Isnin, 24 Disember 2012

big sin

Ummu Wafa

Latifah binti Hussin Al Soli adalah isteri pilihan ibu Hasan Al Banna. Kisah bermula apabila si ibu berkunjung ke rumah Hussin Al Soli lalu mendengar suara seorang gadis sedang membaca al Quran.  Keduanya ditunangkan pada 1 Ramadan dan dikahwinkan pada 27 Ramadan.
   
Hasan Al Banna  memanggi Isterinya  “Wahai Ummu Wafa” dan Latifah memanggil suaminya  “Wahai Ustaz Hasan.” Sebagai ketua Ikhwan Muslimin rumah mereka sering dikunjungi orang ramai sedangkan rumah mereka kecil sahaja. Pernah Latifah mencadangkan kepada suaminya mencari rumah yang lebih selesa.

“Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti di syurga, Yakinlah  bahawa Allah  tidak akan mensia-siakan usaha kita di dunia ini,” kata Hasan Al Banna. Latifah akur dengan kata-kata suaminya itu.  

Pada hari Hasan Al Banna ditembak Latifah melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Istisyhad artinya orang yang syahid.  Setelah pemergian suaminya Latifah terus  mendidik anak-anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya.

Anak-anak Hasan Al Banna:     

1.Wafa – Berusia 17 tahun ketika ayahnya syahid. Berkahwin dengan  Dr. Said Ramadhan. 

2.Ahmad Saiful Islam, berusia 14 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau seorang peguam dan pernah menjadi  Ahli Parliman Mesir.

3.Tsana,  berumur 11 tahun ketika ayahnya syahid.  Pensyarah di Universiti Kaherah.

4.Roja, berumur 5 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau Seorang Doktor.

5.Halah berumur 2 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Al Azhar. 

6.Istisyhad, lahir pada hari ayahnya syahid. Dinamakan Istisyhad bermakna memburu syahid. Beliau Seorang  pensyarah.

Ahad, 23 Disember 2012

jangan lawan!

Allah sangat inginkan kita untuk masuk ke syurgaNya….

Ada satu kisah,
Dimana ada dua orang hambaNya yang ingin Allah uji,

Yang si ‘A’, semasa kehidupannya di dunia….dia selalu melanggar perintah Allah,
Tidak solat, tidak puasa, berjudi….senang cerita…semuanya yang bertentangan dengan agama dia lakukan….

Yang si ‘B’ ini pula, sebaliknya….orang yang taat pd perintah Allah…dan menunaikannya dengan seikhlas hati….dan segala hidupnya…banyak dihabiskan dengan beribadah kepada Allah….

Allah pun memerintahkan si ‘A’ untuk masuk ke dalam nerakaNya, “Wahai si A, masuklah engkau ke dalam neraka”……Lalu si ‘A’ terus berlari dan terjun ke dalam neraka tanpa berfikir apa-apa…

Begitu juga nasibnya pada si ‘B’….Allah berkata, “Wahai si ‘B’, masuklah engkau ke dalam neraka”….Si ‘B’ pun berjalan untuk masuk masuk ke dalam neraka….dan, sesekali…dia menoleh ke belakang untuk mendapatkan belas kasihan Allah…..akhirnya, kerana perintah Allah…si ‘B’ pun terjun juga ke dalam neraka itu…..

Dengan kekuasaanNya….Allah pun mengangkat kembali kedua-dua orang itu dan meletakkan mereka di tempat awalnya tadi.
Allah pun bertanya, “Wahai si ‘A’, kenapa apabila aku memerintahkan engkau untuk masuk neraka, engkau terus berlari dan terjun ke dalamnya?”
Jawab si ‘A’, “ Ya Allah, semasa aku hidup di bumi, tak pernah sekali pun aku ikut perintah Engkau. Aku disuruh solat, puasa , membuat kebaikan….semuanya aku tak lakukan….malah, aku lakukan perkara yang engkau tidak suka….tapi Ya Allah, kali ini sahaje, aku nak sangat dengar perintah Engkau….Engkau perintahkan aku untuk masuk ke neraka…aku terus turuti….”

Soalan yang sama ditanya pada si ‘B’, lalu, jawab si ‘B’….”Ya Allah, semasa aku hidup di muka bumi, aku dah lakukan segala perintahMu Ya Allah, Engkau suruh aku solat, puasa, berbuat baik sesame manusia…semuanya aku dah lakukan….kerana itu, apabila aku disuruh masuk ke neraka…aku masih berjalan dengan harapan ada belas kasihan dariMu….tetapi, kerana perintahMu..aku turutinya”
Selepas itu, dengan Kebesaran dan KekuasaanNya….Allah masukkan kedua-dua mereka ini….kedalam SyurgaNya……

p/s: sahabat2....ketahuilah Allah itu MAHA PENYANYANG dan MAHA SEGALANYA...cuma, kita yang selalu lupa padaNYA.....kita masih punya masa lagi untuk berubah sahabat2.....:)

semut

Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut memakannya pula.

Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.

Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan atau melukakan seseorang di hidup ini.

Kamu mungkin berkuasa hari ini tapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.

Nukilan untuk apa yang berlaku hari ini. Kekalkan semangat semua dan jangan sesekali henti kemaraan dan berputus asa.

Senyum.

Khamis, 20 Disember 2012

akhlak nabi SAW

beruntungnya orang yang dapat menimba ilmu dan adab dari kedua Ulama ini..

Ya Allah,golongkan kami dikalangan pencinta mereka..
Sebuah kisah dipetik dari ceramah Murabbi...

Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah & sedang melakukan tawaf."

Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.

Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap². 

Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."

Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------------------

Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;

◆ HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan kebencian, kemarahan & dendam. 

◆ Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka perlukan orang yang dapat membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati itu.

Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang mewarisi sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم." Allahu Allah :(

Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم: "KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.

Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. Betul tetap betul & salah tetap salah.

✉ Jika BETUL <--- kita terima & kita sokong. 

✉ Manakala jika SALAH <--- kita tolak & kita tentang. 

Namun tentanglah ia dengan hikmah, tentanglah ia dengan niat membetulkan, tentanglah ia dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم & tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah. 

Bukan menentang dengan kebencian. SALAH tetap SALAH, namun CARA penolakan itu perlu berhikmah.

Sahabat, ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH ツ.

الله الله الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصبحه وسلم
----------------------------------------------

Foto: Murabbi Habib Ali Al-Jufri & Syeikh Usamah di Mesir 2012.

Mesia

malaysia tea plantation

langkawi sky bridge

Pulau Sipadan

Pulau Perhentian

Gunung Kinabalu

Lake garden taiping

Pulau Mabul Sabah

Pulau Redang

Broga Hill

Ladang Tebu Chuping

Bukit Bendera
 Titian gantung taman negara pahang
 Taman negara mulu

Masjid cantik

Malaca straits mosque

Masjid Kristal Terengganu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masjid Putrajaya

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Selangor

Masjid Zahir kedah

Masjid Tengku Tengah Zaharah