Adilkah tindakan PTPTN? |
Yang kecewa |
Isunya bermula apabila surat peguam dari pejabat guaman yg dilantik oleh PTPTN kerap kali sampai ke rumah bekas-bekas pelajar yang sudah tamat pengajian sama ada berjaya menghabiskan pengajian ataupun gagal di separuh jalan dan belum lagi melunaskan bayaran untuk mebayar balik pinjaman tersebut (ada beberapa sahabat mengalami situasi sama). Kerisauan dari kedua ibu bapa saya mula terlihat. lalu saya susuli degan surat penangguhan bayaran. Untuk beberapa ketika surat-surat saman dari pejabat guaman berhenti diterima. Baru-baru ini kebanyakkan peminjam seperti saya menerima 1 lagi surat saman dari firma guaman tersebut, dan kali ni lebih mengejutkan kerana saya perlu hadir ke mahkamah utuk kes ini disebut. Saya sangat kecewa dan terus menelefon pejabat guaman tersebut dan bertanya.apa juga soalan yg ditujukan dan ini jawapannya "kami cuma diarah utk menyaman klien-klien yang berkenaan". Apabila tiba hari sebutan kes, peguam yg mewakili firma guaman tersebut hadir sebagai wakil plaintif (PTPTN). kes saya disebut dan saya cuma perlu mengaku amaun yg saya telah terima dan seterusnya berbincang mengenai pelan bayaran dengan pihak perundangan PTPTN. Satu yg pernah saya fikirkan, lalu diungkap oleh peguam itu "PTPTN dah tak terlayan kalau setakat surat-surat ni...dah banyak sangat dah..." Maksudnya, setiap pelajar yang telah berhenti meminjam (tak kira sebelum atau sesudah tamat pengajian ataupun gagal) dan masih belum berupaya bayar (atas sebab-sebab tertentu sepert belum capai gaji minimum,belum bekerja) akan melalui proses seperti saya sebelum masalah ini dapat diselesaikan. persoalannya, adakah wajar proses seperti yang saya alami adalah proses paling efektif sebelum semua masalah ni dapat diselesaikan sedangkan pada awalnya saya telah mengikut prosedur yang digariskan???Kita semua maklum bukan semua pelajar yang memasuki Universiti berjaya mendapat gaji besar dan kerja yang diidamkan.Apatah lagi yang terkandas pelajarannya dan hanya bekerja biasa sahaja memang tidak akan mampu untuk membayar maun seperti perjanjian asal.Apabila telah bekerja terpaksa membelanjakan wang untuk sewa rumah,kenderaan,makan minum dan pelbagai lagi.Apatah lagi yang telah berumahtangga? Saya kebingungan melihat tindakan PTPTN dan kerajaan sedangkan banyak lagi penghutang penghutang korporat,ahli ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang boleh dilepaskan kerana mereka tidak mampu atau muflis.Patutkah mereka mengejar peminjam-peminjam kecil seperti bekas pelajar ini tanpa budi bicara?Ditambah lagi dengan kos hidup yang begitu tinggi sekarang maka tolong lah kami rakyat yang tidak berada ini. Tidak banyak yang dapat dinyatakan secara jelas dengan sekadar luahan melalui surat ini. ni...Tapi saya merasakan halaman ini merupakan platform yang paling sesuai untuk bagi topik seperti ini untuk diketengahkan... Terima kasih atas perhatian pihak-pihak tertentu..with these tiny problem, u are a good leader. but without these matter u will be the best leader ever... Disini saya lampirkan jawapan PTPTN kepada editor untuk direnungkan bersama.Wajarkah setelah kes dibawa kemahkamah tetapi yuran pengurusan daripada 3% dinaikkan kepada 8% sekiranya tidak mampu membayar sekaligus amaun yang diminta.Bukankan ini mencekik darah dan menambahkan hutang bekas-bekas pelajar tersebut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan