Ahad, 14 Ogos 2011

8 Dirham


Bulan ni bulan ape kawan kawan semua? Syaaban. Selepas ini bulan Ramadhan bakal menjelma. Dan bersedia ke tak ni dengan persiapan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak? Salah satu keistimewaan Ramadhan sudah pastilah bulan dimana pahala adalah berlipat kali ganda untuk hambanya.
“Hai orang orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang orang sebelummu, agar kamu bertakqa” ( Al Baqarah 183)
Menurut Uthman bin Affan, semasa beliau sampai di rumah Rasulullah saw, beliau melihat Rasulullah saw sedang menjahit pakaiannnya. Pakaian itu sudah usang dan koyak di sana sini. Inilah satu-satunya pakaian yang dimiliki beliau bagi menutup auratnya semasa musim sejuk ataupun panas. Bukan beliau tidak mampu memiliki pakaian mewah seperti yang dipakai oleh Maharaja Rom dan Parsi, tetapi beliau ingin menjadi contoh tauladan kepada umatnya.
“Kemudian Rasulullah saw bercadang hendak pergi ke pasar membeli barang keperluan untuk keluarganya. BeliauMenderma itu satu fifat mulia membawa wang sebanyak lapan dirham kerana itu sahaja wang miliknya yang ada. Sedangkan sekiranya beliau mahu, Allah boleh jadikan pasir dan gunung itu menjadi emas” kata Uthman bin Affan
Menurut Uthman bin Affan lagi, dalam perjlanaan ke pasar, Nabi Muhammad saw bertemu seorang wanita yang sedang menangis kerana kehilangan wangnya. Lalu beliau memujuk wanita itu dengan memberinya dua dirham.
Apabila sampai di pasar, Nabi Muhammad saw membeli pakaian yang berharga empat dirham. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan seorang wanita lalu meminta pakaian itu dari Rasulullah saw. Beliau memberikan pakaian yang baru dibelinya itu. Kemudian beliau pergi semual ke pasar membeli sehelai pakaian yang lebih murah, berharga dua dirham
“Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah saw bertemu dengan seorang hamba perempuan yang menangis. Menurut hamba perempuan itu, dia takut pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi oleh tuannya. Maka Rasulullah saw menawarkan diri bagi menghantar perempuan hamba itu pulang ke rumah majikannya” cerita Uthman bin Affan
“Apa yang berlaku selepas itu?” tanya umar al-khattab
“Hamba perempuan itu kepunyaan keluarga kaum ansar. Rasulullah saw sanggup menghantar hamba perempuan itu hingga sampai ke perkampungan orang ansar” jawab Uthman bin Affan
I love RasulullahMenurutnya lagi, semasa itu keluarga itu sedang berbual-bual. Melihat kedatangan Rasulullah saw merasa berasa terlalu gembira. Apabila Rasulullah saw memberi salam, mereka tidak menjawab. Selepas tiga kali beliau memberi salam baru mereka menjawab. Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu, mereka menjawab ingin mendengar Rasulullah saw mengucapkan banyak kali salam pada mereka.
“Diringkaskan cerita, hamba perempuan itu dimerdekakan oleh tuannya” kata Uthman Affan menamatkan ceritanya.
“Hanya dengan wang lapan dirhamRasulullah saw dapat membantu mereka yang dalam kesusahan, memberi pakaian kepada orang miskin dan dapat memerdekakan seorang hamba” kata Abu Bakar as-siddiq pula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan