Selasa, 23 Ogos 2011

kucing

Ada satu pasangan kucing sedang bertengkar tentang perpisahan hubungan kasih sayang mereka.....

Kucing Jantan : aku rasa setakat ni jea hubungan kita,aku mahu putus

Kucing Betina : yela nak putus, tapi kenapa?

apa salah aku?aku tak curang pung

Kucing Jantan ; bukan sebab itu...

Kucing betina ; dah 2 sebab ape?

Kucing Jantan ; sebab kau bukan kucing betina

Kucing Betina : nape lak?..

Kucing Jantan : sebab perempuan mna ada misai...(misai kucing)

Kucing Betina : blurr ...... =.=

HAHA :D

Isnin, 22 Ogos 2011

tesko

Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu? Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.

Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia? 
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau… ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.

Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis. Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang orang tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali. 

Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.
Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.

Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut. Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli. 

Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.

Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.

Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!

Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour,Makro,tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang. Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal. 

Kriteria utama TESCO ialah M U R A H. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. 

Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat! 

Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.

Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit. 

Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit. 

Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?

Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.

Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la. Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?

Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.

Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?

Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.

Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan…janji anak kita dapat 8A.

Kita tak peduli peniaga nak buat apa..janji kita dapat beli barang murah.

Hey…kita juga tak peduli orang politik nak buat apa…janji hidup kita senang

p/s- Lu olang fikirlah sendiri... ini sumer fitnah dajjal sejak 700 tahun dahulu




momok mengundi

lu olang fikirlah sendiri...

alam semesta


"Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, baik dari pengamatan mahupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh alam semesta masih berupa dalam keadaan 'gumpalan asap' (iaitu komposisi gas yang sangat padat dan tidak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, perkara. 94-105.). Keadaan ini merupakan sebuah prinsip yang tidak dapat dinafikan lagi dan menurut piawaian astronomi moden. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru bermula dari 'gumpalan asap' itu (lihat gambar 1 dan 2)

Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, duhulunya berbentuk asap. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:


ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ 

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap.
(Al Fushshiilat, 41: 11)

Kerana bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa matahari dan bumi dahulunya wujud dlm satu entiti. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 
(Al Anbiya, 21:30)

 
Gambar 1. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)

Gambar 2Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Dr. Alfred Kroner

Dr. Alfred Kroner adalah salah seorang ahli ilmu bumi terkemuka. Beliau adalah Profesor geologi dan Ketua Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Beliau berkata: "Jika kita lihat tempat asal Muhammad... Saya fikir sangat tidak mungkin jika dia boleh mengetahui mengenai permulaan alam semesta, kerana para ilmuwan baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi yang terkini dan canggih. Inilah kenyataannya." Beliau juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang astronomi 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah dapat mengetahui perkara ini."

Rumah dunia vs rumah K U B U R...!!!!


