpanan berkapasiti 1,700,000 (1.7 juta), botol air (kapasiti 10 liter)

🕋Perkhidmatan bacaan HARAMAIN: penyiaran bacaan al-Quran;  24/7;  bacaan menggunakan kesemua sepuluh(10) kaedah bacaan al-Quran yang diiktiraf;  lebih daripada 500,000(setengah juta) episod di 180 negara telah dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun.

🕋Lebih daripada 2,000 peti deposit keselamatan (untuk menyimpan barang peribadi dengan selamat)

🕋Beratus-ratus unit penghawa dingin (untuk penyejukan) bertaburan di dalam Masjid.

🕋Lantai Masjid memantulkan cahaya dan haba sekali gus meningkatkan peraturan haba di dalam premis.

🕋Aplikasi panduan Lawatan Elektronik yang boleh menunjukkan lokasi mana-mana bahagian Masjid.

🕋Sistem audio yang terperinci dan sangat cekap:

🕋Sistem bunyi di Masjidil Haram adalah salah satu sistem bunyi terbesar dan paling rumit di dunia,

     Margin ralat sistem audio: 0%

     6000 pembesar suara

     Empat(4) sistem audio yang berbeza

     Lima puluh (50) kakitangan kejuruteraan bunyi

🕋Salinan al-Quran diterjemahkan ke dalam 65 bahasa yang berbeza

🕋Terjemahan setiap khutbah Jumaat ke dalam lima (5) bahasa yang berbeza


🕋Perkhidmatan/kemudahan OKU


🕋10,000 kerusi roda biasa tersedia untuk digunakan, percuma,400 kerusi roda berpandukan elektronik tersediia,Kerusi roda automatik (2 roda dan 3 roda)


🕋Khidmat istimewa RAMADAN


🕋4 juta hidangan percuma untuk berbuka puasa setiap hari, sepanjang Ramadan

🕋5,000,000 biji kurma (dibuang biji) diedarkan di dalam kawasan masjid setiap hari sepanjang Ramadan

🕋Selepas berbuka puasa, mengeluarkan makanan dan peralatan untuk membersihkan tempat solat Maghrib (Shalah) dilakukan dalam masa dua (2) minit sahaja


 *SUBAHANALLAH*...


C n P dari whatapps group

Tq Hjh Norizan Abdul Rasid


#perjalananhaji2022

#ticerfizahaji2022