Isnin, 30 September 2019

Isteri solehah

*SYURGA SEORANG ISTERI*

Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan!
Tidak teringinkah kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, marilah kita simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah...Aamiin.

Sedikit intipati dr perkongsian saya dr Kitab Muhimmah dan 111 wasiat Rasulullah saw utk wanita solehah...

Ahad, 29 September 2019

Psikologi

dlm agama dh jelas didik bdk laki ngn prmpuan beza..

tp sistem bias dn bg advantage pd pljr prmpuan..bdk laki bwh 20 mmg akn kalah kalo suruh baca,mnulis,mngira, mlukis  dlm keadaan trbaik..

kualiti diorg hanya timbul pd sekitar 25thn... jd semasa remaja dia perlu byk kesedaran bentuk hukumn dan pngajaran..

sdikit tegas dn keras.. sini mslh timbul, lambakan guru prempuan dan xtau beza psikologi remaja laki dn prempuan... pd usia 11-17 thn ...dia hany kenal mak dn cgu prempuan...watak lelaki dr bapa hinga guru lelaki makin kurang...

sini la dia trbebas dn sdikit trbiar...dn terus dewasa tanpa sedar apa y dia kurang...

bdk prempuan dh start fokus idup dia umur 14-15thn... bdk lelaki belum cerdik lg ...umur 25 br sedar smua ni... jd apa brlaku.. yg lelaki tanpa ilmu brkhwn la dgn prempuan y keinginan... seharusnya ilmu berkeluarga dn brumahtangga kena di didik,di beri awal lg..

kalo tidak akan ari2 berita pengabaian, pnceraian, penipuan dn lain2 y x pernah positif... agak mudah bg ibu bapa brduit, tp ni la masalh y majoriti y lain...sbb asal pukul rata sama dr segi fitrah laki dn prempuan...

xkan sama pun..

Sabtu, 28 September 2019

Studi

TIPS AWESOME UNTUK STUDENTS :-

1.mandi wktu pg antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini, sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.

2.jika bangun pukul 4 dan keatas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula, akan melemahkn badan.

3.sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada
waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4.datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di
situ.

5.makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah
jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6.lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak
sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang
aktiviti fizikal.

7.mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30 ptg. jangan beriadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8.luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9.mula study lepas isya. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10. Tidur awal, lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11. jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

wallahu'alam .

moga bermanfaat.

Semoga langkah anda dan saya menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam menuntut
ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas sepanjang
sesi pembelajaran. Moga-moga. Aaaminn

Isteri

*"Sayang, Nanti Kita Jumpa Di Syurga..."*

Petang, saya menerima satu panggilan telephone, pemanggil tersebut  meminta saya menguruskan jenazah ibunya.
Apabila sudah diamanahkan, tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemanggil tersebut yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya. Saya tiba ketika hari sudah lewat petang. Orang  ramai yang terdiri daripada sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan, sudah memenuhi kediaman tersebut.
Saya melangkah masuk, bertemu dengan suami dan anak-anak Allahyarhamah. Selepas berbicang, kami mendapat kata sepakat. Jenazah akan diuruskan keesokan hari kerana  hari sudah lewat bertukar malam.
Petang itu, jenazah hanya dibersihkan dengan  mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu  anak-anaknya seramai empat org, 2 lelaki.. 2 orang perempuan. Kesemuanya sudah besar dan ada di antaranya sudah berkahwin.

Esoknya seawal pagi, saya tiba semula ke rumah tersebut. Apabila mahu memandikan jenazah, salah seorang anak datang kepada kepada saya.

*_"Boleh kami nak mandikan sendiri jenazah ibu kami?"_*tanya si anak tadi.

*_"Boleh"_*jawab saya, senang hati mendengar permintaan si anak.
Memang itulah sebaik-baiknya. Lebih afdal anak sndiri yang uruskan jenazah ibu bapa mereka.
*_"Tapi Ustazah,kami ni tak pandai. Kami tak tahu apa². Ustazah ajarlah kami",_*beritahu seorang lagi anak perempuan.

*_"Takde masalah. Saya boleh bagi tunjuk ajar,_*jawab saya.
Ingatkan anak perempuan saja, rupanya 2 orang anak lelaki & suami Allahyarhamah mahu turut serta memandikan.
Sudah itu permintaan mereka, saya bersetuju, lagi pun Islam tak melarang, memang seorang suami boleh memandikan jenazah isterinya dan begitulah sebaliknya.

Namun disebabkan anak2 lelaki mahu memandikan sama, saya terpaksa  bahagikan tugas. Si suami, saya minta bersihkan bahagian kepala, anak lelaki di bahagian kaki & anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.

*_"Ambil sarung tangan ni seorang satu"._* Ujar saya sambil menghulurkan sarung tangan getah untuk digunakan bagi memandikan jenazah. Tapi, suami & anak² menolak.
*_"Masa kecil, ibu mandikan kami  tak pernah pakai sarung tangan. Kami  tak mahu pakai",_* tolak si anak lembut.

Saya sedikit tersentak mendengar kata² itu. Kagum dengan  jawapan si anak. Terharu saya mendengarnya.

Kemudian, saya pegang paip getah dn lalukan air ke muka jenazah. Si Suami mula bersihkan wajah isterinya. ketika Si suami membersihkan wajah isterinya, satu drama yang menyayat hati & penuh emosi berlaku.

Sambil menggosok lembut wajah jenazah isterinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangan nya ketika mereka hidup bersama.

*_"Sayang...inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup. Inilah wajah yang abang pernah sayang. Wajah yang pernah jadi isteri Abang",_*tutur suami sambil tangan lembut membersihkan  wajah jenazah isteri tercinta.

Selesai muka, suami tadi beralih pula ke mulut, sekali lagi ungkapan manis terpancul dari mulut si suami.
*_"Sayang...inilah mulut yang selalu  senyum pada abang. Inilah mulut yang selalu berbual dengan abang, hiburkan abang selama ni, mulut yang berikan  abang semangat ketika berdepan masalah",_* ungkapnya dengan linangan air mata.

Saya yang menyaksikan tindakan spontan suami itu turut menjadi sebak. Terharu mendengar kata² ikhlas dari  suaminya. Saya tahu si suami benar-benar sayangkan isterinya.

Selesai bahagian si ayah, 2 anak perempuannya pula mengambil tempat. Sekali lagi hati saya tersentuh hingga jadi sebak. Sambil membersihkan tangan si ibu, anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka.

*_"Ibu, inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami. Inilah tangan yang dodoikan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami. Tangan ini juga yg dukung kami sewaktu kecil. Ibu.. jasa ibu amat besar",_*tutur seorang anak perempuannya. Air matanya masih mengalir.

Apabila sampai ke perut, seorang lg anak perempuannya bersuara, *_"Ibu, inilah perut yang mngandungkan kami, terima kasih ibu, lahirkan kami, didik & besarkan kami"_*ungkap si anak tersebut. Air mata mereka terus berjujuran.

Bukan hanya mereka, saudara-mara yang menyaksikan turut menangis, apatah lagi saya yg berada di sisi mereka.
Sungguh, waktu itu terasa begitu hening. Suasana sangat pilu. Menyaksikan semua kata² ikhlas ini dari suami dan anak2 si mati.

Apabila selesai tugas anak perempuan, anak lelaki pula melunaskan bahagian mereka. Smbil membersihkan kaki, mereka meluahkn segala jasa² wanita yang melahirkan mereka itu.

*_"Ibu, inilh kaki yang berjalan mencari rezeki untuk kami. Kaki inilah yang besar kan kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar², hiburkan kami, jasa ibu tak terbalas. Terima kasih ibu",_*ujar anak lelaki dengan suara tersekat-sekat.
Menyaksikan semua itu, air mata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali saya berpaling ke arah lain, mengesat air mata yang kian laju mengalir.

Sudah banyak jenazah yang saya uruskan, tapi inilah kali pertama saya saksikan adegan yang meruntun jiwa. Hati saya tersentuh hiba.

Apabila semua anak sudah selesai, saya mengambil giliran semula. Saya mahu membersihkan bahagian dubur. Tapi si suami menolak kerana dia mahu lakukan sndiri.
*_"Ni isteri saya, biar saya yang buat. Ustazah tolong ajarkan saya",_*tutur si suami.

Sekali lagi saya akur dengan kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan najis di dubur.

Semasa si suami melakukannya, sekali lagi jiwa saya bagai dirobek². Jiwa saya tersentuh mendengar lafaz ikhlas suaminya. Sambil menekan lembut perut isterinya, si suami bersuara lagi.

*_"Sayang, ini rahim yang melahirkan anak² kita, menghasilkan zuriat kita, terima kasih Sayang",_* tutur si suami lembut dengan matanya brkaca².

Sekali lagi air mata saya tertumpah. Di luar pula, air mata saudara-mara yang menyaksikan drama itu semakin laju.
Saya tahu semua yang menyaksikan terharu. Saya sendiri turut tersentuh dengan sikap keluarga ini. Sungguh, suaminya memang seorang yang baik dan sangat menghormati jasa seorang wanita bergelar isteri.

Selesai dimandikan dengan drama² meruntun jiwa, jenazah dibawa ke ruang tamu untuk dikafankan pula.
Pun sama, kerja ini dilakukan oleh anak² & suami arwah dengan tunjuk ajar saya. Walaupun mengambil masa agak lama, semuanya selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Tugas ini saya serahkan pula kepada suami saya. Selepas kubur dikambus & suami saya hendak memulakan bacaan talqin, suami Allahyarhamah datang  meminta izin.

*_"Ustaz, boleh ke saya nak  bacakan talqin untuk isteri saya?"..._*tanya dia kepada suami saya.

Suami saya mengangguk dan si suami tadi mengambil tempat di sebelahnya. Dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih, si suami tadi  memulakan bacaan. Bacaan kali ini memang lain sekali dari kebiasaannya.

*_"Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berpisah dengan anak², Ayang berpisah dengan Abang.
Sayang.. malam ini Abang akan berteman hanya dengan anak-anak di sisi Abang"._*

*_"Sayang, nanti akan datang malaikat mungkar dan nakir bertanya.. Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara² kamu?_*

*_"Abang minta tolong dari Sayang, jawab dengan tenang, dengan lidah lancar, Bahawasanya Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Petunjukku, Org Islam adalah saudara²ku,"_* tutur si suami dgn sebak. Si suami tadi menyambung,

*_"Nanti kita akan berjumpa semula di Syurga. Sayang tunggu Abang di sana. Abang akan tetap merindui Sayang hingga akhir hayat Abg."_*

Sungguh, waktu itu sekali lagi air mata saya berderai, bukan saya sahaja, hadirin lain pun sekali lagi menangis. Saya tahu mereka menangis & bersedih bukan kerana pemergian Allahyarhamah, tapi tersentuh melihat kejadian tersebut.
Satu drama yang benar-benar berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas dari seorang suami kepada isteri. Kisah kasih sayang antara anak² dan ibu dalam keluarga ini.

Saya benar² kagum dan terharu dengan keluarga tersebut. Si anak bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatarbelakang agama bergelar ustaz atau ustazah, tapi mereka semua mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi.

Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya, mereka jadi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yg berjaya memberikan kasih sayang & didikan dengan sempurna.

Sungguh, jenazah wanita itu seorang yang bertuah memiliki suami dan anak² seperti itu.....
Allahu Akbar....😔😔😔..😭😭😭😭😭😭😭😭

copy n paste

PAP

LUAHAN HATI MELAYU SINGAPURA – PELAJARAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Artikel kiriman pembaca ini boleh ditafsir dari berbagai sudut mengikut tahap pemikiran dan haluan politik pembaca. Ia dikongsikan sebagai mengulas ucapan PM Singapura menjelang Pilihanraya Umum negara Singa itu yang tersiar baru-baru ini. Kami tidak berminat mengulas apa yang berkaitan dengan scenario politik Malaysia walaupun isi penulisan ini kelihatan ada kaitannya.

Sebenarnya apa yang diluahkan oleh rakyat Singapura ini sememangnya ‘berdetik’ di hati kami sewaktu menonton video itu. Terasa kasihan juga melihat wajah-wajah ‘MELAYU SINGAPURA’ yang sedang ‘digula-gulakan’. Sama sahaja situasinya dengan ragam ‘gula-gula’ pilihanraya di negara kita atau di mana sahaja di dunia ini. Tetapi situasi di Singapura ini kelihatan lebih menyedihkan.

Kami padankan isi surat ini dengan luahan hati beberapa rakyat Melayu Islam Singapura yang merasa amat tertekan lalu memohon kerakyatan Malaysia. Ada lebih 60,000 orang Melayu Singapura memohon kerakyatan Malaysia katanya. Perbualan dengan rakyat Singapura itu amat panjang dan ada rakaman videonya.

Kemudian kami tanyakan pula dengan beberapa warga Johor yang ‘biasa’ dengan situasi ini, samada kerana mereka bekerja di sana atau mempunyai ramai sanak saudara di Singapura.

Walau siapapun kita, mari sama-sama kita nilai dan pertimbangkan betul salahnya. Bersyukur kita menjadi Rakyat Malaysia. Mari sama-sama kita renung dan cari jalan untuk menjadikan Malaysia lebih makmur dan aman selepas ini.

WARGA PRIHATIN

*********************

NOTE: KAMI BETULKAN SEDIKIT SEBANYAK EJAAN DAN SHORTFORM YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMUDAHKAN PEMBACAAN. TEKS PENUH ADA KAMI PASTE DI RUANG KOMEN.

Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa lain kecuali bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat dan 'confused'.

Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak2 muda di sana telah mengundi pembangkang.

Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yang mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam 'Special Force' pun Melayu tidak boleh masuk.

Kenapa saya boleh kata begitu? Saya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 6 tahun. Kami yang menjaga semua urusan Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ dan Traffic Police.

Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di  WAJIBkan menyumbang dengan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri.

Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di'control' oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, "PAY AND PAY".

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave dan Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi.

Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang tua-tua yang tidak mampu, anak-anak kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak peduli.

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES.

'Carpark' di  HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 untuk open space atau $180 untuk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu dan cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu di  perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat.

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan  $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu.

Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection untuk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk saja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Kalau mahu maintain pula kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi.

Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun dan insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri.

Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kepada “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee dan family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P dan legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang.

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang.

Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, dan saya juga terlibat dalam politik PAP. Atas sebab keahlian PAP jugalah saya boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

KITA ALU-ALUKAN PERKONGSIAN IKHLAS DARI MASYARAKAT SINGAPURA DALAM MENGESAHKAN ATAU MENAFIKAN KEBENARAN ISI CORETAN HAMBA ALLAH INI… BERUNTUNGLAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA.