Jumaat, 6 April 2012

asing pelajar

Saya ambil sedikit petikan daripada akhbar online Israel bertajuk Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya dan memang kebanyakkannya berjaya.

Petikan akhbar ini sudah jelas bahawa Yahudi telah menggunakan sistem Islam.
A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.

•    Lelaki akan terdorong untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan mereka kepada perempuan, jadi mereka kurang beri tumpuan dalam kelas.

•    Perempuan merupakan penghalang (distractions) tumpuan lelaki, begitu jugalah sebaliknya.

Sangat jelas dan benarnya dakwaan tersebut. Kalau ada perempuan dalam kelas, mesti lelaki asyik nak control macho je. Itu yang boleh hilang fokus nak belajar. Begitu jugalah sebaliknya, perempuan pun mesti ada yang macam tu juga bukan?

Sekolah Pondok

Nampak tak persamaan dengan sekolah pondok dengan pendapat supaya lelaki dan wanita di asingkan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar sekolah pondok dicampurkan antara lelaki dan perempuan, sudah tentu susah nak hafal Quran. Sebab terlalu banyak dugaan penglihatan, macam mana hati nak terang. Jadi, para pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap pengajian agama dan penghafalan Quran bila diorang diasingkan.

Antara agama dan sekularisme

Ramai rakyat Malaysia yang masih tak sedar, majoriti sekolah-sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend, siap ada yang terlanjur, melahirkan anak luar nikah dan sebagainya. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa.

Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu

Kita semua telah maklum diketahui bahawa mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi pengajian dari peringkat yan paling rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi menjadi kebiasaan di Negara kita. Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang.

Universiti-universiti dan Kolej-kolej tempatan kita banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut.

Kerana pelajar-pelajar kita sudah menjadi kebiasaan membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus.

Ketahuilah bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.

Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)
 
Boleh sendiri penjelasan Ustaz Azhar Idrus sendiri di youtube ini.


throll

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 710x514.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 867x603.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x678.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.



can ada vs mesia canon

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294897_112391348893656_111719785627479_70466_1178572466_n.jpg

Nak rasa water canon jom turun Bersih 3.0...Setakat water canon jer xder hal....Perjuangan bukan sekadar kata2 betul tak.....

Khamis, 5 April 2012

"Ramai di kalangan penuntut ilmu, khususnya dan masyarakat, amnya terburu-buru dan cepat membuat keputusan mengatakan dialah yang sebenarnya benar dan tepat menurut ajaran Islam. Lalu dilabel dengan labelan dan tuduhan liar yang pastinya mengguris hati dan perasaan sesama ummat Islam. Situasi ini semakin memudharatkan apabila adanya internet. Tuduh menuduh dan label melabel semakin tersebar luas di kalangan masyarakat. Namun setelah membaca kata-kata `Abdullah ibnu Mubarak ini fahamlah kita akan situasi sebenar. Cuba perhati, renungi dan hayati kata-kata beliau ini:

`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:

1) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.

2) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”


ALLAHU AKBAR! Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini! Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru. Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.

Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu. Ramai di peringkat ini. Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini. Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah. Jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman. Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa tawadhu`.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka. Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas. Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan,

Rabu, 4 April 2012

citer kari-puff yang pelik

anak : mak, sejak bila emak buat dan jual kuih karipap ni?
emak : dah lama dah..dah 20 tahun..
anak : ooo, mak jual berapa?
emak : kalau cakap pasal harga, banyak faktor emak kena ambik
kira.. sebagai contoh, jarak tempat tu, dan harga barang
nak buat karipap tu.. macam kalau mak jual kat depan
rumah kita, mak jual 1 ketul, 50 sen.. kalau jual kat
shangri la hotel yang kat pusat bandar tu, mak jual 20
sen..
anak : aik, kenapa tempat jauh mak jual murah dari tempat
dekat?
emak : kena kira kos pengeluaran jugak, sebab tu harga lain..
anak : ooo, kalau macam tu, saya nak 1 ketul la mak, lapar lah
pulak..
emak : ok, nah ambik yang ni..yang macam nak pecah ni..
seringgit je harganya..
anak : ???

Majlis Restu Ilmu kimi-'A'! PDT KMS-hehdi

Link video



















Selasa, 3 April 2012

Restu ilmu pelajar PDT KMS-hehdi PSPM II

Apa yang berlaku… Pasti ada hikmahNya… 

Kisah seorang Raja. Baginda bermain pedang dengan adiknya. Tak sengaja tertusuk ke betis. Luka yang amat dalam. Baginda memanggil bendahara. Syak yang adiknya ingin merampas kuasa. Tapi bendahara kata tidak. Semua yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Baginda marah lalu memenjarakan bendahara.

Setelah luka di betis sembuh Raja pun pergilah berburu. Baginda tersesat lalu ditangkap oleh manusia kanibal. Dengan izin Allah parut kesan dari luka yang dalam menyelamatkan baginda dari dikorbankan. Kanibal hanya nak makan daging manusia yang sempurna fizikalnya. Bukannya yang cacat. Baginda pun dibebaskan dan terus berlari menuju ke istana… Terngiang-ngiang di telinga… kata-kata bendaharanya.

Baginda terus membebaskan bendaharanya. Diceritakan segala pengalaman baginda ditangkap kanibal. Ingatkan bendahara nak marah kat Raja sebab menzaliminya… tetapi dengan lembutnya bendahara berkata “semua yang berlaku pasti ada hikmah-Nya”… Raja Tanya “apa hikmah-Nya’..??? cuba cer cerite sket..

Jawab si bendahara “katakanlah dulu Tuanku tak penjarakan saya. Dah tentu saya ditangkap bersama-sama dengan Tuanku. Tuanku ada kesan parut dan cacat di betis kesan luka main pedang. Tapi teman sempurna fizikal. Tak cacat. Pasti teman dah dikorbankan oleh kanibal. Tuanku pula dibebaskan pulang ke istana”.

Hikmah tuanku penjarakan teman… teman tak ikut sekali Tuanku berburu. Tak pasal-pasal Tuanku rasa bersalah… sebab teman mati Tuanku hidup lagi. Bersangka baik lah kepada Allah. Allah tidak terikat kepada tempat dan waktu… Mohonlah kepada Allah nescaya Allah maqbulkan..>! amin

Raja terus insaf lalu menadah tangan memanjat kesyukuran ke hadrat Allah yang maha mengetahui apa yang terbaek untuk hamba-hamba-Nya yang soleh.

P/s- Apa pengajaran dari kisah di atas pada diri anda wahai pelajar PDT KMS-hehdi????.... nak menyalahkan orang lain? Salahkan taqdir? Akhirnya salahkan Allah atas kegagalan kite di matrik? Sapa kita di sisi Allah? Sedut O2 pun Allah bagi percuma… Ubah taqdir anda sekarang supaya cerah masa depan. Insya Allah!

Nak kata subjek kimi-‘A’! susah? … Biarlah kita susah sekarang wat jawapan tutor… semoga senang kita di dalam dewan peperiksaan menjawab PSPM II… agi idup agi ngelaban… !! Renungkan! Maka di kesempatan ini teman dan seluruh pensyarah kimi-‘A’! PDT mohon kemaafan dari mike sumer atas segala salah silap… terkasar bahasa sepanjang teman sumer ajar mike sem II nie…
Teman dan seluruh pensyarah kimi-‘A’! PDT KMS-hehdi juga dengan ini menghalalkan segala ilmu yang telah kami ajar. Tak de nyer nak sorok-sorok ilmu. Kami tak nak bulan bintang angkasa lepas dari anda semua… kami hanya nak anda skor A kimi-‘A’! dalam PSPM II. Boleh kan????...

Aha,,,,, Oho…. Wow….!!! … Sekian Jumpa lagi sem hadapan… Ceria-ceria selalu. Insya Allah