Isnin, 31 Disember 2012

4 tahun

Guru Kecewa,

Ingin saya melahirkan rasa kecil hati dan tersinggung terhadap pihak KPM khususnya BPG (Bahagian Pendidikan Guru) dalam menangani masalah guru-guru yang tidak dapat surat kelulusan belajar bagi Program Ijazah Pertama (Pengajian Jarak jauh)  yang tidak menepati garis panduan.

Hampir 4 tahun menunggu khabar gembira dan berita baik namum ianya seumpama “Pungguk merindui Bulan”.

Persoalannya yang perlu diketahui umum bahawa sepanjang pengajian tersebut saya dan rakan-rakan guru yang lain terpaksa menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan segulung Ijazah, malangnya ada sesetengah guru yang telah mendapat surat kelulusan telah ditarik balik dan ada yang tidak dapat kelulusan langsung.

Kesannya sehingga sekarang kumpulan yang bernasib malang ini tidak dapat dilantik ke gred DG41 walaupun sudah bergraduat 5 tahun. Pihak SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) tidak dapat melantik kerana ketiadaan surat kelulusan tersebut.

Kenapa pihak KPM dan BPG tidak dapat membantu kumpulan sedikit ini yang bersusah payah mencari ilmu untuk meningkatkan profesionalisme diri.

Sungguh malang nasib guru-guru seperti ini bagaikan terlepas pandang oleh pihak BPG dan seolah-olah tiada tindakan untuk membantu guru-guru yang bernasib malang ini.

Hampir 4 tahun menanti dan terus menanti dan bagaikan tiada kesudahannya dan setiap kali dihubungi maka setiap kali juga skrip yang sama digunakan iaitu menunggu kelulusan Pengarah BPG.

Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk mendapatkan kelulusan tersebut walaupun kajian IMPAK GURU-GURU PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) PROGRAM IJAZAH PERTAMA YANG TIDAK MENEPATI GARIS PANDUAN telahpun dibuat pada tahun 2011 yang lalu dan tiadakah keputusan dan laporan yang patut dikemukakan kepada pihak Pengarah untuk mendapatkan maklumat dengan jelas berkenaan dengan kajian tersebut.

Saya mewakili guru yang senasib memohon jasa baik pihak KPM dan BPG khususnya untuk perhatian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bagi menyelesaikan perkara ini kerana sudah sampai masanya transformasi guru yang dicanangkan diterjemahkan dalam konsep yang betul dan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan