Sabtu, 28 Mei 2011

10 lelaki wajib baca...!

1. Dah ada awek kau nak pegang-pegang.. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. Konon special untuk kau seorang.. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye.. Wah,  KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. Konon kau penyabar.. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak.
Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. Konon kaulah lelaki paling gentleman.. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri.. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau.. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho.. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau..Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua f**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. Konon untuk kepuasan diri.. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. Bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. Kau kata konon bajet cun.. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata.. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

ujian vs rahsia :)


Bismillahirahmaniraheem..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Keajaiban Akhir Zaman :)


Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat banyak dan nyata sekali. Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.


Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya :

Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.

Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.

Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.

Apa saja yang dicatatkan dalam Quran, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.

Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya,  mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.

Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.

Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.

Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.

Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?

Please walk the talk ...

KETUA Setiausaha Negara (KSN) dilaporkan menghantar memo kepada kakitangan kerajaan supaya bersikap non-partisan apabila melaksanakan tugas masing-masing. Nasihat Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya kakitangan kerajaan meninggalkan pegangan politik mereka ketika menjalankan tugas memang patut disokong. Sepatut dan sewajarnya sikap sedemikian diamalkan oleh kakitangan kerajaan - sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan - kerana tugas mereka adalah berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah (government of the day) dan bukannya kepada tuan politik (political masters).
Dalam sebuah negara demokrasi berpaksikan parlimen dan Raja Berperlembagaan, kakitangan kerajaan mempunyai 'wilayah tadbirnya' sendiri. Ia bukan satu keistimewaan tetapi adalah satu keperluan untuk memastikan segala keputusan dan tindakan yang diambil tidak dipengaruhi kepentingan politik pihak yang memerintah.
Kita sering mendengar ungkapan 'little Napolean' yang selalu diwar-warkan oleh aktivis politik bagi mengecam sesetengah kakitangan kerajaan atau lebih tepatnya ketua-ketua jabatan yang enggan mengikut arahan 'orang politik'. Dan selalunya kecaman-kecaman itu ditujukan kepada ketua-ketua jabatan yang punyai kuasa untuk meluluskan sesuatu tender atau projek. Baru-baru ini 'keributan' muncul apabila seorang ketua jabatan yang dikenali ketegasannya dalam berhadapan orang-orang politik diarah bertukar ke jabatan lain kerana sikapnya itu tidak digemari mereka yang berkuasa.
Sayangnya ketua jabatan tersebut tidak pula mendapat pembelaan KSN kerana seperti biasa Mohd Sidek juga sebenarnya lebih memilih untuk berkhidmat kepada 'political masters' daripada berkhidmat untuk rakyat.
Dalam memonya juga, Mohd Sidek mengingatkan bahawa tugas kakitangan kerajaan adalah untuk melaksanakan polisi kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Walaupun terdapat empat negeri yang diperintah oleh kerajaan yang berlainan daripada kerajaan persekutuan, mereka perlu memenuhi hasrat dan polisi kerajaan negeri yang memerintah.
Tapi persoalannya, adakah Mohd Sidek sendiri mematuhi apa yang dinasihatkan kepada orang-orang bawahannya?
Beberapa bulan lalu, satu mesyuarat (atau dipanggil makmal) tentang hal ehwal pentadbiran tanah telah diadakan di Putrajaya. Antara peserta makmal perbincangan itu ialah wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri. Bagaimanapun makmal yang dipengerusikan Mohd Sidek tidak menjemput wakil-wakil PTG daripada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk Mohd Sidek ini tidak dipersetujui oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat kerana bagi mereka mengetepikan PTG daripada negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam makmal perbincangan itu samalah seperti mengetepikan rakyat di empat negeri tersebut.
Kita juga tentunya masih ingat tentang peranan, sikap dan tindak tanduk KSN dalam krisis rampasan kuasa di Perak juga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Selangor awal tahun ini. Maka bolehlah disimpulkan bahawa Mohd Sidek mempunyai suatu lagi kewajipan iaitu perlu berani menjadi contoh teladan kepada ratusan ribu kakitangan kerajaan dengan berpegang kepada etika dan prinsip perkhidmatan dan tidak mudah tunduk kepada arahan tuan politik.
Jika keberanian tidak wujud dalam diri beliau, maka memo yang dihantar itu hanyalah sekadar secebis kertas atau mel elektronik (mel-e) yang tiada nilai dan harga.
Sebenarnya banyak contoh boleh dikutip bagi mendedahkan betapa tidak profesionalnya sesetengah jabatan kerajaan dalam menangani isu hubungan kerajaan negeri - persekutuan di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat. Semuanya ini berpunca daripada sikap tidak menghormati 'government of the day' akibat arahan tuan politik (political master) di peringkat persekutuan.
Contoh paling mudah dan dianggap remeh tetapi sebenarnya mempunyai implikasi yang besar adalah penggantungan gambar Menteri Besar dan Ketua Menteri di premis-premis yang dimiliki kerajaan persekutuan.
Sudah menjadi rahsia umum bahawa gambar Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri diperintah Pakatan Rakyat tidak digantung atau dipamerkan di premis-premis milik kerajaan persekutuan. Di sekolah-sekolah suatu masa dahulu, gambar Menteri Besar/Ketua Menteri digantung bersekali dengan gambar Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Yang Dipertua Negeri juga Perdana Menteri.
Bagaimanapun kini, amat jarang kelihatan gambar Menteri Besar/Ketua Menteri digantung di premis sekolah milik Kementerian Pelajaran. Gambar Menteri Besar/Ketua Menteri diganti pula dengan gambar menteri pelajaran, pengarah pelajaran persekutuan dan negeri.
Umum mengetahui bahawa gambar-gambar itu digantung dengan tujuan memperkenalkan ketua negara dan ketua kerajaan kepada orang ramai. Ia juga boleh memupuk semangat menghormati pemimpin negara dan sistem bernegara yang kita amalkan. Tindakan tidak menggantung gambar Menteri Besar/Ketua Menteri di samping gambar Perdana Menteri di premis milik kerajaan persekutuan di negeri-negeri Pakatan Rakyat samalah seperti tidak menghormati pilihan rakyat negeri itu, sekaligus tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan.
Ia juga memberi isyarat yang salah kepada rakyat khususnya para pelajar bahawa dalam sistem bernegara yang kita amalkan, ada kerajaan dan pemimpin yang perlu kita hormati dan ada kerajaan dan pemimpin yang tidak perlu kita hormati.
Saranan Mohd Sidek supaya kakitangan kerajaan bersikap non-partisan ketika menjalankan tugas memang wajar disokong. Tetapi saranan itu wajar disusuli dengan tindakan. Dan tindakan awal yang patut dilakukan Mohd Sidek adalah mengarahkan supaya gambar Menteri Besar Kelantan, Kedah, Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang digantung di premis-premis milik kerajaan persekutuan!

Subsidi IPP-Pembohongan BN Terhadap Rakyat?

subsidi IPP Subsidi IPP Pembohongan BN Terhadap Rakyat?Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui membuat kenyataan bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Adakah ianya satu pembohongan yang jelas?
Kenyataan itu bagi kami adalah jelas satu lagi pembohongan besar-besaran kerajan terhadap rakyat Malaysia.Kalau bukan satu bentuk subsidi, apakah istilah yang sesuai untuk ini?
Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan.Jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh kerajaan ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?
RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa “dilepaskan” oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNBuntuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.
Perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini  di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kerajaan boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.
Kegagalan kerajaan untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran kerajaan untuk menanggung beban ataskenaikan harga.
Kalau betul kerajaan melaksanakan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, paksa atau revise balik perjanjian kerajaan dengan IPP sebelum ini.Hapuskan “subsidi” kepada mereka yang berkenaan dahulu, barulah nak hapuskan subsidi kepada rakyat.

Checklist matang :)

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Jumaat, 27 Mei 2011

Futura Coach



LEGENDA bola sepak dunia yang melakar pelbagai kejayaan bersama kelab ataupun pasukan kebangsaan sentiasa menjadi perhatian media apabila beralih menjadi jurulatih.
Bagaimanapun, trend kejurulatihan dunia dilihat bakal mengalami transformasi apabila kini terdapat jurulatih yang tidak mempunyai latarbelakang sebagai pemain profesional mampu menggalas tugasan penuh mencabar itu.
Terkini, sentuhan ajaib, Andre Villas-Boas, 33, yang membimbing pasukan Porto telah membuktikan bahawa pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional tidak semestinya menjanjikan kejayaan apabila bergelar jurulatih.
Tatkala usianya mencecah 16 tahun, Villas-Boas memberanikan diri mendekati Sir Bobby Robson yang menetap di bangunan pangsapurinya. Robson ketika itu melatih pasukan Porto.
“Saya telah menyuarakan pendapat mengenai Porto dan amat mengejutkan apabila lelaki yang cukup terkenal dalam persada sukan bola sepak antarabangsa itu sanggup melihat pembentangan analisis saya.
“Dia banyak memainkan peranan penting dalam kerjaya saya. Ia sesuatu yang luar biasa apabila dia mempelawa menyertai sesi jurulatih pasukannya. Hanya individu mempunyai pemikiran terbuka seperti Robson akan berbuat demikian,” ujarnya.
Villas-Boas melakar sejarah tersendiri dalam dunia bola sepak antarabangsa apabila berjaya membantu Porto merangkul empat kejuaraan semasa musim pertama mengendalikan pasukan itu.
Lelaki yang sering dikaitkan dengan Jose Mourinho itu telah memecahkan pelbagai rekod ketika membimbing Porto menjadi juara Liga Portugal, Piala Super Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa.
Tidak mahu dilabel Mourinho baru

PASUKAN Porto meraikan kejayaan sebagai juara Liga Europa kali ke-25 selepas menundukkan Braga 1-0 dalam perlawanan akhir di Dublin baru-baru ini.


Walaupun memenangi Piala Europa bersama Porto mengikut jejak langkah mentornya, Villa-Boas memberitahu, dia tidak mahu dilabel sebagai Mourinho yang baru.
Bapa kepada dua cahaya mata itu dilihat begitu sinonim dengan metodologi jurulatih Real Madrid yang digelar Special One tersebut.
Villas-Boas sebelum ini telah berkhidmat selama lapan tahun sebagai peninjau pasukan dalam memberi informasi terperinci mengenai pasukan lawan ketika Mourinho mengemudi pasukan ternama Eropah seperti Porto, Chelsea dan Inter Milan.
Lelaki yang mempunyai penampilan kemas dan gemar melemparkan senyuman kepada media itu nyata berbeza dengan penampilan dramatik dimiliki Mourinho.
Dia lebih merendah diri malah sering memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pemain serta staf pasukan setiap kali meraih kejayaan.
“Ramai orang selalu fokus terhadap tugas seorang jurulatih tetapi saya tidak melihat ia begitu. Saya tidak melihat kejayaan akan diperoleh melalui individu sahaja.
“Kemenangan dalam perlawanan bola sepak tidak boleh ditunjangi oleh individu tetapi lebih kepada semangat berpasukan. Kejayaan sesebuah pasukan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan pemain-pemain dan struktur kelab berkualiti,” katanya.
Jurulatih yang tidak pernah merasai pengalaman menjadi pemain bola sepak secara profesional itu menambah, dia memberi ruang secukupnya kepada pemain untuk meningkatkan kemahiran kerana cara tersebut dapat menguatkan mereka.
“Saya mengetengahkan bakat dan membiarkan mereka membuat keputusan sendiri. Tidak pernah ada diktator dalam pasukan ini malah tidak melihat permainan bola sepak sebagai permainan taktikal.
“Jika anda seorang diktator, pemain-pemain tidak akan dapat meneroka keupayaan sebenar mereka. Anda perlu membebaskan mereka,” ujarnya lagi.
Keserasian Villas-Boas

VILLAS-BOAS mengukuhkan sokongan peminat Porto dengan mengubah nasib pasukan itu sehingga menjadi juara dalam satu musim.


Dalam pada itu, ketua pasukan Porto, Helton da Silva Arruda menyifatkan Villas-Boas sebagai jurulatih dan sahabat kepada pemain-pemain.
“Kami sangat gembira mempunyai jurulatih seperti dia kerana memberikan kebebasan apabila beraksi di atas padang,” katanya yang merupakan benteng terakhir pasukan Porto.
Penyerang Porto, Givanildo Vieira de Souza yang meledak 23 gol sepanjang musim ini, pula memberitahu bahawa Villas-Boas masih muda dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku dalam pasukan.
“Dia mempunyai kuasa dan mengetahui apa yang perlu dikatakan serta dilakukan bersama pasukan, malah telah ditakdirkan menjadi salah seorang jurulatih terbaik dunia.
“Saya tidak mengetahui rahsianya. Bagaimanapun, saya amat selesa apabila berkerja bersama dia,” kata Givanildo yang lebih dikenali sebagai Hulk.
Rebutan Kelab Ternama
Sementara itu, bekas penyerang Porto, Mickey Walsh percaya Villas-Boas akan menjadi sasaran utama kelab-kelab gergasi Eropah.
“Apa yang dilakukan Villas-Boas sebagai jurulatih Porto amat menakjubkan. Dia telah memadam pelbagai rekod malah membantu pasukannya merangkul kejuaraan liga domestik tanpa sebarang kekalahan.
“Dia tidak perlu memenangi Piala Liga Europa di Stadium Dublin untuk menuju puncak dalam karier kejurulatihan. Dia sudah sampai di sana dan bakal berada dalam senarai permintaan banyak kelab gergasi Eropah,” katanya pada pihak laman web berita dunia bola sepak, Goal.com.
Walaupun terdapat desas-desus mengenai kelab-kelab gergasi Eropah yang berminat mendapatkan khidmat jurulatih muda itu, Villas-Boas ingin terus kekal bersama pasukan Porto.

VILLAS-BOAS (kiri) memegang Piala Portugal yang dimenanginya selepas menewaskan Guimareas di Lisbon, Portugal.


“Masa depan saya seperti yang anda tahu adalah bersama Porto. Saya tidak mengetahui terdapat kelab-kelab yang berminat mendapatkan khidmat saya.
“Ini merupakan kelab, tempat kelahiran saya malah berbangga berada di sini. Cita-cita saya tidak penting,” kata Villas-Boas.
Tidak seperti Robson, Villas-Boas berazam untuk menamatkan karier pengurusan bola sepak dalam masa singkat iaitu 10 atau 15 tahun sahaja.
“Objektif utama saya dalam kerjaya ini adalah untuk membina sesuatu yang dapat dibanggakan pada satu hari nanti. Saya tidak mahu menjadi jurulatih terlalu lama.
“Menjadi seorang jurulatih memerlukan pengorbanan masa dari anda dan keluarga. Saya tidak mahu hidup seperti itu dan hanya ingin meninggalkan legasi sepanjang kerjaya ini,” katanya.
sumber: kosmo