Isnin, 13 Oktober 2025

Moral

 "Kalaulah budak perempuan tu kelar diri dia atau apa-apa jadi dekat dia. Semua tu salah kau! Tahu?", marah pengawai akhlak pada seorang remaja sewaktu sesi mahkamah.


Semua peguam lain di mahkamah menyaksikan prosiding itu mendengar nasihat dan teguran pada tertuduh remaja ini. Masing-masing menyaksikan sambil menanti sesi kes mereka dipanggil.


Saya baru tiba, perbicaraan kes saya akan bermula jam 11 pagi di Mahkamah. Saya sampai awal. Sempatlah saya menyaksikan prosiding kes ini juga.


Sebelum saya masuk bilik mahkamah, saya lihat semua orang ada awam di luar. Jadi saya tahu prosiding ini untuk mahkamah kanak-kanak. Tertutup. Hanya peguam-peguam dibenarkan masuk.


"Kau dengan kawan-kawan kau, sama-sama buat. Bila dah jadi kes macam ni, yang ada bukan kawan-kawan kau. Tengok bapa kau yang kena datang dan sama-sama. Kesianlah dekat dia".


Pegawai ini jenis tegas. Bila bercakap mukanya serius. Suaranya lantang. Tak beri muka. Bagus. Tegas. Setiap perbuatan salah perlu ada tindakan.


Saya jadi tertanya-tanya apa kesalahan remaja ini kerana masuk separuh jalan prosiding.


Ada 2 pegawai yang bersidang bersama di Mahkamah Kanak-Kanak hari itu. Lelaki dan perempuan. Dua-dua tegas. 


Mereka berikan giliran si bapa berikan alasan-alasan kepada mahkamah kenapa teruduh tidak patut dihantar ke pusat pemulihan akhlak.


"Saya akan pantau penggunaan telefon dia. Sebab dia banyak masa dengan telefon. Saya dan isteri akan pastikan sentiasa pantau dia", terang si bapa.


"Anak encik ada anak yang lain juga ni. Encik berniaga dan isteri pun kerja. Nanti takut tak sempat nak pantau dia. Selain dari Encik cakap ni, ada apa-apa lagi kaedah untuk pemulihan dia?", tanya salah seorang pegawai.


Bapanya si tertuduh jawab tentang pembahagian masa antara dia dan isteri. Tak mahu beri telefon. Kemudian lepas balik sekolah, ada jadual disediakan.


"Lagi?", tanya pegawai. Si bapa diam. Barangkali dia sedang memikirkan apa lagi kaedahnya. 


Kemudian pegawai itu sambung, "Dari segi agamanya encik? Moralnya? Apa encik nak buat? Apa usaha untuk perbetulkan untuk masuk dalam jiwa dia. Terangkan. Kami nak dengar. Kita nak dia betul-betul berubah".


Sesuatu yang sering dilupakan. Agama. Benarlah sepanjang memberi segala alasan. Bab agama ini, tidak langsung disentuh.


Realitinya, makin pudar amalan ibu bapa dulu-dulu yang selalu berpesan. "Kau jangan begitu, kau jangan begini". "Berdosa. Allah marah" "Jangan usung anak orang merata". "Bersentuhan haram". "Berzina haram".


Makin pudar sehingga remaja berpeleseran di sana sini. Mengadakan seks awal usia sudah tidak salah. Melahirkan anak nikah semakin diterima. Ada ibu bapa yang sekarang mengizinkan anak remaja bercinta, keluar masuk rumah seperti tiada apa.


Kalau dulu, masih ingat lagi babak dalam filem 'Ali Setan', si Tipah tertipu mengandungkan anak luar nikah. Mengamuk Jins Samsudin memegang senapang.


Bapa tertuduh ini terangkan pada mahkamah. Kemudian mahkamah perintahkan bon kelakuan baik dan beberapa perintah lain. Dia tidak dimasukkan dalam pusat pemulihan. 


Selesai sesinya, kemudian masuk tertuduh kedua dan seterusnya tertuduh ketiga.


Rupanya mereka ini kawan-kawan. Semua mereka berusia 14 tahun. Di sekolah tertuduh pertama ada girlfriend berusia 14 tahun. Mereka bercinta. Dipujuknya tertuduh pertama hantar gambar bogel. Maka girlfriend ini pun hantar gambar. 


Budak perempuan ini pun satu hal juga. Tolonglah tekankan pada anak-anak perempuan. Jaga maruah, jangan jadi bodoh. Bercinta habis semua dibaginya. Baru 14 tahun.


Dapat sahaja gambar tertuduh pertama hantar pada tertuduh kedua dan tertuduh ketiga. Sama-sama seronok bergelak ketawa. Tak cukup dengan itu mereka tularkan satu sekolah. Semua orang di sekolah dapat gambar bogel gadis ini.


Bila tular satu sekolah, cikgu dapat tahu. Cikgu kemudiannya hubungi keluarga pelajar perempuan dan keluarga buat laporan polis. Maka remaja lelaki ini semua dituduh bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Waktu tertuduh kedua diberikan nasihat, ceramah oleh pegawai akhlak di hadapan lebih kurang 10 peguam lain yang sedang menanti kes mereka sepatutnya malu dan kesal.


Saya sempat berpusing ingin melihat muka wajah tertuduh kedua ini. Kita jadi tertanya-tanya. Ingin melihat wajah-wajah generasi pelapis yang..entahlah. 


Saya pusing seketika melihat wajahnya. Dia perasan saya pusing. Dia berpaling dan merenung saya kembali. 


Entahlah, saya tak nampak rasa penyesalan lebih kepada seperti marahkan saya sebab menyibuk halnya. Matanya merenung marah umpama "Apa tengok-tengok?". Entahlah. Tiada penyesalan. 


Sama ada pengalaman di mahkamah itu, siasatan, penahanannya dan segala proses itu memberi pengajaran padanya atau menjadikan dia selepas ini lebih licik untuk 'tutup' jejak jenayah selepas hukumannya selesai.


Benarlah kata pegawai akhlak "Agamanya? Moralnya?". Kita hendak ubah itu ini. Hukum itu ini tetapi dalam jiwanya yang telah jauh dan rosak. Bagaimana? Bab agama dan moral ini sebenarnya dipupuk dari kecil. Baru akan sebati dengan jiwanya.


Kes ini bukan berlaku di luar negara. Dalam negara kita sendiri.


Berpesan-pesanlah pada anak-anak lelaki kita, jangan jadi kejam begini. Ikut suruhan agama dan moral. Tanam sifat kemanusiaan.


Berpesan-pesanlah kepada anak perempuan kita. Jaga diri. Jaga maruah. Ikut suruhan agama. Jangan jadi bodoh dan jangan jadi mangsa.


Oleh Nor Zabetha

Jumaat, 10 Oktober 2025

Realiti

 Kita bukan ciptaan kilang.

Tapi entah sejak bila, tubuh pun perlu diservis ikut jadual.

Kononnya untuk sihat ; tapi makin ramai yang sakit.


Tubuh ini bukan milik sistem.


Tubuh manusia bukan mesin untuk diservis setiap kali mereka cipta “penyakit baharu”.

Bukan makmal untuk diuji bahan kimia atas nama sains.


Dulu sihat cukup dengan jaga makan dan jaga hati.

Sekarang sihat bergantung pada jarum dan jadual cucuk.


Mereka ajar kita takut pada demam,

tapi suruh percaya pada racun yang disuntik.

Mereka kata nak dapatkan perlindungan,

tapi kenapa makin banyak yang sakit selepas “dirawat”?


Anak-anak bukan robot untuk dikawal setiap dos.

Mereka manusia ; lahir dengan sistem imun yang Allah cipta, bukan buatan kilang.


Dan kita,

tak lahir untuk dikejar jarum,

tapi untuk hidup dalam fitrah.


Bila manusia terlalu percaya pada sistem,

di situlah bermulanya kehilangan iman terhadap fitrah. 


Hidup yang indah jadi komplikated bila anda memilih menjadi provaksin. Sedarlah.

Khamis, 4 September 2025

Keciciran

 "TOTAL LOSS"


Oleh kerana dari dahulu aku ajar kelas ke 3, ke 2 atau paling hujung dpd 13 kelas, aku jadi pakar sudah budak2 hujung.


Tahun ini yg paling bagus disiplin, cuma masalah kehadiran sahaja.


Ini masuk makmal dgn muka mengantuk & sesekali curi2 tidur. Dan ke nakmal bawa diri sahaja. Modul tinggal, pen pun tinggal katanya. Jadi sudah diketuk ketampi pun masih mengantuk, maka aku bagi dia lesen tidur di meja belakang. Daaaaaaaaan dia betul2 tidur... 😀😀😀


Habis kelas aku bagitahu kelas tak payah bagi ucap terima kasih. Tak payah bangunkan dia & kita keluar senyap2. Lebih kurang 30 minit dia bangun & balik ke kelas.


Tahun lalu lagi bagus. Ada budak tu tidur dari jam 9 bangun jam 11 di makmal. Kebetulan tiada guru masuk.


"What is the because...?". Sebabnya main "game" sampai jam 4 pagi. Jam 6 kena bangun bersiap2 pergi sekolah. Ada kalanya itulah rutin hariannya.


Ini budak2 yg tercicir serba serbi. +2 -2 dibilangnya 4 atau 8... 😭😭😭 Pengalaman aku dgn kelas paling hujung, yg lulus BM + Sejarah atau lulus sains dlm 6 orang per 38 shj. Carilah pakar pendidikan terbaik di dunia. InsyaAllah tetap sama hasilnya... 😀😀😀


Teruk tahap keciciran derang. Yang pandai membaca pun lemah penguasaan bahasanya. Pernah saya suruh buat ayat dpd dambar. Ada 5 gambar. Saya buat diagnosis bahasa di tingkatan 5. Bila gambar nasi kuning, ayatnya;


"Ini nasi kuning sedap sekali".


Tahap bahasa budak darjah 2 sahaja... kesian.


Dan paling malang... isu keciciran akadenik ini masih dipandang sepi. Dianggap tak oenting mcm ICT & AI. Yang dikejar selalunya guru2 SPM utk naikkan KPI. Macamanalah nak naikkan KPI kalau masih ramai budak2 begini.


Kamu tahu masa SPM... Dia datang BM & BI, masa sejarah dia tak hadir sekolah. Atau masa BM tak datang, tiba2 masa BI datang pula... Dia kata dia lupa... 😀😀😀


Budak2 yg TAK NAK BELAJAR ni saban tahun bertambah bilangannya. Budak sains tulin kelas depan pun ada yg matematik tambahannya 3 markah & biologi 17 narkah.


Itu sebabnya semakin ramai guru memilih bersara awal. Tertekan jiwa raga dgn perangai budak sebegini. Budak2 ini sudahlah tercicir, ada masalah disiplin & kehadiran, yg kalau hadir pun tidur juga kerjanya. Kalau pun tak tidur,, tapi OTAK MEREKA DAH KOMA... 😀😀😀


Bayangkan kalau mereka ni diajar oleh robot AI...? Silap2 derang buang tu robot dari tingjat 3.


#KeciciranAkademik

Ahad, 31 Ogos 2025

Kuasa الله

 KEAJAIBAN GAZA!




:

Seorang pakar ketenteraan British berkata ada satu kuasa tersembunyi. Sambungan peperangan ini mustahil hanya kerana pejuang Hamas.”


Seorang pakar ketenteraan Amerika pula berkata:


“Amerika dan negara-negara Eropah telah membekalkan senjata kepada Israel, dan jumlah senjata yang dihantar itu sudah cukup untuk memusnahkan kawasan sepuluh kali ganda lebih besar daripada Gaza — bersamaan dengan enam bom nuklear, cukup untuk membakar bumi dan menjadikannya tidak layak didiami sama sekali.


Langit Gaza penuh sesak dengan pesawat pengintip dari pelbagai jenis: Israel, Amerika, Britain, Perancis, dan Jerman. Semuanya merakam setiap pergerakan di permukaan bumi dengan ketepatan yang profesional.”


Namun yang menghairankan, kata beliau:

“Bagaimana mungkin para pejuang itu keluar, menghancurkan kenderaan tentera, membunuh, menembak tepat, memasang bahan letupan, dan melakukan serangan hendap yang telah menghancurkan hampir sepertiga kenderaan tentera serta menyebabkan ribuan maut dan cedera — sedangkan semua pesawat itu hanya berjaya mengesan sebahagian kecil sahaja daripada mereka?”


Seorang lagi menambah:

“Luas Semenanjung Gaza hanya 365 km², dengan kawasan perumahan padat merangkumi 75% daripadanya. Tentera udara telah membedil dengan puluhan ribu peluru berpandu, bom, dan peluru artileri dari darat dan laut; selain itu terdapat dron, jet pejuang F-15 dan F-35, serta helikopter Apache. Tiada satu pun senjata yang tidak digunakan secara besar-besaran dan berlebihan.


Namun saya menonton video kanak-kanak Gaza bermain dengan roket yang tidak meletup!”


Dan seorang lagi berkata:

“Wahai sahabatku, ini adalah satu keajaiban. Ada para pejuang yang kita tidak nampak. Inilah perlindungan Ilahi. Lihatlah bagaimana seorang pejuang mendekati kenderaan, meletakkan bom dengan kekuatan dan tekad yang menakutkan. Dia bertempur dengan semangat yang tidak tergoyah dan pasti berjaya.


Lihat juga bagaimana kanak-kanak bermain dengan roket tanpa rasa takut. Jika perkara itu berlaku di negara kami atau mana-mana negara maju, pasti akan dipanggil batalion khas pemusnah bom, bersama pasukan jurutera dan pakar letupan.

Ceritakan kepadaku, siapakah yang melindungi kanak-kanak itu? Ia adalah takdir dan rahmat Allah. Para pejuang juga berjaya menukar arah sebahagian roket tersebut dan menghancurkan banyak kenderaan musuh dalam satu serangan hendap.”


Beliau menutup kata-katanya:

“Ini bukan manusia biasa seperti kita. Dari mana mereka mendapat latihan sehebat ini?”


Israel kini telah menjerat dirinya sendiri dalam peperangan yang tidak mampu dimenanginya. Ia akan memerlukan berdekad-dekad untuk membina kembali tenteranya — baik dari segi sumber manusia, psikologi, mahupun semangat juang. Dan itu tidak akan pernah menyamai keberanian dan legenda para pejuang Gaza.

Selasa, 26 Ogos 2025

Dr. Abdul Rahman Al-Sumait, da

 ⸻Pendakwah Ba’lawi yang 11 juta orang Afrika masuk Islam di tangan beliau .


📖 Dr. Abdul Rahman Al-Sumait رحمه الله berkata:


Aku pernah mendengar tentang sebuah kampung yang belum pernah sampai Islam kepadanya. Maka aku memutuskan untuk pergi ke sana. Lalu para pengiringku berkata kepadaku:

“Engkau tidak akan mampu! Antara kita dengan kampung itu ada sebuah sungai yang penuh dengan buaya!”


Maka aku menjawab dengan penuh keyakinan:

“Bawalah aku ke sana, dan aku yang akan bertanggungjawab.”


Katanya: Kami pun menaiki perahu, dan buaya-buaya mengelilingi kami, hingga akhirnya kami sampai ke kampung itu. Penduduknya sangat terkejut melihat kedatangan kami, lalu mereka bertanya dengan penuh kehairanan:

“Bagaimana kalian boleh sampai ke sini!?”


Kami menjawab:

“Allah telah memelihara kami kerana kami datang untuk menyampaikan agama-Nya.”


Kemudian kami duduk menerangkan tentang Islam. Lalu ketua kampung itu berkata kepadaku:

“Kami tidak akan masuk Islam kecuali dengan satu syarat!”


Maka aku bertanya:

“Apakah syarat itu?”

Dia menjawab:

“Hujan telah terputus daripada kami sejak bertahun-tahun, maka berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan ke atas kami.”


Aku berkata:

“Baik, tetapi kumpulkanlah seluruh penduduk kampung.”


Maka mereka pun berkumpul. Lalu aku berwudhu’, kemudian aku berdiri solat. Aku sujud dengan sujud yang sangat lama, menangis dengan tangisan yang amat kuat, sambil berdoa:

🔹 “Ya Allah, janganlah Engkau hinakan agama Abdul Rahman disebabkan dosa Abdul Rahman.”


Aku terus berdoa dan merayu sehingga aku mendengar bunyi guruh. Maka aku pun mengangkat kepalaku, dan hujan pun turun setelah beberapa jam aku bersujud.


Maka tidak ada seorang pun dari penduduk kampung itu melainkan mereka semua mengucapkan syahadah:

✨ “Kami bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”


Aku pun memuji Allah dan bertakbir, dan itulah antara peristiwa paling menakjubkan yang aku pernah lihat sepanjang hidup dakwahku.



🌹 Moga Allah merahmati da’i besar, Dr. Abdul Rahman Al-Sumait, da


n menempatkannya di syurga-Nya yang luas.