Sabtu, 28 Mei 2011

Subsidi IPP-Pembohongan BN Terhadap Rakyat?

subsidi IPP Subsidi IPP Pembohongan BN Terhadap Rakyat?Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui membuat kenyataan bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Adakah ianya satu pembohongan yang jelas?
Kenyataan itu bagi kami adalah jelas satu lagi pembohongan besar-besaran kerajan terhadap rakyat Malaysia.Kalau bukan satu bentuk subsidi, apakah istilah yang sesuai untuk ini?
Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan.Jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh kerajaan ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?
RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa “dilepaskan” oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNBuntuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.
Perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini  di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kerajaan boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.
Kegagalan kerajaan untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran kerajaan untuk menanggung beban ataskenaikan harga.
Kalau betul kerajaan melaksanakan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, paksa atau revise balik perjanjian kerajaan dengan IPP sebelum ini.Hapuskan “subsidi” kepada mereka yang berkenaan dahulu, barulah nak hapuskan subsidi kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan