Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan “mereka-mereka” yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan “pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan” sehingga begitu mudah :
- Mendapat anugerah projek-projek mega diberikan secara terus kepada mereka
- Atas nama kuasa & pengaruh juga, mampu beli berjuta unit saham. Ehem…
- Rakyat kebanyakan punyalah ramai yang bercita-cita tinggi hendak jadi usahawan bagi memulakan perniagaan, tetapi bantuan perniagaan termasuklah bantuan kewangan punyalah sukar untuk dipertimbangkan. Tetapi……
Tetapi….ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.“Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri,” katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. (sumber : Malaysiakini)
Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun. Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :
- Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
- Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
- Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
- Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
- Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
- Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
- Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Jikalau anda perhatikan gambar di atas, pastikan anda akan mengesan siapakah menteri yang dimaksudkan ini. Ya…..gambar di atas merupakan anak kepada menteri tersebut. Kalau sebelum ini, Malaysia amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India. Sehinggalah projek fidlot peringkat nasional/kebangsaan yang berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah diperkenalkan :
- Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu (fidlot) secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.
- Projek usahasama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas
- Di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di keluasan tanah 2000 hektar
- Menjadi pembekal daging lembu segar dalam negara serta mampu menjadi pengeksport utama daging segar
Dan projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana . Yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari (kiri), Wan Izzana Salleh selaku Pengarah Ekskutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izran Salleh. Wan Izzana Salleh pada ketika “menerima anugerah” melaksanakan projek melibatkan pelaburan sejumlah RM250 juta ini sahaja berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran seperti ini
Kalau anda teragak nak makan “daging’ yang sedap dan lembut”; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ia turut dimilki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Di bawah ini merupakan sebahagian gambar atas lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin ke Pusat Fidlot Nasional Gemas. (Gambar : N9kini.com)
Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi?
Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat “manfaatnya”. Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?
sumber: beritasemasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan