Semua orang tahu bahawa ekonomi Amerika Syarikat sudah berada di ambang bahaya.Krisis ekonomi di Amerika masih lagi belum pulih dan hasil penurunan taraf dari AAA kepada AA+, menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat diambang kemelesetan.
Sebelum itu, kami ingin anda lihat video dibawah tersebut sebelum kami membuat kesimpulan.
Video di atas merupakan penerangan ringkas mengenai masalah ekonomi Amerika Syarikat yang berada di ambang kegawatan sekarang.Perbelanjaan AS sekarang hampir mencecah $4 trilion setahun berbanding dengan pendapatan $2 trilion setahun.Kekurangan pendapatan ini, dinamakan defisit, dimana defisit perbelanjaan AS adalah $2 trilion setahun.
Seperti mana-mana penyelesaian praktikal bagi negara-negara lain juga, untuk mengatasi masalah ini, caranya adalah dengan meminjam wang.Ini termasuk juga dengan negara AS.Pinjaman mereka diberi dalam bentuk BON.BON ini boleh dijual kepada bank tempatan,pelabur-pelabur yang terdiri dairpada rakyat biasa mahupun negara-negara yang berminat.Malaysia juga merupakan pembeli BON Amerika Syarikat.
Apabila kita menjual BON,ini bermakna pada sampai satu ketikanya nanti, penjual perlu membaya hutangnya beserta faedah yang dijanjikan untuk pembeli BON tersebut.Dalam kes ini, AS yang menjual BON tadi, tidak mempunyai duit untuk membayar faedah tersebut.
Jadi, apa yang AS lakukan,adalah dnegan menjual lebih banyak BON untuk membayar faedah tadi.Senarionya, bolehlah disamakan dengan membuat hutang lain untuk membayar hutang lain.Gali lubang, tutup lubang.Dan ianya dilakukan berualng-ulang kali sehinggalah Amerika Syarikat sekarang ini dibebani hutang dan faedah hampir 14 trilion!
Kerana terlalu banyak meminjam, AS sekarang hampir ketandusan untuk mendapatkan pinjaman,serta berusaha pula untuk meningkatkan syiling hutangnya yang sudah pun terlalu banyak,berbanding pendapatan tahunan negara mereka.Oleh sebab itu, antara cara AS boleh mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.
Namun begitu, langkah ini bakal menjejaskan sektor pentadbiran dan juga rakyat akan lebih sukar untuk hidup oleh kerana cukai yang tinggi,akan membuatkan haga barang semakin mahal.Untuk mengelakkan masalah ini, maka kerajaan AS mencetak lebih banyak duit.
Mencetak lebih banyak duit tanpa bersandarkan pada rizab emas, bermakna harga duit tersebut bakal berkurang nilainya.Ini akan membuatkan harga komoditi seperti minyak, emas, dan makanan menjadi lebih mahal.Ini yang bakal kita kenali sebagai inflasi.Inflasi di Malaysia sahaja pada tahun 2010 adalah 3.4 peratus.
Kita ambil contoh sekiranya anda menyimpan duit di dalam ASB tahun 2010,dengan dividen sebanyak 8.75 peratus, nilai sebenar dividen anda adalah:
Dividen – Inflation Rate = 5.35 peratus
Bayangkan pula sekiranya anda membuat loan ASB sebagai aspek pelaburan.Sekiranya ditolak dengan kadar Base Lending Rate (BLR) untuk pinjaman tadi, berapa pula jumlah yang bakal anda dapat? Itulah sebab utama kami katakan menyimpan sendiri duit di dalam ASB adalah lebih baik daripada membuat pinjaman ASB.
Berbalik kepada ekonomi AS tadi,pada negara yang memberikan pinjaman kepada AS tersebut,nilai duit negara mereka juga akan turut jatuh.Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara yang memberikan pinjaman.Oleh itu,kos untuk sesuatu produksi atau pekerja akan menjadi lebih murah untuk negara yang memberi pinjaman.
Contohnya, banyak kilang-kilang jenama besar sepert Nike,Adidas dan juga Apple,menjadikan China sebagai kilang produksi barang mereka,kerana kos pekerja yang sangat murah.Ini bakal membuatkan rakyat Amerika sendiri, akan lama kelamaan,kehilangan kerja dan sumber pendapatan.
Apabila jumlah pekerja semakin kurang, maka semakin kuranglah pendapatan cukai negara AS.Ini akan menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.Nak naikkan cukai, inflasi akan semakin tinggi.Nak pinjam duit lagi,memang boleh, tapi hutang dan faedah $14 trilion tadi pun tak mampu nak bayar, inikan pula nak pinjam lagi?
Bila AS tidak membayar faedah dah hutang kepada pelabur BON tadi, bermakna pelabur ini kemudiannya tidak akan mempunyai wang.Bank yang membeli BON pula tadi, tidak mampu untuk mengeluarkan duit lagi kepada pengguna mereka.Kredit pinjaman juga tidak akan diberikan.
Bagi negara yang membli BON tadi, kemelesetan juga akan sedikit sebanyak memberi kesan.Ini bakal merugikan negara yang membeli BON tersebut.Faktanya, hampir semua negara membeli BON AS, atas sebab spekulasi bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kukuh dan berkembang pesat.
Dan apabila berlaku kemelesetan ekonomi AS ini, inilah yang membuatkan kejatuhan ekonomi dunia.Apabila ekonomi AS jatuh, banyak negara dan pelabur kembali kepada komoditi emas.Inilah yang membuatkan harga emas semakin meningkat dan menarik ramai pelabur untuk melabur keatasnya.
Melabur di dalam emas sekarang adalah lebih baik daripada melabur di dalam ASB.Apa pandangan anda mengenai kegawatan ekonomi dunia sekarang ini?
http://beritasemasa.comsumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan