"Tahap meluat aku kepada Bend sudah sampai ketahap GABAN. Sebab itulah bila aku membuat ulasan isu-isu semasa kini aku tidak lagi mahu mengguna bahasa yang lunak lagi !@#$%^
Dalam isu pengambilan 300 guru dari Amerika untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia, nampak sangat !@#$%%. Perkara yang kecil macam tu pun dia tak nampak besar impaknya, macam mana nak nampak pekara yang lebih besar impaknya.
Semua tahu pelajar Malaysia mengunakan English 122 iaitu bersilibuskan United Kingdom. Satu dunia tahu bahawa dialek English Amerika amat sukar difahami berbanding English UK. Sebab itulah apabila pelajar Malaysia mengambil kursus atau jurusan TESL (Teaching English as a Second Language), mereka ditempatkan di UK bukan Amerika (kalau yang layak belajar di luar Negara). Pelajar-pelajar Malaysia yang nak menyambung pelajaran ke Amerika pula terpaksa menduduki kelas persediaan TOFEL sebelum melanjutkan pelajaran ke US. Ambil orang Amerika untuk ajar dialek orang UK.
Lagi satu, pasai apa nak pi ambik mat salleh dari us tu yang langsung tak tahu pasal bahasa melayu. Kalau hantar mat salleh ni pi sekolah pun belum tentu cikgu-cikgu yang ada kat Malaysia ni boleh faham dialek dia orang. Aku yang sering pi overseas pun kalau cakap dengan puak-puak US ni pun terpaksa bagi perhatian lebih sebab dahlah slang, cakap pun cepat. Macam orang Malaysia juga, kalau pergi utara, lain loratnya, pi Timur, lain loratnya dan kalau kat KL lain pula loratnya. Macam tu jugalah dengan puak-puak US ni. Buat apa Malaysia pergi hantar budak-budak belajar TESL kat UK kalau kebolehan mereka tidak digunakan. Buat apa UIA buat kursus TESL kalau mereka-mereka ini tidak digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris disini.
Bahkan di Malaysia sahaja ada begitu ramai guru English yang berpengalaman untuk berkhidmat. Tak perlu mat salleh dari US ni. Yang jadi masaalah sekarang ni ialah pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seorang guru English tak akan dapat menerap istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana itu bukan opsyen beliau dan seorang guru sains dan matematik sukar untuk membudayakan bahasa inggeris dalam pengajaran mereka kerana itu bukan opsyen mereka.
Aku ambil satu contoh, ada seorang rakan aku yang pernah mengajar bahasa inggeris disebuah sekolah di utara tanah air menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam pengajian bahasa inggeris. Cara dia mengajar menimbulkan kegemparan di sekolah tersebut sehingga beberapa guru senior mengadap pengetua membuat komplein pasai dia ajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu.
Bila ditanya, dia kata apabila dia ajar dalam bahasa inggeris, bila ditanya murid-murid semua kata “UNDERSTAND………………………………….”. Bila buat ujian, “GAGAL………………………………………………”. Jadi apa guna kita syok sendiri. Yang rugi pelajar kita kata beliau. Jadi beliau menggunakan kaedah bahasa melayu. Mula-mula dia terangkan apa itu “PAST TENSE, kemudian PRESENT TENSE. Dia ajar apa itu SINGULAR dan apa itu PLURAL. Bila budak-budak itu dah mula faham semua itu, dia mulakan dengan olahan berita pendek dalam bahasa inggeris dari akhbar-akhbar Bahasa Inggeris untuk ditranslate ke Bahasa Melayu.
Dari situ dia kata dia akan dapat melihat tahap kefahaman para pelajar. Bila tahap kefahaman dah samapi ke satu peringkat, dia akan meminta para pelajar mengolah berita pendek bahasa Malaysia dari akhbar untuk ditranslate ke bahasa inggeris. Selepas berpuas hati dengan tahap pemahaman para pelajar tersebut, barulah dia menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar . Itu pun tak sepenuhnya.
Bila aku dengar penjelasan dia, maka aku terfikir, sebenarnya kita memerlukan kaedah bukannya guru-guru dari US ini. Kalau sekadar memiliki guru dari US ini tetapi macam ayam dengan itik hubungan mereka dengan pelajar apa gunanya.
Mat Sembab janganlah memperkecilkan keupayaan guru-guru di Malaysia. Kalau tak yakin dengan guru-guru di Malaysia dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar TESL tu tak diyakini, lebih baik bubarkan saja kursus tu.
Akhir kalam tolonglah, kalau dah terserlah kebangangan tu... jangan la ajak orang lain jadi lebih bangang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan