Tuesday, 11 December 2012

solat subuh!!!

‎"12.12.12 pada pukul 12.12 tghari.

Kononnya tarikh kiamat...bla bla bla.." 

Tahu dengan tepat pun tarikh kiamat, waktunya, jamnya. Tak guna juga kalau tak tahu bila betul-betul nak bertaubat.


Reti ilmu hisab. Tapi tak reti-reti nak hisab dosa sendiri banyak mana. Tak reti-reti nak minta ampun.

Tahu tarikh mati sekalipun, tapi taknak ambil tahu persediaan-persediaan menghadapi mati, tak guna juga.

Tahu tengok jam. Tapi tak tahu jam berapa nak insaf.

Tahu tentang agama. Tapi tak tahu praktik agama.

Tahu google cari macam-macam. Tapi buat tak tahu nak cari Allah di mana.

Tahu Islam itu indah. Tapi tak tahu nak indahkan Islam dalam diri.

Tahu cakap cinta Allah dan Rasul. Tapi buat tak tahu je bila dengar azan Subuh.

Tahu mana salah mana betul. Tapi pilih yang salah juga macam orang bodoh tak tahu apa-apa.

Pendek kata, banyak yang kita tahu. Tapi kita sengaja buat tak tahu.

No comments:

Post a Comment