Selasa, 18 Oktober 2011

doa abu darda'





Abu ad-Darda diberitahu bahawa rumahnya terbakar, namun beliau menegaskan bahawa rumahnya tidak terbakar.dan berulang 3kali orang bgthu yg rumahnya terbakar. Kali ke 4 org dtg bgth mmg kampung kamu terbakar tetapi apabila sampai ke rumah kamu,api tiba2 terpadam. Org itu bertanyakan kepadanya bagaimana dia begitu yakin rumahnya tak terbakar. Abu Darda menyatakan bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w bersabda mafhumnya bahawa sesiapa yang membaca kalimat zikir ini pada pagi hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan ditimpa mudharat hingga ke petang. Dan sesiapa yang membaca kalimat zikir ini pada petang hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan ditimpa mudharat hingga ke pagi hari.

"Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil karim masyaAllahu kaa na wamalam yasyaklam yakun, wala haula wala quwata ila billahil 'aliyyil 'azim ‘Aklamu annallah ha ‘ala kulli syaiinn qadir Wa annallah ha qod aha tho bikulli sya in 'ilma.Allahumma inniiiiii a'uzubika min syarrinafsi wamin syarrikulli daaabatin anta akhizu bina shiyatiha, inna rabbi 'ala sirratimmustaqim"
Terjemahan mafhumnya:
“Ya Allah! Engkaulah Tuhan tiada tuhan selain Engkau. Ke atasMu aku bertawakkal dan
Engkau pemilik A’rash yang agung.
Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki tidak akan
berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan agung.
Aku mengetahui bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu dan Allah telah meliputi
segalanya akan ilmu.
Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan
segala makhluk yang mana Engkau memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku
di atas jalan yang lurus”.
Baca bermula dari ALLAHUMMA... sehingga ....mustaqim.. INSYAALLAH kita amal dan sampaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan