Khamis, 5 Januari 2012

Mesia 2012

ekonomi malaysia 4 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!
Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2012, seperti biasa ayat yang akan keluar adalah azam bagi tahun 2012 ini ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Harap begitulah…..Walaubagaimanapun, selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?
Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu….
ekonomi malaysia 7 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada negara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan  Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-kain lagi. Bank yang jadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank (Nak tahu lebih lanjut, anda boleh totnon dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:
Individu A pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit. Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.
Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “ah long” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
ekonomi malaysia 3 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Pembaziran-pembaziran seperti ini patut dihapuskan. Apabila dah diketahui ramai, bukan kata nak diberikan hukuman, siasatan pun seperti”melepaskan batuk ditangga”. Kebal sungguh mereka ini. Ingat, rakyat terus memerhati…..
Kemudian antara bangunan 10 tingkat ke bawah dengan bangunan yang berpuluh-puluh tinggi, mana satu yang jadi pilihan anda?
  1. bina bangunan empat tingkat yang cantik dan selesa serta mempunyai kawasan lapang dan yang paling pentingnya jalan kurang sesak atau
  2. bina KLCC sebagai mercu tanda negara tetapi akhirnya jalan sesak teruk. Nak pergi kerja pun susah
Kita Malaysia bukan tak cukup tanah, lainlah negara jiran kita Singapore. Buat bangunan tinggi melangit ini akan mengakibatkan kepadatan populasi menjadi tinggi dan menjadikan taburan ekonomi bagai “langit dan bumi”. Sebenarnya, ia hanyalah untuk tujuan komersial tanpa mempedulikan kehidupan sosial penduduk lain.
Siapa kata kalau nak jadi negara maju, mesti ada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Asia dan juga lapangan terbang yang tercantik & terbesar di Asia. Adakah itu sudah cukup menjadi penanda aras untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara maju? Cubalah lihat Britain atau New Zealand contohnya :
  • Berapa banyak bangunan pencakar langit yang mereka ada?
  • Lapangan terbang mereka ibarat seperti hypermarket sahaja.
  • Adakah negara mereka yang suatu ketika dahulu mahu mencapai pendapatan tinggi terpaksa mengenakan cukai tinggi yang pelbagai kepada rakyat mereka seperti cukai GST? Cukai kenderaan sehingga 300%? Cukai jalan + insuran beratus hingga beribu ringgit ikut cc kereta?  Adakah Tol di lebuhraya yang sentiasa dinaikkan oleh kerajaan mereka atas nama perjanjian walaupun dah lebih 20 tahun konsesi. Adakah cara begitu yang digunakan mereka?
  • Tetapi yang menariknya adakah akhirnya rakyat New Zealand sentiasa diberitahu bahawa mereka adalah rakyat First World Country tapi mentaliti Third World Country?
Sekali lagi, kalau nak tunjukkan negara kita maju bukan dengan bangunan tetapi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang setaraf dengan pesaing kita suatu ketika dahulu, Korea Selatan. Sekarang? Jadi…..ayuh bangkit semula Malaysia.
“Manusia takkan takkan boleh hidup dengan setakat hanya berbangga. Berbangga sana, berbangga sini.”
Mungkin kita boleh jadikan negara Vietnam ataupun Thailand, kenapa pelabur asing sekarang ini banyak beralih kepada kedua-dua negara? Adakah mereka mempunyai lapangan terbang antara tercanggih & tercantik? Adakah Thailand mempunyai bangunan pencakar langit antara tertinggi dunia?
Sekarang ini ekonomi Malaysia mesti bergerak cepat. Kalau tidak banyak lagi negara-negara lain yang akan meninggalkan Malaysia. Fokus kepada bagaimana cara nak membangunkan negara. Hentikanlah asyik bercerita kisah “seribu satu malam” yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat pun. Kalau nak cerita juga, negara lain dalam hal seperti ini pun sudah jauh ke hadapan. Lihat dan pandanglah :
ekonomi malaysia Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!
Analoginya cukup mudah untuk difahami :
  • Kalau anda mempunyai duit berjuta-juta, adakah anda boleh buat rumah besar?
  • Kalau kalangan yang tidak mempunyai duit yang banyak, adakah mereka ini akan terfikir untuk membuat rumah yang besar?
Kalau nak buat juga, tiada salahnya. Tetapi mercu tanda seperti ini bukanlah penanda aras dan pertumbuhan melibatkan ekonomi Malaysia sepatutnya dipacu cepat seiring dengan koleksi mercu tanda yang kita ada.
Suka untuk kami kongsikan satu kisah, lama dah cerita ini. Perbualan dengan seorang Mat Saleh ini tentang topik “apa yang kita Malaysian miliki”. Jawapan kami  mudah sahaja pada masa itu dengan nada yang meyakinkan :
  • “We have the tallest twin tower in the world with the most recent and sophisticated design.”.
  • “We have the most sophisticates airport, KLIA airport inside a giant park”
  • “We have the most chalengging F1 racing circuit, one of the most challenging yet modern circuit in the world”.
Kemudian Mat Saleh itu tanya satu soalan yang terus buat, antara kami terdiam.
“Well, who built it?”
Apa yang cuba dia sampaikan adalah, ya…..benar Malaysia mempunyai bangunan tertinggi pada masa itu, lapangan terbang yang tercanggih & sebagainya kerana kita telah memperuntukkan banyak wang negara untuk memilikinya. Bak kata orang lama :
“Biar papa, asal bergaya”
ekonomi malaysia 6 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!
Tetapi sebaliknya, daripada segi teknologi negara Barat yang memiliki kemajuan teknologi yang paling hebat. Malah, ketika projek-projek mega ini  berjalan dalam pada masa yang sama ia telah menjadikan salah satu faktor utama yang menyebabkan aliran ringgit yang terlalu banyak keluar dari Malaysia. Ini disebabkan fakta bahawa kebanyakan (yang boleh kami katakan 90%) kepakaran dan pakar teknologi melibatkan projek-projek mega seperti ini datang dari negara luar terutama Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Ada beza sebenarnya antara mentaliti pioneer dengan mentaliti pembeli/pengguna jika kita bercakap mengenai teknologi & ekonomi Malaysia. Pioneer contohnya, pembuat kereta akan rasa sangat bangga apabila produk apabila produk rekaannya dimiliki oleh ramai pengguna/konsumer. Sebagai contoh :
  • Mitsubishi menghasilkan enjin dengan talaan yang akan menghasilkan lebih tork dipanggil MIVEC.
  • Rakyat Jepun berasa sangat bangga kerana mereka memiliki kemampuan dari segi teknologi untuk menghasilkan kereta yang kompetetif dengan kereta buatan Barat dan mampu menjana ekonomi bukan sahaja kepada negara Jepun tetapi di negara lain yang mana Mitsubishi menanam modal (FDI).
ekonomi malaysia 5 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Kalau beginilah kejayaannya, inilah yang boleh dikatakan satu kebanggaan. Kebanggaan kepada negara, kebanggaan kepada rakyat mereka. Berlainan pula, sebuah negara yang tidak berapa jauh dari Jepun yang masih tidak mempunyai kemampuan untuk mereka cipta enjin yang kompetetif dengan enjin kereta buatan Barat sehingga dikondem di sebuah rancangan barat. Akhirnya, terpaksa membeli model dari kereta dan enjin dari Mitsubishi. (Sehingga sekarang masih belum mampu mengeluarkan enjin dengan kapasiti 2.0cc ke atas). Oleh kerana kereta buatan negara ini tidak kompetatif dengan kereta buatan Jepun, Jerman, Itali, Sweden dan lain-lain lagi. (walaupun telah disubsidikan selama 25 tahun). Erm……negara mana?
“Terus terang sahajalah, negara kita Malaysia”
Untuk memastikan jualan kereta buatan Malaysia ini laku walaupun tidak menggunapakai production plant kepada kapasiti yang maksimum (maksudnya production plant yang sama diguna pakai Toyota untuk menghasilkan 1 juta buah kereta setiap tahun), kerajaan Malaysia telah bertindak  menaikkan cukai import kenderaan sehingga 300% dan memberikan subsidi perlindungan cukai kepada pengeluar kenderaan miliknya.
Dan kenderaan jenama ini juga telah dieksport ke UK,Australia dan Dubai dengan harga jualan yang jauh lebih rendah dan spesifikasi yang lebih baik berbanding yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri. Maka, patutkah rakyat negara ini ditanam supaya berasa bangga kerana mampu membuat kenderaan sendiri dan dieksport sehingga ke luar negara (yang tak dinyatakan ialah harga Proton di UK dan Australia jauh lebih rendah walaupun ditukar kepada RM).
Inilah perbandingan perasaan bangga orang Jepun apabila mereka memiliki teknologi dan pengguna dari seluruh dunia berebut-rebut ingin mendapatkan produk mereka. Bangga apabila penguasaan mereka dalam teknologi mampu menjana ekonomi bukan sahaja di Jepun tetapi juga di luar Jepun.
Tetapi kita rakyat Malaysia ditanam dengan perasaan bangga oleh media arus perdana kerana kita mempunyai kereta Nasional walaupun hakikatnya kita hanya mampu membeli teknologi daripada orang lain. Nak bersaing ke peringkat antarabangsa masih belum mampu lag. Jadi apa yang dilakukan sekarang adalah :
  • mengenakan cukai melampau terhadap kenderaan import
  • Rakyat malaysia yang berkemampuan sederhana tiada pilihan lain selain terpaksa beli Proton.
Bermaksud di sini kerajaan menjana pendapatan dengan cara berniaga dengan rakyat sendiri. Bangga seperti ini adalah “inferiority complex”
We are proud of something we ain’t capable of producing/invent. We are proud of owning it by buying it from someone else”
ekonomi malaysia 2 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Kami harap mentaliti bangga hanya kerana “menggunakan duit pembayar cukai untuk membina projek-projek mega dan projek lain yang membazir tetapi dalam pada masa yang sama tidak memberikan impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dapat dikurangkan. Dan diharap ekonomi Malaysia akan kembali rancak bukan setakat di atas kertas tetapi benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita semua ada iltizam untuk berubah. Insyaallah.
sumber: beritasemasa.com

perpisahan



Lagu Teman – The Lion Story feat Zahidah

Pertama kali kita berjumpa
Tidak kepastiannya ternyata
Diriku dipenuhi soalan
Ku tiada teman

Aku terlihat insan yang keliru
Air yang deras mencermin wajahku
Engkau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Detik masa kini kedengaran
Aku mengucap selamat jalan
Kepada teman yang sering menghibur
Dengan gurauan

Bagaikan anak yang baru dilahir
Titisan mata pun mula mengalir
Di simpang jalan kita menyebut
Kata terakhir … Wooo oooo

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Ku hargai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga kita dapat bertemu semula
Kerna aku yakin engkau ‘kan sentiasa di hatiku

Ujian mengesan jin


1) Download MP3 RUQYAH SYARIAH dibawah nie dan dengar sehingga tamat (20min) 
     menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

2) Pejamkan mata dan J A N G A N  ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau 
     dihati.

3) Perhatikan setelah selesai… jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup 
    kencang, terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit, sendawa, 
    mengantuk, pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


zikir pendinding

Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Selasa, 3 Januari 2012

Allah bersamamu..!!! yakinlah..

Salam
aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.

Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.
Dan  kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..
‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’
Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.
Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.
deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..
bergoncang sekali.
Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.
Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.
Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram
Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.
Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:
‘ Mengapa jadi begini padaku?’
‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’
Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.
Teramat takut.
Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .
Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.
Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:
KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN
Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.
Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.
Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.
Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.
Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:
USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.


Exam, benar-benar menjadikan kita demam :(
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.
Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya?
Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?
Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:
Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana dia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinankepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:
ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)
Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.
Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.
Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.
Kerana :
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak   bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa.  (Yunus: 62-63)
Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA:
Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Untuk mendapat pahala jihad.
Bukan untuk mendapatkan keputusan.
Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.
Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.
Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.
Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.
Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.
Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.
Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.
Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.
Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,
.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)
Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:
‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????
Aku pernah gagal dalam peperiksaan.
Banyak kali.
Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.
Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.
Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.
Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.
Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.
Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.
Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.
Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.
Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.
Namun, benarlah kata-kata Allah:
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:
Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah 
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.
Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.
Mungkin setahun dua selepas itu.
Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.
Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.
Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.
Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.
Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.
Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.
Allah ada, trust me.
And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)
Ukhtikum
Aisyahz
Foundation Year 2 Doctor
Glasgow

komando

Senarai 10 pasukan khas komando yang terbaik di dunia

Bila sebut tentang pasukan khas atau dalam bahasa inggerisnya yang di panggil Special Forces, tentu korang akan terbayang seorang komando yang hidup dalam hutan dan memakan bermacam-macam haiwan dan tumbuhan untuk survive. Itu ialah cara untuk meneruskan kehidupan andai bekalan makanan habis atau terputus hubungan dengan pusat kawalan ketenteraan.

Sebenarnya Pasukan khas ini selalu melakukan misi-misi merbahaya seperti meletakkan laser point di dalam kawasan musuh untuk menandakan sasaran jet pejuang, menyerbu kediaman atau pesawat yang dirampas pengganas, melakukan risikan dalam kawasan musuh, menangkap atau menghapuskan sasaran terutamanya kepada penembak tepat atau Sniper dan macam-macam lagi la.

Di bawah ini antara senarai 10 pasukan khas yang terbaik di dunia :


10. Spetsnaz

B0113
Pasukan khas Tentera Rusia

9. French Naval Commando's

French Navy Commandos
Komando Tentera Laut Perancis

8. MARSOC

Marsoc Bow-Thumb-500X342
Pasukan Khas U. S. Marine Corps

7. MI - 6

Government
Jabatan Perisikkan Britain

6. U.S. Army Rangers

Armyrangers
Pasukan tentera yang terdiri daripada Askar payung terjun, pakar serangan kombat, pertempuran di bukit, serangan dalam air dan mahir dalam pengetahuan senjata api.

5. U S. Army Green Berets

Screen Shot 2010-01-11 At 1.53.46 Pm
Nama samaran U. S. Army Special Forces. pasukan ini terlibat dalam misi-misi melakukan pembunuhan senyap dan sebagai penembak tepat atau Sniper.

4. The Delta Forces

Delta
Unit anti pengganas Tentera Amerika Syarikat

3. Shayetet 13

Speciality Israel02.Gif
Unit Komando Tentera Israel

* Pejuang Palestin lebih hebat dari mereka ni

2. U S. Navy SEALs

Navy-Seals
Pasukan Komando Tentera Laut Amerika Syarikat

1. British SAS (Special Air Service)

Action2Saswindow
Pasukan Komando Elit yang juga dilatih khas oleh Jabatan perisikkan MI - 5 dan MI - 6 Britain sebagai perisik. Semasa ancaman komunis di Malaysia suatu ketika dahulu, SAS telah diberi tugas untuk melatih komando Polis Di Raja Malaysia VAT 69 untuk menghadapi serangan gerilla pihak Komunis Malaya.

kredit to: http://sumbaxparox.blogspot.com

Isnin, 2 Januari 2012

dam aji

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang-barang dapur habis.

Kamal betul-betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi, makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… . agak-agak laa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa… Mereka bermain set kedua.

Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… Si Kamal pun berkata la kat bapak mentuanya. “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia pula yang terkena… .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…

G-ombak rindu

high pay


blog walking n then found the list of high paid ranking among professionals...since the bolg is private just copy and paste..hehehe...

Info: High paid ranking (undisclosed source)
1. Specialized surgeon
2. Managing Director
3. General Surgeon
4. Commodities Futures Broker
5. General Manager
6. Company Director
7. Legal Service manager
8. Creative Director (Advertising)
9. Operations Manager (Finance)
10. Foreign Exchange Dealer/Broker 
11. R&D Manager 
12. Business Development Manager
13. Legal Officer
14. Computer and IS Manager
15. Corporate Planning Manager
16. Technical Manager
17. Treasury Manager
18. HR/Personnel Manager
19. Advocate & Solicitor
20. Budgeting & Finance Manager
21. Marketing Manager
22. Engineering Manager
23. Lawyer
24. Operations Manager (Commerce)
25. Sales Manager
26. Customer Service Manager
27. Chemical Engineer (Petrochemicals)
28. Business Management Consultant
29. Production/Plant Manager
30. Procurement Manager
p.s : jauhnye engineer..sob..sob.. T.T