Jumaat, 30 Oktober 2020

kimi-A!

 Psyarah Tutor bukanlah org yg boleh claim 100% terhadap kecemerlangan pelajarnya.


Kerana kejayaan seseorang pelajar bukanlah hasil dari didikan kita saja. Tp ada sentuhan dari psyarah kuliah, rakan pelajar, usaha ibu bapa yg sentiasa mencari yg terbaik utk anak2... doa.


Dan sudah pasti hasil dari usaha pelajar itu sendiri yg melipatgandakan usaha mereka untuk berjaya. *Independent learning* not senduk feed


Namun, seseorang psyarah tutor itu mungkin org yg menjadi pencetus utama kebangkitan seseorang pelajar yg lemah. (Ada byk faktor kenapa pelajar tu lemah subjek kita... biasanya tak minat... walaupun bijak... )


Mungkin ada pelajar yg lemah yg tak boleh tumpu perhatian di kuliah, atau susah nak faham, setelah dtg belajar dgn psyarah tutor itu, beliau mula nampak dan faham konsep sebenar sesuatu topik,


 akhirnya mula dpt improve setelah mula faham dgn jelas konsep penting sesuatu topik.


Dan setelah dia mula faham, dia mula rasa minat, dan akhirnya dia mula rajin buat latihan utk subjek itu. Dan akhinya markah beliau pun meningkat dan terus meningka dengan jayanya


Jadi, psyarah tutor yg hebat adalah seseorang yg mencetus kebangkitan anak didiknya!


Sekian ulasan dr seorang psyarah tutor cabuk yg sentiasa cakne dgn *independent learning*


Teman citer kimi-A!

Rabu, 28 Oktober 2020

syahid

 cnp...MuzaiDi Muin


Al fatihah 

Abdoullakh Anzorov berusia 18 tahun, ditembak mati dengan 9 biji peluru oleh polis Perancis. 


Dia memenggal kepala gurunya Samuel Paty kerana telah menghina junjungan Nabi kita yang mulia. Gurunya menayangkan karikatur hinaan ke atas Rasulullah saw di dalam kelas dengan alasan hak kebebasan. 


Abdoullakh dan keluarganya  berasal dari Chechnya tidak pernah mempunyai rekod jenayah . 


Perginya Abdoullakh dalam mempertahankan kemuliaan Rasulullah. Gurunya yang menghina Rasulullah mendapat pengiktirafan dari PM perancis, dan Syahidnya Abdoullakh dilabelkan sebagai pengganas. 


Sebagai membalas pengiktirafan yang dibuat oleh PM perancis, umat islam memboikot segala produk dari Perancis.

Isnin, 26 Oktober 2020

kiasu

 Beza Cina Thai, Cina Indon dengan sebahagian Cina ultra kiasu Malaysia


Hebatnya ultra kiasu gunakan wang beli kuasa…


PERGI ke Thailand atau Indonesia, jumpa orang rupa sama macam Cina, tanya dia orang Cina? Jawabnya, tak, saya orang Thai. Cina Indonesia pun. Namanya pun sama nama Siam (Indon), walaupun sebenarnya dia memang asal-usul Cina.


Begitulah hebatnya bagaimana kerajaan Thailand dan Indonesia, mensiamkan dan mengindonkan orang Cina di sana.


Semua Cina di Thailand diwajibkan meletakkan nama Siam. Ia berlaku sejak zaman King Rama VI jika mahu menjadi rakyat Thailand. Nama Cina mereka akan disiamkan, contoh Archapongwattana, Limcharoen, Ongsiriwattana, Vongsriprasert, Paiboonyanupap, and Jongboonyaupap. Nama-nama Cina yang disiamkan.


https://ismaweb.net/2020/10/26/beza-cina-thai-cina-indon-dengan-sebahagian-cina-ultra-kiasu-malaysia/

 

Nama Archapongwattana adalah nama Cina yang disiamkan, Archa adalah terjemah daripada nama surname Cina, iaitu Ma. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 8 juta Cina di Thailand.


Begitu juga dengan Basuki Tjahaja Purnama (nama Cina Ahok) yang pernah menjadi Gabenor di Jakarta.


Pendek kata, proses pensiaman amat kuat di Thailand. Kerajaan berkehendakkan, tidak ada pilihan. Mesti patuh.


The Thai-Chinese are the most integrated overseas Chinese community in the world. If you ask them whether they are Chinese, they will readily respond that they are Thai, and play down any reference you make to them having Chinese ethnicity. It’s easy to understand why. They were required to adopt Thai surnames to become Thai citizens in the early 20th century by King Rama VI. Up until the 1950s or 1960s, they were discriminated against by non-ethnic Chinese, and could not learn Chinese in schools.  (Paul Richard Kuehn 1996)


Kenapa rakyat Thailand boleh menerima Perdana Menteri sebelum ini berketurunan Cina, seperti Chuan Lek Phai, Thaksin Shinawatra dan Ying Luck? Jawapan mudah, Cina sudah tidak mengaku Cina. Mereka adalah orang Thai.


Begitulah tegasnya kerajaan Thailand mengasimilasikan secara paksa orang Cina. Akhirnya, dengan kuasa yang tegas, terpaksa tunduk kepada kerajaan tindakan kerajaan Thailand.


Tidak cukup dengan itu, semua sekolah Cina turut dihapuskan, tanpa ada belas ihsan. Mungkin kita beranggapan, tindakan kerajaan Thailand itu kejam. Tetapi itulah hakikatnya jika mahu membina negara.


Tetapi jumpa Cina di Malaysia, sebiji muka Cina, nama Cina, sekolah Cina, cara hidup Cina, menonton TV Cina, mendengar radio Cina, baca bahan-bahan Cina.


Pendek kata, sebiji macam Cina seperti mana asal-usul. Malah, ada yang lebih China daripada Cina di negara China. Ada yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu.


Setiap bangsa pakat-pakat membina bangsa, bukannya pembinaan negara bangsa. Bangsa lebih utama daripada negara. Akibatnya, lahir rakyat yang tidak pernah setia. Sanggup kutuk negara di luar negara, terbalikkan bendera, hitamkan bendera, ubah bintang bendera, hina jata negara. Mahu jadi komunis rupanya.


 

Kerajaan gagal untuk mengasimilasikan mereka atau memelayukan mereka. Ditambah, secara terang begitu berani mengutuk Melayu, Islam dan menghina Raja-Raja Melayu


Sudahlah mereka tidak langsung diasimilasikan, dimelayukan, mereka menjadi secina-cina (seindia-india) langsung tidak ada beza dengan negara asal-usul.


Di sinilah silap kita dalam membina negara.


Paling kurang, mereka menghayati agenda negara seperti fasih berbahasa Melayu, menghormati lagu negara dan lain-lain.


Realitinya, bahasa Melayu ke laut, negaraku dicinakan lagunya, bendera negara dihina dan direndahkan martabatnya, Raja-Raja Melayu mahu dihapuskan dan menggantikan dengan negara republik.


Kenapa jadi begitu? Kita terlalu lemah dalam membina negara. Kita tunduk kepada kuasa undi. Biarlah jadi apapun, asalkan undi masuk. Kita sudah cukup seronok dan gembira. Begitulah besarnya kuasa undi.


Lebih malang lagi, parti politik Cina yang tidak dapat sokongan Cina, pun diangkat menjadi menteri, memegang jawatan tinggi dalam GLC, menjadi ahli majlis PBT. Apa sudah jadi dengan negara Malaysia ini?


Bila perkara ini mahu dibincangkan atau didebatkan, maka muncullah kata-kata, kenapa harus ikut Thailand atau Indonesia dalam membina negara? Kita ada cara sendiri.


Malaysia ada cara sendiri. Kita mengamalkan integrasi bukan asimilasi. Kita perasan cara kita cara terbaik. Bersatu dalam kepelbagaian, unity in diversity.


Apa hasilnya? Hebat sangatkah hasilnya?


Adakah negara kita lebih maju daripada Thailand? Tidak juga.


Begitu juga kedudukan kita dengan Indonesia. Mana lebih terkehadapan? Jawapan saya, Indonesia, walaupun pada hakikatnya mungkin tidak.


Benar, Indonesia agak kurang sedikit maju berbanding Malaysia, hanya kerana negara ini terlalu besar (14 ribu pulau) dan penduduk terlalu ramai hampir 270 juta. Jika Indonesia sebesar Malaysia, dengan penduduk 33 juta, sudah lama Indonesia maju, dengan sikap dan kerja keras mereka.


Apa yang saya ingin simpulkan, ketegasan kerajaan Thailand dan Indonesia dengan ‘pendatang’ tidak kompromi. Mesti diasimilasikan agar taat setia dan semangat patriotik tidak tumpah ke tempat lain.


Mahu berlagak lagi mengatakan kita lebih hebat daripada Thailand dan Indonesia? Mahu lagi berhujah bahawa faktor kedai mamak telah menyatupadukan kaum sehingga keluar teori ‘mamakization’ bagi menunjukkan kerana semua kaum pergi ke kedai mamak, makan roti canai dan makan nasi lemak, perpaduan telah tercapai. Taat setia dan patriotism telah berjaya disemai? Cetek sungguh hujah ini.


Kini, demonstrasi di Thailand ketika pandemik COVID-19, dikaitkan dengan majoritinya disokong oleh rakyat Thailand berketurunan Cina, mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada dan menolak sistem pemerintah beraja (monarki).


Maklumlah, Cina Thai sama seperti Yahudi di Amerika, menguasai lebih 80 peratus ekonomi Thailand. Sebahagian besar pusat membeli belah, dan beberapa bank gergasi Thailand.


Mereka berduit. Mereka gunakan kuasa wang untuk membeli kuasa atau membeli maruah manusia, termasuk membeli untuk menjatuhkan kerajaan.


Rara-rata laman sosial ultra kiasu menyokong demonstrasi di Thailand. Sama juga di demonstrasi di Hong Kong suatu ketika dahulu.


Sebab itu, kita lihat ultra ini begitu berani melakukan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, agama Islam dan pelbagai lagi perkara berkaitan Islam dan Melayu.


Nasib baiklah Yang diPertuan Agong telah bertitah, darurat tidak perlu buat masanya. Bayangkan jika YDPA bersetuju dengan darurat kesihatan tersebut. Bagaimana reaksi ultra kiasu? Sudah tentu mereka akan kutuk rapat Raja-Raja Melayu.


Ultra kiasu tidak pernah mahu memahami sejarah dan asal usul raja dan negara ini. Inilah akibatnya apabila sejarah diajar di SJKC dalam bahasa Cina.


Kenapa kita ada Sembilan raja dan satu Yang di-Pertuan Agong, ada sejarahnya. Sama juga kenapa kita ada 14 Mufti berbanding dengan satu sahaja seperti negara Islam lain.


Jika Raja-Raja Melayu tidak setuju ‘menyerahkan’ kuasanya kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi membentuk sebuah Persekutuan yang kuat, Persekutuan Tanah Melayu, maka setiap negeri itulah ada negaranya tersendiri.


Jika tidak wujudnya persetujuan, maka akan wujudlah sebuah negara Johor, negara Kelantan, negara Terengganu, Negara Kedah, Negara Perak, Negara Selangor, negara Negeri Sembilan, negara Perlis dan negara Pahang.


Sebab itulah bila Persekutuan dibentuk, bermakna Raja-Raja Melayu bersetuju membentuk sebuah Persekutuan yang disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Bayangkan jika Baginda tidak setuju, berapa negara kita ada.


Adakah ultra kiasu faham betapa besarnya pengorbanan Raja-Raja Melayu ini? Sebab itu, jika ada salah laku raja, berpada-pada dalam memberi pandangan.


Peliknya, gelaran seperti Dato, Tan Sri, bukan main dirangkulnya, tak dapat dibelinya. Tidak hairan ada yang mengaku Dato Seri, terdiri daripada kalangan gangster perniagaan haram. Ada yang membeli gelaran tersebut pada usia seawal 20-an.


Kerana apa mereka sanggup berhabis duit untuk gelaran itu? Kerana wang, kerana perniagaan. Menguasai ekonomi untuk membeli orang Melayu atau membeli kuasa Melayu. Teramat malang sekali jika ada pembesar-pembesar Melayu ini yang tergoda sehingga terpaksa menggadaikan maruah anak bangsa.

Ahad, 25 Oktober 2020

wuduk dan covid 19

 Salam...Kuman virus Corona akan tetap di daerah hidung dari 3 hingga 4 jam, sampai ia menetap di rongga nafas. Oleh karena itu, para ilmuan menemukan bahwa berwudhu 5 kali, terutama pada perlakuan sunah istinsyaq sebanyak 3 kali, iaitu membersihkan rongga2 hidung dgn cara istinsyaq (menghirup air kemudian menyemburkannya .adalah merupakan salah satu cara  membersihkn virus corona, krn jarak waktu antara shalat yg satu dgn lainnya sekitar 3 hingga 4 jam"


Pada semua Saudaraku yang dirahmati Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah Wudhu kita..

Kita mati-matian mencari pelindung yang kita pikir akan bisa menghindari kita dari virus dan kematian.


Ternyata Allah swt sudah memberikan pelindung semulajadi, SyariatNya yang Maha Dahsyat, cara paling mudah untuk mensucikan diri, agar terhindar dari kotoran dan najis, iaitu

"BERWUDHU"


Rasulullah bersabda :

Di akhir Zaman nanti akan ada banyak waba' dan penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wudhunya"


Semoga bermanfaat...Sebarkn lh agar semua mndapat keberkatan ini.

©️

Jumaat, 23 Oktober 2020

pensyarah kimi-A!

 Pensyarah kimi-A! yg baik itu ان شآءالله menghasilkan LIMA perubahan ini dalam diri pelajar matriknya: 


1. Dari syak prasangka kpd keyakinan ilmu yang mantap. 

2. Dari takabbur menjadi tawadhuk aka humble

3. Dari riya' kpd ikhlas wat koje tutor

4. Dari permusuhan kpd perdamaian hati

5. Dari cintakan dunia kpd hidup zuhud serta sederhana .. aka suka kongsi ilmu


Kalau semakin menuntut ilmu kimi-A! dgn seseorang pensyarah.... anda sebagai pelajar menjadi semakin ragu2 & goyah imannya,  riya',

membanding2 dengan pensyarah kimi- A! lain... maka


muhasabahlah dirimu dengan sesegera yang mungkin wahai diri pelajarku...


Hatimu sedang sakit... itulah yang sebenar2 nya engkau harus akui