Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah semasa di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Terutamanya harga rumah semasa di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Tapi….tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini. Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa bersedia membelinya pada harga yang luar biasa?
Okey kami berikan contoh dan situasi harga rumah di Kuala Lumpur & Selangor. Antaranya :
- Di sekitar kawasan Kepong, Manjalara, Segambut untuk harga rumah double storey corner lot (22×75) harganya dah mencecah antara RM500-RM600K. Anda mampu?
- Harga rumah di Hartamas Semi-D berharga RM1.5 juta. Dah tak main ratus-ratus ribu lagi dah….Kondominimum pun sama, mudah-mudah sahaja boleh cecah RM1.3 juta. Anda mampu?
- Sama juga dengan di Mont Kiara. Kebanyakan kondo bernilat jutaan ringgit. Kalau di One Menerung, Bangsar dengan 2000sqft kondo dah mencecah RM2.4 juta. Anda mampu?
- Cheras sekitar Alam Damai – Harga rumah bermula pada harga RM500,000. Anda mampu?
- Itu hanya sebilangan contoh yang dapat kami kongsikan di sini…
Takkan tiada harga rumah yang mampu milik? Ada tu memang ada. Anda boleh cuba mencari dan mendapatkannya di sekitar :
- Sijangkang, Kuala Kubu Baru, Banting, Beranang, Bentong, Semenyih, Batang Berjuntai, Kota Puteri. Harga rumah semasa di sana boleh tahan murah lagi. Selain itu, boleh cuba cari juga di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Masih banyak lagi rumah murah di sana.
- Ataupun, cubalah mengambil inisiatif mendapatkan rumah lelong. Anda mungkin berpeluang mendapatkan harga yang lebih rumah dan “bernilai”.
Kadang-kadang mentaliti sekarang ini walaupun tak semuanya, tetapi sebilangan mahukan rumah yang mampu milik tetapi dalam pada masa yang sama bercita-cita besar mahu lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur, baru urban katanya. Kalau di Bukit Belacan tak mahu, katanya “tempat jin bertandang”.
Kalau MRT dah siap nanti, lagi mencanak-canak naik harga rumah di sekitarnya. Itu sebabnya ramai ejen hartanah yang mengambil peluang ini :
- Kalau anda nak jual rumah yang berdekatan dengan MRT, ejen hartanah akan memberikan pendapat negetif kepada anda mengatakan kononnya persekitaran akan jadi tak cantik & selesa, bising dengan harapan anda menjual kepadanya kelak. Semuanya negatif sahaja…..
- Berlainan pula, kalau anda nak beli rumah berdekatan dengan MRT, ejen hartanah itu meletakkan pada harga yang tinggi dengan disokong kemudahan MRT selain persekitaran yang selesa. Semuanya indah belaka.
Kadang-kadang spekulasi yang melampau-lampau juga penyebabnya. Nah, kami bawakan satu contoh kepada anda. Lihat iklan harga rumah semasa untuk dijual :
Harga rumah RM370,000, padahal 2 tahun lepas baru (2009) bernilai RM250,000. Spekulasi juga memainkan peranan harga rumah dilihat pada angka, jauh daripada harga pasaran sebenar.
Kalau nak beli rumah, langkah-langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah :
- Pertama sekali pastinya melihat harga rumah dibuka semasa hari pertama launching. Bukan 3-4 bulan baru nak tengok.
- Semak rekod developer/pemaju berkenaan stabil atau tidak.
- Kemudian, tengok master plan perancangan kawasan. Kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan nanti. Kualiti of work semasa bina rumah tersebut perlu diambil kira dengan melihat rumah contoh mereka dan beberapa perkara lain lagi yang perlu juga diambil perhatian. Anda boleh kongsikan juga pandangan anda pada ruangan komen di bawah….
- Dah berpuas hati kesemuanya, baru boleh ambil keputusan bijak membelinya
Ada yang kata jangan ambil keputusan supaya jangan membeli pada waktu sekarang, betulkah begitu?
- Ada yang meramalkan harga rumah & hartanah akan jatuh merundum dalam masa terdekat. Jadi kepada sesiapa yang beli rumah rumah terlebih nilai sekarang ini untuk tujuan pelaburan akan mengalami kerugian besar di masa akan datang.
- Tetapi, kami dengar mendengar desas-desus yang mengatakan nilai hartanah kan jatuh merudum, teringat pula kami nilai hartanah juga pernah jatuh menjunam dari tahun 1997 lagi, tetapi akhirnya akibat masih ada perasaan takut-takut nak beli rumah ini jugalah yang sampai ke sudah tinggal menyewa tuan rumah kaya. Yang bijak mengambil kesempatan sibuk rebut rumah yang ada sekarang ini. Akhirnya lihatlah sekarang ini, harga rumah dah mencecah RM400k-RM500k.
- Walaubagaimanapun, kalau diberikan contoh, terutamanya di sekitar Mont Kiara. memang ada benarnya hartanah di sana tidak akan bertahan lama.
- Pendapat anda pula bagaimana?
Ya….kami faham dan rakyat Malaysia juga ada yang faham hartanah tidak boleh statik sahaja. Itu faktanya. Kalau hartanah masih bersifat statik, siapa yang nak buat rumah selepas ini? Siapa yang nak melabur bagi urusniaga jual beli rumah selepas ini? Yang pentingnya harga rumah adalah aset rumah adalah simpanan yang paling menguntungkan selepas emas. Keuntungan cukai pun kerajaan ambil banyak daripada pasaran hartanah di Malaysia. Tetapi…………..tetapi, dalam pada masa yang sama perlulah ada satu dasar yang mampu membantu golongan yang berpendapatan serdahana yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangormemiliki rumah sendiri yang lebih selesa pada harga yang berpatutan.
Adakala rakyat terpaksa “berkorban” untuk tinggalkan cita-cita kediaman yang penuh dengan impian dek kerana tak berkemampuan. Jadi sudah tibanya kerajaan Malaysia bertindak serius memantau daan melakukan sesuatu tindakan melihatkan keadaan harga rumah semasa sekarang ini walaupun hakikatnya, kerajaan sampai ke hari ini belum lagi berkemampuan untuk mengawal waima harga ayam sekalipun.
P/S : Biarlah orang kapiaq beli umah mahal2... numbers just figures... umah kita orang islam aka kubur... itu yang lebih utama... banyak2 kebajikan yang paling tak bernilai adalah buat rumah... fikirkan rumah kita aka kubur. sempit atau luas... taman2 syurga atau lubang2 api N E R A K A Allah??? itu yang sepatutnya. Jangan terpengaruh dengan perancangan Dajjal 700 tahun dahulu. Fikirkan wahai sumer orang ISlam yang mengaku beriman kepada Allah..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan