Rabu, 9 Januari 2013

bani Nadhir

Banu Nadhir merupakan salah satu kabilah terbesar dari ras (bangsa) Yahudi yang tinggal berjiran dengan bangsa Arab (Aus dan Khazraj) di kota Madinah. Setelah kedatangan Baginda SAW, mereka telah memeterai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang disebut "Piagam Madinah" - Mithaaq al Madinah. Namun, tabiat khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi, mendorong mereka untuk melanggar perjanjian tersebut.

Sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah, sudah ada tiga kabilah besar bangsa Yahudi yang menetap di sana. Mereka adalah Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah. Masing-masing kabilah ini mempunyai sekutu daripada kalangan penduduk asli Madinah. Bani Qainuqa' dan Bani Nadhir bersekutu dengan Khazraj, sedangkan Bani Quraizhah menjadi sekutu Aus.

Setiap kali terjadi peperangan di antara mereka dengan sekutu masing-masing, orang-orang Yahudi mengancam kaum musyrikin (Aus dan Khazraj) ketika itu dengan mengatakan, "Sudah tiba masanya kedatangan Nabi kami. Dan kami akan memerangi kalian seperti memerangi 'Ad dan Iram."

Namun, tatkala Rasulullah SAW telah muncul daripada kalangan Quraisy, berimanlah Aus dan Khazraj, sementara orang-orang Yahudi justeru kafir kepada Baginda. Lalu turunlah firman Allah Taala:

"Dan setelah datang kepada mereka al-Quran daripada Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, namun setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu." (Surah al-Baqarah: ayat 89)


Rencana Keji Banu Nadhir Terhadap Rasulullah

Selepas peristiwa sedih yang menimpa umat Islam di Uhud, Banu Nadhir menjadi semakin angkuh dan berani membuat perancangan untuk menentang Rasulullah SAW secara diam-diam. Pemimpin Bani Nadhir, Ka'ab bin Asyraf keluar ke Makkah bersama-sama dengan 40 orang pengikutnya menemui Abu Sufian (yang menjadi pemimpin Makkah selepas kematian Abu Jahl). Pemergian mereka adalah bagi menyatakan kesediannya membantu Abu Sufian dalam memerangi Rasulullah SAW.

Penentangan Bani Nadhir semakin ketara ketika Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabat pergi ke perkampungan mereka untuk membincangkan urusan diyat (tebusan) dua orang Bani Kilab yang dibunuh secara tidak sengaja oleh 'Amr bin Umayyah Ad-Dhamri di dalam peristiwa Bi'ru Ma'unah. Lalu orang-orang Bani Nadhir pun berkata,  "Kami akan bantu, wahai Abal Qasim (gelaran kepada Rasulullah), Duduklah di sini kami akan selesaikan keperluanmu!"

Baginda bersandar ke dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba Banu Nadhir melakukan komplot jahat untuk membunuh Baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah Baginda. 'Amru bin Jahash merupakan pemain utama komplot ini yang akan menjatuhkan batu ke atas kepala Rasulullah, dan Baginda SAW mengetahuinya melalui perantaraan Jibril. Lantas Baginda bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan.

Tindakan Rasulullah itu menimbulkan tanda tanya kepada para sahabat, dan kemudian Bagindapun menceritakan rencana keji orang-orang Yahudi Bani Nadhir ke atasnya apabila sampai di Madinah. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir dan memberitahu, "Keluarlah dari negara kami. Jangan kamu tinggal di sini selama kamu membelot kami."

Melalui perutusan Muhammad bin Maslamah, Baginda SAW memberi tempoh 10 hari kepada Bani Nadhir untuk keluar dari kampung tersebut. Lantaran itu Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari kampung mereka ekoran amaran Rasulullah. Namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munafik mengutuskan utusannya, melarang Bani Nadhir keluar dan berjanji untuk menghantar 2,000 orang daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka, "Janganlah kalian keluar. Kerana saat ini aku akan membantu kamu 2,000 pasukan yang bertahan bersama di benteng kalian ini. Mereka bersedia mati membela kalian termasuklah Bani Quraizhah serta para sekutu kalian dari Ghathafan tentu akan membela kalian."

Dan turunlah ayat Allah yang mendedahkan pembelaan Abdullah bin Ubai, si munafik kepada Bani Nadhir:

"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir daripada kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: “Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!” Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta." (Surah al-Hasyr: ayat 11)


Justeru itu, kaum Yahudi mengubah fikiran daripada keluar meninggalkan kampung halaman kepada berkubu di dalamnya atas arahan Huyai bin Akhtab setelah percaya saranan Abdullah bin Ubai yang kononnya mahu membantu mereka. Huyai bin Akhtab menghantar utusan kepada Rasulullah SAW menyatakan, "Kami tidak akan keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kamu mahu."

Oleh sebab kedegilan itu, Baginda SAW bersama sahabatnya keluar memerangi mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali bin Abi Talib dan apabila Banu Nadhir melihat tentera Rasulullah, mereka merejam anak panah dan batu ke arah tentera Islam. Bantuan yang dijanjikan kepada mereka oleh ketua munafik tidak sampai. Baginda SAW mengepung mereka, namun mereka tetap bertahan. Baginda terpaksa menebang pokok-pokok kurma mereka yang menjadi "rakan setia" kepada Banu Nadhir. Setelah itu, baharulah ketakutan menyeringai Banu Nadhir dan berkata, "Kami akan keluar dari negeri kamu..."

"Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik." (Surah al-Hasyr: ayat 5)


Baginda SAW mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata. Mereka hanya dibenarkan keluar bersama harta mereka yang mampu dibawa oleh seekor unta. Baginda juga menjamin darah mereka akan terpelihara, tidak akan ditumpahkan walau setitik dengan syarat mereka tidak memulakan persengketaan dengan umat Islam.

Apabila Bani Nadhir mendengar syarat yang dikenakan Rasulullah itu, mereka mengambil segala benda yang boleh dibawa dan meruntuhkan rumah-rumah mereka agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Mereka berangkat keluar, sebahagian mereka berhenti menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah. Sementara sebahagian yang lain berhenti menetap di Jarsh, selatan Syam.

Menginsafi Kehinaan Bani Nadhir Dalam Surah al-Hasyr

Surah al-Hasyr telah diturunkan berkenaan pengusiran Bani Nadhir. Antaranya firman Allah Taala:

"Dia-lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (daripada azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah mereka dengan tangan mereka sendiri sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya."

"Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak."

"(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amat-lah berat azab seksa-Nya." (Surah al-Hasyr: ayat 2-4)

Imam Bukhari dalam Sahih-nya (Kitab al-Maghazi wa Tafsir al-Quran) bahawa Sa'id bin Jubair berkata, "Aku berkata kepada Ibnu Abbas tentang Surah al-Hasyr." Kata beliau, "Ia juga dikenal Surat An-Nadhir."

Selasa, 8 Januari 2013

Taktik

‎5 Taktikal Perang Terbaik Sepanjang Zaman: 

1. Pertempuran menawan Kota Constantinople - Perang ini diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang anak muda berjiwa singa. Kapal-kapal tentera Islam sukar untuk memasuki Tanduk Emas yang terdapat rantai besi memagarinya. Mengejutkan, Sultan Muhammad Al-Fateh memutuskan untuk menarik kapal di daratan mengatasi perangkap tentera Rom.

2. Pertempuran Gaugamela - Alexander The Great dengan askar sebanyak 47 000 harus bertempur dengan 250 ribu hingga 1 juta askar. Menjangkakan Alexander akan menyerang secara mengejut pada waktu malam, Darius memaksa askarnya untuk berjaga dan Alexander pula tahu Darius akan berlaku sebegitu kerana skarnya yang kecil menyuruh askarnya untuk berehat.

Keesokan harinya, barulah Alexander menyerang. Beliau seboleh-bolehnya mahu menarik tentera Darius sebelakang mungkin untuk mewujudkan ruang kosong dalam tentera Darius bagi serangan askarnya. Barisan sayap Darius telah ditarik oleh Alexander sehingga membuatkan barisan tengah askar Darius terdedah dengan serangan.

3. Pertempuran Chi Bi - Pertempuran ini berlaku ketika zaman lewat Han, di mana Wu dan Shu bergabung askar dengan jumlah tentera mereka hanyalah 50 000 askar untuk bertempur dengan 800 000 askar Wei.

Huang Gai, panglima tentera Wu telah mengetuai sebilangan kapal menghampiri armada kapal Wei, dan ketika kapal tersebut sedang bergerak laju, Huang Gai telah membakar kapal-kapal tersebut lalu terjun ke dalam bot kecil yang telah tersedia dan melarikan diri daripada pertempuran.

Askar Wei yang tidak bersedia terpaksa menerima akibat apabila kapal mereka telah dilanggar oleh kapal yang tidak berpenghuni, penuh dengan api yang marak.

4. Pertempuran Marathon - Miltiades mengetuai askar Yunani untuk menghadapi serangan Parsi. Membentuk formasi yang agak unik, beliau telah menguatkan bahagian sayap kiri dan kanan askarnya tetapi sengaja melemahkan bahagian tengah tenteranya.

Ketika tentera Parsi sedang sibuk menyerang, bahagian sayap Yunani berjaya mengekang kemaraan Parsi, tetapi tengah telah berundur ke belakang membuatkan tentera Parsi telah masuk ke dalam perangkap. Ini membuatkan tentera Pari telah berpusu-pusu masuk ke bahagian tengah Yunani dan membuatkan mereka terkepung oleh sayap kanan dan kiri Yunani.

5. Pertempuran Salsu - Perperangan ini melibatkan Kerajaan Goguryeo melawan Dinasti Sui China. Kerajaan Goguryeo ialah sebuah dinasti Korea.

Ketika pertempuran ini, askar Korea yang hanya berjumlah 10 000 orang harus bertempur dengan bala askar China yang berjumlah 300 000 orang.

Panglima tentera Korea, Eulji Mundeok bijak bermain taktikal dengan menggunakan empangan yang terdpaat di atas bukit. Ketika bala tentera China menghampiri mereka, air bah daripada atas empangan telah dilepaskan dan menyapu habis tentera China. 

Isnin, 7 Januari 2013

Anugerah terindah

Anak lelaki itu berumur lima atau enam tahun. Ia mengenakan kemeja putih dan pullover kotak-kotak hijau dengan logo taman kanak-kanak di dada kiri. Di bahunya tersandang tas punggung merah dan di dadanya tersilang tali botol minuman. Ia kelihatan lucu dan manis.

Begitu naik ke dalam angkot, bocah itu menunjukkan hasil origaminya pada wanita yang mungkin ibunya. Seekor burung yang sedikit kusut dan penyok. Ia juga menyanyikan lagu baru yang diajari gurunya hari itu.

Lihat ibu keretaku yang baru cukup besar untuk ayah dan ibu roda tiga buatanku sendiri dari kulit buah jeruk bali...'

Aku tersenyum geli mendengar suaranya yang agak sumbang tapi penuh semangat. Bocah itu balas tersenyum padaku, kemudian kembali asyik memberondong ibunya dengan berbagai cerita. Mulutnya tak henti mengunyah donat yang barangkali dibelikan ibunya di depan sekolah. Ibunya menyahut sesekali dengan anggukan atau gumaman setengah tak peduli, sementara tangannya mengibaskan lukisan krayon anaknya untuk menghalau panas.

Aku tidak menyalahkannya. Cuaca siang itu memang panas dan kemacetan jalan membuat udara pengap. Melihat bungkusan yang terserak di kakinya, aku yakin ia telah menghabiskan paginya untuk berbelanja kebutuhan dapur. Tak heran ia kelihatan sangat letih, mengantuk dan tak begitu bersemangat mendengar cerita anaknya di sekolah hari itu.

Atmosfer yang menyengat tidak mengalihkan perhatianku dari anak itu. Kureguk tiap kata dan lagu yang dinyanyikannya seperti pengelana kehausan yang menemukan wadi di tengah gurun. Alangkah rindunya aku akan semua itu. Aku tak ingin membandingkan anakku dengan bocah lucu di angkot itu, tapi mau tak mau Khalid singgah ke dalam benakku dan merusak kenikmatanku.

Setiap kali memeriksakan diri selama mengandung Khalid, bidan selalu mengatakan kehamilanku normal dan bayiku sehat. Karena itu aku dan suami sama sekali tak siap waktu dokter memberi tahu bahwa Khalid tidak normal. Ia lahir dengan Down syndrome.

Menyakitkan. Masa depan anakku sudah ditentukan oleh dokter hanya beberapa menit setelah kelahirannya. Khalid tidak akan tumbuh seperti anak normal dan dia tidak akan bisa menjadi orang dewasa normal yang mampu mengurus dirinya sendiri.

Selain itu dokter juga menemukan kelainan pada jantungnya yang harus diperbaiki dengan pembedahan. Ada juga gangguan mata dan tonsil. Hal yang menurut dokter biasa menimpa anak Down syndrome.

Shock yang kualami setelah melahirkan Khalid cukup berat hingga aku harus dirawat agak lama di rumah sakit. Aku sangat tertekan hingga bahkan tak bisa menyusui Khalid. Dokter memperkenalkanku dengan wanita pakar penanganan anak Down syndrome. Wanita itu memberikan buku-buku dan brosur kepada kami.

Tapi, semua yang kubaca malah semakin membuatku tertekan. Sejak dokter menyatakan bahwa aku positif mengandung, aku selalu berdoa dan bermimpi tentang seorang anak yang cerdas dan lincah. Anak yang akan kubimbing mengenal Allah dan Rasul-Nya. Yang akan kuajari mengaji dan shalat agar ia bisa mendoakan kedua orang tuanya. Ia akan kubawa tafakur alam ke tempat-tempat yang indah agar pandai bersyukur dan memiliki sifat tawadlu.

Aku akan memperkenalkannya pada saudara-saudaranya yang yatim dan papa agar hatinya lembut dan peka. Yang akan mencintai buku-buku seperti aku dan ayahnya. Anak yang akan jadi seorang pejuang di jalan Allah, demi kebangkitan dan kejayaan Islam seperti panglima gagah itu, Khalid bin Walid.

Kubayangkan jari mungil anakku menyusuri huruf-huruf dalam lembaran mushaf Al Qur-an. Jika lelaki, ia pasti lucu dalam baju koko dan peci mungilnya dan jika perempuan, ia pasti manis dalam jilbab kecilnya yang berbunga dan berenda

Rasanya aku bahkan sudah bisa mendengar suaranya yang bening melantunkan ayat-ayat suci itu. Suara terindah yang pernah kudengar.

Lalu ke mana bisa kukubur kecewaku saat mendapati Khalid tak mungkin mewujudkan semua impianku. Aku hanya bisa berdoa siang malam memohon kekuatan. Aku mengintrospeksi diri, mengingat kembali apa yang telah kulakukan hingga Allah menghukumku dengan memberikan Khalid.

Hingga suatu hari kalimat itu menohokku. Anakku adalah amanat-Nya, bukan hukuman, bukan aib. Hanya titipan, bukan milikku. Apakah aku berhak menggugat jika titipan-Nya ternyata tidak seperti anak-anak lain? Aku hanya ditugaskan menjaga dan mengasuhnya dengan cinta, karena ia dititipkan Allah yang rahman dan rahim-Nya tak pernah surut dari sisiku. Bukan tugasku menilai apakah Khalid layak jadi anakku atau tidak. Setelah itu aku kembali menemukan ketenangan.

Tapi tak urung kesedihan itu kerap. Sangat menyakitkan. Tiap kubawa Khalid ke dokter dan melihat ibu lain dengan bayi seumur Khalid, aku kembali terbenam dalam kepiluan. Entah untuk Khalid atau untuk diriku sendiri.

Bulan demi bulan berlalu. Sementara bayi lain mulai tertawa dan mengeluarkan suara-suara lucu, Khalid hanya diam. Ia memandang kosong ke depan.

Tiap hari suamiku dan aku harus bergantian merangsang otaknya dengan mainan warna-warna dan kerincingan yang ribut. Khalid baru menunjukkan reaksi saat usianya hampir delapan bulan.

Khalid baru belajar berjalan di usia dua tahun. Bicaranya tak pernah selancar anak-anak lain dan kosa katanya sangat terbatas. Ia tak bisa mandi dan berpakaian sendiri hingga usianya hampir sembilan tahun. Ia harus disuapi tiap waktu makan sampai ia bisa makan sendiri beberapa bulan terakhir ini.

Yang paling menjengkelkan, sulit sekali membiasakannya buang air di kamar mandi walaupun aku dan suamiku sudah mengajarinya selama delapan tahun dari sepuluh tahun usianya.

Mengajari Khalid salat dan mengaji hampir tak mungkin. Khalid hanya bisa mengikuti gerakan-gerakan salat tanpa bisa menghafal bacaannya.

Setelah beberapa lama, kami menyadari kesalahan kami dan mulai dari awal sekali. Mengakrabkan Khalid dengan Allah dan Islam. Sesuatu yang lebih mudah dilakukan dan dipahami Khalid.

'Di belakang rumah ada pohon jambuu...' suara lantang bocah berseragam TK diangkot itu mengembalikan perhatianku pada polahnya yang kocak. Tapi kali itu aku tak bisa menikmatinya tanpa merasa iri. Iri pada ibu yang tak menyadari besarnya nikmat Allah yang dimilikinya. Ada kegeraman dan rasa kasihan pada diri sendiri yang tiba-tiba bergolak dan menenggelamkanku.

Membuat dadaku sesak dan leherku tercekik. Aku tak tahu apakah harus menyesal atau gembira saat anak itu akhirnya turun dari angkot.

Di bangku yang mereka tinggalkan kulihat burung-burungan kertas itu gepeng. Kupungut dan kuperbaiki. Tiba-tiba mataku kabur oleh air mata. Khalid tak bisa melukis dengan krayon atau membuat origami. Koordinasi tangannya lemah sekali.

Dalam kepalanku yang gemetar, burung-burungan itu kuremas menjadi gumpalan kertas. Aku tak sanggup lagi menahan isak. Dengan suara tercekat kusuruh sopir berhenti. Kusodorkan ongkos dan turun, walaupun rumahku masih jauh.

Aku duduk di halte yang sepi. Menarik nafas dalam-dalam dan mengeringkan air mata. Saat aku menengadah mataku tertambat pada papan putih di seberang jalan. Sebuah masjid. Ya Allah, inikah teguran-Mu.? Aku menyeberang. Segera kuambil wudhu dan salat dua rakaat. Air mataku menetes saat kubaca ayat kedua belas dari surat lukman... Anisykurlillahi....

Usai mengucap salam aku tercenung. Kekalutan yang sempat menguasai sudah berhasil kukendalikan. Aku merasa kosong, tapi damai. Lalu satu- satu fragmen kehidupan Khalid mulai kembali ke dalam benakku. Bukan gambaran muram tentang kekurangannya, tapi keistimewaan-keistimewaan kecil yang mengimbangi dan melengkapi hidupnya.

Khalid suka sekali musik. Ia sulit menangkap dan menghafal lirik, tapi kenikmatan yang terlukis di wajahnya saat mendengarkan musik adalah keindahan tersendiri. Ia juga tak pernah nakal dan usil, selalu ramah dan murah senyum. Ia tak pernah marah dan ngambek, dan jika dimarahi, cepat kembali ceria.

Ia sangat mencintai adiknya Fatimah, yang lahir empat tahun lalu. Kami sempat khawatir Khalid akan cemburu dengan kehadiran adiknya. Tapi ia malah antusias membantuku mengurus Fatimah. Sering kudapati Khalid duduk menatap adiknya yang tertidur dengan ekspresi terpesona yang tak terlukiskan.

Fatimah normal dan cerdas sekali tapi ia menerima abangnya tanpa syarat. Kemesraan di antara keduanya selalu menerbitkan syukur di hatiku dan ayah mereka. Mengurus Khalid memang menuntut kesabaran dan kegigihan ekstra dibandingkan mengasuh anak biasa. Tapi Khalid memang bukan anak biasa.

Ia telah mengajarkan kepada kami makna mencintai tanpa pamrih yang hakiki. Di zaman saat orang memburu segala yang superlatif; tercantik, terpandai, tergesit, anakku tidak akan bisa bersaing. Ia tidak mungkin menjadi teknolog, ekonom atau da'i tersohor.

Tapi apakah itu akan mengurangi cinta kami padanya? Mengurangi kegembiraan melihat prestasi-prestasi kecilnya yang dianggap remeh dan sepele orang lain seperti bisa berpakaian dan makan sendiri? Aku dan ayahnya tak akan memperoleh apa-apa darinya. Kemungkinan besar Khalid akan terus tergantung pada kami. Dan setelah kami tak sanggup lagi, mungkin pada Fatimah.

Tapi kami memang tak lagi mengharapkan apapun darinya. Kami hanya mencintainya. Kudorong gerbang rumah dan kuserukan salam. Sahutan riang menyambutku. Pintu terkuak. Fatimah menghambur memelukku sementara abangnya tersenyum lebar sambil berjalan goyah di belakangnya.

'Ibu bawa apa, bawa apa?' tanya Fatimah. Ia memekik ketika kukeluarkan sekantung mangga ranum dari keranjang belanjaku. Khalid tersenyum. Matanya yang semula kosong berbinar. Mangga adalah buah kesukaannya.

Aku masuk ke kamar untuk berganti baju setelah berpesan pada pembantu untuk mencuci dan mengupaskan mangga buat anak-anak. Saat aku keluar, mereka tidak berada di meja makan.

Kupanggil mereka dan kudengar sahutan dari halaman belakang. Di depan kandang burung parkit Fatimah melonjak-lonjak dan tertawa melihat abangnya dengan sabar menyodorkan potongan mangga lewat jeruji bambu. 'Ayo kuning! Jangan diam saja! Tuh diambil si hijau deh!' teriak Fatimah. Satu demi satu burung-burung parkit dalam kandang terbang menyambar potongan mangga dari tangan Khalid. Aku bertasbih. Mataku pedih. Sudah lama aku mengamati keistimewaan Khalid untuk mencintai dengan keikhlasan yang bersih dari egoisme anak seusianya. Cintanya sangat tulus pada burung-burung kesayangan suamiku, pada ikan hias dan ayam kate yang kami pelihara untuk mengajar anak-anak bertanggung jawab.

Bahkan pada bunga-bungaku di kebun. Ia gembira mengurus semua itu, walaupun tak pernah mendapat imbalan apapun dari kami. Kelembutannya terulur bahkan pada kucing-kucing liar yang sering diberinya makan atau anak-anak tetangga yang kerap mendapat bagian dari jatah kue dan buahnya tanpa menuntut balasan apapun.

Aku memang tak punya alasan untuk bersedih dan kecewa lagi. Khalid mungkin tak bisa membaca dan mengaji. Tapi perasaannya halus dan penuh kasih sayang. Dan aku sangat bersyukur atas kelebihannya tsb. Dan aku berjanji menjaga dan merawat titipan Ilahi tsb dengan penuh kasih sayang sampai dia bisa mandiri kelak, Semoga.

Ahad, 6 Januari 2013

6 pesanan


6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Jangan lupa klik share ya :)

via: @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim]
‎6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Kg Banjir KK


Saya insan prihatin dari Kuala Kangsar, Perak dan juga mewakili penduduk Kampung Banjir ingin meyuarakan ketidakpuasan hati kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan kampung kami bernama Kampung Banjir kerana kerap banjir yang berlaku di kampung kami.


Dah terlalu lama kami menahan perit di mana setiap kali hujan kampung kami akan dinaiki air malah turut memasuki rumah penghuni kampung.

Prosedur biasa lepas banjir puak puak Umno akan datang untuk ambil nama dan bagi bantuan RM200.

Untuk pengetahuan pihak tuan RM200 tak cukup pun, barang yang rosak mencecah RM1000.


Bila saya renung kembali kenapa boleh terjadi macam ini, sebabnya sistem perparitan kg kami sangat tidak dijaga (disertakan gambar utk pihak tuan sebagai bukti).

Terdapat lapan kawasan di mana airnya mengalir masuk melalui sistem perparitan kami antaranya Taman Kuala Kangsar, Perindustrian Perak Tex, Taman Anggerik, Stesen keretapi Kuala Kangsar dan beberapa tempat lain.
Kami dah buat aduan malah puak puak Umno ini dah cakap dah submit kepada pihak bertanggungjawab untuk pembersihan tapi dah lima bulan tak da tindakan.

Maka saya mengambil langkah ini agar kampung kami diberi perhatian yang serius.

Nan

Tahukah anda bagaimana roti nan dibuat di negara lain?

#Mesti sedap, ye dak?



katak salad

Cuba lihat bungkusan salad yang dikatakan sangat segar. Segar la sangat sehingga ada sesuatu protein dalamnya.

#Agak-agak macam mana katak tu dapat oksigen?