Rabu, 19 Oktober 2011

hutang 362B


Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit. 
  • Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
  • Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan hutang negara)
  • Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang negara)
Daripada mana datangnya sumber hutang dalam negara (pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia)?
  • Terbitan Bil Perbendaharaan
  • Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK)
  • Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM)
  • Pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan
  • Terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.
Dan…..daripada mana datangnya pula sumber hutang dalam negara (sumber pasaran modal antarabangsa)?
  • Terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia
  • Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam
  • Bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar
Semua angka-angka rasmi seperti di atas adalah merupakan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Walaubagaimanapun kajian yang dilakukan oleh badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) menjangka sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, tidak mustahil hutang negara Malaysia boleh mencecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) menjelang tahun 2020. Buat masa ini, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.
Tetapi dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA menjangka dengan bayaran faedah sahaja hutang negara Malaysia akan menjadi RM50 bilion setahun.
Setakat ini Laporan Ketua Audit Negara belum lagi didedahkan kepada parlimen (rakyat) yang sepatutnya dibentang semasa Bajet 2012. Walaubagaimanpun, selepas 2 minggu sidang parlimen bersidang, laporan ketua Audit Negara dijangka akan dibentangkan di parlimen.
Mungkin kami boleh petik semula kenyataan daripada Datuk Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan), pada 29 Mac 2011 di Dewan Rakyat yang mana hutang negara berada pada paras RM407.1 billion iaitu 52.7% Daripada KDNK.
KUALA LUMPUR, March 29 — The country’s debt last year amounted RM407.1 billion or 53.1 per cent of Gross Domestic Product (GDP) and is no cause for worry, Dewan Rakyat heard today. Deputy Finance Minister Datuk Awang Adek Hussein said of the amount, RM390.4 billion or 96 per cent was internal while RM16.7 billion or four per cent was external debt.
“Concern should be on foreign debt but at only four per cent, it is not worrying. Our GDP ratio is much lower than others including developed countries,” he said when winding up debate on the ministry’s Supplementary Supply Bill (2010) 2011.
Awang Adek said the debts were from loans to finance the deficit and finance development projects. The loans will generate revenue to the government as it is an investment.
“The returns will be higher. This is normally the case except during an economic slowdown.” — Bernama
Kalau kita nak bandingkan negara dengan negara maju yang lain yang turut mngalami hutang. Tetapi persoalannya hutang yang bagaimana? Contohnya, Amerika hutang sudah sampai tahap yang mereka tidak akan mampu untuk  membayarnya semula. Kemudian negara-negara lain seperti :
Adakah ini satu contoh yang nak dibuatkan perbandingan? Berbalik kepada kenyataan Awang Adek yang mengatakan “projects are investment that will generate returns”, sepatutnya fungsi kerajaan adalah tadbirurus. Bukan projek ke hulu dan projek ke hilir. Projek sana, projek sini. Adakah betul mentaliti :
“buat pelaburan untuk rakyat” sebagai ganti untuk “berkhidmat utk rakyat”
Kenapa isu hutang negara Malaysia timbul? Sebab kerajaan dilihat sudah salahguna istilah yang diberi nama “pump-priming”. Pump-priming ialah perbelanjaan melebihi kemampuan (bajet defisit) bila kitaran ekonomi negara Malaysia sendiri kurang rancak
Pump-priming bukan dibelanjakan untuk bertahun-tahun secara berturut-turut bagi menutup kelemahan tadbirurus kerajaan.  Dan disebabkan ini jugalah mendorong mentaliti kerajaan “suka atau tidak” terpaksa “melabur untuk mendapatkan pulangan”
GDP = C (consumption) + G (perbelanjaan gomen) + I (pelaburan) + [X (ekspot) - M (impot)]
Berkenaan isu ‘pump-priming’ ini, ianya perbelanjaan lebihan kerajaan yang biasa digunakan apabila kitaran ekonomi ke bawah. Konsepnya ialah untuk mengurangkan impak penguncupan ekonomi (pengangguran, bankrupsi,dan lain-lain lagi)
Nobel Laureate: “Goverment intervention in economy is a form of corruption”.
Fungsi kerajaan sediakan infrastruktur, persekitaran. Bukan kerajaan buat projek-projek yang terbukti merugikan negara termasuk beberapa bailout yang menyebabkan hutang negara semakin bertambah sehingga boleh membebankan rakyat yang turut terheret sama.
Hutang kerajaan = Hutang rakyat juga
Apabila infrastruktur ada, persekitaran cukup kondusif, bermakna tiadanya aliran keluar melampau dana pelaburan tempatan. Tidak perlu kerajaan bagi CUKAI PERCUMA sehingga 12 tahun untuk projek Lynas di Pahang untuk tujuan menanam dana. Dan negara takkan sampai ke tahap hutang kronik seperti ini JIKA kerajaan tidak menghabiskan dana untuk berniaga, projek-projek dan projek…
Hasilnya? Adakah negara Malaysia berada dalam kalangan negara terbaik di Asia Tenggara? Apatah lagi di Asia? Di dunia pula?
Negara Indonesia satu contoh baik reformasi ekonomi. Perjalanan perit pasca Suharto; dan disiplin serta wawasan Ibu Mulyani meletakkan Indonesia di landasan yang betul. Framework semua dah siap. Tinggal perlaksanaan sahaja…
Memang perjalanan untuk Indonesia masih jauh, tetapi boleh pertimbangkan fakta dan data ini :
  • Hutang negara Indonesia kepada GDP rendah
  • 60% GDP Indonesia adalah domestik
  • Indonesia adalah ‘under-banked’ Malaysia; potensi untuk perkembangan pesat ekonomi yang dipandu melalui pertumbuhan kredit adalah satu pilihan yang belum digunapakai
Apa pengajaran yang Malaysia boleh ambil?
  • Kembangkan permintaan domestik
  • Perkasakan agihan pecahan ekonomi kepada rakyat
  • Permintaan demestik yang tinggi + lebih banyak mengawal atas faktor fungsi ekonomi
Sepatutnya kerajaan bertindak bagaimana nak mencari jalan untuk mengurangkan hutang, bukannya menambahkan lagi bebanan hutang negara Malaysia atas dasar kononnya untuk perkembangan ekonomi dan pelaburan. Untuk Malaysia meminjam sedikit sebanyak mungkin sebenarnya satu keperluan bagi menampung perbelanjaan pembangunan. Namapun negara membangun kan? Sebab itu, projek penswastaan dijalankan. Supaya kerajaan tidak perlu banyak berhutang.  Asas kerajaan berhutang :

sumber: beritasemasa.com
  • Apabila melibatkan perbelanjaan kerajaan TERUTAMANYA melibatkan pembangunan (development expenditure)
  • Tetapi kalau duit tersebut dipinjam untuk perbelanjaan pengurusan (operating expenditure); itu memang salah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan