Selasa, 30 Ogos 2011

Kristianisasi dirancang sejak era penjajahan

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

SILAP besar sekiranya kita menganggap kedatangan kuasa penjajah Eropah ke tanah-tanhttp://202.169.46.231/images/foto/09malays.gifah jajahan mereka, termasuk negara kita, hanyalah di atas hasrat perluasan kuasa politik dan agenda ekonomi.

Biarpun secara zahirnya tumpuan mereka kelihatan menjurus kepada mempamerkan kekuatan ketenteraan dan mengaut hasil mahsul dimiliki negara dijajah, agenda tersirat mengembangkan ajaran agama mereka juga bukan sekadar tugas sampingan.


Bagaikan ada kesepakatan kedatangan Portugis dan Belanda ke Melaka sebelum disusuli Inggeris pada zahirnya digambarkan semata-mata perlumbaan antara mereka untuk meluaskan takluk politik.
Sejarah yang diajarkan kepada kita sejak dulu juga seakan sengaja ditulis mengikut acuan penjajah bagi menggambarkan kehebatan kelengkapan perang dimiliki mereka.

Kita juga diajar kononnya penjajah lebih berminat menumpukan usaha memunggah khazanah alam dari bumi bertuah ini, terutama bijih besi, timah, getah dan rempah ratus. Pada masa sama kita juga sengaja dikaburi kononnya penjajah Eropah sangat kuat berpegang kepada prinsip sekularisme yang sama sekali memisahkan urusan politik dengan agama.
Sebab itu tutur bicara sejarah penaklukan negara oleh kuasa penjajah lebih dipenuhi cerita kekuatan bala tentera mereka, di samping kisah tabiat buruk pembesar-pembesar Melayu yang gemar bertelagah sesama sendiri sehingga memudahkan campur tangan asing. Banyak juga cerita keseronokan penjajah membawa balik harta kekayaan kita ke negara mereka.

Mitos kononnya penjajah berpegang kepada fahaman sekuralisme membuatkan kita tertipu. Malah ada anak Melayu yang bersangka baik kononnya penjajah tidak sedikit pun berhasrat mengembangkan ajaran Kristian dibawa mereka. Jika pun ada gereja dan rumah ibadat dibina, ia hanya untuk kegunaan kumpulan mereka sahaja.
Sedangkan agenda agama sebenarnya telah menjadi sebahagian perancangan penjajah.

Sebab itu ketika berita kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sampai ke Eropah, satu perayaan besar diadakan di Vatican City, bandar suci penganut Kristian.
Logiknya, jika penjajahan mereka semata-mata di atas dasar perluasan kuasa politik, mengapa perayaan itu tidak diadakan di Lisbon, ibu negara Portugal?
Mereka sebenarnya merayakan kemenangan ‘tentera Salib’ menawan salah satu kuasa pemerintahan Islam terbesar di rantau Asia ketika itu. Sejarah betapa Melaka ketika itu sebenarnya mendaulatkan hukum Islam juga suatu yang sengaja dipadam daripada pengetahuan orang Melayu sendiri.
Kita hanya diajar untuk melihat kerajaan Melaka purba tidak lebih sekadar salah satu Kesultanan Melayu di rantau ini.

Manakala kedatangan penjajah hanya di atas misi penaklukan. Sebab itu sejarah kita tidak menekankan bagaimana tatkala satu gerombolan penjajah sibuk dengan aktiviti pemerintahan dan pemunggahan hasil mahsul negara, gerombolan paderi dan mubaligh yang ikut didatangkan dari negara mereka pula giat memainkan peranan berasingan.

Salah satu ruang dimanipulasi mereka ialah menerusi penubuhan institusi pendidikan. Menerusi sekolahsekolah mubaligh ini mereka secara halus memperkenal dan menerapkan ajaran agama Kristian ke dalam masyarakat Melayu. Anak-anak Melayu diajar membiasakan diri dengan budaya dan ajaran agama itu.

Antaranya menerusi lagu-lagu yang pada zahirnya kedengaran santai dan bersahaja, tetapi sarat dengan unsur-unsur agama. Salah satu lagu yang boleh dikatakan dihafal setiap murid suatu ketika dulu ialah “Are you sleeping, Brother John." Ia sering dinyanyikan kita semua di bangku sekolah dan diulang suara di rumah-rumah.

Para ibu bapa yang mendengar lagu itu didendangkan anak-anak pula sekadar menikmati keindahan melodinya dan memuji kepandaian anakanak menuturkan lagu dalam bahasa Inggeris. Hakikat bahawa “Brother John” itu merujuk kepada paderi dan “morning bell” itu adalah loceng gereja seakan tidak pernah diambil pusing.

Secara tidak langsung unsur-unsur Kristianisasi telah meresap ke rumah-rumah umat Islam. Walaupun ia tidak dianggap faktor yang kuat memaut orang Melayu mendekati agama itu, pendekatan sedemikian sekurang-kurangnya “memesrakan” nenek-moyang kita kepada agama asing itu.

Kesungguhan para mubaligh Kristian mengembangkan ajaran agama mereka diserlahkan lagi menerusi dakyah lebih tersusun. Sekali lagi orang Melayu ditipu penjajah dengan memberikan keyakinan palsu berhubung jaminan kedudukan Islam.

Perlembagaan Persekutuan ciptaan penjajah sengaja memperuntukkan bahawa suatu larangan keras bagi agama lain dikembangkan di kalangan umat Islam negara ini. Jaminan itu menjadikan orang Melayu/ Islam terbuai keseronokan. Sehinggakan mereka leka dengan gerakerja berterusan penggiat agama itu mengkristiankan rakyat negara ini.

Usaha itu mungkin dimulakan secara rahsia dan penuh hati-hati. Ia berjalan secara perlahan pada awalnya, namun semakin mengumpul momentum kemudiannya. Akhirnya, hakikat bahawa semakin ramai orang Melayu menukar agama kepada Kristian tidak lagi menjadi rahsia.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia bagi tahun 1980 adalah antara pendedahan awal hakikat itu. Hanya selepas 23 tahun merdeka, sudah ada 4,766 orang Melayu yang secara rasmi dibanci sebagai penganut Kristian. Apakah kita mahu bersangka baik kononnya jumlah

sumber:http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15992

Tiada ulasan:

Catat Ulasan