Selasa, 17 September 2024

Sahabat

 Lelaki yang Nabi ﷺ gali kuburnya dengan tangan baginda sendiri dan menolak bantuan orang lain dalam menggali kubur tersebut, kemudian Rasulullah ﷺ turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya dengan jasadnya.


Namanya sebelum memeluk Islam ialah Abdul Uzza al-Muzani, berasal dari bandar Muzainah. Beliau memeluk Islam ketika berumur 16 tahun dan meninggal dunia pada usia 23 tahun. Dia seorang pemuda yang kaya dan hidup mewah. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil, lalu dia dibesarkan oleh bapa saudaranya.


Dia seorang pemuda yang sangat istimewa di kalangan pemuda lain dengan pakaian mahal dan cantik yang diimport khas dari Syam untuknya. Dia satu-satunya pemuda yang memiliki kuda pada masa itu, sedangkan pemuda terbaik di Muzainah hanya memiliki seekor keldai kecil. Bapa saudaranya adalah salah seorang pembesar di Muzainah.


Ketika Abdul Uzza berusia 16 tahun, itulah masa para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Mereka melalui Muzainah dengan sangat cepat kerana kaum Quraisy mengejar mereka. Suatu hari, seorang sahabat menemuinya semasa dalam perjalanan hijrah dan menawarkan Islam kepadanya. Dia segera memeluk Islam. Setelah itu, dia meminta para sahabat untuk mengajarkannya sesuatu dari Al-Quran. Namun, para sahabat berkata, "Kami tidak dapat tinggal lama kerana Quraisy mengejar kami, tetapi jika engkau mahu, ikuti kami dalam perjalanan untuk belajar Al-Quran." Dia berjalan di belakang mereka sambil mendengar bacaan Al-Quran sejauh 15 kilometer di padang pasir, kemudian kembali ke Muzainah dan pada hari berikutnya dia berdiri di sempadan Muzainah menunggu sahabat lain lalu untuk mengajarnya bacaan Al-Quran yang baru dia hafal.


Suatu hari, seorang sahabat berkata kepadanya, "Mengapa tidak berhijrah bersama kami kepada Rasulullah?" Dia menjawab, "Aku tidak akan berhijrah sebelum bapa saudaraku memeluk Islam kerana dialah yang membesarkanku. Aku tidak akan berhijrah sebelum membawa dia kepada Islam." Dia tinggal di Muzainah selama tiga tahun, menyembunyikan keislamannya. Dia mencari setiap peluang untuk berbicara dengan bapa saudaranya tentang agama Islam yang dibawa oleh Muhammad, tetapi bapa saudaranya enggan mendengarnya. Setiap kali dia ingin solat, dia pergi jauh ke padang pasir agar tidak dilihat oleh sesiapa.


Setelah tiga tahun berlalu, pada suatu hari dia berkata kepada bapa saudaranya, "Engkau telah melambatkan aku dan membuat aku tertinggal dari Rasulullah. Aku tidak lagi mampu menahan rindu kepada Nabi. Aku ingin memberitahumu bahawa sejak tiga tahun yang lalu aku telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Aku sekarang ingin berhijrah kepada Rasulullah. Aku harap engkau menyertai aku, tetapi jika engkau menolak, tiada apa yang akan menghalang aku dari berhijrah."


Bapa saudaranya sangat marah dan berkata, "Jika engkau tetap mahu memeluk Islam, aku akan mengambil segala milikmu." Dia menjawab, "Lakukanlah apa yang engkau mahu, aku tidak akan memilih apa pun selain Allah dan Rasul-Nya." Bapa saudaranya berkata, "Jika engkau berkeras, aku akan mengambil bahkan pakaian yang ada padamu." Lalu, bapa saudaranya merobek pakaian yang dipakainya. Abdul Uzza berkata, "Demi Allah, wahai bapa saudaraku, aku akan berhijrah kepada Rasulullah walau apa pun yang engkau lakukan padaku."


Dia memulakan hijrahnya hampir dalam keadaan telanjang di padang pasir sehingga dia menemui sebuah karung guni daripada bulu. Dia memotongnya menjadi dua, satu bahagian diikat di pinggangnya dan satu lagi diletakkan di atas bahunya. Ketika dia sampai di Madinah, dia masuk menemui Rasulullah. Nabi bertanya, "Siapa engkau?" Dia menjawab, "Aku Abdul Uzza." Nabi bertanya, "Mengapa engkau berpakaian begini?" Dia menjawab, "Aku telah memeluk Islam dan bapa saudaraku telah mengambil segala milikku, termasuk pakaian. Aku tidak menemui apa-apa di jalan ini kecuali dua helai kain ini." Nabi bertanya, "Engkau benar-benar melakukannya?" Dia menjawab, "Ya." Lalu Nabi berkata, "Mulai hari ini engkau adalah Abdullah Dzul Bijadain, bukan lagi Abdul Uzza. Allah telah menggantikan dua helai kain ini dengan pakaian syurga yang engkau boleh pakai sesuka hati."


Oleh kerana kemiskinannya, dia tinggal di rumah para ahli Suffah, iaitu tempat tinggal orang-orang miskin di belakang rumah Nabi. Pada usia 23 tahun, dia menyertai Ghazwah Tabuk bersama Nabi dan dia berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah agar aku mati syahid." Nabi mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, haramkan darahnya dari pedang orang kafir." Abdullah berkata, "Ini bukan yang aku mahu, wahai Rasulullah." Nabi menjawab, "Wahai Abdullah, ada di kalangan hamba Allah yang keluar di jalan Allah, lalu dia dijangkiti demam dan meninggal dunia, maka dia syahid. Dan ada juga yang keluar di jalan Allah lalu terjatuh dari kudanya dan meninggal dunia, maka dia syahid. Mungkin engkau akan dijangkiti demam dan mati, maka engkau akan syahid."


Abdullah menyertai Ghazwah Tabuk dan kaum Muslimin meraih kemenangan. Dalam perjalanan pulang, Abdullah dijangkiti demam yang sangat kuat dan mula merasai kesakitan kematian. Abdullah bin Mas'ud menceritakan kisah kematian Abdullah Dzul Bijadain, katanya, "Pada suatu malam yang sangat sejuk dan gelap, aku sedang tidur. Tiba-tiba aku mendengar suara menggali di luar khemahku. Aku hairan, siapa yang menggali dalam kesejukan dan kegelapan ini? Aku bangun dan mencari Nabi, Abu Bakar, dan Umar di khemah mereka, tetapi aku tidak menemui mereka. Aku hairan ke mana mereka pergi. Aku keluar dari khemahku dan melihat Abu Bakar dan Umar memegang pelita, sementara Nabi sedang menggali kubur. Aku pergi kepadanya dan berkata, 'Apa yang berlaku, wahai Rasulullah?' Baginda mengangkat wajahnya dan air mata mengalir dari matanya. Baginda berkata, 'Saudaramu, Dzul Bijadain, telah meninggal dunia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Abu Bakar dan bertanya, 'Apakah engkau akan membiarkan Rasulullah menggali kubur sendirian sementara engkau hanya berdiri memegang pelita?' Abu Bakar menjawab, 'Nabi tidak mahu orang lain menggali kubur ini selain dirinya.'"


Nabi menggali kubur Dzul Bijadain dengan tangannya sendiri. Kemudian baginda turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya. Setelah itu, baginda meminta Abu Bakar dan Umar mengangkat jenazah Abdullah dengan berhati-hati. Baginda berkata, "Berlembutlah dengannya. Demi Allah, dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya."


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Nabi memeluk jenazah itu dengan penuh kasih sayang dan air mata baginda jatuh ke atas kain kafan. Baginda bertakbir empat kali dan berkata, 'Semoga Allah merahmatimu, wahai Abdullah. Engkau adalah seorang yang selalu bertaubat dan rajin membaca Al-Quran.' Kemudian baginda mengangkat wajahnya ke langit dan berkata, 'Ya Allah, aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku sangat redha dengan Dzul Bijadain, maka redhailah dia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Demi Allah, pada hari itu aku berharap akulah yang berada di dalam kubur itu."

رضي اللّه عنهم أجمعين


Ustaz Umar Nasir

Khamis, 12 September 2024

Speed mart

 Terbaca pasal bekas pekerja Speedmart complaint kata kerjanya gaji murah, takde OT yang berpatutan, kerja long hours, takde elaun lain dan benefit-benefit lain.


Ini semua timbul bila tengok tauke Speedmart jadi billionaire. Dikatakan tauke kaya atas jerih staff.


Saya suka nak komen balik:


1. Dulu masa sekolah orang suruh belajar kau main-main,  Pergi merempit. Pelajaran bukan jiwa kau. Sekarang banyak pulak complaintnya. 


2. Ada orang paksa kau kerja Speedmart? Kau boleh je cari kerja tempat lain kan. Takde sapa letak pistol kat kepala kau.


3. Nak gaji besar cari kerja yang susah  orang ganti. Kau kalau berhenti Speedmart berpuluh orang standby nak ganti. Apa majikan nak heran.


4. Pasal kena ganti duit hilang tu biasa je. Dari zaman dulu sapa jaga cashier kalau short duit je kena potong gaji. Kau baru keluar gua ke?


5. Kerja 10 jam gaji tak sampai RM3,000. Marilah kerja construction site Engineer ada Ijazah gaji RM2,500 je tak tentu dapat nak cuti sebulan sekali. Jangan kata 10 jam, 12 jam tu biasa, 24 jam pun selalu (bila peak). Engineer tu ada ijazah complaint pun orang tak peduli. Kau hanya sekadar SPM tu sapa nak peduli.


6. Kau nak annual dinnerlah company triplah kau masuk MLM atau jadi ejen takaful, atau ejen hartanah. Kau kena menjual. Tak nak pulak. Tak sesuai dengan jiwa. Takde darah menjual. Banyak alasan.


7. Marah boss kaya. Pergi buka satu bisnes sendiri. Start dari bawah. Jadi boss yang pemurah yang macam kau idamkan tu. 


8. Yang utama adalah gaji. Bonus tu tak wajib pun company nak bagi. Dalam surat lantikan kadangkala ditulis discretion (budi bicara) company. Kena faham mana satu wajib (statutori) mana satu discretion atau tak wajib. 


9. Nak buat union (kesatuan sekerja?) Good luck lah. Bisnes moden kat Malaysia ni dah lama tak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Yang masih ada ni yang lama. Yang paling banyak dekat MAB (dulu panggil MAS).


10. Nak gaji besar, masa sekolah bila orang suruh belajar, belajar. Jangan banyak main. Kalau diri tu tak sesuai akademik, masuk kemahiran. Dah keluar kerja cari pengalaman, tambah lagi kemahiran. Belajar lagi pengurusan. Jangan jadi nurtizen hari-hari kerja nya complaint.

Rabu, 28 Ogos 2024

Tagging

 [Katakan kepada diri anda...]

.

Cuba fikir zaman sekarang semua orang sudah guna TnG atau RFID atau SmartTag, Credit Card, Debit Card, e-Wallet, QR Pay dan lain-lain.

.

Dalam tahun depan rasanya kot, jikalau anda boleh lari dari semua ini saya rasa anda lejen lah.

.

Nak senang faham baca cuba baca kat bawah ni.

.

.

.

.

Katakanlah anda berada di KL. Anda hendak balik kampung senyap-senyap jumpa mak ayah di Kedah. 

.

Hari Isnin nanti anda akan ada balik. Tapi anda tipu boss anda kata anda tak sihat, nak rehat hari Sabtu dan Ahad.

.

Boss anda adalah orang kabel tinggi yang ada akses kepada semua benda ini. Eh anda pulak jenis kerek sikit dengan PA boss anda dan driver dia.

.

.

.

Cuba fikirkan situasi² ini: Anda nak balik senyap-senyap ni. Tapi telefon tak leh tutup takut dia syak.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda yang canggih itu tidak tahu anda berada di mana sekarang!

.

Katakan lepada diri anda bahawa dia tidak boleh find your device anda detect your location.

.

Katakan kepada diri anda bahawa dia tidak boleh buat tower triangular untuk detect location simcard anda.

.

Katakan kepada diri anda dia tidak tahu anda cucuk duit di R&R.

Katakan kepada diri anda bahawa dia tidak dapat akses semua IP Camera di lebuhraya dan jalanraya.

.

Katakan kepada diri anda dia tak tahu nak kesan kat mana  anda guna bank debit dan kad kredit anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa anda tidak singgah di R&R untuk kencing, tetapi kencing sahaja dalam semak tepi highway kerana takut CCTV.

.

Katakan kepada diri anda bahawa kereta anda sekali isi minyak boleh sampai ke bulan dan balik semula nanti.

.

Katakan kepada diri anda bahawa anda solat nanti tak pergi surau takut CCTV. Anda solat dalam kereta sahaja. Tayamum di tingkap.

.

Katakan kepada diri anda boss anda tidak tahu nak cek siapa pasangan anda dan anak-anak anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda tidak boleh perlakukan semua sekali yang dia lakukan kat atas kepada pasangan anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda tidak boleh perlakukan semua sekali yang dia lakukan kat atas kepada anak-anak anda.

.

Katakan juga kepada diri anda bahawa mak anda kat kampung nanti tak masak langsung untuk anda walau anda dah gtau nak balik kampung sebelum nak gerak tadi.

.

Katakan mak anda pergi pasaraya Aneka beli udang dan sokong serta lauk-lauk lain untuk anda. Mak anda swipe jer kad yang duit anda selalu bank in setiap bulan.

.

Katakan pada diri anda boss anda tidak boleh cek rekod perubatan mak anda, dia rahu rupanya mak anda alahan seafood. Tetapi beli seafood dalam kuantiti lebih dari biasa.

.

.

.

.

Macam-macam lah anda nak katakan pada diri anda kan.

.

.

.

.

.

Tiba-tiba boss anda call ketika anda dalam perjalanan. Dalam hati anda, nak baru nak cakap kat dia anda on the way ker klinik.

.

.

.

Tiba-tiba dia cakap kat anda. On the way ke klinik ker?

.

.

Lalu dia teruskan kata-kata. I ingat nak ajak you pergi main golf esok. Cukupkan flight.

.

Anda diam jer.

.

Kemudian dia lepaskan ayat keramat.

.

"Katakan kepada diri anda. Jin setan yang berpaut pada vak yang kamu dah cok hari tu datang beritahu saya... dia bosan sebab dia dok dalam diri kamu tapi kamu bising sangat sampai dia datang report kepada saya.

.

Banyak sangat anda ada bercakap kepada diri anda. Asyik sebut saja..

.

"Katakan pada diri anda... 

.

"Katakan pada diri anda... 

.

"Katakan pada diri anda... 

.

Dia serabut kepala sebab tu datang gtau saya.

.

.

.

.

Kalau anda boleh sembunyi lagi sikit hari nanti, saya tabik spring lah. Anda sudah ditandakan !

.

.

.

 

Lawak² jer.

.

.

BAZ

Sabtu, 17 Ogos 2024

RBT padi hampa


 RBT spt padi hampa...

1. Tindakan memperkenalkan subjek seperti RBT tanpa makmal dan guru berkelayakkan lebih kpd beri gambaran atau persepsi luaran utk kagumkan orang ramai. Ini mmg kepakaran pemikir dlm KPM.


2. Dalam konteks ini, kementerian cuba menonjolkan pencapaian atau inovasi baru dalam pendidikan untuk menunjukkan bahawa mereka progresif dan responsif terhadap keperluan masa kini, walaupun pelaksanaan sebenar lebih byk menyusahkan tanpa byk faedah, malah menekan murid dan guru.


3. KPM  mementingkan imej impresif supaya  kelihatan hebat di mata umum berbanding realiti keupayaannya berfikir dan bertindak untuk memberi manfaat kepada pelajar.. manfaat lebih penting kpd imej kementerian. Jika byk kekurangan, pandai2lah guru handle.. dan jawablah bila murid tak perform. Yg penting bila YBM dtg melawat.. tunjukkan semua yg hebat2.


4. KPM mmg pakar impresif,  di atas kertas sungguh gah tetapi realiti dalam pelaksanaannya guru yg diperah.. ramai murid yg rebah, ibubapa hanya mampu pasrah.

5. Tentulah sedih bila mengetahui pemikiran pelaksana pendidikan negara lain yg maju, yg utamakan pencapaian murid secara kolektif dari 'bermuka2' mencipta dan meluncur mcm2 program dan dasar hebat, tapi realitinya  spt padi hampa, dari jauh nampak menguning tapi isinya 'nothing'.


OT


Jumaat, 26 Julai 2024

1 bijak

 - Seorang jurutera Arab bertanya kepada seorang jurutera Jepun 🇯🇵: "Bagaimanakah anda semua menjadi begitu bijak dan membangunkan jabatan dan perkhidmatan anda?"

Orang Jepun menjawab: Anda lebih bijak daripada kami!!

 - Orang Arab itu berkata: Bagaimana?

Orang Jepun menjawab: Daripada setiap 10 orang Jepun, ada seorang yang bijak! Manakala bagi kamu semua ada 9 orang yang cerdik dan seorang yang bodoh. !!️

-Kita pilih yang cerdik untuk memimpin jabatan dan institusi dan 9 yang selebihnya membantunya, tetapi kamu pilih yang bodoh untuk memimpin jabatan dan institusi dan meninggalkan 9 yang pintar tanpa kerja!!

-Sebab tu awak rasa kami semua bijak.💜🎓