Selasa, 28 Mei 2013

Jom Utah

Anda tiada wang untuk mengembara ke Utah, Amerika Syarikat? Tiada masalah kerana anda boleh menikmati pengalaman seolah-olah berada di sana.  Bagaimana caranya?  Hanya klik link di bawah satu-persatu dan anda boleh melihat pemandangan panorama dalam 3D kawasan-kawasan yang menarik di Utah.  Setelah anda klik, tunggu gambar loading sampai siap, dan klik serta heret cursor mouse untuk melihat suasana sekeliling.



Delicate Arch - Arches National Park

Lake Blanche and Sundial Peak - Utah 360 degree panorama
Lake Blanche and Sundial Peak - Utah

Snow Canyon - Hidden Pinyon Overlook - Utah 360 degree panorama
Snow Canyon - Hidden Pinyon Overlook - Utah

Snow Canyon - Hidden Pinyon Trail - Utah 360 degree panorama
Snow Canyon's Hidden Pinyon Trail - Utah

Capitol Reef National Park - Moenkopi Sandstone- Utah 360 degree panorama
Capitol Reef National Park - Moenkopi Sandstone

Horseshoe Gallery in Horseshoe Canyon - Utah 360 degree panorama
Horseshoe Gallery in Horseshoe Canyon - Utah

North Fork, Virgin River - Zion Narrows - Utah 360 degree panorama
North Fork, Virgin River - Zion Narrows

Goblin Valley with Orion setting - Utah 360 degree panorama
Goblin Valley with Orion setting - Utah

Bridal Veil Falls - Provo Canyon - Utah 360 degree panorama
Bridal Veil Falls - Provo Canyon - Utah

Dead Horse Point, Near Moab, Utah 360 degree panorama
Dead Horse Point, Near Moab

Grand Staircase National Monument at Night, 360 degree panorama
Grand Staircase National Monument at Night

Along Utah's Nebo Loop Road - Payson Canyon, 360 degree panorama
Along Utah's Nebo Loop Road - Payson Canyon

Great Salt Lake - 360 Degree Panorama
Dusk on the Great Salt Lake

  VR panorama of Grotto Falls
Dusk at Grotto Falls in Payson Canyon, Utah

kucil

Anak Pak Ali, Hasan, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah ustaz Idris tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.

Hasan terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Hasan tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Hasan menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Idris sedang bergerak ke arah Hasan yang sedang menundukan kepala.

Tetiba rakan Hasan yang duduk di sebelahnya, Anak Che Ali, Ibrahim dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Hasan dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Hasan.

Hasan mengambil peluang untuk menunjukkan dia berang terhadap rakannya Ibrahim dengan memaki hamunnya di depan Ustaz Idris menyebabkan seluarnya basah untuk menutup aibnya.

Tapi dalam hati, Hasan gembira kerana ‘pertolongan’ sudah tiba.

Hasan mengambil kesempatan daripada hampir menjadi orang yang bakal mendapat aib di kelas kepada orang yang mendapat simpati.

Ustaz Idris membawa Hasan ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.

Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan najis Hasan.

Simpati yang didapati Hasan semakin banyak tapi sebaliknya Ibrahim pula dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Hasan, yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Idris memanggil Hasan ke biliknya.

“Hasan, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Hasan daripada aib tadi ya,” Ustaz Idris berpesan kepada Hasan.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Hasan cuba pertahankan peristiwa aibnya.

“Hasan, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Hasan untuk menutup aib Hasan kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Hasan tidak diaibkan. Hasan dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Hasan,” kata Ustaz Idris.

Hasan tersentak dengan penjelasan Ustaz Idris dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Hasan.

“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Hasan melaluinya,” jawab Ibrahim.

Kita semua akan melalui fasa-fasa kehidupan yang mencabar semasa di muka bumi ciptaan Allah swt ini. Kita harus sering mengingatkan diri mengenai perasaan kesusahan ketika waktu mencabar dan jangan menghina orang yang turut berada dalam situasi yang sama. Cuma memahami keadaan orang lain sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan berdoalah kepada Allah untuk kita dapat menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

Ahad, 26 Mei 2013

No touch


Kita dulu pernah dengar kan istilah generasi X.... Pastu ada pulak istilah generasi Y... Tapi aku rasa kat Malaysia nie ada satu lagi generasi yang bakal timbul... Aku dah nampak dah kesan-kesannya di universiti... Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah pun dah merasainya.... Generasi yang bakal timbul ialah.... Generasi NO TOUCH!

Kenapa aku panggil generasi NO TOUCH? Sebab teknologi sekarang ke? Ye la... semua sekarang nak yang touch screen je... Henset biasa-biasa dah tak pandang.... Walaupun terpaksa menyembah kaki mak bapak semata-mata nak beli henset touch screen tu kan.... Bukan duit sendiri pun... he he.. Generasi NO TOUCH nie takde kaitan dengan teknologi touch screen tu ok... Ermmm.... mungkin ada la sikit-sikit faktor-faktor yang menyumbang ke arah tu.... Baik...camne nak kenal generasi terbaru nie? kenapa dipanggil generasi NO TOUCH?

Sebab.... dekat Malaysia nie... didikan di sekolah dah tak sama.... Dulu-dulu.... cikgu-cikgu diberi kuasa penuh terhadap anak muridnya oleh mak bapak...asalkan takde kesan patah dan lebam yang melampau... Dan biasanya memang akan ada anak-anak yang balik ni mengadu sebab kena denda macam-macam... kena berdiri atas kerusi la... kene duduk luar bilik darjah la... kene rotan tiga kali di tapak tangan la... Ada jugak yang kena potong rambut sebab panjang sangat! Dan mungkin pelik bagi budak sekarang... ITU PERKARA BIASA!!! 

Sekarang..... jentik pun dah datang mak bapak kat pintu bilik darjah... Sound cikgu yang jentik tu.... "He's my son...not yours.. So do not TOUCH him. I pay u to teach him in class...not to torture him!" bla bla bla.... something like that la kan.... Betul tak cikgu-cikgu sekalian? Aku dapat berita nie dari kawan-kawan aku sendiri... And diorang akui memang nie le kes nya sekarang.... 

Dan yang peliknya... suruh berdiri atas kerusi pun tak boleh!! Bukannya sakit pun...berdiri je... Denda yang paling ringan masa zaman aku dulu... pun tak boleh! What the FFFFFFFF... Astaghfirullah... Lupa plak... jangan mencarut... tu pun golongan generasi NO TOUCH gak tu.... he he..

Dan apa kesannya? Aku nie... atau dengan perkataan sopannya, saya... dah dapat melihat kesan-kesannya di universiti... tempat saya bekerja... We can see the effect bit by bit right now.. Dah mula menampakkan kesannya di peringkat universiti.... Apa yang kami nampak? Setiap kali nak ajar something... we need to teach them from BASICS! Please remember... belajar di universiti nie bukan sekolah bai.... Universiti...u must be independent... Kitorang cuma memberi guideline...and u must find ways to dig more by yourself! Ada faham? Bukannya makan suap guna sudu garpu dah... suap la sendiri guna tangan kanan korang yang bersih tanpa dirotan tu.....

Yang kedua... pertuturan... Ya Allah.... jarang yang ada ADAB SOPAN SANTUN... Kebanyakan pakai terjah semberono je... Bagi terajang semberono baru tahu kan... Tapi komfem tak boleh... Sebab mesti mengadu kat mak bapak lagi... he he he. Sebab apa? Sebab generasi ini dah mula selesa dengan perlindungan melampau yang dikecapi sepanjang persekolahan... TIADA DIDIKAN dalam soal ini barangkali... Atau depa tu sendiri dah BLOCK kan didikan adab-adab nie disebabkan terlampau mengikut trend kengkawan atau trend PERCAKAPAN DALAM BENTUK TEXT MESEJ DALAM SMS, WECHAT, WHATSAPP, DSB... SoooooOOOOOooooo obvious la... It's a fact!

Generasi NO TOUCH nie jugak kitorang kategorikan sebagai generasi KERAS KEPALA... Ye ler... bagi nasihat... bukannya sepatah dua... siap bagi details dan contoh yang boleh dibuat sebagai teladan dan tauladan.... Tapi apa yang diterjemahkan generasi nie...nasihat ikhlas yang panjang itu diterjemahkan sebagai MEREPEK dan MEMBEBEL tanpa perlu DIDIAGNOSIS oleh mereka... Oleh sebab itu, maka timbul lah istilah SEPERTI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI.... Masalahnya... bila kesalahan tu berulang... disalahkan kepada pihak yang dituduh membebel nie... WHATT???? Penyelesaian jangka masa pendek... belilah cotton bud banyak-banyak... Korek la telinga tu dalam-dalam...Mengharapkan supaya adaaa la nanti nasihat didengari walaupun sedikit...

Generasi NO TOUCH nie jugak ada masalah sosial... Disebabkan tumbesaran jasmani dan rohaninya banyak berlaku di depan KOMPUTER...di depan IPAD...depan Iphone... dan segala I lagi lah... Yang penat dekat mak bapak la kan... sebab depa la yang terpaksa guna I yang lagi satu... I PAY... I PAY your IPHONE tu... Ada depa kisah?? takdenye... Masa dapat Ipad...Saaaaayang bapak...Saaaayang mama... Bila dah lama dapat... Panggil makan sekali pun tak nak... Siap marah lagi kene kacau..Tak remaja depa kata... Is it rudeness is youth?? Bukan kan... so..kenapa nak biadap dengan orang yang paling menyayangi kita? Nampak ketidakmatangan di situ... he he..

Ok....oleh sebab tumbesaran dah berlaku depan PC nie.... Maka ada la keburukannya... Apa yang aku nampak... Skil nak berinteraksi dengan orang luar dah takde...dah kurang..... nak berinteraksi dengan golongan yang lebih tua...golongan cikgu-cikgu... golongan atasan.... golongan adik-adik.... Cara berinteraksi dah jadi sangat teruk dan sangat BAD ASS... Astaghfirullah... terkeluar lagi istilah Generasi NO TOUCH nie... Maafkan saya... Haa... apa jadi? Itonasi suara dan gaya percakapan dah macam bercakap dengan kawan-kawan seangkutan ke longkang je semua....Di manakah kesopanan dan kesusilaan yang selalu diikrarkan tu?

Banyak lagi simptom-simptom yang boleh kita lihat untuk generasi NO TOUCH nie... Inilah kesannya kalau tak mengikut apa yang Rasul ajar.... Masa umur di peringkat persekolahan tu.... memang ada hadith nabi mengatakan...pada peringkat umur ini...boleh dipukul untuk mendidik... Walaupun hadith tu untuk didikan solat... Tapi ia boleh digunakan untuk didikan lain... Ni tidak.... bukan saja didikan ilmu persekolahan je tak boleh pukul... Didikan agama pun langsung tak boleh pukul!! Nie dah salah....

Satu lagi...didikan agama di sekolah aku rasa sangat la sikit buat masa sekarang... Tu yang ramai dari generasi NO TOUCH nie tak solat... tak puasa... tak takut berzina... Dengan pengaruh barat yang banyak boleh di akses dalam internet... Lepas tu perlindungan diri (AGAMA) pun dah kurang... memang senang la terpengaruh... Nie haa...pengaruh terbaru..K-POP...sampai ada yang sanggup memaki hamun dan mengugut semata-mata tak dapat pegi konsert K-POP... Apa sudah jadi nie baah.... Beratur panjang rela demi live konsert... Tapi tak sanggup beratur dalam saf di masjid... he he...

Wahaaaaai Generasi NO TOUCH... Ingat lah kamu... bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH... dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH... Ingatlah persaksian yang selalu disebut dalam solat nie... Yes kamu ada authority sekarang di sekolah....yes kamu ada hak asasi sekarang... tapi jangan disebabkan hak-hak yang agak hak tuihh tu... kamu tergolong dalam golongan yang ROSAK AKHLAKNYA... ROSAK AKIDAHNYA... ROSAK PEMIKIRANNYA.... Dan yang paling takut...jangan lah tergolong dalam golongan-golongan yang SESAT seperti yang dimaksudkan dalam ayat terakhir Surah Al-Fatihah itu....

P/S: Jadilah GENERASI ULUL ALBAB...

Akhir zaman

Di sini hangat, di sana hangat... Di sini panas... di sana pun panas... Masing-masing tak mahu kalah dengan hangatnya dan panasnya sesuatu cerita... Cerita yang diolah...disusun...disunting...dan digarap... Molek sungguh jalan ceritanya...Sampaikan ramai yang melenting...ramai yang percaya...ramai yang sampaikan menagis teresak-esak menghabiskan tisu berkotak-kotak... Sedangkan ia hanyalah sebuah cerita... Cerita rekaan sandirawa drama bersiri yang dicipta khas untuk santapan emosi....

Diceritakan lagi di sana-sini.... cerita yang tidak ada benarnya... cerita yang sekadar rekaan...makin buruk makin bersemangat untuk diceritakan.... satu cerita yang dikategorikan sebagai satu fitnah... Fitnah yang dianggap masyarakat sebagai satu fakta bukan auta... Percaya sampai sanggup menepuk meja melempar kerusi... membaling batu dan menampar kawan sekampong... Sungguh mudah diri ditipu... Sungguh mudah manusia dipermain.... Ibarat satu patung mainan...dipasang tali di setiap sendi... Si syaitan sedang menggerak-gerakkan jari jemarinya...menggerakkan sendi-sendi kita yang diikat tali itu... Sambil si syaitan ketawa berdekah-dekah...Telinga kita yang pekak masih belum dengar ketawa yang kuat itu...didengarnya cerita bercampur maki hamun dan fitnah laknatullah....


