Isnin, 17 Oktober 2011

Kolej Legenda

 Bukankah Timbalan Ketua Polis Negara berasal dari Mantin, Negeri Sembilan? Sepatutnya kes pelajar asing yang mengganggu ketenteraman penduduk awam terutama di kampung Timbalan Ketua Polis Negara ini tidak sepatutnya berlaku.

 

Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin
16 Okt 2011  

Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan 

Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan.  
Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria.

Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda. 

Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk. 

Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah.  

Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.  Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan ini.  

Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita. 

Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga disini.Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami.  

Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA MERUPAKAN DATO’ DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang sebenarnya terjadi. 

Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami.  

Saya rasa ‘bom waktu’ ini tidak lama lagi akan meletup.  Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini. 

Warga Mantin yang prihatin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan