Ahad, 23 Disember 2012

jangan lawan!

Allah sangat inginkan kita untuk masuk ke syurgaNya….

Ada satu kisah,
Dimana ada dua orang hambaNya yang ingin Allah uji,

Yang si ‘A’, semasa kehidupannya di dunia….dia selalu melanggar perintah Allah,
Tidak solat, tidak puasa, berjudi….senang cerita…semuanya yang bertentangan dengan agama dia lakukan….

Yang si ‘B’ ini pula, sebaliknya….orang yang taat pd perintah Allah…dan menunaikannya dengan seikhlas hati….dan segala hidupnya…banyak dihabiskan dengan beribadah kepada Allah….

Allah pun memerintahkan si ‘A’ untuk masuk ke dalam nerakaNya, “Wahai si A, masuklah engkau ke dalam neraka”……Lalu si ‘A’ terus berlari dan terjun ke dalam neraka tanpa berfikir apa-apa…

Begitu juga nasibnya pada si ‘B’….Allah berkata, “Wahai si ‘B’, masuklah engkau ke dalam neraka”….Si ‘B’ pun berjalan untuk masuk masuk ke dalam neraka….dan, sesekali…dia menoleh ke belakang untuk mendapatkan belas kasihan Allah…..akhirnya, kerana perintah Allah…si ‘B’ pun terjun juga ke dalam neraka itu…..

Dengan kekuasaanNya….Allah pun mengangkat kembali kedua-dua orang itu dan meletakkan mereka di tempat awalnya tadi.
Allah pun bertanya, “Wahai si ‘A’, kenapa apabila aku memerintahkan engkau untuk masuk neraka, engkau terus berlari dan terjun ke dalamnya?”
Jawab si ‘A’, “ Ya Allah, semasa aku hidup di bumi, tak pernah sekali pun aku ikut perintah Engkau. Aku disuruh solat, puasa , membuat kebaikan….semuanya aku tak lakukan….malah, aku lakukan perkara yang engkau tidak suka….tapi Ya Allah, kali ini sahaje, aku nak sangat dengar perintah Engkau….Engkau perintahkan aku untuk masuk ke neraka…aku terus turuti….”

Soalan yang sama ditanya pada si ‘B’, lalu, jawab si ‘B’….”Ya Allah, semasa aku hidup di muka bumi, aku dah lakukan segala perintahMu Ya Allah, Engkau suruh aku solat, puasa, berbuat baik sesame manusia…semuanya aku dah lakukan….kerana itu, apabila aku disuruh masuk ke neraka…aku masih berjalan dengan harapan ada belas kasihan dariMu….tetapi, kerana perintahMu..aku turutinya”
Selepas itu, dengan Kebesaran dan KekuasaanNya….Allah masukkan kedua-dua mereka ini….kedalam SyurgaNya……

p/s: sahabat2....ketahuilah Allah itu MAHA PENYANYANG dan MAHA SEGALANYA...cuma, kita yang selalu lupa padaNYA.....kita masih punya masa lagi untuk berubah sahabat2.....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan