Rabu, 28 Mei 2025

Rajin

 1. Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , baka pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .


2. Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat.


3. Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.


4. First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.


5. Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.


6. Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri , boleh tahan juga daya melawan kau ya .


7. Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.


8. Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd .


9. Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .


10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , dia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .


Kredit: Adli Azamin Shukri

Ahad, 25 Mei 2025

Ekonomi 'Gaji Cukup Makan

 **Ekonomi 'Gaji Cukup Makan'**  

**Apabila Pendidikan Tinggi Menjadi Risiko Ekonomi**  


---


### **Latar Belakang**  

Pasaran buruh graduan Malaysia berada di persimpangan. Walaupun negara berjaya meluaskan akses pendidikan tinggi dan mencapai kadar penyerapan graduan yang tinggi, kejayaan ini datang dengan kesan sampingan—pengangguran tersembunyi, gaji yang tidak meningkat, dan pulangan pelaburan pendidikan yang semakin lemah. Premium gaji graduan semakin menurun, dan graduan baru semakin terperangkap dalam ekonomi "gaji cukup makan"—di mana kelayakan tidak lagi menjamin mobiliti ekonomi. Ketidakseimbangan struktur seperti pergantungan berlebihan pada sektor awam, ketepuan pekerjaan dan sektor, serta permintaan lemah dari industri swasta, telah mewujudkan pasaran buruh yang menyerap bakat secara numerik tetapi gagal memberi ganjaran yang bermakna.  


Laporan ini menawarkan pandangan makro mengenai landskap pekerjaan dan pendapatan graduan. Ia menyeru peralihan asas dari mengurus output graduan kepada mentransformasi hasil graduan. Intervensi yang dicadangkan—termasuk memikir semula ukuran kebolehkerjaan, melaksanakan sistem penjejakan graduan, dan menyelaraskan dasar pendidikan dengan keperluan industri—membentuk agenda reformasi untuk membalikkan penindasan gaji dan memulihkan nilai pendidikan tinggi.  


---


### **Realiti Pekerjaan dan Gaji Graduan**  


1. **Ketidakpadanan Kemahiran dan Pengangguran Tersembunyi**  

   - Pada 2023, 70% graduan bekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan rendah mahir, manakala hanya 30% memegang jawatan mahir.  

   - Ketidakpadanan ini mencerminkan lebihan graduan dalam bidang tertentu dan kekurangan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.  


2. **Gaji yang Stagnan**  

   - 95.2% pemegang diploma dan 65.3% pemegang ijazah memperoleh gaji di bawah RM3,000, yang tidak sepadan dengan kos pendidikan tinggi.  

   - Gaji sebenar graduan tidak meningkat seiring inflasi, mengurangkan kuasa beli mereka.  


3. **Peranan Dominan Sektor Awam**  

   - Permintaan buruh dari sektor awam menyumbang 47.1%, berbanding 14.5% dari sektor swasta.  

   - Persaingan untuk pekerjaan awam yang terhad menyebabkan kesan "crowding-out" dalam pasaran buruh.  


4. **Jurang Gaji Antara Graduan dan Bukan Graduan**  

   - Pada 2021, graduan baru memperoleh purata RM1,564, manakala lepasan sekolah memperoleh RM1,283—jurang hanya RM281.  

   - Ini mempersoalkan justifikasi ekonomi untuk melanjutkan pendidikan tinggi.  


---


### **Cabaran Struktur**  

- **Konsentrasi Bidang Pengajian**: 80% graduan tertumpu dalam sains sosial, perniagaan, undang-undang, dan STEM, menyebabkan ketepuan dan penurunan gaji.  

- **Sektor Upah Rendah**: Kebanyakan graduan bekerja dalam perkhidmatan dan pembuatan, seperti perdagangan runcit dan penginapan, yang menawarkan gaji permulaan yang rendah.  

- **Trajektori Gaji Tertunda**: Kenaikan gaji ketara hanya berlaku selepas usia 35 tahun, menyebabkan graduan muda terdedah kepada tekanan kewangan.  


---


### **Cadangan Reformasi**  


1. **Menghentikan Ukuran Kebolehkerjaan yang Mengelirukan**  

   - Menggantikan ukuran kebolehkerjaan semasa dengan metrik yang menilai kesesuaian kerja-kemahiran.  


2. **Sistem Penjejakan Graduan Jangka Panjang**  

   - Melaksanakan sistem pemantauan berterusan untuk menjejaki perkembangan kerjaya dan mobiliti graduan.  


3. **Memperkukuh Intervensi Pra-Pekerjaan**  

   - Meningkatkan kualiti dan tempoh latihan industri untuk memastikan graduan bersedia memasuki pasaran buruh.  


4. **Meningkatkan Taraf Industri**  

   - Melaksanakan dasar seperti "Progressive Wage Policy" untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dan upah.  


5. **Garis Panduan Upah sebagai Alat Regulasi**  

   - Memperkenalkan panduan upah advisory untuk membetulkan ketidakseimbangan upah tanpa pengawalan keras.  


6. **Ekosistem Dasar Holistik**  

   - Menyelaraskan reformasi pendidikan, penjajaran kemahiran, dan strategi pekerjaan di bawah satu visi nasional.  


---


### **Kesimpulan**  

Pasaran buruh graduan Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh untuk menangani ketidakseimbangan struktur yang mendalam. Dengan menggabungkan pendekatan berasaskan bukti dan tumpuan pada kualiti pekerjaan, kemajuan upah, dan penjajaran kemahiran, Malaysia boleh memulihkan nilai pendidikan tinggi dan membina tenaga kerja yang inklusif, kompetitif, dan bersedia untuk masa depan.  


**Pemulihan keyakinan terhadap laluan graduan bukan sahaja keperluan ekonomi tetapi juga keperluan nasional.**  


---  

**© The Future Studies Berhad (THE FUTURE)**  

**© Centre for Future Labour Market Studies (EU-ERA)**  


*Nota: "Gaji cukup makan" merujuk kepada tahap gaji yang hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan asas seperti makanan, sewa, dan utiliti, tetapi tidak meninggalkan ruang untuk simpanan atau pelaburan.*

Sabtu, 24 Mei 2025

Korban

 Catatan Dari pendengar kuliah:

Bab Kurban:

Mesti dibaca oleh semua, terutama AJK berkaitan dengan Pengurusan Kurban.

 

Pembahagian Daging Kurban


Baru-baru saya terdengar ceramah mengenai korban. Ada seorang Ustaz yang mengajar di Masjid Kg Gombak, Kuang berkongsi tentang pembahagian daging korban secara detail.


Saya dapat ingat sedikit tentang pembahagian korban. Saya kongsikan kepada anda.


Setiap unta, lembu, biri-biri, atau kambing akan dibahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian ini tidak menerima kuantiti yang sama.


Jadi kena berhati-hati dalam menentukan pembahagian daging ini supaya kita tak terambil hak orang lain. Terutama mereka yang tidak mempunyai ilmu sebaliknya hanya mendengar sahaja dari pengurusan korban iaitu AJK masjid atau sebagainya.


Pecahan Setiap Bahagian:

Baik, untuk setiap bahagian pecahannya adalah seperti berikut:


Peserta korban:

Peserta korban ialah setiap orang yang mengambil bahagian iaitu 7 orang bagi setiap lembu.

Hak bagi setiap peserta ialah daging sahaja 1/3 bahagian

SEMUA bahagian selain daging iaitu hati, limpa, kepala, dan lain2 (dipersetujui antara 7 orang peserta)

Jadi selain 7 orang ini, sesiapa pun tak boleh ambil organ2 lain ini kecuali diredhai oleh 7 orang peserta tersebut.

Organ-organ semuanya adalah milik 7 orang peserta korban.


Fakir miskin:

Bahagian kedua ialah fakir miskin.

Hak bagi fakir miskin ialah bahagian daging sahaja 1/3 bahagian

Sebagai contoh jika seorang sahaja fakir miskin, semua 1/3 hak beliau.

Jika ada 10 ekor sekalipun, 1/3 bahagian dari 10 ekor adalah milik beliau.

Beliau jika berhak menjual daging tersebut jika beliau ingin menjualnya.


Orang awam:

Bahagian ketiga ialah orang awam.

Termasuk tukang lapah, tukang potong, tukang buat kerja dan sebagainya.(Tidak atas dasar upah)

Bahagian mereka hanyalah daging sahaja 1/3 bahagian.

 *Selain dari itu mereka TAK BOLEH ambil. Itu bukan hak mereka.

Organ lain itu hanya dibenarkan ambil jika telah diredhai oleh 7 orang peserta korban tadi*.

Baik itu adalah serba sedikit tentang pembahagian daging korban. Sekarang kita masuk kepada cara perlaksanaan.


Di sini saya kongsikan sedikit situasi jika kita mengadakan program korban di kampung kita.



Cara perlaksanaan:

1. Asingkan Kumpulan:

Contoh jika ada 10 ekor lembu untuk korban, asingkan setiap lembu satu kumpulan. Setiap kumpulan ini tidak boleh bercampur. Semuanya perlu diuruskan oleh kumpulan ini sahaja.


Ini bagi memastikan lembu 1 tidak bercampur dengan lembu 2. Lembu 2 tidak bercampur dengan lembu 3 dan seterusnya.


Sebaik-baiknya, lantik setiap kumpulan untuk dari mula sehingga selesai untuk lembu mereka sahaja.


2. Agihkan kepada peserta korban:

Setelah siap melapah, agihkan 1/3 bahagian daging dan organ2 lain kepada peserta korban mengikut lembu masing-masing.


Bila dah buat kumpulan macam tadi. Jadi senanglah nak agih daging. Setiap peserta kenal lembu masing-masing.


Jadi pengagihan untuk setiap peserta akan jadi tepat.


Contoh jika lembu 1 berat daging bagi 1/3 bahagian ialah 70 kilo. Jadi setiap orang akan dapat 10 kilo.


Lembu 2 jika berat daging bagi 1/3 bahagian ialah 140 kilo. Jadi setiap peserta akan dapat 20 kilo. Begitulah seterusnya.


3. Campurkan semua daging

Setelah siap agihan kepada 7 peserta mengikut lembu, barulah dibolehkan campur semua baki daging dari 10 ekor lembu.


Masa ni dah tak perlu risau tercampur lagi sebab memang baki ini untuk dibahagikan kepada baki 2/3 bahagian iaitu bahagian fakir miskin dan orang awam.(Orang kaya)


4. Agihkan kepada fakir miskin:

,

Kemudian barulah diagihkan kepada 1/3 fakir miskin. Jika seorang sahaja pun fakir miskin yang ada. Seorang itulah yang akan dapat semua bahagian.


Contoh jika 1/3 bahagian daging lembu seberat 100 kilo. Jadi 100 kilo ini adalah milik fakir miskin.


Tapi pengurusan boleh berbincang dengan fakir miskin. Sama ada fakir miskin nak ambil semua atau nak ambil sedikit sahaja.


Jika fakir miskin redha, maka boleh diambil bahagian fakir miskin tersebut.


5. Agihan hadiah kepada orang awam:

Dan yang terakhir ialah bahagian hadiah kpd orang awam (Kaya)


Ini termasuklah orang yang buat kerja, penduduk kampung, dan ajk2 masjid.


Berapa yang tinggal itulah dibahagikan sama rata antara semua.


Penutup:

Begitulah serba sedikit tentang pembahagian daging korban. Untuk mengetahui lebih lanjut saya sarankan anda rujuk dengan Ustaz-Ustaz berhampiran tempat anda.


Ambil masa untuk belajar kerana takut-takut kita terambil hak orang lain. Bila dah namanya hak orang lain, ianya tidak halal untuk kita mengambilnya.


Sampai di sini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi in shaa Allah!

Sabtu, 17 Mei 2025

Nur Kabarino

 💢

DARI SEORANG KRISTIAN MENJADI DA'i

Nuh Kabarino dulunya adalah seorang Kristian berasal dari Filipina. Tidak pernah terbayang olehnya bahawa perjalanan hidupnya akan berubah ketika dia bekerja di Arab Saudi. Di negara itu, dia mula mengenali Islam lebih dekat. Dia belajar bahasa Arab dan perlahan-lahan mempelajari Al-Quran, tafsir dan sejarah hidup Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Dalam masa tujuh tahun, dia berhasil menghafal Al-Quran dan mendalami ajaran Islam dengan serius.


Setelah kembali ke tanah airnya Filipina, Nuh tidak duduk diam. Dia memutuskan menjadi da'i, berdakwah mengajak orang ramai mengenali Islam. Dia berdialog dengan para pendeta Kristian, mengadakan debat ilmiah secara terbuka dan menyampaikan ajaran Islam dengan hujah dan kesabaran.


Hasilnya luar biasa. Dalam waktu beberapa tahun, lebih dari 70000 orang Filipina yang beragama Kristian memilih memeluk Islam melalui dakwahnya. Nama Nuh Kabarino pun mula dikenali ramai, tidak hanya di kalangan Muslim, tapi juga oleh para tokoh gereja dan bahkan pejabat asing.


Konon, duta besar Amerika di Manila pernah menyinggung Nuh dalam sebuah forum, menuduhnya sebagai sosok yang “ingin menghidupkan kembali Islam radikal di Filipina.”


Namun, tidak semua pihak boleh menerima kepetahannya. Ketika debat dan dialog tak lagi mampu membendung pengaruh dakwahnya, maka muncullah usaha jahat untuk menghapuskannya. Pada tahun 2016, ketika dia sedang sujud dalam solat asar di sebuah masjid di Manila, Nuh Kabarino ditembak hingga mati. Dia syahid dalam keadaan sujud menghadap Allah dalam ibadahnya.


Pembunuhnya tidak diketahui secara pasti hingga kini. Ada yang menuduh pihak Amerika sebagai dalangnya dan ada pula yang menuding kepada Iran, sementara sebahagian media tempatan menyalahkan kelompok-kelompok Kristian radikal di Filipina. Namun hingga kini kes tersebut tetap menjadi misteri.


Nuh Kabarino juga dikenang sebagai da'i yang gigih, yang mempersembahkan hidupnya untuk dakwah Islam hingga nafas terakhir.


Semoga Allah merahmatinya dan menerima semua amalannya.



-Diterjemahkan dari "Converts To Islam"

Jumaat, 4 April 2025

Fakeh

 Info keluarga

Tahun meninggal

Arwah arwah

Dibaca الفاتحة


Atok poying 1970 umur 70 tahun

Nenek jani 1995 umur 95


anak bareb

Wak jeben 2000 umur? 

wak rubiem 2012 Umur 78 tahun

Wak bebet tahun? Umur? 


Kedua

Wak jemen 2018 umur 85

Wak nuriah 2008 umur? 


ketiga

Wak hj husin 2018 umur 93 tahun

wak aton 1984 umur 49 tahun 

Wak wagiah


ke4

Wak Hj banuri tahun 2000 umur 81 tahun

wak dingah 2019 umur 82 tahun


Ke5

wak miskan 1994 umur 64 tahun 

wak pitah 2025 umur 88 


Ke 6

Wak bahrin 2015 umur 71 tahun

wak bedah 1996 umur 56 tahun


ragil

Paman Buang 2016 umur 73

Bibik jijah 


Tinggal 2 menantu wedok 

Boleh simpan info ni utk kenangan anak cucu


Tkasih