Jumaat, 5 Ogos 2011

Penyakit vs vaksin


Assalaamu'alaikum w.b.t....... Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka. Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.

Di Amerika sahaja ada pasaraya TERBESAR di dunia, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik-pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka, sebab itu lah mereka menjadi Brilliant, Intelligent dan hebat dalam soal DUNIA. Otak mereka cerdas dan segar tanpa tercemar dengan banyak bahan kimia.

Tetapi umat kita sekarang diberi makanan yang sudah BANYAK tercemar dan mengandungi bahan kimia dan melembabkan OTAK!! Sebagai contoh, sebab itu kanak-kanak sekarang mengaji pun lambat nak ingat, lemau, malas belajar dan seumpamanya.

Perniagaan makanan dan francais-francais yang berkaitan dengannya diterajui oleh Collins, iaitu salah satu dari 13 keturunan dalam Illuminati.  INGAT, keluarga-keluarga Illuminati itu mempunyai bidang-bidang kuasa tersendiri yang telah dibahagikan sesama mereka.

Jauhilah lah makan makanan-makanan ringan. Jauhilah McDonald, KFC, Starbucks, dan seumpamanya, kerana itu semua adalah milik Illuminati yang hanya akan membawa PENYAKIT yang pelbagai kepada umat Islam dan membunuh secara HALUS. Jangan terpedaya dengan kesedapan yang menjilat jari dan mengancam selera itu. Begitu juga jangan TERPENGARUH dengan iklan-iklan yang memikat manusia secara psikologi.

Di dalam makanan-makanan ringan di pasaran sana biasa terdapat bahan-bahan kimia seperti Chlorine, Fluoride, Benzene (yang biasa disebut bahan pengawet atau dicampur dalam Potassium menjadi Potassium benzoate, atau dicampur ke dalam Sodium menjadi Sodium benzoate), Melamine, BPA (Bisphenol-A), Nitrites, Nitrates, Ethorbates, MSG (Monosodium Glutamate), Aspartame (sejenis pemanis bukan gula) dan sebagainya lagi. Ini belum lagi dicampur dengan bahan-bahan metal yang terkandung dalam air seperti plumbum, aluminium, tembaga dan macam-macam lagi. Semua kandungan itu boleh membunuh manusia secara beransur-ansur dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Sayur-sayuran dan tanaman kita sekarang ini pun biasa disembur dengan racun yang bergelar pesticides dan insectisides. Sedangkan pesticides dan insectisides itu sebenarnya boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh badan manusia itu sendiri, yang menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit.










Dan banyak sangat lagi syarikat-syarikat minuman dan makanan milik mereka. Di atas ini adalah jenama-jenama yang NYATA milik mereka, belum lagi dicampurkan dengan jenama-jenama yang berselindung dan tidak diketahui umum.  Lihatlah kepada logo Pepsi dan Coca cola yang selain berwarna merah dan ada bentuk bulat pada Pepsi dan nombor 666 tersembunyi pada Coca Cola, ia juga mempunyai jalur yang meliuk lentuk.

Jalur meliuk lentuk seperti pergerakan seekor ULAR, itu lah haiwan yang LICIK dan Iblis pernah menyamar sebagai ULAR untuk menipu Hawa dan Adam di dalam syurga dulu.


Rokok, dadah dan alkohol

Penggunaan bahan-bahan ini sudah JELAS dan TERANG akan merosakkan jiwa dan raga manusia dan dapat membunuh secara beransur-ansur juga. Maka dengan itu lah mereka mempengaruhi banyak pihak agar ketiga-tiga bahan yang merbahaya kepada manusia itu dapat diseludupkan ke merata tempat.

Pasaran ROKOK dan DADAH diterajui oleh RJ Reynolds, di mana Reynolds adalah salah satu dari 13 keluarga utama Illuminati. Jenama rokok seperti More, Salem, Camel, Winston, Lucky Strike dan beberapa lagi adalah di bawah kelolaannya.

Sedangkan CIA pun mempunyai skandal dengan dadah, dan CIA itu sendiri berada di bawah kuasa Illuminati. Begitu juga dengan penguasaan mereka ke atas Golden Triangle / Segitiga Emas (antara kawasan penanaman popi / dadah terbesar di dunia).

Bagi seorang athlit atau ahli sukan, kebiasaan mereka akan menggunakan dadah jenis steroid untuk menambahkan tenaga serta stamina dalam sukatan yang terhad. Kesan buruk darinya akan mula dirasai apabila ahli sukan itu telah mula kurang aktif pada suatu masa nanti dan akan mengundang banyak penyakit kronik juga hasil darinya.

Berkenaan arak dan rokok ada tambahannya di  tajuk Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - Bahagian 2

Ingatlah, ada 3 agenda utama Illuminati yang MEMBUNUH dan MEROSAKKAN secara senyap iaitu SEKS, DADAH (termasuk bahan kimia dan toksik) dan SIHIR (sex, drug and magic).  Dan ianya diselitkan di dalam pelbagai MEDIUM seperti media massa, hiburan , makanan, minuman, pembelajaran, permainan dan sebagainya.


Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN

Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat.  Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.

Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.



Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN  Selsema Babi yang merbahaya.

Dia mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal  dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.

Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?


 Ini petikan dari WHO sendiri pada laman web mereka, tentang apa MAKSUD ular tersebut

The staff with the snake has long been a symbol of medicine and the medical profession. It originates from the story of Aesculapius who was revered by the ancient Greeks as a god of healing and whose cult involved the use of snakes.

Ok ia dikatakan diambil dari kisah Aesculapius iaitu tuhan penyembuh kepada Greek / YUNANI purba. Maka siapa itu Aesculapius?

Aesculapius


Aesculapius / Asclepius ialah TUHAN PERUBATAN / GOD OF MEDICINE kepada Yunani purba yang kemudiannya disembah pula oleh orang2 ROM

Mahu tengok LOGO asalnya?

Aesculapius / asclepius staff



Dan TONGKAT beserta ular itu dikatakan ialah tongkat kepada Asclepius Nah , adakah anda semua nampak KAITAN nya dengan penyembah-penyembah berhala??



Dan menurut David Icke (seorang pensyarah dan pengarang buku), dinasti Rothschild dan Rockefeller yang terlibat dalam hal VAKSIN  itu, juga menguasai perubatan yang berkaitan dengan FARMASI dan POLISI KESIHATAN kerajaan di seluruh dunia.  Rockefeller dikenali sebagai keluarga Illuminati yang menguasai pasaran minyak dunia, dengan syarikatnya iaitu Exxon-Mobil.  Manakala Rothschild menguasai perbankan dunia dan dia memiliki Bank of Rothschilds iaitu bank yang tertua dan terbesar di dunia.

Jane Bürgermeister juga telah memfailkan tuduhan jenayah bio terhadap gergasi FARMASI seperti Novartis International AG di Switzerland dan Baxter AG di Austria.  Dan lebih mengejutkan lagi, virus H1N1 baru sahaja diwar-warkan pada tahun ini, sedangkan syarikat Baxter telah memfailkan PATENT untuk VAKSIN H1N1 pada 28 Ogos 2008 dulu lagi. Maka bagaimana mereka sudah tahu virus itu akan muncul sedangkan pada ketika itu tidak ada tersebar lagi tentang H1N1.

Sila baca file PATENT mereka di sini

Dan PATENT itu pula telah diterbitkan pada bulan Mac 2009, SEBULAN sebelum VIRUS-VIRUS itu dilepaskan di Mexico.



Hakikatnya, bukan Selsema Babi / Swine Flu, Selsema Burung / Bird Flu, atau lain-lain penyakit itu yang merbahaya, TETAPI suntikan VAKSIN itu lah yang lebih merbahaya kerana ia dapat mengakibatkan kesan buruk dan membunuh secara senyap dan beransur-ansur.  Orang-orang yang TIDAK TERKENA penyakit Selsema Babi pun diberikan VAKSIN juga.

Sasaran mereka bukan membunuh secara mendadak, tetapi melemahkan sistem IMUNISASI manusia itu sendiri. Jika sistem imunisasi manusia lemah, maka apa-apa penyakit pun mudah datang dan akan semakin parah dan rosak tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan kematian insyaAllah.

Bermakna di situ, manusia akan MATI dengan penyakit-penyakit lain pula di kemudian hari nanti, yang kita semua tidak tahu dari mana datang punca sebenar penyakit tersebut. Dan orang-orang yang bertanggung jawab terhadap JENAYAH ini tidak dapat dikesan apa lagi untuk didakwa.  Hanya Allah S.w.t yang dapat membalas kejahatan mereka kemudian hari nanti.

Pada 30 Nov 2009, Parlimen Malaysia telah umumkan, 400,000 dos vaksin H1N1 berharga RM14 juta telah ditempah dan bekalan pertama vaksin H1N1 berjumlah 46,000 dos telah diterima.




Kenyataan-kenyataan ahli perubatan berkenaan vaksin

“Kanser pada dasarnya tidak dikenal sebelum kewajiban vaksinasi cacar mulai diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200 kes kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser tidak mendapatkan vaksinasi sebelumnya.” (Dr. W.B. Clarke, peneliti kanser British)

“Kes polio meningkat secara cepat sejak vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%.” (Dr. Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962)


“Tak masuk akal memikirkan bahawa anda boleh menyuntik nanah ke dalam tubuh anak kecil dan dengan proses tertentu akan meningkatkan kesihatan. Tubuh punyai cara pertahanan tersendiri yang tergantung pada vitaliti saat itu. Jika dalam kondisi sihat, tubuh akan mampu melawan semua infeksi, dan jika kondisinya sedang menurun, tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kecergasan tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun apa pun juga ke dalamnya.” (Dr. William Hay, dalam buku “Immunisation: The Reality behind the Myth”)


Kesimpulan

Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua, cuba lah amalkan pemakanan sihat secara alamiah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan , terutamanya makanan-makanan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w, makan dan minum cara Rasulullah dan seumpamanya.  Elakkan makanan-makanan yang diproses, makanan ringan , pil-pil yang mengandungi bahan kimia, vaksin-vaksin dan seumpamanya. Dan seperti biasa jangan lupa baca ayat-ayat elak fitnah Dajjal dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.  Semoga Allah melindungi kita semua dari FITNAH DAJJAL, amiin.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya" Surah Al A'raaf : Ayat 56

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Surah Ar Ruum : Ayat 41

"Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!."   Surah An Nisaa' : Ayat 71

Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat 71 di atas sebagai Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman agar sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh.  Jangan salah faham pula ya, itu bukan perintah supaya pergi menyerang orang ikut suka hati, tetapi hanya diperintah agar bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan musuh dan berperang hanya jika Islam diserang.

Semoga Allah memberikan yang TERBAIK buat anda semua wahai saudara-saudaraku.  Sungguh indah dunia ini jika masing-masing saling bantu membantu dan bukan hanya PENTINGKAN diri sendiri semata-mata. Maafkanlah diri saya yang HINA ini andai ada salah dan silap.  Sayangilah diri anda, keluarga anda, saudara seiman anda dan manusia serta makhluk yang tidak bersalah seluruhnya. Dan semoga pihak-pihak yang zalim, yang tidak berperikemanusiaan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan agar mereka menyesal di atas perbuatan mereka sebelum terlambat. Sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih, na'uzubillah.  Wallahu a'lam 

Mengejar Kebendaan


Assalaamu'alaikum w.b.t....... Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution

Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminatiadalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminatitermasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Tetapi jika kita membeli kereta Mercedes sebagai contoh, dengan tujuan untuk menggerunkan pihak musuh, itu adalah tidak masuk akal sama sekali, kerana Mercedes itu sendiri dibuat oleh Illuminati, mana mungkin kita beli kereta buatan mereka untuk menggerunkan mereka?  Mungkin mereka akan jelir kita dengan lubang hidung mereka sahaja rasanya.

Maka tidak perlu lah beli kereta mahal-mahal sekadar alasan untuk melakukan sunnah, kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lagi pula dengan membayar duit banyak-banyak kepada mereka hanya akan membuatkan kekuatan dan dana mereka bertambah sahaja.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada handphone Motorola yang canggih

Maka syarikat Motorola itu juga adalah milik Illuminati. Juga syarikat-syarikat telefon lain termasuklah Nokia, At&T, Sony-Ericsson, Apple iPhone dan sebagainya.




Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada alat-alat eletrik dan elektronik canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat barang-barang letrik dan elektronik adalah milik Illuminati juga. Antaranya ialah Philips, Sony, LG dan sebagainya,



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada komputer yang maju dan canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat komputer dan aksesorinya juga adalah milik Illuminati seperti Intel, IBM, Dell, NVidia, Xerox, Apple dan sebagainya.




Jika anda menunjuk-nunjuk kerana dapat makan di KFC dan restoran makanan segera yang lain

Ketahuilah bahawa kebanyakan restoran makanan segera itu adalah milik Illuminati seperti KFC, McDonald, Burger King, Starbuck, Hard Rock Cafe dan sebagainya.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama hebat

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat pakaian dan aksesori tubuh manusia ialah milik Illuminati, seperti NikePallas, Adidas, Levis, Reebok dan sebagainya.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mahir mengedit gambar dalam Adobe Photoshop

Ketahuilah bahawa syarikat Adobe itu juga milik Illuminati. Dan banyak lagi syarikat-syarikat software lain seperti Macromedia, Microsoft, AOL, Sun Microsystems, Solaris dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pembuat 'computer games' seperti EA (Electronic Arts), Activision, Codemasters,  Disney Interactive, Nickelodeon, LucasArt dan sebagainya yang dikawal oleh mereka.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat besar yang berpengaruh dan menghasilkan produk-produk canggih adalah milik mereka sama ada dari asal ataupun telah diambil-alih kemudiannya.

Maka dengan apa lagi anda mahu menunjuk-nunjuk?  Tak ada apanya yang perlu ditunjuk-tunjuk, kerana dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk menunjuk, tetapi tempat untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh agar selamat di dunia dan di akhirat.


Kerana itulah slogan-slogan mengejar kemajuan kebendaan adalah mengarut belaka, kemajuan apa yang dikejar sebenarnya? Itulah kemajuan membela nafsu serakah manusia sahaja. Jika kemajuan yang dikejar adalah semata-mata kerana mahu tegakkan agama dan untuk membantu manusia-manusia yang susah dan menderita alangkah bagusnya. Tetapi kemajuan-kemajuan yang dikejar sekarang hanyalah berpihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja, sedangkan yang miskin bertambah miskin, yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya dan sebagainya. Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri dan keluarga masing-masing sahaja, tiada lagi kasih sayang sesama saudara seIslam.

Dan masih tidak nampak kah anda betapa kecanggihan-kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dibangunkan oleh Illuminati? Kita hanya menjadi golongan yang pandai pasang dan guna sahaja, tak usah nak berlagak lah. Contoh besar, kereta Proton Malaysia, lihatlah enjin dari mana dan teknologi siapa?

Dan kemudian berlakulah kemalangan-kemalangan jalanraya yang ngeri kerana kereta bertambah laju, manusia bertambah mengejar kemajuan. Ya kejar, kejar dan kejar, akhirnya hancur lebur kereta di jalanan dengan darah bersembur-sembur, itulah agaknya yang dikejar-kejarkan selama ini. Sampai bila mahu insaf dan ditipu hidup-hidup ntah.

Dan jangan terpengaruh sangat dengan SLOGAN 1Malaysia. Singapore pun sudah lama dengan slogan ONE SINGAPORE nya. Slogan-slogan ini hanya akan menjerumus kepada One New Government atau The New World Order. Hati-hati lah dalam membuat keputusan dan merancang .......


Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?

Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.

Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.

Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.

Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan?  Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?

Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK.  Modesty is the best policy.  Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sebaik-haik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)”. Hadith Muttafaqun 'alaih

Sabdanya lagi yang bermaksud, "Jangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahan". Hadith Riwayat Ahmad

Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti.  Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus.  Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.

Dajjal 3


Assalaamu'alaikum w.b.t....... Bersambung lagi kita di dalam topik Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka. Kali ini kita akan menyelami banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan pengenalan dan simbol-simbol yang digunakan oleh mereka. Adakah anda sudah bersedia? Baca bismillah dulu sebelum membaca seperti biasa yer.

3 NA = NAZI + NASA + NAVY


Ada sesiapa lagi yang masih tidak kenal dengan NAZI? Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler? Seorang pemimpin NAZI yang sangat berkaliber, eh berkaliber ke dia?. Siapa tidak kenal dengan sejarah NAZI yang telah membunuh ramai umat Yahudi yang berpegang dengan ajaran mereka yang betul dulu. Dan yang banyak ditinggalkan selepas itu adalah yahudi korup yang sudah banyak menyeleweng dari ajaran asal mereka. Sama seperti ajaran sesat di dalam Islam, yang banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, seperti munculnya RASUL MELAYU, RASUL WANITA, mengaku IMAM MAHDI dan sebagainya.

Di bawah ini adalah simbol / lambang kepada NAZI;

nazi



Ya , ianya adalah terlalu 'familiar' atau dikenali oleh anda bukan? Itulah dia lambang / simbol NAZI yang diberi nama Swastika. Asalnya juga merupakan simbol MATAHARI bagi pengamal2 ajaran purba, tetapi dihidupkan semula oleh Hitler dan menggunakannya sebagai simbol NAZI. Maka sila lihat pula gambar di bawah ini;
navy base nazi


Gambar di atas ini diambil dari gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat sana. Tahukah anda bangunan apakah itu? Ya, itu lah dia bangunan pengkalan 'Navy' bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat. Maka adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan? Anda boleh fikir sendiri.

navy Logo
Gambar ini diambil pada tahun 2007 dahulu dan telah mendapat publisiti yang meluas. Bermacam-macam alasan dibuat bagi menutup hubungannya dengan pihak NAZI. Mungkin sekarang ini mereka telah mengubah balik bentuk bangunan tersebut. Tetapi sebab sebenar mengapa salah sebuah bangunan berek tentera Navy tu menjadi seperti lambang Swastika Nazi masih menjadi misteri.

Ini kerana mengikut sejarah NAZI dahulu, ianya disokong dengan dana yang besar dari pihak Illuminati sendiri.

Dan pengaruh NAZI bukan sahaja kepada NAVY, tetapi juga kepada NASA (National Aeronautic Space Administration). Di mana pengaruh NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuk lah dari bekas2 saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan PEMBOHONGAN / HOAX dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanya lah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah jejakkan kaki ke bulan kerana keadaan di permukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas2 beracun dan sebagainya.

NASA_logo
Lagi pun, mungkin kerana Amerika sebelumnya tidak puas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi BULAN, iaitu angkasawan Yuri Gagarin. Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Kenapa penjejakan kaki manusia di bulan adalah satu HOAX? Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan di dalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali.


hoax on the moon


- Saintis2 roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA. Mereka digelar sebagai 'Project PaperClip team'.

Project_Paperclip_Team_at_Fort_Bliss_crop
Project Paperclip Team

Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah pertubuhan2 itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati itu.

NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasalepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur dari segenap sudut dan ceruk dunia ini.
.

Cop mohor kerabat diraja British pada produk2 di pasaran


Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai 'Coat of Arms'?
coat of arms - devil's seal


Perhatikan simbol2 itu di bangunan2 milik mereka

buckingham-palace-gate
Pintu pagar istana Buckingham, England

philip morris wall
Di dinding syarikat pembuat rokok ternama iaitu Philip Morris



Immigration Museum, Old Customs House
Bangunan Immigration Museum, Old Customs House, Australia

Chief Secretary's Building
Chief Secretary's Building, Australia


Dan camam2 bangunan yang menjadi milik mereka lagi .......

.
Dan perhatikan simbol2 yang walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya begitu yang digunakan pada produk2 rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.


Philip-Morris

Philip Morris

Marlboro_logo

Marlboro



benson and hedges

Benson & Hedges


Dunhill International

Dunhill


camel


Walaupun rokok Camel tidak menggunakan simbol 'Coat of Arms', tetapi lihatlah terbentang di bahagian latarbelakang sana, segitiga piramid

sumber: unikversiti.blogspot

Riak...


"Riak adalah  rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan ‘ujub, samaah dan takabur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama.


Apabila tidak belajar agama, seseorang itu tidak sedar bahawa perbuatan itu sangat bersalahan di sisi agama. Itulah sifat pembakar amal. Beramal ibadat banyak tetapi pulangannya kosong. Contohnya, malam bertahajud, pagi esok sudah cerita kepada rakan sepejabat. Tak sampai sehari, amal sudah jadi kosong. Tahun lepas banyak bersedekah di bulan puasa, tahun ini mengungkit balik apa yang dilakukan setahun lepas. Padam pula pahala. Inilah yang dikatakan pembakar amal.


Ingat, jangan pakai pakaian kebesaran Ilahi ini. Bukankah iblis itu merupakan hamba Allah yang taat; penghuni syurga lagi. Hanya kerana sekali takabbur, iblis dinyahkan daripada syurga. Iblis rasa dirinya mulia kerana diperbuat daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Dia enggan sujud kepada Adam apabila Allah perintahkan. Iblis menyarungkan pakaian kebesaran Allah dengan  sifat takabbur tadi. Nah, dia menunggu azab di akhirat kelak.

Bagaimana hendak mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah ini? Tidak senang juga untuk mengatasinya. Kadang-kadang perasaan hebat ini datang  sendiri tanpa diundang; hanya orang jahil yang wewenang riak dan takabbur. Penulis juga selalu diganggu lintasan-lintasan pembakar amal ini. Astaghfirullah sahajalah. Cuma satu sahaja penulis hendak kongsi bersama. Apabila mari lintasan itu, lalu diri ini kembalikannya kepada Allah. Buang cepat-cepat mainan iblis  itu lalu  diganti dengan rasa syukur melalui iktikad bahawa ‘ ya Allah, syukur aku kepada-Mu kerana memilih aku untuk menzahirkan sifat mulia-Mu melalui tanganku, lidahku dan anggotaku’.



Dua misalan diberikan. Pertama, jika kita banyak berderma. Hakikatnya duit yang kita dermakan itu hak Allah yang dipinjamkan kepada kita. Allah hendak beri sebahagiannya kepada fakir miskin lalu Allah laksanakannya melalui tangan kita yang juga milik Allah juga sebenarnya. Habis di mana lebih dan hebatnya kita? Kedua, jika kita banyak berzikir. Allah hendak membesarkan diri-Nya sendiri melalui lidah kita. Lidah juga milik-Nya. 


Lagi tiada lebih dan hebatnya kita. Yang patut ada ialah rasa syukur tadi. Mengapa? Kerana Allah memuliakan kita dengan cara memilih kita untuk menzahirkan kemuliaan dan kehebatan-Nya. Maka tiadalah  lagi perkara yang hendak dibanggakan sebaliknya  melimpahlah rasa kesyukuran.Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pahala yang berpanjangan untuk guru-guruku, diriku dan para dai’ yang memanjangkannya pula kepada hamba-hamba Allah yang melata di muka bumi ini.

Haiwan Ais


Bentuk makhluk-makhluk hidup bawah air yang bercahaya ini adalah antara yang paling asing dan aneh di dunia, SubhanAllah.

Makhluk-makhluk ini hidup di bawah air sedalam 130 kaki, bersalut di bawah lapisan ais Laut Putih di Artik Russia, dalam suhu di bawah takat beku.

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia - Amphipod Hyperia Galba inside a Lion's Mane Jellyfish
Amphipod Hyperia Galba dimakan oleh Obor-obor bulu tengkuk singa (Lion's Mane Jellyfish)

Alexander Semenov, 25, dari Moscow, Russia, yang sekarang ini menjadi ketua penyelam White Sea Biological Station merakamkan gambar-gambar yang menakjubkan ini.

Dia menggunakan cahaya strob untuk memberi lampu latar terhadap makhluk-makhluk itu dan rekod secara tepat bagaimana rupa badan-badan yang luar biasa mereka.

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia
Lion's Mane Jellyfish

'Hampir semua jenis organisma ini adalah lutsinar,' jelas Encik Semenov.

Selain menjadi seorang penyelam dan jurugambar, Encik Semenov juga ialah ahli biologi terlatih dariMoscow State University. Dia menggunakan pengetahuan beliau mengenai dunia alamiah untuk membuat gambar-gambar beliau nampak berkaitan dengan sains seboleh mungkin.

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia
Coryphella Polaris

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia
Dryodora Glandiformis

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia
Hydromedusan Jellyfish

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia - Moon Jellyfish
Obor-obor bulan (Moon Jellyfish)

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia
Scaleworm

makhluk yang hidup di perairan ais Artik Rusia - Naked Sea Butterfly
Naked Sea Butterfly

Khamis, 4 Ogos 2011

Bazar ramadhan Vs Baziiiiirrrr... Ramadhan

" Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga.  Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan.  Syukur alhamdulillah.

Masing-masing tahu akan kebaikan ‘Bazar Ramadhan’.  Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya.  Kerana kebaikannya semua sudah maklum.
Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke ‘Bazar Ramadhan’.  Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana.  Supaya ‘Bazar Ramadhan’ tidak menjadi ‘Bazir Ramadhan’.

Pembaziran Wang
Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan.  Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah.  Itu nak, ini pun nak.  Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa.  Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa.  Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan
Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli.  Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan.  Nasi sebekas, hanya suku diusik.  Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja.  Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya.  Menyedihkan.

Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan.  Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya.  Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan.  Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.

Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah.  Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.

Pembaziran Masa
Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan.  Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut.  Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin ‘mencuci mata’.  Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa.  Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.

Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja.  Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga.  Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga.  Ataupun membaca al-Quran sehelai dua.  Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.

Pembaziran Tenaga
Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga.  Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ.  Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam.  Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.

Pembaziran Pahala
Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum.  Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim.  Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita.  Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.

Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal.  Minda juga berfikir yang bukan-bukan.  Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan.  Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi.  Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.

Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir’.  Cakap itu dan ini.  Sebahagiannya ada yang tidak benar.  Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.

Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini.  Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan.  Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera.  Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.

Pembaziran Peluang
Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali.  Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan.  Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja.  Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.

Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini.  Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.

Jangan Membazir
Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan.  Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya:  “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”  (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)

Pembaziran adalah perbuatan Syaitan.  Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan.  Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.

Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya.  Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.  Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin

sumber: munzir.wordpress

“STOP LYNAS, SAVE MALAYSIA

Oleh
Azhar, Balok Kuantan   
Pengeluaran produk dari  ‘rare earth’ yang bakal dijalankan oleh LAMP ( Lynas Advance Material Plant) di Gebeng akan menjana  lagi pendapatan Negara khususnya bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Malah ianya mampu menyediakan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat dengan pendapatan yang tinggi serta menyediakan peluang projek kepada kontraktor-kontraktor  tempatan. Maka bolehlah dikatakan bahawa ianya akan menyemarakkan lagi pembangunan dan kemakmuran di sekitar  Kuantan khususnya Gebeng, Balok, Beserah dan Sungai Ular.
Walaupun pelbagai isu dibangkitkan mengenai ‘Proses dan Pengeluaran ‘ serta pembinaan kilang produk ini termasuk protes-protes yang terus menerus dilakukan oleh pelbagi pihak terutamanya penduduk temptan namun demi menjamin kemakmuran ekonomi negeri dan negara serta menjana rakyat berpendapatan tinggi, maka isu serta protes yang terbangkit ini diketepikan malah mudah dikesampingkan.
Di masa hadapan , Lynas akan terus menjadi salah sebuah syarikat yang mampu menjanjikan pendapatan tinggi kepada kakitangannya dan Kuantan terus menjadi lombong emas kepada kontraktor serta peniaga-peniaga untuk memperolehi keuntungan.
BAYANGKAN …tiba-tiba tedapat  kes kelahiran cacat oleh penduduk sekitar dan beberapa kes terpilih yang disahkan hasil kesan radiasi atau bahan tercemar radiasi.
Akibat daripada itu maka ramai yang terkesan dan rasa terancam terutamanya penduduk Gebeng, Balok , Beserah , Sungai Ular, malah di sekitar Kuantan sendiri.
Maka barulah kesedaran terhadap ancaman radiasi meninggi di kalangan penduduk  yang kemuncaknya ramailah di kalangan mereka terutamanya yang mampu dan berasal dari luar Kuantan mula mencari arah baru sebagai tempat pelindungan mereka. Penghijrahan itu akan terus berlaku dan akan menyebabkan kesan yang teruk kepada perniagaan dan pastinya penurunan ketara harga hartanah.
Akhirnya, impak daripada penghijrahan yang berterusan ini barangkali mampu melumpuhkan ekonomi dan aktiviti dikawasan berdekatan tersebut malah Bandar Kuantan sendiri. Hanya mereka yang asalnya sudah bermastautin di situ untuk selamanya, juga barangkali mereka yang merasa dirinya kebal.
Lihatlah seperti apa yang berlaku di Sungai Lembing, Kuantan,  di mana dahulunya kaya dengan bijih timah sehingga ia merupakan lombong bijih timah yang paling dalam dengan menggunakan tenaga perkerja yang sangat ramai. Pada ketika itu Sungai Lembing adalah merupakan tempat tumpuan pelbagi bangsa untuk mencari rezeki, malah sangat padat dengan penduduk. Namun setelah semuanya berakhir, kini dahulunya sebuah bandar yang meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan pembangunan telah bertukar menjadi sepi. Banyak kediaman telah ditinggalkan begitu sahaja, bandarnya pula seperti hidup segan mati tak mahu.
Maka mahukah dan haruskah orang Kuantan melihat sejarah yang sama berlaku sekali lagi di tempat yang kita telahpun pilih untuk bermastautin ini yang mungkin menjadi sepi sesepi  Sungai Lembing di mana kita sendiri barangkali akhirnya terpaksa menjadi salah seorang yang terpaksa berhijrah meninggalkan segala kepentingan dan kenangan manis di sini. Oleh itu marilah kita sama-sama memastikan Lynas berhijrah terlebih dahulu dari bumi Kuantan dan Malaysia yang kita cintai ini.