Jumaat, 31 Julai 2020

ujian

*BILA  UJIAN  DATANG MELANDA....menangislah..mengadulah pada Yang Esa*⚡🕋
*😢😢😢Air mata itu....* salah satu anugerah yg Allah taala titipkan utk semua manusia... sebab tu...manfaatkan lah nikmat tu.... tp jgn pula meratapi tiap kesedihan tu....  *we have to back in our mind... and keep reminding ourselves that everything happened for A REASON!! setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya...* tak kisah la ape saje yg berlaku.... korg gagal or tak brpe bgus dlm academic perfomance ke... gagal or putus cinta ke...masih slow mndalami ilmu agama ke..ade problem umahtngge ke.. kene hentam dgn org sekeliling ke... ape2 je lah yg wat korg rase nk nanges...sedih,murung...muncung pnjg berdepa2.. ade yg memuncung tuh...siap boleh wat pnyangkut lg taw..!! gurau2.😊😊.~ hi..hi
MAKA...
*Menangis lah😢😢....* luahkan segalanya dlm tangisan kamu... lebih baik lagi... *dan lebih indah lg kalau kita nanges2 n mengadu depan Rabbul Jalil... Yg Maha Mendengar.,.lg Maha Mengetahui....* 
⏩🕋Allah knOws everything dear..!! Allah knOws each things that happened in our life... no matter either dh berlaku or masih belum berlaku... Allah dah tahu... *nasib dn taqdir kita pun dah ade dlm genggaman-Nya...* tp, disebabkan Allah nk mendgr rintihan hamba2-Nya... Allah Taala pun suruh kita bersujud kpd-Nya... Allah taala..SENTIASA MENANTI kita meminta...!! ya Allah... AllahuAkbar...!! Indah nya Kasih Ilahi shbt2..
Justeru...ingatlah..setiap UJIAN yg Allah beri pada setiap hambaNya hendaklah kita sentiasa redha dan bersyukur...
INGAT YE..bkn hnya time kite ni dpt nikmat je kita bersyukur...seterusnya ape kite semua nak buat..
*BERTAWAKKAL LAH..BERDOALAH..MOHON ALLAH TERUS BAGI KITE PETUNJUK KE ARAH JALAN YG LURUS*..n then...
*🌹BANGKIT...TERUS MELANGKAH KE HADAPAN...*
*🌹TERUS MENGUKIRKAN SENYUMAN PALING MANIS*
*🌹TABAH..TEGUH..SABAR..*
So...jangan sesekali putus asa bile ditimpa UJIAN ye..semangat terus..
Yakinlah awan mendung yg berarak akan bertukar menjadi pelangi indah🌈 selepas hujan turun.
*Akhir kalam dari abg K..Alfun Syukran to all readers*
*🌹BIMARDHATILLAH..WA..BARAKATILLAH DAAIMAN.. INSYAALLAH*♥️♥️♥️

Rabu, 29 Julai 2020

IL cornel

what is cornell taking notes system?

 Notes from a lecture or teaching are written in the note-taking column; notes usually consist of the main ideas of the text or lecture, and long ideas are paraphrased. Long sentences are avoided; symbols or abbreviations are used instead. To assist with future reviews, relevant questions (which should be recorded as soon as possible so that the lecture and questions will be fresh in the student's mind) or key words are written in the key word column. These notes can be taken from any source of information, such as fiction books, DVDs, lectures, text books, etc.

Within 24 hours of taking the notes, the student must revise and write questions and then write a brief summary in the bottom five to seven lines of the page. This helps to increase understanding of the topic. When studying for either a test or quiz, the student has a concise but detailed and relevant record of previous classes.

When reviewing the material, the student can cover the note-taking (right) column while attempting to answer the questions/keywords in the key word or cue (left) column. The student is encouraged to reflect on the material and review the notes regularly.

Selasa, 28 Julai 2020

puasa tarwiyah

*Jangan lupa... !!!*
*BESOK, HARI RABU & KAMIS, SAATNYA PUASA TARWIYAH DAN PUASA AROFAH.*

*PUASA TARWIYAH* (Rabu 8 Dzulhijjah/29 Juli 2020) *PUASA AROFAH* (9 Dzulhijjah/30 Juli).

_*Puasa sunah Tarwiyah dan Arofah* sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arofah 9 Dzulhijjah._

_Adapun yang dimaksud dengan puasa Arofah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arofah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arofah._

_Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf._

*KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH*
_Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:_

*1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.*

*2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)*

*3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:*

*1. Alloh akan memberi keberkahan pada kehidupannya.*

*2. Alloh akan menambah hartanya.*

*3. Alloh akan menjamin kehidupan rumah tangganya.*

*4. Alloh akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.*

*5. Alloh akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.*

*6. Alloh akan memudahkan kematiannya.*

*7. Alloh akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.*

*8. Alloh akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.*

*9. Alloh akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.*

*10. Alloh akan menaikkan martabatnya di sisi Alloh SWT.*

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Alloh berikan bagi orang yang menjalankan *puasa Tarwiyah dan Arofah.* Semoga kita termasuk di dalamnya.

*NIAT*

*_Do'a Niat Puasa Tarwiyah_*

*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ*

*NAWAITU SHOUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA*
_“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunnah karena Alloh ta’ala.”_

*Do'a Niat Puasa Arofah*
*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.*                         
*NAWAITU SHOUMA ARAFOH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA*
_“ Saya niat puasa Arofah , sunnah karena Alloh ta’ala.”_

*semoga bermanfaat*

_KASIH TAHU TEMAN2 YANG LAIN...SUPAYA BESOK BANYAK YANG BERPUASA_

emas

Ya Allah ampunkan kami😭😭

Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang kemas.

Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut.

Sabda Rasulullah ﷺ "Ambillah Fatimah!"

Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun mengambil. Tapi cuma SATU saja. Diambilnya pun dalam keadaan malu malu.

Kalau kitalah di offer begitu, bagaimana? Pastinya kita akan terbeliak mata dan mengambil kesemuanya malah mungkin kita suruh di timba lagi akan emas tersebut.

Rasulullah ﷺ kemudian bertanya kepada Fatimah, "Cukupkah Fatimah?"

"Cukup Ya Rasulullah." Ujar Fatimah.

Kemudian Rasulullah berkata pada Fatimah, ketahuilah oleh mu wahai anakku Fatimah, walaupun kamu mengambil hanya satu emas itu, ia sudah mengurangkan kebahagiaan dan kelazatan kamu nanti di akhirat."

Sayyidah Fatimah terkejut. Tanpa berfikir terus segera memulangkan emas itu kembali kepada Rasullulah. Beliau tidak sanggup menukarkan akhiratnya dengan dunia yang sedikit.

Begitu hebat  cinta wanita wanita dahulu akan akhirat. Apabila di sebut akhirat saja, mereka sanggup faqir dan miskin didunia.

Tapi kita ini, sudah berapa banyak akhirat kita yang kita tukarkan dengan dunia?

Shoppee, lazada, ikea, zalora dan pelbagai tempat tempat pemuas nafsu sudah menjadi kitab yang kita schroll hari hari untuk bershopping sehingga barang yang tak perlu pun kita beli demi memuaskan nafsu serakah dunia kita.

Wang yang sepatutnya kita gunakan untuk sedekah dan infaq sudah tiada lagi dalam list hidup kita. Yang kita fikir siang dan malam hanyalah untuk mengisi ruang nafsu serakah kita.

Dalam FB kita penuh dengan video dan gambar makanan dan resepi. Penuh dengan cerita cerita pakaian tudung dan aksesori untuk mencantikan diri kita. Sedangkan tubuh kita sudah semakin dekat dengan tanah dan berbau tanah!

Allaahu ...

Kembali lah kawan kepada asal kita.

Kecilkan lah DUNIA kita. Besarkan lah AKHIRAT kita.

Ya Allah Yang Maha Pengasih, Berikan kasih sayang Mu kepada kami dan kepada para wanita kami.

Tutuplah aurat mereka. Berikan kepada mereka rasa malu yang menjadikan mereka senantiasa menjaga aurat dan kehormatan mereka dan mencintai akan akhirat.

#CNP
#kreditkepadapenulisasal
 #peringatanuntukdirisendiri...

Isnin, 27 Julai 2020

tayar

Tayar merupakan salah satu komponen yang paling penting untuk kereta anda. Tanpa geseran yang dihasilkan di atas permukaan jalan, adalah mustahil untuk kereta anda bergerak ke hadapan ataupun ke belakang seperti mana anda mahukan. Jadi adalah amat penting untuk membuat pilihan yang bijak sebelum menukar tayar kereta anda.

Akhir-akhir ini ramai yang cukup mengambil perhatian dengan tarikh tayar tersebut diperbuat. Dengan kata lain mereka berpendapat semakin baharu tayar tersebut semakin selamat ia digunakan pada kereta anda. ‘Ilmu’ ini boleh dikatakan sudah lama tersebar dan menyebabkan pihak Michelin membuat pemerhatian mengenainya.

Menurut Michelin, ‘tarikh lahir’ tayar tidak akan menjejaskan prestasinya. Berbeza dari ubat-ubatan ataupun buah-buahan seperti pisang, anda tidak perlu bimbang dengan tarikh yang dicetak pada permukaan tayar.

Malah mereka menyatakan, tarikh yang harus diambil perhatian bagi pengguna ialah tarikh satu-satu tayar itu dipasang pada kereta anda.

Michelin seterusnya menerangkan yang proses penuaan sebiji tayar itu bermula sebaik ia dipasang pada rim kereta dan bukannya sebaik dikeluarkan dari kilang. Walaupun dalam keadaan tidak bergerak, tayar terpaksa menahan tekanan angin dan perubahan suhu, apatah lagi jika dalam keadaan bergerak.

Perubahan suhu juga cukup ekstrim bila bergerak, suhu yang dihasilkan akibat geseran bergabung pula dengan suhu permukaan jalan raya selain perubahan mendadak jika terpaksa terjun ke dalam lopak air akan mengakibatkan perbezaan tekanan yang tinggi pada tayar.

Untuk memupuk kesedaran, Michelin telah melancarkan kempen kesedaran yang dinamakan “Tires Are Not Bananas”. Ia bertujuan untuk memperbetulkan anggapan salah mengenai tarikh pengeluaran tayar. Menurut Michael Nunag dari Michelin, ramai yang mengambil berat tentang tarikh pengeluaran berbanding cara-cara penjagaan tayar selepas pemasangannya.

Untuk menyokong fakta ini beberapa siri ujian telah dijalankan untuk membuktikannya. Ujian di Arab Saudi menunjukkan tayar yang berusia setahun bila digunakan mempunyai tahap penuaan yang sama dengan tayar yang telah disimpan selama sepuluh tahun.

Ujian sama di Korea Selatan pula menunjukkan hasil yang sama antara tayar baharu berbanding tayar yang disimpan selama tiga tahun. Ujikaji yang dilakukan oleh organisasi permotoran Jerman pula mendapati yang tayar baharu dan tayar yang disimpan selama tiga tahun mempunyai kadar geseran yang sama.

Nunag kemudian menerangkan kepentingan membuat pemeriksaan tekanan angin tayar, jajaran roda, pemeriksaan keselamatan dan kedalaman bunga tayar. Ini kerana ia jauh lebih penting berbanding memeriksa tarikh tayar tersebut dikeluarkan. Tayar yang sedikit lama juga memberikan kelebihan pada anda untuk mendapatkan harga yang lebih baik dan berpatutan (Jangan la sampai yang dah berusia 10 tahun ke atas).

Beli tayar baharu empat biji jenama premium kemudian tak reti-reti nak periksa tekanan angin, tayar bocor pun kau redah bawah 100 kilometer sejam mana tak jahanam. Bila bab sembang terus ceramah tentang cara-cara nak semak tarikh tayar dikeluarkan dan segala kod yang ada pada tayar. Sabar je lah nak.