Pernah adik adik rasa kecewa putus cinta? Pernah adik adik kecewa tidak cemerlang dalam peperiksaan? Pernah adik adik kecewa kerana si dia telah menjadi hak orang lain. Rasa mahu menangis? Rasa dunia ini sudah hilang serinya? Kecewa yang bersangatan? Terasa mahu makan pil berdozen dozen?
Sengaja saya bertanya soalan sebegitu. Bukan apa. Cuma mahu membuka minda kita semua. Kalau kita jenis manusia yang suka menonton movie hindustan, mungkin kita akan mudah untuk hidup dalam imaginasi imaginasi indah yang cukup mengkhayalkan. Semuanya menarik. Semuanya baik baik. Sedangkan hakikatnya, mana ada dunia ini indah belaka. Pernah dengar satu cerita?
” Ada seorang lelaki pergi mengadu kepada Tuan Guru. Wahai Tuan Guru, bukankah dunia ini Allah yang ciptakan, Bukan kah dunia ini Dia ciptakan untuk hambanya yang soleh? Kenapa terlalu banyak dugaan yang Dia ciptakan terhadap dunia ini? Dimanakah tempat yang mampu untuk kita lari dari segala permasalahn hidup ini?” Keluh sang lelaki itu.
Kata Tok Guru ” Mahukah kamu tahu tempat yang mana kamu tidak akan sesekali terusik dengan kehidupan dan permainan dunia ini? Disana sudah pasti kamu akan bahagia dan tenang?” Disana. Kata Tok Guru itu merujuk kepada sebuah tempat yabng tertulis’Tanah Perkuburan Orang Islam’.
Walaupun itulah hakikatnya dunia ini, masih lagi Islam mengajar kita untuk terus hidup seumpama kita akan hidup untuk seribu tahun lagi, pada masa sama untuk beribadah seumpama esok adalah hari terakhir kita. Kerana itu perlu kepada impian yang kuat. Impian untuk terus hidup dengan bahagia, impian untuk terus berjuang mencari akan hak kita yang hilang diambil orang lain. Impian untuk menjadi seorang anak yang soleh. Impian untuk berjaya sehingga ke menara gading.
Manusia yang berimpian tinggi, tidak mudah mengaku kalah dengan perkara yang kecil kecil. tidak pernah berputus asa terhadap kegagalan. Juga tidak pernah hilang semangat terhadap perkara yang sia sia. Semangatnya kuat mengalahkan taufan dan halilintar yang sedang mengaum.
Belajarlah dari manusia manusia yang hebat diatas muka dunia ini. Terlalu banyak cabaran yang pernah mereka lalui. Pernah anda membaca kisah bagaimana perusahaan Honda berjaya sehingga ke hari ini? Pernah anda membaca kisah bagaimana Microsoft mampu menjadi satu jenama terkemuka? Pernah anda mengenali siapa pembuat mentol pertama dunia? Pasti anda akan mengetahui, disebalik satu kejayaan yang pernah mereka lalui, terdapat beribu ribu kegagalan yang pernah melingkari hidup mereka. Kalau mereka mampu untuk terus melangkah, apalah kita yang biasa ini.
Kerana itu kita perlu mempunyai impian yang besar dalam hidup ini. Selamat melangkah jauh. Ayuh...! kimi-'A'! itu M U D A H.... Insya Allah A..!!
kredit: http://www.fikrahislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan