Selasa, 28 Ogos 2012

Jamuan Raya DM3 PDT III KMS 1433H

makan makan cari jalan

DM3

DM3 T1

DM3 T2

DM3 T3

DM3 T4

jangan malu jangan segan...

jamu selera

bukti kehadiran

menu jamuan.... order aje!

Isnin, 27 Ogos 2012

sedekah


Sungguh merugi orang-orang yang riya, salah satunya adalah orang-orang yang menyebut-nyebut sedekahnya. Ketika ditegur maka mereka pun berkelit : "kami kan sekedar testimoni, biar orang-orang pada semanget sedekah kayak kami ini, Allah lebih tahu apa yang kami niatkan"

Padahal bisikan syaitan itu duahsyat, amal yang kita lakukan diam-diam tak disebut-sebut pun bisa jadi riya "hebat ya gue, amalnya gak diliat orang. Berarti gue ikhlas nih hehe"

Sahabatku yang selalu bebersih hati, silakan beramal dan bersedekah diam-diam atau terang-terangan, tapi janganlah kita hobi menyebut-sebut sedekah dan amal yang sudah kita lakukan dengan alasan testimoni atau "tahadduts bin ni'mah" (berbagi kenikmatan).

Rasulullah SAW bersabda : "Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu (jangan disebut-sebut-pen) sebagiamana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk surga)."(HR. Al-Baihaqi)

Memang sih, dalam Al-Quran disampaikan bahwa sedekah itu boleh terang-terangan dan boleh diam-diam (Q.S. 2:274). Nah, yang gak boleh adalah terang-terangan gak mau sedekah atau diam-diam pengennya disedekahin... Hehehe...

Yang dimaksud sedekah terang-terangan adalah sedekah dengan contoh yang nyata, bukan malah sibuk menceritakan sedekah yang sudah dilakukannya secara terang-terangan kepada publik, itu sih namanya riya ....

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu hilangkan (berkah) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya ... " (Q.S.2:264).

Adapun jika "gak tahan" kepingin testimoni boleh-boleh saja, tapi yang ditestimonikan harus sedekahnya orang lain, tanpa perlu disebutkan namanya.

Apalagi kalau sampai kita pamer hitungan sedekah kita kepada publik, walau dengan niat memotivasi publik "ane kemarin pagi cuman sedekah 5rb, eh sorenya ane dapet rejeki tak terduga 500rb, sedekah emang hebat ye, 10 kali lipet sampai 700 kali lipet bahkan lebih"

Perhatikan hadits berikut "Janganlah menghitung-hitung sedekah sehingga Allah akan membuat perhitungan kepadamu" (H.R. Ibnu Hibban, Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa'i)

"Memotivasi" orang lain sering dijadikan alasan logis bahwa "Testimoni Sedekah" itu berguna.  Padahal, teknik "membandingkan" kesuksesan seseorang untuk memotivasi orang lainnya adalah sebuah motivasi yang kulit banget, gak dalem, sehingga berbahaya.

Dalam teknik kulit ini, rasa yang dibangun biasanya adalah "Dia aja bisa, masa kamu gak bisa". Dan sebagian yang termotivasi pun mengeluh "aku sudah sedekah seperti yang dilakukannya, tapi aku malah bangkrut". Tentu saja keluhan yang begini tidak akan ditestimonikan.

Begini, kalau Anda makan seringkali tujuannya adalah agar bertenaga sehingga bisa beraktifitas. Dan salah satu efek dari makan adalah BAB. BAB adalah "efek" bukan "tujuan" dari makan. Jarang orang makan dengan tujuan utama BAB, sebab BAB itu otomatis jika sudah saatnya.

Dan berdasarkan Q.S.9:103 disebutkan bahwa tujuan dari sedekah adalah untuk mensucikan jiwa, bukan untuk menarik keuntungan materi duniawi. Adapun keuntungan duniawi dari sedekah hanyalah "efek" yang "otomatis" terjadi. Sebagaimana BAB yang otomatis terjadi jika memang "sudah saatnya".

So, motivasikan diri Anda bersedekah dengan niat untuk membersihkan jiwa, adapun jika Anda menjadi kaya raya dengan washilah sedekah ini maka tetaplah bersihkan jiwa Anda, jangan kotori dengan testimoni yang menghilangkan berkah sedekah Anda.

Dan bagi Anda yang bersedekah tapi belum juga "kaya" berarti memang "belum saatnya", maka teruslah membersihkan jiwa Anda.Atau bagi Anda yang baru sedekah sedikit tapi langsung dapat balasannya berlipat ganda dari Allah, maka jangan merasa suci jiwanya, bisa jadi Anda sedang "diare", makan baru sedikit tapi BAB nya banyak sekali.

Rahsia Android


Assalamualaikum dan Selamt sejahtera, bagi korang yang memiliki telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, kemungkinan besar ada antara korang yang tidak tahu menahu mengenai kod-kod rahsia OS Android di dalam telefon pintar korang tu..Hal ini kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet..Tapi sebelum tu, pengguna Android perlu berhati-hati dengan perkara seperti ini.. Klik SINI

Ok, Jadi kalau korang nak tahu apa kod-kod rahsia tersebut, meh usha kat bawah ni..

