Sabtu, 15 Oktober 2011

Wahai hawa

WAHAI HAWA!!! Wahai Hawa, Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa..mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ? dan kenapa..masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya? Wahai Hawa, Sedarlah..Tangan yang menggoncang buaian..boleh menggoncang dunia, Sedarlah hawa..kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa.. 


Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Wahai Hawa, Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. Wahai Hawa, 


Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya. Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Wahai Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, 


Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan Ad-dinnya...Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. 


Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH..dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. 


Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu..kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali..tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam...... “Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan