Selasa, 26 Julai 2011

11 Fatwa Yahudi Orthodoks

Oleh: zharifjenn

"
Bagi menjaga budaya agama Yahudi agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.


Pemandangan di Mea Sharim

Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejala ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Yahudi mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkat persekutuan agar melarang semua penganut Yahudi dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Yahudi perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.

Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Yahudi. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.


Lelaki
  • wajib memakai baju berlengan panjang
  • Memakai stokin putih
  • Berkasut penuh yang bertumit tinggi
  • Berkot hitam
  • Memakai topi hitam
  • Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan

 

Perempuan
  • Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
  • Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
  • Memakai baju berlengan panjang
  • Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
  • Wajib memakai stokin
  • Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
  • Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.

Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.

Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.

(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan Menyimpan Janggut Dan Misai

Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.

Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Permusuhan antara Yahudi Ultra-Orthodoks dan Zionis

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera

Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.

Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.

Contoh Kosher Phone

Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.

Fatwa 8 : Mengharamkan Penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.

Fatwa 9 : Mengharamkan Rakaman Gambar Secara Terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.

Fatwa 10 : Mengharamkan Penubuhan Negara Israel

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi sukuAshkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan Tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Yahudi mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.

Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.

Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan

Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.

Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.

Wallahu’alam.

Isnin, 25 Julai 2011

Jelaskan punca pelajar matrikulasi tercicir.

 Utusan Malaysia 25 Julai 2011 - SAYA ingin merujuk luahan Ibu Prihatin (Pasir Gudang, Johor) yang disiarkan di ruangan ini pada 18 Julai 2011 lalu.

Anak saudara saya yang mempunyai Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 3.09 juga mengalami nasib yang sama tidak mendapat tempat di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Rayuan telah pun dibuat walaupun hasilnya nanti masih tidak menjanjikan harapan.

Apabila diajukan soalan ini kepada pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu pun tweet Menteri bertanggungjawab, jawapannya seolah-olah skrip standard yang telah dirancang iaitu 'Pelajar mungkin salah memilih kursus yang beliau tidak layak'. 

Soalan saya di sini ialah: 

- Mana mungkin para pelajar memilih kursus yang mereka tidak layak kerana borang panduan Unit Pusat Universiti (UPU) telah menyenaraikan universiti-universiti dan kursus-kursus yang pelajar boleh memohon diasingkan mengikut kategori aliran masing-masing (Sains, Akaun dan sebagainya). Kalau pun ada kesalahan, bukankah itu bermakna pihak UPU yang tidak mengemaskini senarai universiti dan kursus yang pelajar layak memohon?

- Pelajar-pelajar juga diberi opsyen 'Adakah anda akan menerima selain daripada lapan kursus yang dipilih di atas'. Saya yakin semua pelajar akan menjawab 'Ya'. Kenapakah mereka ini tidak diberi peluang memasuki universiti dalam kursus-kursus yang KPT fikirkan layak mengikut budi bicara kementerian?

- Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti kerana pelajar yang mendapat CGPA 3.00 ke atas pun tidak mendapat tempat? Para ibu bapa di luar sana seperti Ibu Prihatin sudah semestinya mahukan ketelusan dan penjelasan kementerian berhubung perkara ini.

- Adakah satu jaminan bahawa setiap pelajar Matrikulasi yang membuat rayuan akan mendapat tempat yang dijanjikan nanti? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak), malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan'. Tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

Saya sudah mulai ragu kenapa kementerian membuat pengambilan pelajar matrikulasi yang begitu ramai sebelum ini, malah pada kemasukan akan datang ini juga.

Apa gunanya mengambil ramai pelajar matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian tempat mereka tidak terjamin di universiti? 

Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka begini. Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara dan malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana.

Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sikap kementerian yang berdiam diri juga amat mendukacitakan kerana tidak tampil memberi penerangan dan penjelasan sepatutnya kepada pelajar-pelajar terpinggir ini khususnya dan ibu bapa mereka amnya. 

Namun begitu, saya masih mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kementerian memandangkan saya juga merupakan produk Pusat Matrikulasi. 

Saya yakin kementerian akan mengambil langkah segera dan efektif untuk menyelamatkan pelajar-pelajar matrikulasi yang terpinggir ini.

PEDANG BERTUAH

Kuala Lumpur.

Sumber: http://www.utusan.com.my"
 

cikgu ajoi

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut. 


Cikgu Ajoi : Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?
Taufik       : Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri) 
Cikgu Ajoi : Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa? 
Taufik       : Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..
Cikgu Ajoi : Takpe-takpe Taufik,cakap jer..
Taufik       : Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah 
                  Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… 


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”. 


Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”. Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya. 


Cikgu Ajoi : Dian ada abang di sekolah ini?
Dian         : Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3 
Cikgu Ajoi : Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?
Dian         : Baik Cikgu, nama panjang saya ialah… Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang 
                  Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN
Cikgu Ajoi :@$%^%

Laju macam ...





CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu
Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.
"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.
Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.



Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).
Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.
Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.
Jurutera dan pegawai kereta api telah menguji laluan itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembukaannya iaitu sehari sebelum Parti Komunis China menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, 1 Julai lalu.
Kerajaan China telah menjemput hampir 300 kru media dari seluruh dunia bagi menyaksikan 'pertunjukan' itu.
Seratus tahun silam, perjalanan dari Beijing ke Shanghai bukan sahaja berbahaya bahkan memerlukan masa sehingga tiga minggu. Kereta api biasa mengambil masa 10 jam tetapi tren laju hanya empat jam 48 minit.
Sebagai perbandingan, jika anda menaiki kereta api ekspres dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, ia mengambil masa selama 10 jam untuk sampai.
Pihak berkuasa kereta api berkata, tren laju itu akan mempunyai 180 perjalanan ulang-alik sehari dan boleh membawa 80 juta penumpang setahun.
Teknologi

CHINA memiliki rangkaian tren laju paling komprehensif dan terbesar di dunia.


Dari segi teknikal, ia boleh bergerak selaju 486km/j namun atas faktor keselamatan, kerajaan China menetapkan 300km/j sebagai had purata kelajuan.
Perjalanannya sangat lancar dan pantas. Tetapi apa yang lebih penting, projek itu dibuat sepenuhnya oleh China.
"Teknologi yang kami ada sangat maju," kata Ketua Pereka di Kenderaan Rel CNR Changchun yang menjayakan projek itu, Yang Hong.
"Kami menyerap teknologi import bagi mencipta dan membangunkan produk kami sendiri," tambah beliau.
Para jurutera China mengakui tren laju terbaharu itu telah menyerap banyak idea dari Jerman, Perancis dan Jepun sebelum menukarnya menjadi produk yang lebih baik.
Petugas media turut dibawa melawat kilang CNR yang terletak di Wilayah Jilin. Kilang itu kelihatan seperti sebuah hangar angkasa dengan ramai pekerja Barat memakai baju T Siemens.
Syarikat kejuruteraan gergasi Jerman itu dan Alstom, sebuah konglomerat dari Perancis yang pakar dalam bidang pengangkutan dan sistem janakuasa - telah bekerja untuk CNR selama beberapa tahun dengan membina sistem tren laju itu.
"Kedua-dua tren dan rel dari Alstom dan Siemens ini merupakan teknologi termaju di dunia.
"Berdasarkan platform itu, kami membangunkan kereta api kami sebelum ini, CRH380B yang berkelajuan 380km/j. Kami adalah pemilik penuh hak cipta intelek tren itu," kata Yang.
Dengan memiliki jaringan tren laju terbesar di dunia, China sekurang-kurangnya berjaya menunjukkan yang ia lebih bagus dalam bidang itu berbanding negara pesaing ekonominya yang lain khususnya Amerika Syarikat (AS).
Kelajuan
TREN CRH380C adalah hasil gabungan teknologi Perancis, Jerman dan Jepun.


Sementara banyak bandar di dunia memiliki sistem rel dan kereta api bawah tanah canggih, sebaliknya rakyat AS lebih gemar bergerak menaiki kereta dan kapal terbang.
Hanya baru-baru ini kerajaan Presiden Obama memperuntukkan AS$8 bilion (RM25 bilion) untuk membina jaringan tren laju pertama di AS. Tren terlaju di negara itu pada hari ini ialah Acela Express, berkelajuan 241km/j, yang beroperasi di antara Boston dan Washington.
Perancis, Jepun dan China memang sudah lama terkenal dengan teknologi tren laju. Secara purata tren laju di seluruh dunia beroperasi pada kelajuan 275km/j. Tren konvensional paling laju setakat ini ialah TGV milik Perancis dengan rekod kelajuan 574km/j.
Jepun pula memiliki Shinkansen yang bergerak di atas landasan konvensional. Pada tahun 1996, ujian ke atas Shinkansen berupaya mencecah kelajuan 443km/j. Banyak negara menjadikan Shinkansen sebagai model sistem tren laju mereka.
Pada tahun 2007, jurutera Perancis membuktikan bukan kereta api maglev sahaja yang boleh terapung di landasan. TGV Est V150 rekaan syarikat Alstom, bergerak pada kelajuan 574km/j.
Bagaimanapun, rekod kereta api paling laju di dunia masih dipegang kereta api yang menggunakan teknologi maglev iaitu kusyen udara terapung magnetik.
Tren yang dimaksudkan itu dinamakan MLX01 dan merupakan projek Maglev Chuo Shinkansen Line di Jepun.
Pada tahun 2003, di landasan Yamanashi sepanjang 42 kilometer, kereta api itu stabil pada kelajuan ideal 500 km/j walaupun ia diuji berjaya mencapai 581km/j. Kelajuan ideal bagi kebanyakan tren laju yang membawa penumpang pada hari ini ialah 300km/j sahaja.

PENUMPANG dilayan seperti di dalam kapal terbang.


Tren maglev dipercayai akan menggantikan Shinkansen menjelang tahun 2025 namun kos pembinaannya sangat tinggi, dianggarkan AS$44 bilion (RM136 bilion).
Buat masa ini, tren laju terkini China, CRH380C, merupakan kereta api paling laju yang sedang beroperasi.
Syarikat pembuat model jenis itu berkata, geseran yang dihasilkan kurang 12 peratus daripada model CRH380B.
Model kereta api baharu itu dijangka digunakan China untuk membina projek kereta api di luar negara khususnya di Asia Barat dan AS.
Syarikat-syarikat China kini telah membina teknologi rel di Turki, Iran, Venezuela dan berharap dapat menembusi Britain dan Amerika Syarikat.
"Kami ada hak untuk mengeksport teknologi kami," kata Yang.
Menjelang tahun 2013, China dijangka memiliki rangkaian kereta api laju paling komprehensif di dunia dengan 800 buah tren. Ia juga merupakan sebahagian daripada projek Laluan Sutera yang akan menghubungkan Shanghai dan Singapura dengan melalui Rangoon di Myanmar atau Kunming di Wilayah Yunnan ke New Delhi, Lahore dan Tehran.

dajjal 2

DAJJAL.....
sbenanye ade ke dajjal ni??...tett...ade ade ade...
sblom datang kemunculan dajjal ni...sbenaq nye dah ade dajjal2 sblom itu..yg disebut oleh nabi...addajalu nalkazzabun..iaitu mereka pendusta2 yg bersifat umpama dajjal...tp dak le dajjal yg original punye...yg had lokoi2 punye...so..sblom si bapak dajjal yg ori ni dtg...cucu cicit yg dtg dulu...atau pun dikenali sbg org yg meniru sifat2 dajjal nih....meniru macam mana??meniru suasana yg nak bwk yg makruf jd mungkar dan vice versa*tingat blaja sc plak*...die nak org mengingkar perintah Allah...syirik kpd Allah...jd org2 inilah yg dikatakan addajjalu nalkazzabun...*muqaddimah baru*


bagaimana cara untuk kite elak dr fitnah2 dajjal?
kot2 la kite berada pd waktu tu..mcm mana mau slamat??apekah persedian2 kite..xkire la dajjal ade ke xde...kalau skali dajjal ade pun kite tetap tidak lari aqidah..tp nak bg mantop aqidah ni bukan la bule update kat komputer sminit dua je......perlu dgn ilmu yg mantop terutama ilmu fardhu ain..kenal Allah itu yg paling penting...dan sterus nye kite juga perlu tau yg si dajjal ori ni pembohong..alkazzab..mcm mana nak kenal dajjal nih?...iaitu dajjal ni cacat..sbelah kanan mate nye buta...so ade 1 mate je lg yg tinggal..dan juga tertulis di dahi nydahi nye.KAP FA RO...kafir or kufur..dan dajjal ni xleh masok mekah ngan madinah...jd pd mase tuh jgn sesekali bergaul dgn pengikut dajjal...sbb takot2 kite kite skali hanyot...dan dlm hadis nabi gak ade suuh hafal ayat surah al-kahfi sama ada ayat 10 pertama atau 10 terakhir...diselamat kan oleh dajjal...*haha..tobat pas bace ni dok pi kat al-quran hafal surah tu*..bukan hafal je la derr...hayati skali...


tp dajjal ni ade ke gune sihir??er..ade kuase??power??
yep..mmg ade power...kerana dibantu oleh syaitan...so dajjal ngan syaitan berpakat tuk sesat kan manusia..walaweii...tp power2 dajjal ni pun xleh masok mekah madinah..ade hadis nabi yg mengatakan mekah ngan madinah ni dikawal rapi oleh para malaikat..huaaa...lg power..dan pd waktu tu..org yg munafik kluar mengikut dajjal dan org yg beriman duk dalam mekah madinah..untuk mempertahan kan iman mereka...si dajjal ni plak duk la kat luar mekah madinah..dok tunggu kot2 la ade sesape lg nak ikot die...di riwayat kan dlm hadis...waktu tu ade sorg laki nih nak berjumpe dajjal..tetapi kengkawan die da tnye jgn...tkot2 terikot..sbb fitnah dajjal ni fitnah yg besar..tp die tolak..die nak gak jumpe dajjal untuk mengatakan kan dajjal ni bohong..so die kuar la..dan jumpe dajjal...die berkate kpd dajjal yg engkau ni pendusta..*anta kazzab*...dajjal pun jd hot...dgn power yg ade..die belah kan org beriman tuh kepada dua...dan menyambung kembali dan hidup semula..ramai org sekeliling kagom dgn tindakan dajjal dan mereka anggap dajjal ini sbg tuhan mereka...tetapi org yg beriman itu tetap tros berkata kamu ni pendusta...dajjal ni pun makin hot..dajjal kate kalau kamu kate skali lg aku akan sembelih kamu dan xkan hidupkn kamu lg dah...pastu laki tu kate..insyaAllah kamu tidak akan melakukan sesuatu tanpa keizinan Allah...dan lepas mase tu..dajjal nak sembelih die xleh wat pape..Allah slamatkan die..dan ramai yg ragu2 dgn dajjal ni..mase ke semase dajjal jd smakin lemah...


persoalan nye...Siapakah yg mampu membunuh dajjal ori??
die la NABI ISA...dr hadis nabi S.A.W..xde org yg dpt bunuh dajjal ori ni melainkan NABI ISA...dan nabi ade kate...kalau aku ade pd waktu tu akulah yg akan berhadapan dgn dajjal... tetapi masalah nye nabi kate..dajjal akan kuar zaman kamu...makna nye zaman slepas nabi...tatau la zaman bile..terutamanya nye zaman kite2 ni la..sbb pa? sbb zaman kite kite ni la diambang tanda2 besar kemunculan dajjal..contoh nye..penzinaan berleluasa..minum arak yg berleluasa..org pompan perwatakan laki laki...org laki2 dihurung pompan..berlaku nye gempa bumi..pembunuhan berleluasa...bersedia la...so..nabi isa la yg dpt mbunuh dajjal..sbb mase tuh kerajaan mahdi ade...dajjal mengepong baitul maqdis dan mase tu gak baitul maqdis di pimpan oleh imam mahdi sbg sebuah kerajaaan islam..tetapi waktu tu..dsbb kan kekuatan dajjal..die berjaya mengepong baitul maqdis...ketika itu la Allah menurun kan nabi isa...


diriwayat kan dlm hadis yg mana nabi isa ni solat di blakang imam mahdi..solat subuh..mase qomat je ade org gtau imam mahdi yg nabi isa ni dtg...waktu tu imam mahdi ni mengundur kan diri die kat blakang nak bg nabi isa jd imam..tp nabi isa kate...tros kan la..kerna dah diqomatkan kamu yg menjadi imam..


nabi isa turun bukan nye nak bawak syariat baru...sbenaq nye nabi isa turun ke bumi dgn ade satu misi iaitu membunuh dajjal ori....jd slepas je solat subuh..imam mahdi menyerah kan pemerintahan kpd nabi isa utk memerangi dajjal..dan dibantu oleh tentera2 islam..at the same time juga...dajjal masih lg mengepong...diterang dalam kitab imam barzanji..lbih kurang 3 jam..kalau waktu btol kul 9 pg lah...nabi isa kluar untuk berjumpe dgn dajjal...dajjal takot ngan nabi isa kerna dia tau yg akan bunuh die adalah nabi isa.....bile jumpe je dajjal..dajjal pun wat helah bajet die bukan dajjal la konon..pdhal nabi isa da tau....apekah helah si dajjal pengecut nih??dajjal kate..`hah..cpat2 qomat..kite nak solah bersama nabi isa...persoalan nye...solat apekah kul 9 pg ni??nak qomat plak tu??iqomah ni dilakukan hanye untuk solat fardhu je...bin ngong juge ya si dajjal nih...pastu nabi isa pun kate..*lbih kurang la*..usah dok tipu la..kamu tu dajjal..aku dtg nak bunuh kamu...*direct je*..dan akhir nye mmg dajjal dibunuh oleh nabi isa....


itu la cerita nya..ni aku amik cerita ni drpd tanyalah ustaz...bukan suka suki je aku reka...so...tingkat kan lah iman anda anda sume..

Ahad, 24 Julai 2011

A bowl soup of jellyfish



The jellyfish have been seen in large numbers in the sea at Torness nuclear power station


Torness has two Advanced Gas Cooled Reactors but also relies on supplies of sea water to ensure it operates safely.
It has filters which are designed to prevent seaweed and marine animals entering the cooling system.

Start Quote



If these screens become clogged, the reactors are shut down to comply with safety procedures.
An EDF spokesman told BBC Scotland: "At no time was there any danger to the public. There are no radiological aspects associated with this event and there has been no impact to the environment."
Staff at the plant took the decision to shut down the reactors on Tuesday afternoon.
It is not known why there are so many jellyfish in the area.
Water temperatures along the east coast of Scotland have been relatively normal, but it is thought higher than average temperatures elsewhere in the North Sea may be a factor.
Operations at nuclear power plants in Japan have been disrupted by large numbers of jellyfish in recent years.
Earlier this month, an Atlantic Grey Seal was rescued from EDF Energy's Hinkley Point nuclear power station in Somerset after it got trapped in the inflow area chasing fish. The plant's operations were not affected
source:http://www.bbc.co.uk/news/uk-scotland-edinburgh-east-fife-13971005