Rabu, 20 April 2011

PERANGI POLITIK FITNAH,..!!!

PERANGI POLITIK FITNAH, LAKSANAKAN HUKUM QAZAF TERHADAP PENFITNAH ZINA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyanyang.

Perhimpunan Saf Anti Fitnah (SAF) pada 13 Jamadil Awwal 1432H / 17hb April 2011 bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor.

PERIHATIN terhadap wujudnya budaya dan amalan fitnah-mengfitnah yang kini menjadi lumrah dalam kehidupan umat Islam terutamanya dalam persaingan politik tanah air.

SANGAT PEKA bahawa, terdapat pihak-pihak yang terlalu ghairah untuk menjatuhkan lawan dengan mengguna senjata fitnah lucah dan fitnah zina dengan tujuan mengaibkan seseorang melalui konspirasi menanamkan pra-sangka buruk kepada masyarakat ke atas seorang musuh politik.

MENEGASKAN budaya fitnah hendaklah diperangi oleh semua pihak,

MENYEDARI bahawa fitnah zina adalah suatu jenayah berat disisi Allah SWT dan ia membawa implikasi yang sangat buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah,

MENGINSAFI bahawa fitnah zina membawa kepada kesan yang sangat parah kepada maruah ummah dan bertentangan dengan segala prinsip Maqasid Syar'iyyah,

MENGAMBIL PERHATIAN  bahawa budaya fitnah zina yang diamalkan mesti diperangi,

MEMAHAMI bahawa hukum Qazaf adalah hukum syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ia wajib dilaksanakan oleh pihak penguasa berdasarkan Surah An Nur: 4 (maksudnya)
"Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang-orang fasiq"

MENGAMBIL PERHATIAN  terhadap firman Allah SWT yang berkaitan dengan fitnah seperti berikut:
"Orang-orang yang menyakiti mu'min lelaki dan mu'minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata" (Surah Al Ahzab : 58)
"Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu'minah, Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat. Untuk mereka disediakan azab yang sangan besar." (Surah An Nur : 23)
 Maka Kami

MENEGASKAN BAHAWA fitnah zina adalah perbuatan yang sangat berat dalam hukum syariat Islam, oleh itu mengingatkan semua lapisan umat Islam samada penguasa atau rakyat hendaklah memeranginya dan hukum Qazaf hendaklah dijadikan perundangan yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah fitnah zina,

MENGINSAFKAN BAHAWA Allah SWT akan menurunkan bala dan musibah kepada seluruh umat manusia jika kemungkaran fitnah dibenarkan berleluasa,

MENGINGATKAN BAHAWA umat Islam di semua peringkat hendaklah mengambil sikap yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebar dan bermakar (yakni berkomplot) dlaam kospirasi fitnah untuk menjatuhkan dan memburukkan peribadi seseorang,

MENASIHATI BAHAWA umat Islam mesti mengamalkan perintah Allah SWT dalam menangani berita yang dinukilkan oleh golongan fasiq iaitu orang Islam sentiasa bertabayyun yakni meneliti dan mencermati akan kebenaran sesuatu berita yang disebar oleh orang-orang fasiq samada dalam bentuk media massa mahupun kenyataan-kenyataan mahupun apapun bahan yang disebarkan,

BERPENDIRIAN TEGAS BAHAWA umat Islam mesti menolak dengan tegas mereka yang terlibat dengan fitnah samada dikalangan pemimpin-pemimpin yang fasiq mahupun di kalangan ahli yang mengguna alat dan saluran media untuk:
* mencetuskan fitnah,
* menyebar fitnah,
* menyiarkan fitnah,
* bersekongkol menyemarakkan fitnah,
* mengguna kalam mereka untuk berfitnah,
* mengguna alat media mereka untuk membesar-besarkan fitnah,
* memngaibkan hambaMu dengan fitnah,
* merosakkan persaudaraan sesama Muslim dengan fitnah,
* mengguna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mereka-reka fitnah.

MEMBERI PERINGATAN BAHAWA media massa terutama media massa perdana hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dengan budaya fitnah untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang samada melalui pemberitaan mahupun wawancara untuk memburukkan seseorang. Pihak media semestinya tidak menjadi tali barut dalam usaha untuk menonjolkan lagi fitnah dan kekeliruan serta kecurigaan sesama masyarakat dan umat Islam. Pihak media dikalangan ahli Lembaga, Kumpulan Pengarang, Ketua Pengarang, Penerbit, Wartawan dan jurufoto hendaklah mengamalkan prinsip kewartawanan dan jurnalisme yang professional dan beretika.

MENGINGAT DAN MENASIHATI BAHAWA semua pihak yang terlibat dengan budaya fitnah terutamanya fitnah lucah dan fitnah zina supaya bertaubat dan kembali kepada jalan hidup Islam serta berwaspada dan sangat takut kepada Azab dan Kemurkaan Allah SWT yang bakal diterima jika meneruskan kemungkaran Fitnah,

MENYERU DAN MENGGESA semua lapisan umat Islam amnya dan khususnya kepada ahli politik dan golongan ilmuan dan para ulama segera bergabung tenaga untuk memerangi budaya fitnah sehingga ke akar umninya.

KAMI DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA KAMI AKAN BERGERAK BERSAMA-SAMA DENGAN SEMUA PIHAK UNTUK MEMERANGI FITNAH DIKALANGAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA DAN WARGA MASYARAKAT MALAYSIA DI NEGARA INI

4S 4F

Assalamualaikum Wbt Antara  protokol Ya'hudi yang mengandungi 8 perkara.... (4S & 4F)

1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak ha...fal Al-Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... .. bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?   

2. ...Sex..... Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......   

3. ...Smoke.... Rokok..menjadi kegilaan para remaja.... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....   

4. .....Sport.. . Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan.... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ... yang menonton pun tak sembahyang juga ....... Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL...... Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh.... Masha Allah,..   

5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....   

6.... Female... Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi......   

7...Fashion. ... Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. . sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...   Yahudi ketawa lagi.... Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....   

8.. .. Food..Makanan. . Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check....halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap.... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h..... Yahudi makan Islam lagi...   

Ini hanya baru sedikit yg di ambil dari protokol yahudi..... protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku ini juga cintakan Malaysia .....tetapi aku lebih cintakan ALLAH dan ISLAM.......   Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......   DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....       1 minit untuk mengingat Allah   

Langkah 1: * Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: * SUBHANA'LLAH * ALHAMDULI'LLAH * LAA I LAAHA ILLA'LLAH * ALLAHU AKBAR * ASTAGHFIRU'LLAH * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI * WA SAHBIHI AJMA'EEN 

Langkah 2: * Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan  

Langkah 3:   * SIla Click SHARE kat note ini.   ----------------- PANDUAN & NASIHAT -----------------   Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:   "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)   "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Melo vs A-yam bran

 Salam
Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’

AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua….. dan lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….
Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

Selasa, 19 April 2011

Jauhi Dosa mengumpat...!!!

Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.


سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه
Maksudnya: “Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini ada dua golongan manusia yang amat buruk di sisi Allah. Golongan itu ialah fasiq dan kufur yang kedua-duanya terdiri daripada orang Islam sendiri.
 
Fasiq ialah orang yang mengekalkan dosa kecil. Namun dosa kecil yang besar di sisi Allah ialah menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Kalau umat Islam sering terlibat dalam perbuatan itu, mereka dicap sebagai fasiq. Dan orang fasiq dalam bahasa Melayu bermaksud orang jahat.
Orang yang fasiq, cakapnya tidak boleh dipercayai maka sebab itu Allah mengingatkan umat Islam, “jika datang orang fasiq membawa berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu.” Jadi, kalau pemimpin yang naik dengan cara itu, sudah tentu dia termasuk dalam kategori fasiq.
 
Kufur pula ialah orang yang melakukan dosa besar. Kufur dalam bahasa yang mudah difahami ialah golongan yang suka menyalahi dan mempertikaikan larangan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dalam membunuh orang Islam adalah dosa besar. Oleh sebab itu mereka dicap sebagai kufur.
 
Walau bagaimanapun dalam senarai dosa besar, terdapat dosa besar yang kecil di sisi Allah namun besar di sini manusia. Dosa tersebut ialah membuat fitnah dan menyebar fitnah. Hal ini kerana fitnah di sini Allah adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan. Demikian seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran.

Kecilkah fasiq?
 
Fasiq walaupun melibatkan mereka yang melakukan dosa kecil, tetapi tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Hal ini kerana orang yang fasiq dalam Islam tidak sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya. Dan seseorang yang fasiq juga tidak sah menjadi saksi dalam apa-apa majlis yang memerlukan saksi.
 
Begitulah buruknya nilaian orang fasiq. Tetapi mungkin kerana umat Islam tidak sedar akan nilaian itu, maka mereka terus melakukan fasiq. Mungkin mereka beranggapan bahawa fasiq boleh terhapus dengan isytighfar. Dan dosa kecil boleh terhapus dengan wuduk, maka bolehlah dosa itu dilanggar. Inilah salah faham yang menyebabkan umat Islam terus memilih fasiq tanpa ada rasa berdosa.
 
Sebenarnya jika merujuk kepada kepada hadis di atas, Rasulullah mengingatkan umat Islam tentang dosa menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Sebaliknya dalam dalam, keburukan seseorang Islam wajib ditutup oleh orang lain. Ingatlah walaupun mendedahkan keburukan yang kita lihat pada seseorang dikira dosa kecil tetapi dosa itu berada pada tingkat tertinggi. Maknanya orang yang terlibat dalam dosa ini berada pada kedudukan fasiq yang tertinggi.
 
Jelas, fasiq bukan perkara kecil yang boleh dikecil-kecilkan oleh umat Islam. Jadi, dalam keadaan apa pun, umat Islam mesti mengawal diri daripada terlibat dalam fasiq lagi. Apalah faedahnya kita dinilai hebat di sisi manusia tetapi dinilai fasiq di sisi Allah?
 
Cuma bersoalan sekarang, berapa ramai umat Islam yang menyedari peringatan Rasulullah itu? Mengapa mereka masih mahu dicap sebagai fasiq? Mahukah mereka dihalang daripada menjadi wali atau saksi untuk sesuatu pernikahan? Atau adakah mereka sanggup dipanggil orang jahat.
 
Sebenarnya, orang yang melakukan dosa di atas pada sisi Allah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka-sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat: 12)
 
Bayangkan ketika anda hendak mencerca seseorang, dan setiap kali anda hendak menuturkan kata-kata itu, rasakan seolah-olah anda sedang menyuapkan daging saudara yang yang baru mati ke mulut anda. Sanggupkah anda meneruskan cercaan itu?
 
Oleh sebab itu hentikan cercaan itu. Sedarlah, mereka yang terlibat, masih diberi peluang untuk bertaubat. Semoga dengan ini diri mereka boleh dibersihkan daripada dosa fasiq.
 
Selain itu, mereka yang mencintai dunia lalu tunduk kepada kehendak dunia lebih daripada kehendak Allah dan Rasul juga tergolongan sebagai orang fasiq juga. Firman Allah:
 
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (Surah al-Taubat: 24)
 
Oleh Ust Ahmad Baie Jaafar

luahan ...

Bakal pensyarah kecewa permohonan ditolak 2 kali
Muhadhir   
Saya adalah seorang guru yang berijazah Sarjana dan telah berkhidmat lebih dari 6 tahun di Sarawak. Baru-baru ini saya telah membuat permohonan untuk menjawat jawatan pensyarah, tetapi dukacita kerana permohonan saya tersebut telah ditolak sebanyak 2 kali.
Permohonan pertama saya kemukakan kepada UiTM Kampus Samarahan, Kuching Sarawak. Setelah melalui temuduga sebanyak dua kali, saya lulus dalam temuduga tersebut tetapi disenaraikan sebagai calon simpanan. Setelah tamat tempoh  menunggu 2 bulan seperti yang dinyatakan di dalam surat (sebagai calon simpanan), saya langsung tidak dihubungi oleh pihak pentadbiran UiTM.
Setelah dihubungi, dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak mendapat jawatan sebagai pensyarah di sana dengan alasan ia telah dimasuki atau diambil oleh calon yang dihantar oleh UiTM Shah Alam!
Persoalan yang timbul ialah, kenapa UiTM Shah Alam mengadakan temuduga di sana dan menghantar calonnya ke UiTM kampus Samarahan Kuching sedangkan saya adalah calon yang telah sedia ada  dan lulus temuduga di sini!
Permohonan kedua ialah di Institut Perguruan Kampus Batu Lintang,Kuching Sarawak. Saya telah mendapat maklumat bahawa ada kekosongan jawatan pensyarah dan mereka telah pun membuat banyak permohonan tambahan pensyarah tetapi masih tidak dipenuhi dan dilayan sewajarnya.
Justeru itu saya memohon jawatan tersebut, tetapi sangat dukacita apabila permohonan saya itu turut gagal!  Alasan permohonan itu ditolak ialah kekurangan guru! Apakah tujuan dan matlamat KPM menggalakkan para guru menaiktaraf atau meningkatkan tahap pendidikan mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta Ph.D sedangkan peluang untuk permohonan jawatan pensyarah seperti ini tidak dilayan!
Yang lebih mengecewakan ialah keputusan menolak permohonan saya ini hanya dibuat pada peringkat JPN sahaja! Kenapa permohonan saya itu tidak dihantar dan dirujuk terus kepada KPM atau KPT diPutrajaya? Kenapa JPN negeri tidak menyokong dan meluluskan permohonan saya sedangkan maklumat daripada rakan-rakan guru yang berijazah Sarjana di Semenanjung yang memohon pertukaran jawatan seperti saya dapat dipenuhi dan diluluskan? Kenapa ada sikap DOUBLE STANDARD  dalam hal ini? Adakah ia berkaitan dengan sentimen kenegerian? (kebanyakkan warga Semenanjung di sini di anaktirikan oleh warga Sarawak, mereka lebih mendahulukan anak bangsa sendiri!)
Jika alasan yang diberikan JPN ialah kekurangan guru, adakah tanggungjawab kami para guru untuk mencari dan menyediakan pengganti? Sampai bilakah kami harus menunggu untuk menjawat jawatan pensyarah? Sampai bilakah masalah kekurangan guru di Sarawak ini dapat diatasi? Sudahlah alasan yang sama juga turut diberikan kepada kami apabila kami memohon untuk pulang berkhidmat di Semenanjung! Jadi apakah kesudahan kami di Sarawak ini? Jika beginilah situasinya maka kami pasti akan sentiasa dalam dilema, untuk berpindah balik ke Semenanjung pun tidak dapat dan untuk memohon jawatan pensyarah pun turut tidak diluluskan!
Saya sebagai pegawai kerajaan yang berkhidmat di Sarawak amat mengharapkan pihak KPM dan KPT segera membuat siasatan, pemantauan dan tindakan agar kami semua tidak tertindas dan seterusnya dapat memajukan diri bersesuaian dengan tahap ijazah kami dan ia bertepatan dengan slogan 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!
MUHADHIR,
Kuching, Sarawak