Jumaat, 28 Oktober 2011

fizik plane

Seorang murid pernah bertanya kepada gurunya tentang bagaimana melihat dan berfikir akan Allah melalui badan diri sendiri. Maka gurunya berkata, berfikirlah bagaimana darah-darah yang cair membawa ribuan zat-zat dan kebaikan pada jutaan sel yang diedarkan melalui sistem peredaran darah. Dan lihatlah juga bagaimana badan memberi tindak balas pada stimuli. Begitu lah ciptaan Allah bila dicipta oleh yang Maha Kuasa. Mata menjadi saksi akan ketinggian ilmu-ilmu Allah dan otak yang berfikir mampu memberi kesimpulan kepada hati yang menginsafi akan kebesaran Allah.

Namun, tidak semua yang tidak zahir pada mata tidak dapat difikir oleh otak. Murid yang sama bertanya pada gurunya selepas 2 bulan mempelajari tentang tajuk biologi tadi tentang dunia fizik. Soalannya sama, apakah melihat dan berfikir akan Allah itu wajar melalui dunia fizik? Dunia fizik penuh dengan imaginasi dan sesuatu yang jarang memperlihatkan sebagai unsur yang begitu zahir di mata kasar atau di lensa mikroskop.
Apabila bercakap tentang udara, fizik membahaskan tentang jirim. Begitu juga apabila bercakap tentang air dan pepejal. Zarah-zarah yang liar dan tidak tersusun membentuk udara. Namun, mata tidak nampak udara. Meskipun begitu, persoalannya adakah mata sebenarnya tidak nampak zarah?
Mata sebenarnya tidak nampak jika tiada warna. Apa juga bahan yang tidak berwarna adalah lutsinar. Oleh itu, mata sebenarnya melihat warna. Maka dengan itu, apabila ahli fizik menggunakan udara berwarna seperti asap untuk mengkaji tentang udara. Begitulah dunia fizik yang menerangkan keindahan kebijaksanaan dan kebesaran Allah melalui eksplorasi imaginasinya.
Memikirkan pada udara, ia terapung dan bergerak lalu menjadi angin. Di mana angin berpaut untuk melawan graviti bumi? Angin terapung dan bergerak ke sana sini, merempuh daun-daun pohon, meniup air lautan membentuk ombak dan membawa awan ke sana ke mari. Allah ciptakan angin tidak berpaut seperti monyet berpaut di dahan. Pada zahirnya angin tidak berpaut seperti kapal terbang yang manusia ciptakan.
Dunia fizik menjadikan sifat angin yang Allah ciptakan ini untuk manusia mencipta kapal terbang. Tewas ciptaan manusia kerana masih bergantung pada ciptaan yang Maha Esa.
Kapal terbang bergantung pada sayapnya. Tanggalkan sayap kapal terbang, maka tiada lagi kemampuannya untuk terbang di angkasa.
Kapal terbang yang terbang bergantung pada sayapnya yang membentuk daya-daya yang mengangkat sayap dan seterusnya mengangkat kapal terbang. Sayap kapal terbang lahir dari dunia imaginasi fizik yang menginginkan satu keadaan yang membolehkan daya-daya itu terbentuk. Maka, sayap kapal terbang dicipta berbentuk aerofoil.
Daya tarikan graviti bumi mesti ditewaskan bagi memungkinkan kapa terbang diangkat ke angkasa. Maka, daya angkatlah yang perlu dicipta oleh sayap kapal terbang.
Daya angkat ini datangnya dari udara yang Allah ciptakan. Udara yang memenuhi ruang angkasa berlanggar pada atas dan bawah sayap membentuk dua tekanan udara berbeza. Perbezaan tekanan ini adalah penentuan antara daya grativiti dapat ditewaskan atau tidak oleh daya angkat.
Bentuk sayap kapal terbang yang aerofil membentuk dua kelajuan udara yang berbeza. Udara di sebelah atas sayap bergerak lebih perlahan akan membentuk tekanan udara yang lebih rendah dan di sebelah bawah sayap pula, udara bergerak lebih laju maka membentuk tekanan udara yang lebih tinggi. Tekanan yang tinggi akan menolak sayap ke atas kerana sifat udara yang berlainan tekanan akan cuba meneutralkan tekanannya dengan bergerak ke arah tekanan rendah iaitu di kawasan bertekanan rendah di atas sayap.
Kapal terbang tidak mampu terbang tinggi pada hari ini tanpa imaginasi dan uji kaji fizik yang berterusan. Berabad-abad lamanya manusia mengimpikan untuk terbang di langit. Dari nama yang tersohor seperti Da Vinci dan Wright the brothers mewarnai dunai fizik angkasa. Mereka ini yang berfikir dan melihat alam untuk berimaginasi dalam mencari solusi bagi memenui impian manusia seluruh dunia.
Wright the brothers atau nama individunya adalah Orville Wright dan Wilbur Wright, memerhati bagaimana burung terbang dan membuat catatan mengenainya. Ini juga secara tidak langsung bermaksud burung-burung yang terbang di angkasa juga bergantung pada udara. Lalu Wright memerhati secara terperinci akan mekanikal burung yang membolehkan burung stabil ketika di udara. Sekali lagi fizik memberikan inspirasi melalui dunia imaginasi fizik mekanikal. Ini kerana teori dari sesuatu perkara lain perlu difikirkan dan melalui proses imaginasi sebelum berjaya dipadankan pada permasalahan semasa.
Sifat terpenting udara adalah jirimnya bebas bergerak, boleh dipadatkan dan membentuk tekanan pada keadaan tertentu. Allah mencipta udara demikian rupa agar manusia boleh menggunakan udara dalam menyelesaikan masalah manusia. Akan tetapi, manusia perlu menggunakan akal yang juga dikurniakan Allah. Mereka yang menggunakan akal dalam mencipta kapal terbang adalah seperti Wright the brothers yang mengutarakan idea penerbangan pada awal tahun 1900an, Leonardo da Vinci pula dengan “flying machines” pada 1485 dan Ibn Firnas (Abbas Qasim Ibn Firnas) pada tahun 1000an. Mereka juga merupakan ahli-ahli fizik yang berjaya mengkaitkan alam dalam penyelesaian permasalahan manusia. Namun, adakah mereka menyaksikan juga kebesaran Allah SWT pada masa yang sama? Saya begitu yakin pada Ibn Firnas telah menyaksikannya kerana itu Ibn Firnas juga berjaya mencipta jam air, lensa dan rantaian besi bagi membuktikan pergerakan planet dan bintang, dan terpenting Ibn Firnas adalah seorang Muslim.
Dunia fizik tidak hanya sekadar sains. Dunia fizik bagi seorang Islam adalah pembuktian bahawa Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Kuasa. Allah mencipta medium yang begitu mudah iaitu udara. Di setiap lokasi dan situasi, medium yang mudah ini mampu memberi applikasi tertentu dan berguna kepada permasalahan manusia. Dengan udara, manusia kini mampu terbang seperti burung. Dengan kebiksanaan dan kebesaran Allah, Allah menciptakan dua perkara terpenting bagi membolehkan manusia terbang seperti burung pada hari ini iaitu udara dan akal manusia.