harga rumah2 Harga Rumah Semasa Tahun 2011 Semakin Melonjak Naik?
Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah semasa di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Terutamanya harga rumah semasa di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Tapi….tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini. Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa bersedia membelinya pada harga yang luar biasa?
Okey kami berikan contoh dan situasi harga rumah di Kuala Lumpur & Selangor. Antaranya :
  •  Di sekitar kawasan Kepong, Manjalara, Segambut untuk harga rumah double storey corner lot (22×75) harganya dah mencecah antara RM500-RM600K. Anda mampu?
  • Harga rumah di Hartamas Semi-D berharga RM1.5 juta. Dah tak main ratus-ratus ribu lagi dah….Kondominimum pun sama, mudah-mudah sahaja boleh cecah RM1.3 juta. Anda mampu?
  • Sama juga dengan di Mont Kiara. Kebanyakan kondo bernilat jutaan ringgit. Kalau di One Menerung, Bangsar dengan 2000sqft kondo dah mencecah RM2.4 juta. Anda mampu?
  • Cheras sekitar Alam Damai – Harga rumah bermula pada harga RM500,000. Anda mampu?
  • Itu hanya sebilangan contoh yang dapat kami kongsikan di sini…
Takkan tiada harga rumah yang mampu milik? Ada tu memang ada. Anda boleh cuba mencari dan mendapatkannya di sekitar :
  • Sijangkang, Kuala Kubu Baru, Banting, Beranang, Bentong, Semenyih, Batang Berjuntai, Kota Puteri. Harga rumah semasa di sana boleh tahan murah lagi. Selain itu, boleh cuba cari juga di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Masih banyak lagi rumah murah di sana.
  • Ataupun, cubalah mengambil inisiatif mendapatkan rumah lelong. Anda mungkin berpeluang mendapatkan harga yang lebih rumah dan “bernilai”.
Kadang-kadang mentaliti sekarang ini walaupun tak semuanya, tetapi sebilangan mahukan rumah yang mampu milik tetapi dalam pada masa yang sama bercita-cita besar mahu lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur, baru urban katanya. Kalau di Bukit Belacan tak mahu, katanya “tempat jin bertandang”.
Kalau MRT dah siap nanti, lagi mencanak-canak naik harga rumah di sekitarnya. Itu sebabnya ramai ejen hartanah yang mengambil peluang ini :
  • Kalau anda nak jual rumah yang berdekatan dengan MRT, ejen hartanah akan memberikan pendapat negetif kepada anda mengatakan kononnya persekitaran akan jadi tak cantik & selesa, bising dengan harapan anda menjual kepadanya kelak. Semuanya negatif sahaja…..
  • Berlainan pula, kalau anda nak beli rumah berdekatan dengan MRT, ejen hartanah itu meletakkan pada harga yang tinggi dengan disokong kemudahan MRT selain persekitaran yang selesa. Semuanya indah belaka.
Kadang-kadang spekulasi yang melampau-lampau juga penyebabnya. Nah, kami bawakan satu contoh kepada anda. Lihat iklan harga rumah semasa untuk dijual :
harga rumah Harga Rumah Semasa Tahun 2011 Semakin Melonjak Naik?
Harga rumah RM370,000, padahal 2 tahun lepas baru (2009) bernilai RM250,000. Spekulasi juga memainkan peranan harga rumah dilihat pada angka, jauh daripada harga pasaran sebenar.
  1. Pertama sekali pastinya melihat harga rumah dibuka semasa hari pertama launching. Bukan 3-4 bulan baru nak tengok.
  2. Semak rekod developer/pemaju berkenaan stabil atau tidak.
  3. Kemudian, tengok master plan perancangan kawasan. Kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan nanti. Kualiti of work semasa bina rumah tersebut perlu diambil kira dengan melihat rumah contoh mereka dan beberapa perkara lain lagi yang perlu juga diambil perhatian. Anda boleh kongsikan juga pandangan anda pada ruangan komen di bawah….
  4. Dah berpuas hati kesemuanya, baru boleh ambil keputusan bijak membelinya
Ada yang kata jangan ambil keputusan supaya jangan membeli pada waktu sekarang, betulkah begitu?
  • Ada yang meramalkan harga rumah & hartanah akan jatuh merundum dalam masa terdekat. Jadi kepada sesiapa yang beli rumah rumah terlebih nilai sekarang ini untuk tujuan pelaburan akan mengalami kerugian besar di masa akan datang.
  • Tetapi, kami dengar mendengar desas-desus yang mengatakan nilai hartanah kan jatuh merudum, teringat pula kami nilai hartanah juga pernah jatuh menjunam dari tahun 1997 lagi, tetapi akhirnya akibat masih ada perasaan takut-takut nak beli rumah ini jugalah yang sampai ke sudah tinggal menyewa tuan rumah kaya. Yang bijak mengambil kesempatan sibuk rebut rumah yang ada sekarang ini. Akhirnya lihatlah sekarang ini, harga rumah dah mencecah RM400k-RM500k.
  • Walaubagaimanapun, kalau diberikan contoh, terutamanya di sekitar Mont Kiara. memang ada benarnya hartanah di sana tidak akan bertahan lama.
  • Pendapat anda pula bagaimana?
Ya….kami faham dan rakyat Malaysia juga ada yang faham hartanah tidak boleh statik sahaja. Itu faktanya. Kalau hartanah masih bersifat statik, siapa yang nak buat rumah selepas ini? Siapa yang nak melabur bagi urusniaga jual beli rumah selepas ini? Yang pentingnya harga rumah adalah aset rumah adalah simpanan yang paling menguntungkan selepas emas. Keuntungan cukai pun kerajaan ambil banyak daripada pasaran hartanah di Malaysia. Tetapi…………..tetapi, dalam pada masa yang sama perlulah ada satu dasar yang mampu membantu golongan yang berpendapatan serdahana yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangormemiliki rumah sendiri yang lebih selesa pada harga yang berpatutan.
ayam Harga Rumah Semasa Tahun 2011 Semakin Melonjak Naik? Adakala rakyat terpaksa “berkorban” untuk tinggalkan cita-cita kediaman yang penuh dengan impian dek kerana tak berkemampuan. Jadi sudah tibanya kerajaan Malaysia bertindak serius memantau daan melakukan sesuatu tindakan melihatkan keadaan harga rumah semasa sekarang ini walaupun hakikatnya, kerajaan sampai ke hari ini belum lagi berkemampuan untuk mengawal waima harga ayam sekalipun.
P/S : Biarlah orang kapiaq beli umah mahal2... numbers just figures... umah kita orang islam aka kubur... itu yang lebih utama... banyak2 kebajikan yang paling tak bernilai adalah buat rumah... fikirkan rumah kita aka kubur. sempit atau luas... taman2 syurga atau lubang2 api N E R A K A    Allah??? itu yang sepatutnya. Jangan terpengaruh dengan perancangan Dajjal 700 tahun dahulu. Fikirkan wahai sumer orang ISlam yang mengaku beriman kepada Allah..!

Sabtu, 20 Ogos 2011

suami

Panduan kepada insan bergelar suami termasuk lah diri ni…. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab selayaknya sebagai seorang suami. Ingatlah… tanggungjawab suami merupakan hak isteri dan begitulah sebaliknya. Usah mendabik dada menyalahkan isteri andai kita sendiri belum melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka. Moga ada manfaatnya untuk diri ini dan sahabat-sahabat sekalian..InsyaAllah.


Peringatan untuk si suami :
"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak- budakkan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup merekaseperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijaklah memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".

Gambaran Mekah

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.


Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.

(Sebuah peringatan kepada semua sebelum pergi menunaikan haji).

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:  
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)



Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.
J
ama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.



Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.
Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).




Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Gambaran keseluruhan Jabal Khandama, Makkah.
Pemandangan Jabal Omar, Makkah.
Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.

Projek Makkah Expansion & Shades.

Makkah Expansion & Shades