Mana yang benar? mana yang tipu? Apakah persamaan matematik yang boleh menjawab persoalan yang sudah berabad lama ini... Apakah penyelesaian mantik yang perlu dihurai.... Apakah teori-teori sains yang perlu dirungkai oleh saintis-saintis? Mana jawapannya? Sedangkan jawapan sudah tertulis di dalam sebuah kitab... Kitab yang berkurun lamanya... Kitab yang diakui semua sasterawan dunia dan bangsa... Sememangnya sebuah kitab itu... tiada tolok bandingnya dari segi ilmu sasteranya...ilmu sainsnya... ilmu kehidupannya.... Kitab apakah itu? Kitab apakah yang sangat berharga itu?

Kitab itu adalah kitab yang selalu berada di atas hantaran perkahwinan... selalu dijadikan hiasan almari lapuk... Selalu dijadikan hiasan di atas dashboard kereta... yang selalu dibacakan untuk pertandingan semata-mata... Selalu dijadikan bacaan ketika susah sahaja... Yang selalu dijadikan azimat air sembahyang hajat sahaja... Sedangkan di dalamnya wujudnya ilmu beribu-ribu jenis... yang sesuai untuk semua jenis bangsa... semua jenis umur... semua jenis masalah sang makhluk bernama manusia....

Mana sang penakluk...mana sang bangsawan... mana sang wira... Mana sang penyelamat bangsa? Mana penyelamat seluruh manusia? Oh.... ada di situ rupanya.... tapi kenapa ia dicerca... kenapa dia dihina? Kenapa? Kenapa mereka yang berjuang demi bangsa dan agama selalu dikutuk? Mengapa sang penjilat kaki Dajjal juga ramai yang diikut? Apa ajaran bonda dan ayahanda mu? Apa ajaran ustaz di sekolah mu? Apa ajaran cikgu-cikgu mu? Apaaa??? Oh....mereka lupa mengajarkan ia kepada kalian? Mungkin terlalu banyak ilmu dunia yang dikejar... Mungkin dunia terlampau banyak urusan... Sehingga lupa... Lupa akan amanah kita kepada Tuhan...

Ibarat kata.. syurga dijelmakan sebagai neraka, neraka dijelmakan sebagai syurga.. yang mana imannya lemah, ilmu agamanya cetek, ilmu pengetahuan yang tandus kering kontang.. akan percaya bulat-bulat perkara yang dijelmakan...sedangkan perkara sebenar hanya segelintir sahaja yang dapat mengenalpasti...dicuba beritahu kepada kawan-kawan, digelak diketawa terbahak-bahak bagaikan satu lawak yang sungguh lucu dan kelakar.. lumrah dunia akhir zaman..

Ayuh anak muda... sedarkan diri...bangun berdiri menunaikan solat ikhlas lillahi ta'ala... Sujudlah... rendahkan ego mu... Tingkatkan iman mu... Sedarlah.... Kita sangat mundur...kita sangat ketinggalan.... Malu ... Sangat malu jika berjumpa dengan para sahabat Nabi... Inikah warisan generasi islam yang dibangga-bangga akan jumlahnya yang ramai? Inikah bangsa yang dikatakan bangsa Jawi yang dicari-cari? Inikah tempat dikatakan munculnya Sang hero penyelamat dunia sejagat? Jauh.....sangat jauh jika dihitung dan diamati dari setiap jiwa kita semua.... sipi pun takde... 

Melayu.... adakah kita memang layu? Layu diganyang bermacam jenis cabaran....Cabaran itu dijelmakan sebagai hiburan... Hanyut.... Hilang dibawa arus penipuan sang penjajah... Sehingga diri sendiri tak tersedar dijajah... Inikah melayu yang kita kehendaki? Melayu yang lupa akan asal-usulnya... Lupa akan tanah airnya... Lupa akan agamanya.... Lantang bersuara perkara karut... Tapi malu bersuara perkara akidah... Malukah? Atau tidak tahu langsung topik itu... Dek terlampau asyik dengan hanyutan ombak di lautan? Tamparlah diri sendiri... sedarlah.... Kita semakin mundur....Mundur dari segi ilmu hakiki... Malu....Aku malu dengan para sahabat Nabi... Allahu Rabbi....