sumber: notafikir.com

doa dhuha

Ya Allah,
Sesungguhnya
waktu dhuha itu dhuha-Mu,
kecantikannya kecantikan-Mu,
keindahannya keindahan-Mu,
kekuatannya kekuatan-Mu,
kekuasaannya kekuasaan-Mu,
perlindungannya perlindungan-Mu,

Ya Allah,
jika rezekiku masih dilangit turunkanlah,
jika dibumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika jauh dekatkanlah
jika haram sucikanlah,

berkat waktu dhuha
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.
Amiin

hospital gomen

Oleh; Ak-47
BILA sebut mengenai hospital kerajaan, yang akan terlintas di pemikiran kita semua ialah perkhidmatan yang lambat dan tidak berkualiti.
Segalanya negatif belaka mengenai hospital kerajaan sahaja yang akan timbul.

Namun, benarkah begitu?
Hanya kerana sebahagian kita sudah mampu berubat di hospital swasta, maka kita memiliki kecenderungan yang tinggi untuk memandang rendah pada hospital kerajaan.
Penulis tidak nafikan hospital kerajaan memang ada kelemahan.
Namun…teruk sangatkah kelemahan hospital-hospital kerajaan?
Puluhan tahun lalu mungkin la teruk…namun kini, layanan yang diberikan adakalanya jauh lebih baik daripada hospital swasta.

Kakitangan hospital swasta kekadang lagi cam haram jadah perangai.
Cuma di hospital kerajaan tu masalahnya terlalu ramai orang datang ambik ubat.
Yang tidak berkemampuan tidak apa….ni tokey-tokey Cina yang kaya raya pun sanggup berbaris nak ubat free.
Bila terlalu ramai…tentulah jadi lambat….tentu ada kekeliruan…tentu ada masalah.
Penulis ada terbaca dalam beberapa blog yang mempersoalkan mutu perkhidmatan hospital kerajaan yang dibandingkan dengan hospital swasta yang dibayar.

Hukum dunia ni kalau anda sanggup keluar duit…mestilah anda akan dapat yang lebih baik.
Namun jangan lupa ok….hospital swasta pun ada masalah juga. Hospital swasta pun ada melakukan kesilapan dalam rawatan.
Itu belum kira hospital yang tahu nak buat ujian-ujian kesihatan yang tidak perlu semata-mata nak cekau duit kita.
Deman sikit …bagi antibiotik…batuk sikit bagi antibiotik….lepas tu bil beratus…
Antibiotik dah macam ubat wajib bagi wajib makan ….pasal apa? Untung lebih la bagi ubat camtu…

Nak bersalin susah sikit…terus keluar pisau nak belah perut….
Pantang ada peluang nak kikis duit kita…walaupun adakalanya insuran perubatan atau syarikat yang tanggung….namun hakikatnya kita tetap jadi macam bahan eksperimen atau mesin penghasil duit untuk hospital swasta.
Dah habis kikis…nanti kakitangan hospital swasta tolong la hantar sampai kereta dengan senyuman plastik buat-buatan….

Hospital kerajaan akan hanya bagi ubat-ubat yang benar-benar perlu sahaja…tidak ada pembaziran. Badan kita pun tidaklah terdedah kepada dadah perubatan yang bukan-bukan atau dalam dos yang terlalu tinggi.
Itu satu daripada aspek perubatan kerajaan yang ramai terlepas pandang atau gagal untuk faham.

Untuk pihak yang duk mengutuk hospital kerajaan…jangan lupa…pandang atas sikit…mak bapak kau orang tu silap hari adalah antara pengunjung setia hospital itu.
Sebahagian besar kau orang tu pun lahir kat hospital kerajaan….tangan yang kau orang duk kutuk tu la yang sambut kau orang dulu.

Pak sedara kau kat kampung yang takda insurans perubatan tu…muka tulah antara yang paling setia ambik ubat.
Dalam keburukan hospital kerajaan….percayalah…semua kita dan keturunan kita pasti ada terhutang nyawa dan budi dengan hospital kategori itu.

Untuk yang tidak pernah ke hospital kerajaan…tahu mengutuk aje…sila pergi sekali ke wad kecemasan mana-mana hospital…tengok macam mana kakitangan dia berkerja dan bandingkan gaji yang diaorang dapat….

Dapat tengok sendiri berapa ramai yang dibantu setiap hari. Dapat jugak nilai berapa banyak yang kerajaan belanjakan untuk meringgankan beban rakyat.
Mungkin masa tu kau orang akan terdetik di hati….bukan semuanya buruk di hospital kerajaan.

Gaji Menteri

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:


1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00


Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja..

Lain-lain kemudahan:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang..

sumber : http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=9104

Pensyarah dan pelajar

KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.
Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.
“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.
“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pensyarahmintatubuh/Article/index_html

ulasan teman:
baca boleh. percaya ..nanti dulu.... ada 4 orang saksi..? lagi satu... cara berpakaian... ada amik kira? nafsu bila dah bangkit... dia jadi macam rimau... fikirlah sendiri... lagi satu... naper pelajar tu datang seorang diri..?? mana rakan2 yg lain...??? bila dah berlaku.. baru nak sibuk cari salah orang lain... zaman sekarang adalah zaman 100000001 fitnah. so berwaspada jangan sampai menjatuhkan maruah dan membuka aib org lain.