Sabtu, 26 Mac 2011

Dajjal..

 Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali.

Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.


Lokasi segitiga bermuda

Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud

Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.

Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”

(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.


Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.


Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.


Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.


Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.



Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.
Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.


Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …

Abu Nawas

Suasana hingar bingar. Pagi itu kawasan pasar di Baghdad menjadi kecoh angkara seorang lelaki berbadan tegar dan berjanggut panjang yang mengucapkan kata-kata aneh dan membangkitkan kemarahan.Lelaki itu berdiri di tengah-tengah orang ramai dan melaungkan:“Kawan-kawan! Hari ini saya sangat membenci perkara yang benar, tetapi amat menyenangi yang fitnah!

Hari ini saya akan menjadi orang kaya, bahkan lebih kaya daripada Allah SWT sendiri!”
Sungguh aneh kata-kata lelaki itu kerana selama ini, dia terkenal sebagai orang yang alim dan warak. Orang ramai tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan lelaki ini? Kalau hendak berlawak pun, janganlah sampai membenci kebenaran, menyukai fitnah dan mengatakan dia lebih kaya daripada Allah. Kata-kata itu boleh menyesatkan akidah. Orang ramai yang berada di pasar itu mula memarahinya.

Tetapi lelaki warak dan berjanggut panjang itu tidak memperdulikannya. Dia terus berceloteh tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Tidak lama kemudian, datanglah askar kerajaan. Lelaki tersebut ditangkap lalu dibawa ke istana Khalifah Harun Al-Rasyid.
“Hah, kamu Abu Nawas!” kata khalifah sebaik melihat lelaki tersebut diheret oleh tentera ke hadapan baginda. Abu Nawas mengangguk dan tersenyum sahaja. “Benarkah engkau kata begitu, hai Abu Nawas?” tanya Khalifah Harun Al-Rasyid yang memang kenal benar dengan Abu Nawas. “Benar tuanku.” “Kenapa? Sudah kafirkah engkau ini?” sergah khalifah. “Tidak tuanku. Saya masih Islam. Tapi saya rasa tuanku juga seperti saya. Tuanku pasti membenci yang benar dan haq.”

Khalifah Harun Al-Rasyid tercengang. “Hah!? Sudah gilakah engkau ini wahai Abu Nawas?” baginda meninggikan suaranya kerana marah. “Jangan terburu-buru tuanku. Dengarlah dahulu keterangan saya.” balas Abu Nawas. “Keterangan apa yang engkau hendak dakwahkan? Sebagai Muslim, aku membela kebenaran, bukan membencinya!” ucap khalifah, geram.
“Tuanku, apabila orang membaca talkin, saya selalu mendengar ucapan bahawa mati itu benar dan neraka itu juga benar. Nah, siapakah orangnya yang tidak membenci mati dan neraka yang benar itu? Tidakkah tuanku juga membencinya seperti saya?” soal Abu Nawas semula.

Khalifah terdiam. “Cerdik pula engkau ini. Tapi apa pula maksud engkau menyenangi fitnah?” “Barangkali tuanku terlupa bahawa di dalam Al-Quran ada menyebut, harta benda dan anak-anak kita adalah fitnah. Padahal tuanku sangat menyenangi harta dan anak-anak tuanku seperti saya juga. Bukankah begitu, tuanku?”
 

“Itu memang betul, tetapi kenapa engkau berkata begitu di tengah-tengah pasar hingga orang ramai menjadi kacau?” tanya khalifah yang masih belum faham dengan tindakan Abu Nawas. “Supaya dengan cara begitu saya akan ditangkap dan kemudian dihadapkan kepada tuanku seperti sekarang ini” jawab Abu Nawas yang memang terkenal dengan loyar buruknya. “Apa perlunya engkau menghadap aku?” “Supaya mendapat hadiah dari tuanku…” jawab Abu Nawas sambil tersengih. “Cis dasar orang cerdik!” kata khalifah lalu tergelak.
 

Nota: Nama sebenar Abu Nawas ialah Abu Nuwas Al-Hasan bin Hani Al-Hakimi (750-810). Beliau lahir di Ahraz, Parsi dan merupakan salah seorang penyair yang terkenal di zamannya. Abu Nawas sebenarnya seorang yang warak, bagaimanapun beliau suka berjenaka dan pandai loyar buruk.

contoh surat saman ekor

MOHAMAD NOORAZMI ANUAR
750222-01-5375
810 Jalan Kedidi Satu
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
N.Sembilan
019-2600017

23 February 2011

Ibu Pejabat Polis Daerah (Cawangan Trafik)
Kubang Pasu
Polis Diraja Malaysia
Jalan Changlun,
06000 Jitra,
Kedah

U.P Koperal Hasnah

PER:SEMAKAN SAMAN EKOR

Perkara diatas adalah dirujuk

Adalah dengan ingin saya maklumkan bahawa, saya ingin membuat semakan ekor terhadap motorsikal saya, No Pendaftaran RE 5643.

2. Untuk maklumat pihak tuan/puan, saya telah membeli motorsikal jenis Modenas pada 15/12/2000 di Kangar Perlis. Ketika itu saya masih menuntut di Uitm Kangar dan kemudian berpindah ke Uitm Sungai Petani.

3. Namun pada 2001, saya telah berpindah ke Uitm Shah Alam  Selangor dan sekali gus membawa motorsikal tersebut ke Shah Alam, Selangor.

4. Setelah tamat pengajian di Uitm Shah Alam, Selangor sekitar 2003, pihak saya telah tinggalkan motorsikal tersebut di rumah keluarga saya seperti alamat diatas.

5. Apa yang memeranjatkan pihak saya ialah menerima saman ekor, yang menyatakan no kenderaan RE5643 memandu laju yang menggunakan sebuah kereta. Kesalahan tersebut berlaku pada 09/07/2005 dan nombor saman ialah DD298621 dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah.

6. Saya memohon semua pihak berwajib untuk menggugurkan dan sekali gus membatalkan saman tersebut, kerana jelas bahawa, motorsikal saya berada di Seremban, sedangkan saman tersebut berlaku di Kubang Pasu Jitra Kedah, dan lebih memeranjatkan lagi adalah ianya adalah sebuah kereta.
7. Saya berharap, rakyat seperti saya tidak dihimpit dengan saman yang bukan saya  lakukan. Cogankata  Perdana Menteri "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seharusnya diambil iktibar oleh PDRM.
8. Oleh yang demikian, saya berharap, agar pihak PDRM dapat berbuat sesuatu akan lapuran saya ini kerana, selepas ini, pihak saya pasti akan mendapat kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dimasa hadapan, hanya kerana kesalahan saman ekor yang bukan saya lakukan ini.

Wasalam

Mohama Noorazmi Anuar

Jumaat, 25 Mac 2011

Sabar lah wahai Anwar... Innallah hamaana....


La Takhof wala tahzan Innallah hamaana....

LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

Klimeks kepada kemenangan ini ialah kita mati dalam istiqamah di dalam perjuangan. Mungkin hakikat ini sukar diterima terutama mereka yang tidak beriman kepada Allah. Mereka yang mengira bahawa hidup ini hanya setakat dunia ini saja tidak akan mengecapi nikmat dihujung kemenangan abadi. Mereka yang beranggapan begitu mungkin mereka benar. Tetapi bagi yang mempercayai adanya Yaumi Mahsyar sedikit pun tidak merasa bimbang dengan kekalahan didunia ini akibat fitnah.

Di sini saya hendak kaitkan sedikit dengan apa yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Manusia ini sedang menghadapi ujian bertali arus daripada Allah dilakukan oleh musuh-musuhnya. Anwar bukan nabi. Tetapi apa yang dihadapinya adalah sesuatu yang azab dan sengsara yang mengheret dirinya melalui sunahtulah yang ditempuh para tab'i.

Kekadang tersedak sendu di dada terlerai air mata ini apabila memerhatikan akan kegigihan Anwar menghadapi segala macam ujian berkenaan. Paling menyedukan bila mana sesekali terpandang ke wajahnya yang tetap tenang menyimpan seribu kesedihan dan kelukaan yang tidak terucap lagi. Sebuah penderitaan maha dalam terpahat kejap di sanubarinya. Terasa ketawa-ketawanya, senyuman-senyumannya dibuat-buat kerana menyembunyikan kepedihan sembilu yang menikan tangkai jantungnya. Semua itu adalah mimik yang disengajakan untuk menghibur pengikut kerana tugas seorang pemimpin adalah memberi hiburan kepada pengikut.

Siapa tahu kalau dalam kamar rumahnya, di atas sejadah dia menangis semahunya? Siapa tahu? Orang tidak mengecapi kesedihan itu kerana ia tidak terpandang dan Anwar berusaha sedaya mungkin melindungi nestapanya. Pemimpin yang bertanggungjawab ialah yang tidak menghadiahkan kedukaan buat pengikutnya. Gembira bersama, kedukaan biarlah ditelan bersendirian. Itulah lajah pemimpin perjuangan.

Apalah yang Tuhan ingin hadiahkan kepadanya atau sememangnya satu kifarah ke atas dosanya. Kalau ia merupakan kifarah apakah sebanyak itu dan masih belum cukup menghukumnya. Sesungguhnya Tuhan tidak zalim dan Anwar adalah makhluk-Nya. Allahuazim hu Jabbar yang mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hamba-Nya.

Namun dari luar pengetahuan lautan ilmu Allah apa yang dapat disuluh ke atas Anwar setiap yang berlaku ke atasnya adalah juga percubaan dan ujian untuk ummah Melayu negara ini. Ummah Islam negara. Nasib yang menimpa Anwar adalah lakaran nasib ummah Melayu di negara ini sudah tersurat di luh mahfuz.

Kekejian, fitnah ataupun kejahatan yang dilontarkan kepadanya lebih satu dekad dulu termasuk yang terbaru, hatta juga atas kehendak Allah adalah tafsrian kepada sikap ummah Melayu sebenarnya. Ummah Melayu seperti mana digambarkan dalam filem-filem hitam putih yang penuh dengan hasad dengki, fitnah khianat yang menghirup darah dan memakan daging saudara sendiri.

Iya sudah, kalau tidak mahukan Anwar untuk menjadi pemimpin, jatuhkan dia dengan cara terhormat. Kalau tidak mahu Anwar menjadi kepala jatuhkan dia dengan cara beradab. Kalau tidak mahukan Anwar menjadi pembela nusa dan bangsa, nyahkan dia dengan cara berberdepanan. Tektik dan strategi politik mungkar bukan permainan Melayu Islam sebenarnya. Tektik dan strategi itu adalah permainan syaitan, iblis yang dilaknat oleh Allah. Sebenarnya tanpa kita ketahui ada sebahagian kita lebih jahat dan zalim dari syaitan, kita sengaja memilih jalan sesat itu.

Akhirukalam... percayalah kesedihan dan tangisan akan menjelang dihujung waktu. Saat kita kehilangan sesuatu itulah kita akan menyesali betapa sesuatu itu sangat berharga. Tetapi untuk apa kita menangis dan berlagu lagi sesudah semuanya sudah hilang lenyap. Tidak adalah pepatahan berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesala kemudian tidak beguna... kalau ianya tidak akan menimpa diri kita semua, Melayu. Sesungguhnya kita ummah yang hina kerana dihinakan oleh politik yang kita amalkan. dipetik dari blog Mohd sayuti omar msomelayu.blogspot.com

Khamis, 24 Mac 2011

semangat untuk pekser..

Di antara pengajaran yang paling agung tatkala Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin menghadapi peperangan Badar adalah pertolongan Allah s.w.t.

Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfury di dalam Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum  menyatakan, kemenangan besar yang diperolehi adalah daripada bantuan dan pertolongan secara ghaib kepada umat Islam.

Selain itu, ia membawa peringatan bahawa kaum Muslimin tidak terpesona  dan tertipu dengan keberanian dan kejaguhan mereka yang akan menjebakkan mereka dalam perasaan angkuh dan sombong.

Antara pertolongan yang diceritakan oleh Abu Dawud al-Mazini, beliau berkata: “Aku sedang mengikuti (mengekori) untuk menyerang lelaki Musyrik untuk membunuhnya. Tiba-tiba kepalanya jatuh sebelum pedangku sampai kepadanya. Maka tahulah aku bahawa dia dibunuh oleh orang lain.”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa: “Ketika seorang lelaki dari kalangan tentera Islam mengasak hebat seorang Musyrik di hadapannya tiba-tiba dia terdengar bunyi pukulan rotan di atasnya serta suara seorang pahlawan yang berkata: “Ayuh maju wahai Hayzum!”

Kemudian dia datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan apa yang disaksikannya, lantas Baginda bersabda: “Kamu benar, itulah bantuan yang datang dari langit ketiga.”

Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang mencantasnya.”

Di samping itu, ada kaum Muslimin yang turut dibantu Allah s.w.t. Pada hari peperangan itu, pedang seorang sahabat Nabi Ukasyah bin Mihsan al-Asadiy telah putus. Lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda memberikannya sebatang kayu yang biasa dibuat sebagai penggaru unta perang.

Baginda berkata: “Gunakan ini untuk berperang wahai Ukasyah”. Apabila diambilnya kayu itu daripada Rasulullah s.a.w, Ukasyah melibas-libaskannya. Tiba-tiba ia bertukar  menjadi sebilah pedang yang panjang, kuat dan berwarna putih. Lalu dia gunakan pedang itu untuk berjuang sehingga diberikan kemenangan kepada umat Islam.

Demikianlah pertolongan Allah s.w.t. Dari segi kekuatan persenjataan dan kelengkapan umat Islam ketika itu memang tidak dapat menandingi kekuatan musuh yang sangat hebat.

Justeru, pertolongan Allah s.w.t ini telah melahirkan pahlawan yang hebat ketika peperangan Badar. Misalnya apa yang berlaku kepada Muawwidh bin Afra’.

Diceritakan oleh Muadh bin Amru: “Aku melihat Abu Jahal (ketika perang) dalam satu kepungan di rimbunan pokok. Maka aku pahatkan cita-cita untuk mendapatkan Abu Jahal, lalu apabila ruang terbuka segera aku menyerbunya dan melibasnya dengan satu libasan yang memutuskan separuh betisnya.”

Beliau berkata: “Ketika itu, anak Abu Jahal iaitu Ikrimah menetakku di bahagian bahu, sehingga terputus sebelah tanganku. Lalu tanganku itu berjuntaian dengan kulit di sisiku. Aku tidak menghiraukan apa yang terjadi dan terus berperang.

“Tatkala semakin sukar pergerakanku, maka aku letakkan kakiku di atas tanganku (yang hampir putus), kemudian aku pijak-pijak hingga tertanggal. Kemudian Muawwidh bin Afra datang kepada Abu Jahal dan melibasnya hingga kaku dan membiarkannya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian Muawwidh terus berjuang hingga terbunuh.”

Demikianlah semangat Badar yang perlu diteladani kepada pelajar matrik yang nak pekser PSPM II yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Naper x sempat S T U DI...?

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

Rabu, 23 Mac 2011

Nabi Daub & Ikhlas

Kisah Nabi Daud A.S

SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi. Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama.