Namun, tidak semua yang tidak zahir pada mata tidak dapat difikir oleh otak. Murid yang sama bertanya pada gurunya selepas 2 bulan mempelajari tentang tajuk biologi tadi tentang dunia fizik. Soalannya sama, apakah melihat dan berfikir akan Allah itu wajar melalui dunia fizik? Dunia fizik penuh dengan imaginasi dan sesuatu yang jarang memperlihatkan sebagai unsur yang begitu zahir di mata kasar atau di lensa mikroskop.
Apabila bercakap tentang udara, fizik membahaskan tentang jirim. Begitu juga apabila bercakap tentang air dan pepejal. Zarah-zarah yang liar dan tidak tersusun membentuk udara. Namun, mata tidak nampak udara. Meskipun begitu, persoalannya adakah mata sebenarnya tidak nampak zarah?
Mata sebenarnya tidak nampak jika tiada warna. Apa juga bahan yang tidak berwarna adalah lutsinar. Oleh itu, mata sebenarnya melihat warna. Maka dengan itu, apabila ahli fizik menggunakan udara berwarna seperti asap untuk mengkaji tentang udara. Begitulah dunia fizik yang menerangkan keindahan kebijaksanaan dan kebesaran Allah melalui eksplorasi imaginasinya.
Memikirkan pada udara, ia terapung dan bergerak lalu menjadi angin. Di mana angin berpaut untuk melawan graviti bumi? Angin terapung dan bergerak ke sana sini, merempuh daun-daun pohon, meniup air lautan membentuk ombak dan membawa awan ke sana ke mari. Allah ciptakan angin tidak berpaut seperti monyet berpaut di dahan. Pada zahirnya angin tidak berpaut seperti kapal terbang yang manusia ciptakan.
Dunia fizik menjadikan sifat angin yang Allah ciptakan ini untuk manusia mencipta kapal terbang. Tewas ciptaan manusia kerana masih bergantung pada ciptaan yang Maha Esa.
Kapal terbang bergantung pada sayapnya. Tanggalkan sayap kapal terbang, maka tiada lagi kemampuannya untuk terbang di angkasa.
Kapal terbang yang terbang bergantung pada sayapnya yang membentuk daya-daya yang mengangkat sayap dan seterusnya mengangkat kapal terbang. Sayap kapal terbang lahir dari dunia imaginasi fizik yang menginginkan satu keadaan yang membolehkan daya-daya itu terbentuk. Maka, sayap kapal terbang dicipta berbentuk aerofoil.
Daya tarikan graviti bumi mesti ditewaskan bagi memungkinkan kapa terbang diangkat ke angkasa. Maka, daya angkatlah yang perlu dicipta oleh sayap kapal terbang.
Daya angkat ini datangnya dari udara yang Allah ciptakan. Udara yang memenuhi ruang angkasa berlanggar pada atas dan bawah sayap membentuk dua tekanan udara berbeza. Perbezaan tekanan ini adalah penentuan antara daya grativiti dapat ditewaskan atau tidak oleh daya angkat.
Bentuk sayap kapal terbang yang aerofil membentuk dua kelajuan udara yang berbeza. Udara di sebelah atas sayap bergerak lebih perlahan akan membentuk tekanan udara yang lebih rendah dan di sebelah bawah sayap pula, udara bergerak lebih laju maka membentuk tekanan udara yang lebih tinggi. Tekanan yang tinggi akan menolak sayap ke atas kerana sifat udara yang berlainan tekanan akan cuba meneutralkan tekanannya dengan bergerak ke arah tekanan rendah iaitu di kawasan bertekanan rendah di atas sayap.
Kapal terbang tidak mampu terbang tinggi pada hari ini tanpa imaginasi dan uji kaji fizik yang berterusan. Berabad-abad lamanya manusia mengimpikan untuk terbang di langit. Dari nama yang tersohor seperti Da Vinci dan Wright the brothers mewarnai dunai fizik angkasa. Mereka ini yang berfikir dan melihat alam untuk berimaginasi dalam mencari solusi bagi memenui impian manusia seluruh dunia.
Wright the brothers atau nama individunya adalah Orville Wright dan Wilbur Wright, memerhati bagaimana burung terbang dan membuat catatan mengenainya. Ini juga secara tidak langsung bermaksud burung-burung yang terbang di angkasa juga bergantung pada udara. Lalu Wright memerhati secara terperinci akan mekanikal burung yang membolehkan burung stabil ketika di udara. Sekali lagi fizik memberikan inspirasi melalui dunia imaginasi fizik mekanikal. Ini kerana teori dari sesuatu perkara lain perlu difikirkan dan melalui proses imaginasi sebelum berjaya dipadankan pada permasalahan semasa.
Sifat terpenting udara adalah jirimnya bebas bergerak, boleh dipadatkan dan membentuk tekanan pada keadaan tertentu. Allah mencipta udara demikian rupa agar manusia boleh menggunakan udara dalam menyelesaikan masalah manusia. Akan tetapi, manusia perlu menggunakan akal yang juga dikurniakan Allah. Mereka yang menggunakan akal dalam mencipta kapal terbang adalah seperti Wright the brothers yang mengutarakan idea penerbangan pada awal tahun 1900an, Leonardo da Vinci pula dengan “flying machines” pada 1485 dan Ibn Firnas (Abbas Qasim Ibn Firnas) pada tahun 1000an. Mereka juga merupakan ahli-ahli fizik yang berjaya mengkaitkan alam dalam penyelesaian permasalahan manusia. Namun, adakah mereka menyaksikan juga kebesaran Allah SWT pada masa yang sama? Saya begitu yakin pada Ibn Firnas telah menyaksikannya kerana itu Ibn Firnas juga berjaya mencipta jam air, lensa dan rantaian besi bagi membuktikan pergerakan planet dan bintang, dan terpenting Ibn Firnas adalah seorang Muslim.
Dunia fizik tidak hanya sekadar sains. Dunia fizik bagi seorang Islam adalah pembuktian bahawa Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Kuasa. Allah mencipta medium yang begitu mudah iaitu udara. Di setiap lokasi dan situasi, medium yang mudah ini mampu memberi applikasi tertentu dan berguna kepada permasalahan manusia. Dengan udara, manusia kini mampu terbang seperti burung. Dengan kebiksanaan dan kebesaran Allah, Allah menciptakan dua perkara terpenting bagi membolehkan manusia terbang seperti burung pada hari ini iaitu udara dan akal manusia.
sumber: notafikir.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan