Selasa, 3 April 2012

IC habeh dah....

Di sini saya ingin memberitahu kepada seluruh Malaysia bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebenarnya telah kehabisan stok kad mentah MyKad di seluruh Malaysia menyebabkan kelewatan dalam penyiapan MyKad di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan tak berani nak bagitau Malaysia tentang ini. Kerana ini juga akan menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak pengurusan JPN sekarang.

Saya sebagai staf JPN amat tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan pengurusan atasan kami yang mengambil sikap sambil lewa, tidak endah dan ambil tidak peduli akan kami staf-staf bawahan di kaunter yang dimaki hamun, dicelaka dan disumpah seranah oleh orang awam yang marah akan kad pengenalan tidak siap.

Siapa tahan kena maki tentang piagam bodoh kad pengenalan siap yang ditetap oleh pihak pengurusan. Tetapi apabila tidak dapat dipenuhi, kami staf-staf bawah yang terpaksa menanggung tahinya.

Siapalah kami ini? Siapa yang faham akan perasaan kami? Di mana kami hendak mengadu? Setiap hari dimaki hamun, kerja balik lewat hingga pagi untuk bantu pelanggan kami menyiapkan kad pengenalan mereka?
Untuk pengetahuan anda, bahagian cetakan kad kami setiap hari balik sehingga subuh dan ada yang tidak balik langsung untuk cetak kad pengenalan pemohon tetapi masih juga tidak mampu untuk disiapkan.

Jika hendak dikata aduan aduan kami tidak disampaikan kepada pihak atasan, mereka memang telah maklum, sedar dan tau akan keadaan ini.
2 minggu lepas kami dimaklumkan oleh orang atasan bahawa kad pengenalan yang tidak siap ini hanya akan siap selepas bulan Julai 2012 dan kami sebagai staf kaunter hendaklah memaklumkan orang awam akan hal ini.

Maknanya kami kena menahan sumpah seranah orang awam ini sehingga Julai?
Di ibu pejabat negeri semua telah kehabisan stok kad mentah membuatkan kami tidak dapat mencetak kad pengenalan kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Yang tidak adilnya pulak, di Putrajaya ada pulak stok kad? Apa ni? Dalam JPN pun ada double standard seperti ini ke?

Saya juga harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Audit Negara masuk bagi menyiasat JPN ini. Saya percaya mesti ada yang tidak kena.
Bagaimana stok kad boleh habis macam tu je? Takkan sebagai orang atasan tak boleh nak jangka yang Malaysia ni ada berapa orang penduduk?
Saya harap pihak media dapat hebahkan semua ini kepada seluruh Malaysia. 

Biarlah semua orang orang atasan ini malu.

Isnin, 2 April 2012

Pemuda akhir zaman

al-bahanj

"Seorang pemuda yang kebetulan dapat hadir ke majlis seorang ilmuan Islam di Morocco telah meluahkan perasaan kepada ulama tersebut serta hadirin.  Tajuk yang disentuh dalam majlis tersebut ialah bagaimana para pemuda dapat bergerak memberikan sumbangan dalam keadaan masyarakat yang kini jauh dari ajaran Islam yang sebenar.  Luahan pemuda ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya rasa mungkin kalian juga.  Ia sangat signifikan untuk dakwah.

Rakaman video:  [KLIK] 
 
Berikut saya terjemahkan luahan beliau:
 
“Saya mengaku bahawa saya telah banyak melakukan dosa!”

“Sekarang saya berada di sini.  Dan saya suka jika tuan dapat melakukan beberapa doa.”

“Saya telah melakukan dosa-dosa yang tuan tidak akan berani untuk fikir mengenainya.”

“Saya adalah seorang pemuda dari Boujdour.  Saya adalah anak kalian semua.  Saya telah pun meninggalkan dosa-dosa itu.”

“Sampai bila para pendakwah hendak berselindung di sebalik tabir??!”

“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tidak dilindungi dari godaan-godaan, yang mana itu semua akan menimbul keinginan kita semua?!”

“Saya pernah duduk di dalam kelas yang mana di dalamnya terdapat gadis yang secara terbuka menayangkan sebahagian besar bahagian tubuhnya.”

“Apabila saya keluar (dari kelas itu) pula, saya cuma dapat melihat perkara-perkara yang membuatkan syaitan senang untuk mempermainkan saya.”

“Tiada dosa yang saya tidak pernah lakukan.”

“Saya tidak katakan tiada orang yang membimbing saya.  Saya tidak salahkan para pendakwah.,,”

“Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya sendiri!”

“Sekarang saya melihat tuan-tuan semua di sini.  Apa yang perlu saya buat?  Apa yang saya boleh buat?”

“Saya ke sini secara kebetulan sahaja.  Seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa pada hari ini akan ada seorang ulama di sini.”

“(Sebenarnya) saya berasa berat hendak meluahkan dengan kata-kata yang betul.”

“Rakan sekerja saya itu telah menunjukkan beberapa filem dari ulama tersebut di dalam internet.  Saya tak pernah melihatnya sebelum ini…”

“Sebabnya bukan saya tidak tahu menggunakan internet.”

“Masalahnya ialah pada setiap laman web kita akan melihat banyak (wanita-wanita) yang bertelanjangan.”

“Tidak ada tempat yang boleh saya lihat/baca walau satu ayat al-Quran.”

“Bagaimana tuan mahukan saya hidup dalam keadaan terbimbing dalam keadaan dunia ini penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral?!”

“Semuanya menjurus kepada yang haram!!!  Tiada pun yang dapat membimbing kita kepada perkara yang baik!”

“Semalam, saya baru sahaja mulai solat dan umur saya sekarang sudah pun 25 tahun!!!”

“Saya dah tak tahan dengan keadaan ini!”

“Dan saya bukanlah hanya seorang sahaja begini.  Ini adalah situasi saya yang saya ceritakan pada tuan…”

“(Dan) inilah adalah situasi ribuan lagi pemuda-pemuda di Morocco!!”

“Tuan bercakap tentang dosanya seorang pendakwah jika pendakwah itu mendiamkan diri dan tidak berdakwah kepada orang lain!”

“Apa pula akan jadi pada saya??  Apa yang akan saya bawa bersama saya pada Hari Akhirat nanti??”

“Apakah destinasi terakhir saya wahai tuan-tuan sekalian??!” 
 
Menginsafkan! 
 
ALLAHU AKBAR!  Nastaghfirullah!  Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa pemuda ini dan menetapkan beliau di atas jalanNYA.  Buat kita semua juga, amin…

Betapa ramai di luar sana yang masih lagi terkapai-kapai dengan kemanisan dunia yang penuh kepalsuan.  Kebanyakan mereka bukan sengaja mahu berada di dalam situasi begitu.  Ada yang dibesarkan dalam persekitaran yang kurang baik, ketiadaan orang yang datang mengajak kepada kebaikan, godaan media dan rakan-rakan serta macam-macam lagi faktor.

Mereka mahukan kebaikan sebagaimana kita dan orang lain yang sedang mengecap kebaikan agama.  Mereka mahu!  Jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka mahu.  Itulah fitrah manusia.

Walaupun video ini memaparkan luahan dan rayuan seorang pemuda kepada orang alim, namun kita yang bukan alim ini juga harus sedar dan turut ambil peranan untuk sama-sama membantu orang-orang di luar sana yang masih sibuk dengan keenakan dunia dan terlalu asyik sehingga lupakan agama.

Video ini telah mengetuk diri saya.  Saya harap ia mengetuk kalian juga.

Kerja kita banyak!  Mereka bukan sengaja mahu terus hidup dalam kesesatan.  Jumpailah mereka dan dakwahilah mereka!

Sebarlah kebaikan.  Perbanyakkanlah kebaikan.  Semoga kebaikan-kebaikan yang kita sebarkan bisa menyentuh hati-hati insan di luar sana mudah-mudahan.  Semoga ALLAH pelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

PJK

SAYA pensyarah Kolej Matrikulasi di selatan tanah air yang bertugas sejak ia ditubuhkan. Untuk pengetahuan semua, syarat kemasukan menjadi pensyarah kokurikulum di Kolej Matrikulasi mesti berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Sesuatu yang menghairankan saya, bagaimana terdapat pensyarah baru bukan opsyen Sains Sukan atau PJK boleh di tempatkan di Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi?  Malah, terdapat juga pensyarah baru berkenaan tidak tahu langsung hal berkaitan sukan. 

Saya pelik bagaimana pensyarah baru mahu mengajar sedangkan mereka tidak tahu langsung hal sukan.



Saya berpeluang berbual dengan mereka, macam mana berminat memasuki matrikulasi?


Alangkah terkejut saya apabila diberitahu mereka masuk ke Kolej Matrikulasi disebabkan pelawaan orang tertentu di Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia hanya untuk memenuhkan kuota perjawatan DG 48 yang terdapat di kolej matrikulasi.

Persoalannya sekarang, kenapa perkara ini berlaku? Saya harap pihak berkenaan menjelaskan terutama pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran berkaitan hal ini.

PENCINTA KMNS



sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Pensyarahkokurikulumtiadapendidikansukan/Article/index_html

umah kubur ku

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee


“RUMAHKU, syurgaku”. Itulah dua perkataan awal yang tercetus di fikiran penulis apabila mengungkap persoalan perumahan di negara ini. Setiap orang akan mengimpikan sebuah rumah mampu menjadi tempat perlindungan yang selamat, selesa dan lestari.

Malah, dalam banyak keadaan, rumah adalah ukuran kepada tahap sosioekonomi pemiliknya. Bagi sesebuah negara, ekologi perumahan juga boleh dijadikan ukuran tahap sosioekonomi dan pembangunan yang dilalui. 
Susun atur kawasan perumahan, jenis rumah dimiliki dan pilihan penggunaan bahan binaan juga sudah cukup jelas untuk kita membuat kesimpulan mengenai tahap sosioekonomi di sesuatu lokasi. Karakter sesuatu masyarakat mengikut ruang dan lokasi boleh dibaca dengan jelas melalui reka letak kawasan perumahannya.

Di Malaysia kita masih boleh menarik nafas lega kerana fenomena orang tinggal di bawah jejambat LRT atau di kaki lima bangunan masih dianggap kes terpencil dan di bawah kawalan. Jika ada pun pihak berkuasa tempatan seperti DBKL atau agensi penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih mampu menangani masalah tersebut dengan baik.

Ia jelas berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara tetangga Asean kita seperti Indonesia atau Filipina yang terperangkap dengan isu rakyat tidak berumah dan merempat di tepi jalan.

Masalah kian parah apabila jumlah rakyat kian bertambah dan terus sambung-menyambung untuk beberapa generasi. Fenomena sebegini adalah gambaran biasa yang terpaksa dilihat di kebanyakan negara yang membuktikan wujudnya pembangunan tidak seimbang menjadikan sesetengah masyarakat sebagai mangsa keadaan.

Rakyat yang tidak mampu memiliki rumah adalah kelompok masyarakat terkebawah.

Ruban Selvayanagam menulis dalam ruangan jurnal ‘Habitation for The Planet’ pada Januari lalu menyatakan analisis menyeluruh terhadap piramid perumahan menunjukkan bahawa tahap perumahan memuaskan adalah di luar kemampuan sebahagian besar majoriti rakyat di sesuatu negara. Lama-kelamaan ia akan mewujudkan jurang besar dalam kalangan rakyat.

Isu perumahan adalah isu lama membayangi permasalahan pembangunan seluruh dunia. Kelompok rakyat yang tidak mampu memiliki rumah juga adalah golongan rakyat yang terpaksa menelan kepahitan atas pelbagai tekanan hidup lain.

Ia ada kaitan langsung dengan isu pendapatan yang rendah, ketidakupayaan terhadap pengetahuan, hak dan undang-undang serta masalah perancangan keluarga.

Bagi sesebuah pentadbiran kerajaan (pusat dan negeri) pula, masalah perumahan rakyat adalah ukuran kepada kewibawaan serta keupayaan sesebuah pentadbiran menjalankan pembangunan yang mapan kepada rakyat.

Penulis melihat kini bibit-bibit masalah perumahan rakyat kian membesar di Malaysia. Aspek perumahan di negara kita bukan sekadar berkait rapat dengan hal keperluan tempat berlindung daripada hujan dan panas, namun yang lebih utama ialah menjadikan susun atur perumahan kita sebagai ruang sosial yang positif kepada rakyat untuk menyemai perasaan hidup bersama sebagai rakyat Malaysia.

Soal kaya miskin orang kita ada kaitan dengan rujukan kaum. Lebih jelas lagi ialah persoalan golongan Bumiputera yang rata-ratanya lemah pegangan ekonomi berbanding kaum Cina yang relatif lebih kuat dengan kuasa ekonominya. Bagi kaum India, juga perlu diberikan perhatian kerana generasi baru yang bertukar daripada latar belakang kelompok pekerja ladang kian berpindah ke bandar tetapi masih memiliki tahap ekonomi sederhana.

Sedangkan pemaju perumahan di negara ini menjalankan kerja dengan sikap kapitalis yang tulen. Mereka benar-benar berkiblatkan keuntungan. Pemaju sanggup berebut membayar harga tinggi bagi menguasai lokasi tanah yang strategik dan membina perumahan mewah.

Rumah mewah ini dijual kepada sesiapa saja yang mampu membelinya tanpa mengambil kira aspek keadilan sosial rakyat. Kerana itulah Rehda atau Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia pernah mencadangkan agar peraturan mewujudkan kuota Bumiputera bagi perumahan mewah ditiadakan memandangkan banyak perumahan jenis mewah tidak terjual kepada golongan sasaran.

Ini adalah contoh tindakan pemaju perumahan yang sengaja menutup mata dan tidak memahami struktur sosial masyarakat Malaysia. Mengapa pemaju lebih berminat membina perumahan mewah sedangkan keperluan sebenar masyarakat kita adalah rumah jenis sederhana dan rendah?

Jangan jadikan dorongan pasaran sebagai alasan. Sebenarnya pemaju mencipta realiti palsu ini dengan menyasarkan pembeli yang hanya memiliki wang tetapi bukan pengguna yang sebenar.

Pembinaan perumahan mewah hanya akan menarik pembeli luar negara yang menikmati nilai tukaran wang yang tinggi dan menunggu masa nilai tersebut naik di pasaran dan menjualkan semula.

Akhirnya rumah mewah sekadar menjadi bahan tukaran jual beli golongan kaya. Kos bahan mentah juga meningkat kerana permintaan tinggi untuk pembinaan.

Kesannya harga rumah sederhana rendah juga meningkat. Mangsa sebenar adalah golongan sederhana rendah yang tak terkejar dengan harga rumah yang tidak munasabah.

Penulis sendiri hanya mampu menyewa sebuah rumah teres dua tingkat lima bilik sebanyak RM1,100 sebulan di Gelugor Pulau Pinang (rumah asal, tiada perabot dan tiada naik taraf). Hasrat hati untuk membeli rumah tersebut yang kini nilainya mencecah hampir RM700,000 masih belum terlaksana kerana tuan rumah keberatan.

Mungkin beliau ingin tunggu sehingga harganya mencecah RM1 juta menjelang 2020! Sedangkan rumah jenis yang sama di kampung halaman penulis di Batu Pahat, Johor tidaklah sampai RM300,000. 

Jumaat, 30 Mac 2012

Pantun Solat

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Hdisk

Cuba tengok gambar ini..Ianya merupakan Hard disk pertama di dunia telah dikeluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.


Pada 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia yang berharga $250.000!!! Yang membuatkan aku stress, kapasiti hard disk ni cuma 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3!!! Kalo sekarang ni hard disk 1TB pon xsampai rm500 n lebar beberape cm jer… LAgi satu, berat hard disk ni mencecah 1 TAN!! Berat nanang..aishh
Spesifikasi:
IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
. Kapasiti: 4,8 MB
. kecepatan rotasi: 1.200 rpm
. Pengguna bisnes pertama: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
. Jumlah unit yang pernah dikeluarkan : Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961

kata hikmah

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.