Jumaat, 30 Disember 2011

Bahtera Nabi NUh AS


Korang pernah dengar cerita penemuan bahtera Nabi Nuh tak? Dah banyak keluar cerita penemuan bahtera tu tapi secara saintifiknya masih lagi tak dapat dibuktikan kebenaran cerita-cerita tu semua..Kalau korang berminat nak tau cerita ni boleh baca kat bawah..

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.

Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu. Gambar-gambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu.

Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mount Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark!


Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark . Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja, para pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang.

Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

The Great Noah Ark ini berada di Mount Ararat, tapi dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu.

Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat

Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran,Turkey”. Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.

Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-kutulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria.

Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mount Ararat itu.

Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]. Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.

Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/misteri-penemuan-bahtera-nabi-nuh-as.html#ixzz1i1bLo759

Pegar

Salam Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa matrik, barulah pengarah saya En Ismail Kalam cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:
clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.
clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.
So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

Gage vs frontal lobe

by 

Phineas Gage adalah seorang penyelia bekerja dgn Rutland Burlington Railroad di Vermont, USA. Kisah yg berlaku pada tahun 1848 ini membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik, disenangi ramai dan berkebolehan untuk memimpin membolehkan dirinya menjadi penyelia pada usia muda. Ini menjadikan dirinya sesuai dgn kerjanya mengetuai pasukan peledak meruntuhkan tanah bukit bukau agar landasan keretapi dapat dibina, suatu kerja yang merbahaya dan memerlukan fokus yang tinggi.

Kejadian malang menimpa Gage bilamana pada suatu hari ketika sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang dan menolaknya dengan sebatang besi, tiba2 ianya ianya meletup. Batang besi yg panjangnya lebih kurang 3 kaki itu memasuki pipi kirinya dan tembus dari bahagian atas kepalanya. Saksi melapurkan yang Gage kemudiannya terhumban dan kekejangan buat seketika. Semua orang terperanjat melihat Gage masih bernyawa selepas itu dan lebih aneh lagi dia sedar dan masih waras walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) tidak sedikitpun mengubah keupayaan untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

Gage kemudiannya dirujuk kepada Dr Harlow. Gage sedar semasa beliau diperiksa dan mampu menjawab soalan2 berkenaan kemalangan yang terjadi. Doktor seolah2 tidak percaya yang dia boleh terselamat dari kejadian tersebut. Mungkin disebabkan dirinya yang muda bertenaga dan sihat membolehkan beliau sembuh tanpa sebarang komplikasi. Keupayaan fizikal beliau seperti biasa malah ingatannya tidak sedikitpun terjejas. Dr Harlow menyatakan yang Gage amat bernasih baik kerana bahagian otaknya yang rosak itu adalah bahagian depan (frontal lobe) yang pada ketika itu tidak dianggap penting untuk manusia.

Kesan yang amat besar pada diri Gage mula kelihatan selepas beliau beransur2 sembuh. Personaliti beliau berubah 180 darjah dan rakan2 menyatakan Gage yang mereka kenali dulu sudah berubaha perangainya menjadi orang lain. Dr Harlow menyatakan yang Gage sudah kehilangan sifat2 baik dan cerdik pada dirinya malah lebih bersifat kehaiwanan.

Daripada seorang yang jujur dan berperangai sopan, beliau mejadi seorang yang tidak boleh dikawal dan menyusahkan orang lain. Beliau menjadi serorang yang pentingkan diri sendiri dan selalu membuat keputusan dan pilihan hanya berpihak untuk diri sendiri. Beliau tidak suka bergaul dan bersosial dan selalu menggunakan perkataan2 yang biadap malah selalu mabuk. Beliau sukar untuk mengikut apa yang dirancang dan tidak boleh berfikir sebelum membuat keputusan. 

Dr Harlow menasihati Gage dan cuba mengubah sikapnya kerana beliau tahu Gage akan kehilangan kerjanya jika beliau terus menerus bersikat demikian tetapi tidak sedikitpun diendahkan oleh Gage. Tidak menghairankan beliau kemudiannya dipecat dan tidak dapat kekal lama didlm pekerjaan lain yg diceburinya.

Gage meninggal dunia pada 21 May 1860 tetapi hanya selepas 7 tahun kemudian kuburnya digali semula dan tengkorak kepalanya diambil untuk kajian. Batang besi yang menembusi kepala Gage dan juga tengkorak kepalanya sekarang disimpan di Harvard Countway Library of Medicine.

Pada tahun 1994, seorang saintis Hanna Damissio telah membina kembali secara simulasi kerosakan yg dialami oleh Gage. Walaupun tidak semua frontal lobenya hilang tetapi hanya sebahagian darinya, Gage seolah2 sudah menjalani lobotomy (pembuangan frontal lobe untuk tujuan menyembuhkan penyakit tertentu, kerap dilakukan sekitar tahun 1930an tetapi tidak lagi setelah ahli perubatan sedar akan kesannya terhadap manusia).

Ketahuikah anda manusia dizaman moden ramai yang seolah2 sudah menjalani "lobotomy"? Perbezaan sikap dan tngkah laku manusia dulu dan sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Gage sebelum dan selepas kejadian. Pentingnya frontal lobe dipelihara agar manusia kekal bersifat manusia, jika tidak boleh menjadi lebih teruk dari haiwan. Pentingkan diri sendiri, biadap, kurang sopan, pemarah dan semua sifat2 negatif lebih menonjol lagi dizaman sekarang ini.
Frontal lobe yg tidak dijaga, ditambah dgn kehidupan yang semakin hari semakin tertekan (stress) dan penuh kerisauan menyebabkan frontal lobe tidak mendapat bekalan darah dan bahagian ini akan menjadi lemah dan lama kelamaan mati. Lihat SPECT scan otak seorang yang ganas, walaupun tiada kecederaan fizikal, otak depannya seolah2 sudah tiada, bukan bahagian tersebut kosong tiada jisim tetapi tiada darah yg pergi kearah itu. Ibarat pokok yang tidak disirami air, lama kelamaan akan layu dan mati.
Manusia masih tetap hidup seperti biasa dan normal dalam keadaan begini, boleh bekerja, bersukan, berkeluarga dan bermacam2 lagi, kesan yang utama adalah sikap, perangai, emosi dan tingkahlaku yang mana akan menonjolkan sifat2 buruk jika tidak dijaga. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak kisah kesan pada orang lain, kesan pada diri sendiri pada masa depan inilah sebenarnya yang membawa manusia itu sendiri menuju kehancuran. Bila bekerja tikam belakang untuk naik pangkat, bila berpangkat makan rasuah mengumpul harta, bila berkuasa guna taktik kotor untuk jatuhkan lawan, bila berniaga mengaut untung berlebih-lebihan, bila membeli guna hutang hingga tidak mampu membayar. Semua ini ciri2 mereka yg sudah mati frontal lobenya.
Indahnya solat perintah Allah itu membolehkan frontal lobe sentiasa "disirami" dgn bekalan darah ketika sujud dan fokus didlm sembahyang itu melatih frontal lobe kerana fokus adalah antara fungsi utama bahagian tersebut. Sebab itu solat yang diterima solat yg khusyuk dan paling hampir diri kita dgn Allah ketika kita sujud didlm solat. (Al-Alaq 96:16). Bukankah frontal lobe yang sempurna membolehkan manusia lebih bersikap dan bersifat "manusia", hidup berharmoni tidak mementingkan diri sendiri dan boleh mencegah kemungkaran?

Khamis, 29 Disember 2011

Frontal lobe

Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.
Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama 
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.

Banyak lagi sifat2 yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.

Berikut pula sifat2 mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
Tidak terurus dan malas.
Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
Tidak keinginan untuk belajar.
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
Cakap tak serupa bikin.
Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
Reaktif.
Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
Selalu risau dan fikiran melayang2 memikirkan keburukan.
Tidak boleh mendengar dgn baik.
Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
Pelupa.
Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.

Mesin Canggih

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). At Tin 95:4

Tahukah anda bahawa jantung anda berdenyut tanpa henti lebih dari 100,000 kali sehari?, jika dijumlahkan dalam setahun lebih kurang 40 juta denyutan setahun dan hampir 3 billion denyutan sepanjang hayat jika diambil purata hidup anda antara 70-80 tahun. Semua ini berjalan secara automatik tanpa perlu penyelenggaraan, cucian dan sebagainya.

Jantung anda yg bekerja dgn taatnya ini mengepam darah hampir 8 liter setiap minit, lebih dari 200 liter setiap satu jam melalui saluran darah yang panjang dan rumit, secara keseluruhan jika dicantum semua urat darah anda ini panjangnya akan menjangkau lebih kurang 96,000km dan ini adalah lebih dua kali ganda ukur lilit bumi. Yg amat menakjubkan, keseluruhan sistem salur darah ini dari aorta. vena, arteri dan sehalus2nya ini, beratnya hanyalah 3% sahaja dari berat keseluruhan badan anda.

Melalui salur darah anda ini juga setiap 20-60 saat, setiap sel darah merah anda melengkapkan perjalanannya mengelilingi badan anda, dan ia membuat laluan mengelilingi badan anda sebanyak 75-250 ribu kali sepanjang usia sel darah merah tersebut. Jika disusun kesemua sel2 darah merah anda ini satu persatu, panjang keseluruhannya akan hampir 50,000 km. Setiap kali anda menyedup nafas, 3 juta sel darah merah anda mati dan sesaat selepas itu pula jumlah yg sama dihasilkan kembali oleh badan anda.

Badan kita adalah komuniti sel2 yg berjumlah antara 70 hingga 100 trillion (1 trillion bersamaan 1,000,000,000,000), pada setiap saat terdapat hampir 100 ribu tindakan kimia berlaku pada setiap sel2 anda dan jika dijumlahkan dgn keseluruhan sel2 anda ini, tidak cukup untuk kalkulator biasa menayangkan kesemua "0" jumlah tindakan kimia didalam tubuh anda setiap saat, dan anda tidak perlu berfikir sedikit pun untuk mengawal tindakan kimia tersebut.

Setiap saat, 10 juta sel2 badan anda mati dan pada masa yg sama juga jumlah yg sama digantikan. Jika kita kaji debu2 yg terdapat didalam rumah, kebanyakannya adalah dari sel2 kulit manusia yg mati. Anda sebenarnya mempunyai pankreas yg baru setiap hari kerana sel2nya sentiasa aktif digantikan dgn sel2 yg baru. Satu proses yg dipanggil "mitosis", samada untuk pertumbuhan ataupun menggantikan sel2 yg rosak. Hati anda pula mempunyai 66 fungsi, apa yg selalu diketahui hanyalah untuk menapis bendasing seperti alkohol dari darah.

Anda hanya perlu menikmati makanan yg anda suapkan dimulut, tetapi badan anda secara automatik merembes2kan enzim2 dgn kadar yg berpatutan untuk mencernakannya. Buah pinggang anda tanpa hentinya menapis berliter2 darah untuk membuang bahan kumuhan dan bendasing dgn cekapnya, mesin dialisis ciptaan manusia hanya mampu menapis 15-20% sahaja dalam masa satu jam berbanding dgn buah pinggang anda.

Untuk menhasilkan sel2 yg baru juga, ada mekanisme protein yg menyalin susunan "DNA helix" anda lebih canggih dari teknologi yg ada pada masa kini. Dan jika kita meleraikan jalinan DNA itu tadi dari kesemua sel2 didalam badan kita dan ditarik kesemuanya, ianya begitu panjang hingga boleh pergi dan balik ke matahari sebanyak 150 kali. Mekanisme protein juga menyemak dgn cekapnya 3.2 billion susunan asid nukleik didm DNA untuk memeriksa jika terdapatnya sebarang mutasi. "Pasukan pertahanan" (sistem imunisasi) anda pula tahu bagaimana untuk melawan beribu2 bakteria dan virus dan akan mengingati dan bersedia jika ada jangkitan dimasa depan.

Berhenti buat seketika disini, aha.. beribu2 kimia dihasilkan oleh "farmasi" paling canggih didunia ini iaitu hyphothalamus dan kelenjar pituatary anda. Semua kimia ini adalah salah satu mekanisma perhubungan antara sel2 anda selain dari sistem saraf. Kajian terbaru sains juga menunjukkan bahawa sel2 anda berhubung melebihi kelajuan cahaya. Jika diambil 1 cm padu isi otak anda pula, didalamnya terdapat lebih sel2 neuron daripada bintang2 yg ada dilangit.

Kita sering berkata tangan saya, kaki saya, badan saya dan macam2 lagi. Dimana "saya" itu? Sedarkah kita yg kita yg dilabel "saya" itu hanya menumpang pada "mesin" canggih ini? Mesin pemberian Pencipta untuk kita gunakan didunia yang sementara ini. Dan adakah mesin yg teramat canggih ini dipinjamkan kepada kita tanpa ada panduan untuk menggunakannya?

Sedangkan alat buatan manusia punyai manual sebagai rujukan bagaimana untuk menggunakan alat tersebut, sudah tentu Allah subhanawataala, tuhan yg maha agung memberi panduan untuk manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia ini dgn sejahtera, hanya jika kita menggunakan manual pemberianNya. Apakah manual itu? Jawapannya tak lain tak bukan Al Quran.

Apa yg patut, boleh atau tidak kita masukkan kedalamnya (makanan), apa yg perlu dilakukan dlm hubungan sesama pengguna "mesin" ini (muhrim, kahwin), apa cara ianya patut dilindungi (aurat), untuk apakah alat2 sampingan digunakan (mata, kaki, tgn, alat kelamin dll) bahkan bermacam2 lagi panduan untuk menggunakan "badan saya" ini diberikan didalam Al Quran.

Akan tetapi manusia dgn takburnya, disebabkan sedikit ilmu yg dipelajari dari sumber yg juga dikarang oleh manusia lain, menganggap Al Quran itu tidak relevan dizaman moden dan hanyalah untuk agama/kerohanian sahaja dan tiada kena mengena dgn cara hidup yg lain seperti undang2, politik dan ekonomi. Cuma sejak akhir2 ni akibat bahana masalah kewangan dunia, barulah segelintir golongan manusia2 begini nampak kebaikan ekonomi berteraskan Islam yg berlandaskan Al Quran dan sunah Nabi. Apakah kita perlu menunggu musibah lain melanda untuk digunakan didalam bidang lain?

Hanya Al Quran sahajalah panduan untuk manusia dan ianya sepatutnya digunakan didalam semua lapangan hidup, tiada satu pun panduan2 didalamnya yg "lapuk", hanya mereka yg sudah buta pada nikmat dunia umpanan syaitan sahaja yg akan menidakkannya. Moga kita tidak termasuk ke dalam golongan sebegini baik secara terang atau pun tanpa sedar. Nauzubillah