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android
1. Tests
*#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor
*#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh
*#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh
*#*#0*#*#* – Ujian LCD
*#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama
*#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]
*#*#3264#*#* – Versi RAM
*#*#0283#*#* – Paket Loopback
*#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth
*#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth
*#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi
*#*#1472365#*#* – Ujian GPS
*#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS

2. Mendapatkan Maklumat Firmware.
*#*#1234#*#* – PDA dan telefon
*#*#1111#*#* – Versi FTA SW
- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW
*#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist
*#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date

3. Sokongan
- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

4. Mode Perkhidmatan
*#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan

5. Tukar ”End Call / butang Power”
*#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

6. Reset Telefon
*2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.
*#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

7. Maklumat mengenai telefon anda.
- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.

P/S :  - Yang pakai Android tu leh la cuba, admin tak pasti adakah semuanya masih boleh berfungsi ke atas telefon pintar Android korang, Mungkin ada beberapa versi Android yang lebih lama mungkin tidak akan berfungsi dan beberapa versi Android yang lebih baru mungkin telah dibuang atau diubah.. Jadi kalau nak tahu, korang cuba la sendiri.. ekeke, Selamat mencuba :)

5.4%

Saya bukan seorang ‘pessimist’ dan tidak juga seorang ‘sadist’. Tetapi ketika pengumuman dibuat tentang pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini, mengapa saya tidak seronok -‘euphoric’- macam sesetengah pemimpin Umno? 

Bukankah pencapaian itu lebih baik dari pertumbuhan 4.7% dari suku pertama tahun ini dalam suasana ekonomi global menguncup dan tidak menentu?

Mengapakah saya suka bercakap tentang ‘bahaya’ dan ‘mala-petaka’ yang bakal menimpa rakyat dan negara (yakni pessimist) dalam suasana ekonomi negara dikatakan adalah lebih baik sekarang? 

Apakah saya seorang “sadist”sengaja menyiksa dan menyakitkan hati Najib, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu?

Yang penting ini bukan pandangan saya sahaja bahkan pakar-pakar ekonomi dan badan-badan penyelidik dan kewangan antarabangsa yang lebih awal merakamkan kekhuatiran tersebut. 
Jadinya, pandangan saya ini bukanlah kerana saya seorang pembangkang di Parlimen (Federal Opposition MP). Saya akan cuba pendekkan analisis dan permudahkan penerangan ini.

Kunci pencapaian ini boleh difahami kalau kita perhatikan dari manakah sumbangan pertumbuhan ini dan apakah kesan baik-buruk kalau pertumbuhan terus dipacu berdasarkan kaedah dan pendekatan itu? Perhatikan dari tabulasi berikut:


(Pertumbuhan 5.1 peratus dicapai separuh pertama 2012)

Ternyata dua sumbangan besar petumbuhan adalah dari sektor pembinaan (22.2 peratus - awam dan swasta) dan permintaan dalam negeri.

Tidak dinafikan sektor perkhidmatan (6.3 peratus), perkilangan (5.6 peratus) dan perlombongan (2.3 peratus) juga meningkat.

Gabenor Bank Negara mengakui bahawa projek kejuruteraan mega besar (dalam ETP) dan juga yang kedepan nanti membantu menyokong pertumbuhan ekonomi termasuk projek saluran paip Sabah-Sarawak bernilai RM4.6 bilion, projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.5 bilion dan loji tenaga Janamanjung berharga RM5 bilion.

Namun angka pertumbuhan (growth numbers) bukan segala-galanya tambahan hanya untuk satu suku tertentu. Tak ramai pun yang faham erti angka pertumbuhan ini. Tetapi ramai yang ‘memuja’ dan terkadangkali ‘mendewa’ angka pertumbuhan ini.
Mungkin kita boleh bincang tentang ‘Pertumbuhan atau Growth’ itu sendiri di lain penulisan, khasnya tentang ‘Brown Growth Vs Green Growth’ atau Pertumbuhan ‘Mapan Vs Tak Mapan (Lestari)’.

Dalam rangka itu juga, penulis mengingatkan semua bahawa pertumbuhan 5.4% dicapai dengan dipacu dua faktor utama; pertumbuhan bidang pembinaan dan permintaan domestik yang terdiri dari penggunaan isi-rumah (domestik).

Persoalan maha pentingnya ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini mapan atau ‘sustainable’? dan lebih penting lagi ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini akan dapat mengatasi kemelut ekonomi yang sedang cuba di tangani oleh Model Ekonomi Baru (NEM) ciptaan PM Najib?

Pertumbuhan yang dijana dengan sektor ‘pembinaan’ dan khasnya dari pihak awam adalah kegiatan yang membawa kesan negatif dan buruk dalam jangka jauh. Pakar-pakar ekonomi merakamkan kerunsingan bahawa usaha perbelanjaan besar kerajaan atau dengan kata lain ‘pump-priming’ dengan pelbagai projek mega infrastruktur adalah tidak “sustainable” atau mapan dalam jangka jauh. Benar ia membawa kerancakan khasnya dalam sektor ‘construction’, namun apakah ‘kos’ dan dampaknya?

Kesan langsung perbuatan ini adalah HUTANG! Fitch Rating, sebuah agensi penarafan kredit antarabangsa, menyebutkan bahawa hutang kerajaan Malaysia telah buat pertama kalinya mencecah 55% KDNK tahun ini, berbanding 45% dalam tahun 2009.

Fitch Rating
 juga sekaligus memberi amaran keras kepada kerajaan Malaysia, bahawa perbelanjaan besar pihak awam dalam pelaburan infrastruktur dan pembinaan telah mencetuskan hutang yang sangat mengkhuatirkan. Penarafan kewangan awam Malaysia pada tahap A and BBB mesti diperbaikki, tegas Fitch kepada kerajaan Malaysia.

Projek mega seperti MRT dan Tun Razak Exchange, TRX (dulunya KLIFD) asalnya disebut sebagai swasta, kemudian bertukar menjadi Awam dan Swasta (PFI) dan akhirnya hanya ditanggung semua oleh kerajaan. Seluruhnya meningkatkan bebanan hutang awam.

Dalam nada yang seiring, sebuah think-tank ekonomi; Asli’s Centre for Public Studies (CPPS) juga merakamkan penegasan kekhuatiran yang serupa. Dalam Belanjawaan 2013 nanti, Najib diberi amaran supaya tidak bermewah dengan pemberian ‘goodies’ untuk menyuntik ‘feel good factor’ di ambang pilihanraya ke-13 ini. Najib dingatkan supaya tidak berkompromi dengan masa depan ekonomi Negara dengan perbelanjaan yang tidak pruden (reckless).

Seperkara lagi adalah aspek perbelanjaan isi-rumah atau domestic yang menjadi penjana pertumbuhan suku kedua ini juga. Ternyata segala polisi ‘pemberian’ termasuk kenaikan gaji dan lain lain, meninggalkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dalam suku kedua ini. Akan tetapi apakah ini juga satu kaedah yang mapan?

Pendedahan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan bahwa kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan. Maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.

Angka cukup menakutkan sebab ia telah melonjak dari 33% KDNK padatahun 1997 (semasa krisis kewangan), 78% 2011 dan kini tentunya 80% nisbah KDNK. Tidak diketahui secara hutang tak berbayar (NPL) terkini.

Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Lebih malang lagi kalau hutang isi-rumah ini dinisbahkan dengan ‘pendapatan boleh berbelanja’ bermakna pendapatan tolak semua hutang (disposable income), maka statistik adalah seperti berikut berbanding negara-negara jiran. (Hutang: pendapatan boleh berbelanja dalam peratus).

Indonesia – 38%, Thailand – 53%, Singapura – 105% tetapi Malaysia – 140% !

Sebanyak 116,379 kes bankrap dicatatkan oleh Jabatan Insolvensi dari tahun 2005 hingga April 2012. Ini bermakna 58 diisytihar bankrap setiap hari.

32% adalah di kalangan mereka berumur 35-42 tahun berpunca dari kegagalan menyelesaikan hutang; hutang kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi (kad redit) dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Tentunya dalam negara terperangkap dalam jajaran pendapatan rendah-sederhana dan modal insan yang berada pada tahap produktiviti yang rendah, untuk mengharapkan faktor sebaagi pemacu utama pertumbuhan adalah satu yang tidak mapan.

Najib seperti yang disaran pakar-pakar ekonomi wajar memberikan fokas untuk mengeluarkan ekonomi negara dari beberapa kemelut akibat urus-tadbir kewangan pincang dan tidak pruden.

Di samping berdepan dengan permasalahan struktural yang dibelenggu monopoli dan subsidi yang regresif, tahap hutang akibat terlalu lama menanggung deficit yakni selama 14 tahun, ekonomi yang terbeban dengan pelbagai aspek kegagalan penswastaan dan amalan kronisme serta ‘sistem penghantaran’ yang sarat dengan rasuah dan ketirisan.

Justeru hutang awam (kerajaan Persekutuan yang telah mncecah 55% KDNK yang tidak dizinkan oleh Akta Pinjaman Tempatan, jurang kaya miskin yang terus melebar, pergantungan pendapatan negara kepada hasil minyak dan gas serta tenaga kerja asing yang tidak berketrampilan.

Berlatarbelakangkan kesemua kemelut ekonomi dan gejala pengurusan kewangan Negara ini, mampukah kita bertepuk dan bersorak dengan pertumbuhan di suku kedua tahun ini?

Jangan sampai dipanggil orang tiga suku pulak ya!
-----------------------------------------
Dr Dzulkefly Ahmad adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.