Isnin, 10 Oktober 2011

Cinta kasih sayang hati


C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman


S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa


H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

pencen 60?

Kenaikan gaji tahunan SBPA
Gred 1-16 : RM80
Gred 17-26: RM120
Gred 27-40: Rm160
Gred 41-48: RM220
Gred 52-54: RM260

JUSA A,B,C: RM320

situasi di opis gomen... huk huk

Ahad, 9 Oktober 2011

Sejarah yang menipu..

Kontroversi Tanah Melayu tidak pernah dijajah
Ismail Abu Bakar| abisma82@yahoo.com   
Tuan Pengarang ,
Ramai rakyat Malaysia prihatin termasuk saya terkejut, terpinga-pinga , tertanya-tanya  dan ternganga-nganga kehairan apabila mendengar kenyataan Prof Zainal bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah hanya di NAUNG, kecuali tiga Negeri-negeri Selat iaitu Singapura,Pulau Pinang dan Melaka. Prof Zainal juga telah menyatakan bahawa Tanah Melayu hanya dijajah semasa pemerintahan Jepun ,selepas  Jepun menyerah diri dan semasa Gagasan Malayan Union tahun 1946 sehingga awal tahun 1947.  Prof Zainal juga menambah bahawa dalam Perjanjian Pangkor 1874, tidak tercatat Tanah Melayu khususnya Perak akan dijajah penjarah Inggeris dan Perjanjian tersebut telah ditandatangan di Singapura!
Saya dan warga prihatin merasakan ianya suatu penipuan dan  igauan disiang hari yang terkeluar dari minda dan mulut seorang cendikiawan yang telah kekeringan ilmu dan idea yang terhakis oleh usia yang lanjut ( walau pun baru  67 tahun ) lantaran pukulan seorang yang bernama Mat Sabu. Seluruh Negara Malaysia terkejut beruk apabila mendengar kenyataan Prof itu walau pun ada dua ex yang bersetuju iaitu ex-PM Mahathir yang mudah lupa dan ex-KPN Hanif yang hendak kembali kezaman sebelum diNAUNG Inggeris ( dia boleh balik pakai tengkolok, keris dan berlaga ayam! ).
Oleh kerana  Zainal seorang Prof yang  dianggap  pakar dalam sejarah walau pun bukan bidang khusus beliau, ramai merasakan sukar untuk menyanggah kenyataan  itu, mungkin juga ramai yang buta sejarah terutama golongan remaja  lantas  menyetujuinya atau ada yang tidak kisah langsung. Rasanya tidak perlu pakar untuk mengetahui dan memahami  Sejarah Tanah air, yang penting ia mesti jujur dan telus. Namun saya sebagai orang kebanyakan dan rakyat prihatin ingin menarik perhatian dan penghayatan seluruh pembaca  kepada persoalan berikut:-
I ) Mengikut sejarah yang saya pelajari , buku-buku dan  artikel-artikel  yang saya baca;  pada tahun 1511 Kerajaan Islam Melaka telah kalah kepada Portugis yang dipimpin oleh Alfonso d’ Albuqurque, dan Melaka terus diperintah oleh Portugis sehingga ditawan Belanda. Adakah Melaka hanya dinaung Portugis bukan dijajah?
2 ) Dalam tahun 1641 Belanda telah menyerang dan  berperang dengan Portugis, akhirnya berjaya mengalahkan Portugis dan  mengambil alih pemerintahan Melaka . Adakah Belanda itu hanya menaung Melaka bukan menjajah?
3 ) Dalam tahun 1795 Melaka telah diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda kerana bimbang kemungkinan serangan Peranchis. Pulau Pinang adalah sebahagian dari Kedah, Francis Light telah menipu dan merampasnya dari Sultan Kedah juga tahun 1795. Singapura pula adalah takluk Johor, tetapi Stamford Raffles merampasnya dengan memujuk  Sultan Husin yang dibuang daerah dan melantik semula sebagai Sultan Johor, kemudian membuat perjanjian secara terpaksa dengan Raffles pada 6 Februari 1819.
4 ) Prof Zainal  menyatakan hanya Negeri-negeri Selat sahaja yang dijajah, bukankah asalnya Pulau Pinang, Singapura dan Melaka itu sebahagian dari Tanah Melayu, yang memecahkan Tanah Melayu kepada tiga bahagian,Straits Settlements,Federated Malay States dan Unfederated Malay States itu Penjajah Inggeris. Ini pun menunjukkan satu petanda dan bukti bahawa Tanah Melayu dijajah Inggeris!
5) Pada 20 Januari 1874 Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Sir Andrew Clarke Gabenor Negeri Selat dengan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak diatas kapal HMS Pluto di Selat Dinding, kawasan perairan antara Lumut dengan Pulau Pangkor (Prof Zainal telah menyatakan bahawa perjanjian tersebut ditandatangani di Singapura,ini satu kesilapan fakta atau penipuan yang disengajakan !) Perjanjian ini dengan secara langsung membenarkan Inggeris  mencampuri  urusan pemerintahan Negeri Perak . Persetujuan dan kebenaran  ini  merupakan kesilapan besar  Sultan Abdullah yang membawa kepada campurtangan dan penjajahan British.Apakah tindakan ini tidak  tercatat dalam perjanjian itu dan mencampuri urusan itu bukan penjajahan namanya? Kalau tidak dijajah kenapa Datuk Maharaja Lela dan orang-orangnya  boleh menentang dan membunuh Residen Inggeris J.W.W. Birch?Apakah perjuangan Pahlawan-pahlwan Melayu yang menentang Inggeris seperti Mat Kilau dan lain-lain itu bukan kerana tidak akur dengan penjajahan Inggeris?
6 ) Bermula dengan tiga buah negeri Melayu yang dipanggil Negeri Selat oleh penjajah Inggeris berlaku pula peristiwa di Perak, Inggeris terus berusaha untuk mendapatkan ( menjajah ) negeri-negeri Melayu yang lain dengan memujuk dan menipu Raja-raja Melayu serta menjadi orang tengah dalam peperangan saudara dikalangan negeri-negeri itu.Sebagai contoh Negeri Pahang, apabila berlaku pertembungan antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad, akhirnya Wan Mutahir kalah lantas British mengiktiraf Wan Ahmad sebagai Sultan dan bersetuju menerima Residen Inggeris, dikuatkan  pula dengan pembunuhan seorang China rakyat naungan British. Residen  J.P.Rodger yang ditempatkan di Pahang telah mencampuri urusan percukaian dan hasil Pahang, lantas ditentang oleh Dato Bahaman dan orang-orangnya  yang akhirnya dituduh sebagai pendurhaka kepada British dan Sultan. Apakah tindakan Residen  bukan sebagai penjajah? Bukankah Dato Bahaman itu bangkit menentang penjajah Inggeris!
7 ) Di Kelantan, salah satu Negeri yang tidak bersekutu, British telah campur tangan  dalam urusan tanah negeri  tahun 1909, Tok Janggut atau Haji Hasan Munas tidak bersetuju dan telah menentang dengan cara berjihad. Pada 25 April 1915 Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya  menyerang bandar Pasir Puteh dan bertempur dengan Pasukan Malay State Guides ( askar berbangsa Melayu  upahan British). Akhirnya pada 24 Mei 1915 Tok Janggut telah mati syahid, mayatnya digantung kepala kebawah dan diarak seluruh bandar Kota Bharu .  Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang  biadab,  zalim  dan mencampuri  urusan pemerintahan negeri.  Juga  berhasrat  terus menjajah seluruh Tanah Melayu!
8 ) Setelah seluruh Tanah Melayu dijajah,Raja- raja Melayu masih dikekalkan,kecuali Negeri-negeri Selat;  Penjajah British yang diwakili Residen  telah mengambil alih semua kuasa pentadbiran Negeri  kecuali urusan  Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.  Bidang ini kekal dibawah kuasa Raja-raja Melayu hingga kini. Inilah kesan dan implikasi dari penjajahan yang dikatakan tidak pernah  menjajah tadi!
9) Seawal tahun 1937 pula, era penentangan terhadap penjajah Inggeris telah bermula iaitu apabila Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) yang dipimpin oleh  Allahyarham Ibrahim Haji Yaakob telah ditubuhkan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Selain dari itu  banyak lagi pertubuhan orang-orang Melayu yang berjuang menentang Penjajah seperti PKMM,AWAS,API dan sebagainya. Akhirnya mereka ini dicap kumpulan kiri dan pro-komunis! Mereka ini bukan sahaja menjadi seteru Penjajah malah ditentang oleh UMNO yang pro-British pada ketika  itu.
10 ) Selepas Jepun menyerah tahun 1945, Parlimen British telah mencadang dan meluluskan  Gagasan Malayan Union tahun 1946. British menghantar Harold Mc Michael untuk memujuk Raja-raja Melayu supaya menerima cadangan itu untuk dilaksanakan  di Tanah Melayu. Mengetahui muslihat jahat PENJAJAH ini , orang-orang Melayu dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah  bangun menentang dengan membuat demonstrasi awam secara besar-besaran. Bukankah ini tandanya British menjajah Tanah Melayu! ( Catatan:  Dato Onn yang menubuhkan Umno 1946, meninggalkannya tahun 1951!)
11) Setelah Malayan Union gagal dikuatkuasakan, dalam tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan oleh British yang mengecualikan Singapura telah ditubuhkan , serentak dengan itu golongan pejuang kiri yang bukan dari Umno ditangkap,parti yang dianggap kiri diharamkan dan dharurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Ada diantara pemimpin ini yang lari, ada yang dipenjara dan ada yang bersekongkol dengan Parti Komunis.  Penjajah mesgisytiharkan perang terhadap komunis dan orang-orang yang bersekongkol dengan nya seperti Rashid Mahidin, Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh  dan lain-lain termasuk Mat Indera yang menjadi kontroversi sekarang.  Siapakah yang melakukan semuanya ini? pastinya Penjajah Inggeris!
12 ) Dalam tahun 1955 Pilihan Raya telah diadakan sebagai persediaan untuk kemerdekaan, kemudian Tunku dan kumpulan Perikatan telah pergi ke London untuk berunding menuntut kemerdekaan dengan Kerajaan British, tempat perundingan ialah di Pejabat Koloni British di London. Dalam tahun 1956 Tunku dan rombongan telah beberapa kali pergi ke London untuk berunding dan menetapkan tarikh KEMERDEKAAN.Kalau tidak dijajah kenapa berunding dengan Inggeris  dan  di Pejabat Koloni ?
13 ) Apabila hendak Merdeka, untuk menyelesaikan masalah penyatuan kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu, China dan India, diadakan Kontrak Sosial dan dijadikan asas Perlembagaan Tanah Melayu khususnya artikel 153. Penjajah Inggerislah yang bertanggung jawab dalam isu ini!
14 ) Dalam tahun 1956 Perlembagaan Negara hendak disesdiakan, Penjajah British melantik Lord Reid sebagai Pengerusi Panitia Penggubal, ahli-ahlinya ialah  Ivor Jenning dari England ,Hakim Malik dan Hakim Hamid dari India dan Pakistan. Tiada seorang pun wakil dari Tanah Melayu. Ini bermakna British yang  menentukannya sebagai penjajah yang berkuasa keatas Tanah Melayu! Kenapa pula Britiish yang merangka Perlembagaan Tanah Melayu?
15 ) Persetujuan telah dicapai bersama Kerajaan British,tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.  Pada tarikh tersebut satu sambutan besar-besaran telah diadakan dan Tunku Perdana Menteri Pertama telah melaungkan KEMERDEKAAN  sebanyak tujuh kali.  Kalau tidak dijajah mengapa ada kemerdekaan dan disambut tiap-tiap tahun mulai tarikh tersebut, cuma tahun 2011 sahaja digantikan dengan Hari Penubuhan Malaysia pada 16 hb September,  itu pun idea dan  saranan Pakatan Rakyat!
16 ) Orientalis mencatat sejarah kedatangan kuasa Barat ke Timur selepas Perang Salib tahun1097- 1292, bertujuan untuk membeli dan  berniaga rempah ratus, sebenarnya  tujuan hakikinya ialah untuk meluaskan tanah jajahan dan mengembang Ugama Kristian. Lantaran itu banyak negeri-negeri Timur yang dijajah dan  ramai anak negeri yang dikristiankan seperti di Indonesia, Filiphina, Tanah Melayu sendiri. Mereka mendirikan gereja,sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah sekular mereka serta menerapkan korukulum mereka dalam sistem pembelajaran dengan mengenepikan pelajaran Agama Islam. Dasar Pelajaran  hanya dipinda sedikit dengan Penyata Razak tahun 1956 dan diubahsuai oleh Penyata Rahman Talib 1960. Di Melaka contohnya terdapat kumpulan Serani hasil kacukan Melayu/Portugis, kumpulan ini hampir semuanya beragama Kristian,inilah hasil penjajahan dan proses kristianisasi yang dijalankan Penjajah . Selepas itu British pula menjalankan usaha yang sama tetapi lebih bercorak penjajahan minda dan diplomasi. Kita boleh lihat sendiri berapa ramai orang Melayu/Islam yang dimurtadkan contoh Natrah awal 1950an,Hartina Kamarudin,Asiah Bohari  dan lain-lain tahun 90an-awal 20an dan bagaimana pula sistem pemerintahan Negara dan corak peradaban masyarakat dan minda rakyat khususnya  pemimpin sekarang? Apakah ini bukan kesan penjajahan?
17 ) Negeri-Negeri Tanah Melayu pada asalnya Islam dan menjalankan Hukum Islam dalam pemerintahan , tetapi apabila dijajah ia menjadi sekular dan Islam tidak dipraktik lagi hingga sekarang walau pun terlepas dari NAUNGN British.  Hukum dan Peraturan Islam sudah menjadi asing walau pun kepada orang-orang  Islam sendiri  dan Negara kita yang pada asalnya Islam.  Gara-gara siapakah perkara ini berlaku, pastilah Penjajah!
Kesimpulan dari rasional dan fakta yang saya kemukakan diatas ternyata kenyataan Prof Zainal yang Tanah Melayu tidak dijajah itu suatu ungkapan yang tidak boleh dipercayai dan tidak  masuk akal orang yang tahu serta rakyat Malaysia yang prihatin. Saya berpendapat Prof cuma melakukan pengalihan tumpuan rakyat dari isu yang lebih besar yang melanda Negara dan kepimpinannya sekarang. Oleh kerana isu Mat Indera yang dikaitkan dengan komunis,  dibangkitkan oleh Mat Sabu seorang ahli politik alternatif, tindakan ini dilakukan oleh mempamirkan kesalahan Mat Sabu  kepada masyarakat bahawa beliau salah.   Apa yang dituntut ialah agar ahli sejarah tidak memadamkan peranan yang dimainkan oleh golongan lain dalam menuntut kemerdekaan bukan YTM Tunku dan orang-orang Umno sahaja.
Jelaslah tindakan Prof Zainal yang terlalu pro-Umno, cuba membutakan mata masyarakat khususnya orang-orang Melayu dan cuba menafikan golongan lain yang dianggap kiri dan pro-komunis itu telah mula berjuang menuntut kemerdekaan sejak tahun 1937  lagi, berbanding Umno yang berbincang dan  menerima kemerdekaan seawal tahun 50an sahaja iaitu selepas Umno bertukar pemimpin dari Dato Onn kepada YTM Tunku Abdul Rahman.
Kenyataan Prof itu ternyata salah dan palsu, tambahan pula YAB Timbalan Perdana Menteri telah memperakui Tanah Melayu telah dijajah seperti kenyataan beliau dalam parlimen pada 4 Oktober yang lalu, YM Dato Prof Zainal ternyata cuba mengabui mata rakyat seluruhnya. Sebenarnya fakta sejarah tidak boleh diubah, yang boleh hanya memasukkan fakta-fakta yang sengajakan ditinggalkan tentang perjuangan menentang penjajah dan perjuangan menuntut Kemerdekaan  oleh golongan yang dianggap penderhaka dan golongan  kiri yang dianggap pro-komunis!
“YANG LOREK ITU KENDI, YANG MERAH ITU SAGA,
YANG CANTIK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.
Terima Kasih, Wassalam!

Antara Isi-si penting Pembentangan Bajet 2012

1) Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2) Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3) RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
4) Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global
5) Gaji penjawat awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
6) Persaraan
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
7) Polis
  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
icon cool Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda? Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
9) Subsidi
  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
10) Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
11) Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
12) Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
13) Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
14) Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
15) Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
16) Simpanan persaraan – KWSP
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
17) Pinjaman TEKUN
  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
18) Penjawat Awam
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
19) Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20) Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Rumah Riba

Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?

by Staff Berita Semasa on October 8, 2011
skim rumah pertamaku Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?
Kami sememangnya agak terkejut dan hairan sehingga menimbulkan persoalan kepada kami, mengapa kerajaan bertindak menambahkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku daripada RM200,000 kepada RM400,000? Kami bukan berfikiran negatif semata, tetapi anda boleh lihat dan nilai sendiri keadaan dan realiti harga rumah sekarang. Di mana logiknya? Seolah-olah menambah derita rakyat yang ingin memiliki rumah yang hampir pasti memberikan “green light” untuk harga rumah meningkat berganda-ganda selepas ini…..
Pertamanya, kalau dilihat tujuan asal skim Rumah pertamaku ini diwujudkan, ia adalah untuk :
  • Menggalakkan pembelian rumah terutamanya oleh golongan-golongan muda, kerana golongan ini tak mampu membeli rumah lantaran harga rumah yang tinggi dan ketiadaan rumah mampu milik
  • Pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumhan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederahana
Dikhuatiri dengan kenaikan had pinjaman perumahan ini, selepas ini akan lebih banyak harga rumah yang akan melambung tinggi kerana harga hartanah/rumah amat mudah terdedah spekulasi dan ditambah dengan pengumuman seperti ini akan menjadikan akar spekulasi nilai hartanah “semakin kuat”. Sepatutnya masalah ini yang patut kerajaan selesaikan terlebih dahulu terutamnya permasalahan & persoalan mengapa harga rumah naik melampau-lampau, bukan sekadar hanya menaikkan had pinjaman semata-mata. Bagi kami ini hanya penyelesaian jangka pendek sahaja. Sebenarnya…..
Harga rumah boleh jatuh sebenarnya, jika berlaku situasi tiada permintaan berbanding penawaran yang dibuat.
skim rumah pertamaku4 Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?
Tetapi jikalau kerajaan menaikkan had pinjaman Skim Rumah Pertamaku, ini bermakna pemaju termasuklah REDHA sendiri akan melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang mampu membuat pinjaman walaupun sebenarnya mereka-mereka tiada kemampuan untuk “mengurus pinjaman” tersebut.
  • Harga rumah adalah berkadar langsung dengan pinjaman pembeli
  • Pemaju boleh letak harga yang tinggi (tak padan dengan nilai rumah tersebut) memandangkan situasi sekarang ramai pembeli dah ada duit (walaupun sebenarnya ialah hanya duit pinjaman) sehingga mereka mampu buat pinjaman yang tinggi.
  • Mereka tak fikir samada anda, anda dan anda semua ini sebagai pembeli mampu atau tidak. Itu sahaja….
  • Akhirnya harga rumah akan terus melambung tinggi, jadi pembeli kena buat pinjaman lebih.
  • Pemaju senyum, REDHA riang gembira (umpan sudah mengena), bank meluluskan pinjaman dengan mudah sambil tersengih manakala pembeli rumah pula yang merana dek kerana terhimpit dengan kadar keberhutangan yang tinggi
  • Kesian mereka pak menteri
Contoh yang tidak baik di negara-negara luar dah ada yang kita sepatutnya tidak mencontohinya. Antaranya ialah :
  • Masih tidak sedarkah apa yang berlaku di Sepanyol & Greece?
  • Masih tidak nampak lagikah pada tahun 2008 Amerika jatuh disebabkan hartanah?
  • Masih tidak sedarkah kita berlakunya negatif ekuiti kepada United Kingdom semasa awal 1990 an
  • Dan….masih tidak sedarkah kita apa yang berlaku kepada Jepun, sampai ke hari ini tak bangun-bangun lagi. Nasib baik puak-puak Jepun ini sanggup menambah produkiviti mereka sehingga rela tidur di stesen keretapi atau hanya balik rumah 2-3 hari sekali
Yang mana kita sebenarnya boleh terperangkap akhirnya kelak jika spekulasi hartanah yang semakin bermaharajelala tidak ditangani dengan tegas. Kerajaan juga diharap elakkan menambahkan lagi ruang dan peluang untuk meningkatkan lagi spekulasi hartanah. Apa yang kami tengok di sini adalah kerajaan lebih melihat masalah rakyat tak mampu nak beli rumah sahaja kurang menitikberatkan apa sebab, mengapa, kenapa disebalik rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah. Akhirnya kerajaan bertindak “mampukan” dengan cara pinjaman bergenerasi.
Kalau anda semua perasan, apa sebab kebanyakan kawasan perumahan baru, kedai-kedai setempat banyak yang kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. Apa sebab? Antara lainnya ialah kerana :
  • Kebanyakan isi rumah tidak banyak tidak banyak lebihan tunai untuk berbelanja
  • Akibatnya duit kurang berputar, ekonomi setempat kurang rancak. Jadi akhirnya pekerjaan pun akan jauh lebih rendah
  • Dan inilah yang sepatutnya kerajaan ambil perhatian
Bagi kami harga rumah bernilai RM400,000 itu “tidak sepadan” untuk golongan yang hanya bergaji RM3,000. Kalau kerajaan nak tolong golongan muda profesional untuk memiliki rumah pertama sendiri, kerajaan patut galakkan beli rumah pertama mereka pada kadar yang lebih munasabah daripada segi kewangan dan kedudukan mereka yang baru sahaja bekerjaya atau bekeluarga. Nama pun Skim Rumah Pertamaku.
  • Apabila sukar nak buat pinjaman kerana tahap pinjaman yang rendah setakat RM200,000 sahaja. Harga rumah yang tinggi daripada RM200,000 akan sukar untuk dijual dan akhirnya jatuh.
  • Dan…dengan syarat warga asing tidak boleh beli rumah pada paras harga yang kerajaan rasakan munasabah. Dan, kalau mereka nak beli pun, hanyalah leasehold sahaja
Apa yang kami nampak kerajaan sedar dan bimbang dengan aset bubble serta kadar keberhutangan rakyat Malaysia sangatlah tinggi. Tetapi semacam ada kesukaran untuk “berdepan dengan kelompok seperti REDHA”.
  • Kadar pinjaman rendah
  • Ditambah kemudahan pinjaman dalam sistem kewangan boleh menyebabkan harga rumah meningkat melebihi sustainable levels berdasarkan fundamental ekonomi
  • Sebagai contohnya ramai yang tak mampu, tetapi akhirnya “dimampukan” dengan hutang yang mudah dan banyak dengan harapan harga rumah akan terus meningkat.
  • Sampai meletup, akhirnya “semua kena getahnya”.
skim rumah pertamaku5 Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?Jadi kami tidak mahu jadi begitu. Nah….sekarang kita baru sahaja mendengar kenyataan REDHA yang mana harga rumah akan meningkat 20%. Dengan menaikkan had pinjaman dan kemungkinan permudahkan pinjaman untuk bayaran balik selama 3-4 generasi akan menyebabkan harga rumah makin tinggi… Naik bukan sebab harga kos yang meningkat tetapi sebab permintaan yang lebih… Kononnya bilangan rakyat yang mampu (dengan loan 3 keturunan) makin ramai. Penyelesaian jangka pendek inilah yang akan membuatkan keadaan lagi bertambah teruk.
Berapa ramai rakyat kebanyakan yang pada asalnya mampu beli rumah sehingga RM400,000? Mana ada orang beli rumah CASH zaman sekarang ini…
  • Rumah is MORTGAGE LOAN.
  • Rumah ialah aset milik bank selagi kita tak habis bayar
Di Malaysia, industri perumahan dan hartanah dilihat sukar untuk collapse/terjejas. Walaubagaimanapun tidak mustahil, jadi kenalah berhati-hati daripada sekarang. Antara sebab-sebab bagi mengelakkan hartanah di Malaysia terjejas ialah :
  • Pinjaman rumah boleh dipanjangkan sehingga 40 tahun.
  • Real Property Gain Tax (RPGT) 5%, cukai dikurangkan untuk pinjaman perumahan dan pelbagai lagi supaya rakyat tak ‘terbeban’ jikalau berlakunya kejatuhan harga rumah
Jadi ianya merupakan satu lingkaran kebejatan:
  • Insentif + cheap financing menggalakkan spekulasi melampau
  • Apabila rakyat Malaysia dah tidak mampu, kerajaan masukkan pula di mana pinjaman boleh dipanjangkan sehingga 35 dan 40 tahun.
Persoalannya di sini, kalau dah lepas pakai terma 40 tahun pinjaman pun kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mampu lagi, dikala harga rumah melambung tinggi, apa langkah & inisiatif kerajaan akan ambil supaya rakyat tak ‘terbeban’ apabila berlakunya kejatuhan harga rumah? Harga rumah dari RM400k contohnya jatuh dalam RM200k, tetapi peminjam tetap kena bayar 400k? Pernah terpikir?

Dan kami merasakan masih belum terlambat lagi untuk kerajaan memperbetulkan situasi hartanah yang berlaku sekarang ini.

P/S : Dan kami tinggalkan ruang dan peluang untuk anda melontarkan pendapat samada cadangan menaikkan had pinjaman perumahan Skim Rumah Pertamaku relevan atau tidak dan apa sebab anda memilih jawapan sedemikian?

Khamis, 6 Oktober 2011

Proton Exora

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:

However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it’s direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000?

TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah”

Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti import yang begitu tinggi kepada semua kereta import.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahathir dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insuran, road tax, mantenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti import.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Selasa, 4 Oktober 2011

N95

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya …