Jumaat, 26 Julai 2013

hanya tengkorak

Insaflah Wahai Diri

Jangan kita berbangga dengan pakaian kita yang cantik dan mahal,
Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yang berwarna putih.

Jangan kita berbangga dan angkuh dengan kenderaan kita yang mewah,
Kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah kita terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahat.

Janganlah kita ego dan sombong kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana,
Kita mesti ingat bahawa rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Janganlah kita bermegah dengan pangkat dan darjat,
Kerana bila kita sudah tiada nanti kita akan mendapat gelaran Al-Marhum.

Janganlah kita terlalu berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita telah mati nanti, wajah kita akan berubah menjadi tengkorak...

Lailatul Qadar


->Panduan Ulama Dalam Mengesan Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam al-Ghazali dan lainnya:

"Lailatul Qadar pd malam yg gasal (ganjil) di dlm 10 yg terakhir dan berkata mereka itu sesungguhnya diketahuikan dia (Lailatul Qadar) dgn hari yg awal drp bulan. Maka jika:

Hari pertama Ramadhan hari Ahad/RABU: Lailatul Qadarnya MALAM 29
Hari pertama Ramadhan hari Isnin: Lailatul Qadarnya malam 21
Hari pertama Ramadhan hari Selasa/Jumaat: Lailatul Qadarnya malam 27
Hari pertama Ramadhan hari Khamis: Lailatul Qadarnya malam 25
Hari pertama Ramadhan hari Sabtu: Lailatul Qadarnya malam 23

[Petikan drp kitab Mathla'ul Badrin Wa Majma'ul Bahrin karangan Muhammad B Ismail Daud Patani di bwh tajuk Kitabul Iktiqaf]

Sumber: Majalah Q&A SIRI 19 

P/S: Sekadar panduan, tetapi lebih baik kita isi kesemua 10 malam terakhir dgn banyakkan amalan sunat sprt tadarus, iktikaf dan solat malam.

"Ya Allah, terimalah amalan kami. Golongkan kami dlm golongan org yg memperoleh lailatul Qadar, dan dlm golongan org yg berjaya dlm madrasah Ramadhan yakni dgn memperoleh ketaqwaan." Amin
 — 

manusia buruh

Oleh Hariz Zuan

Kekusutan polemik kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) berakar jauh lebih awal sebelum kenyataan yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen baru-baru ini.

Perkara pertama yang wajib difahami adalah isu ini bukan tiba-tiba dan terbit begitu sahaja, tetapi isu ini memiliki latar panjang dan berbagai dimensi yang harus dicernakan dahulu agar dapat dihadam seluruhnya.

Jika tidak, rasa mual dan memulas yang tersorok dalam hempedu masing-masing itu pasti akan tersilap diagnosis akan puncanya.

Sebenarnya jika kita memahami latar ini, kita tidak akan mudah melatah dengan kenyataan Dr Ko Chung Sen, sebagaimana yang terjadi kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), malah kita pasti akan segera memaafkan kenaifan Ahli Parlimen Kampar tersebut, malah bersimpati terhadapnya.Seseorang berhak diberi ijasah dokter,dianggap sebagai orang terpelajar,tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.Dan bila ada tirani merajalela,ia diam tidak bicara, kerjanya cuma menyuntik saja.

Pertamanya kerana amalan pendidikan negara ini telah semakin jauh dengan falsafahnya. Jika kita mengambil sedikit waktu untuk membaca Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pastinya kita akan mendapati bahawa tujuan pendidikan negara ini jelas holistik – yang bukan semata-mata melayakkan seseorang itu mendapat ijazah tetapi yang lebih utama adalah proses pendidikan berterusan untuk mengembangkan potensi diri setiap warga bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.  Indah!

Malangnya, amalan pendidikan negara ini tidak sejalan dengan falsafahnya. Situasi ini berlaku kerana Malaysia pada suatu ketika (1980an-1990an) merupakan negara membangun yang sedang berkembang dan bercita-cita besar untuk menjadi negara industri dengan pantas. Ketika itu, kemasukan modal asing sangat pesat, FDI mencurah-curah dan banyak kilang-kilang didirikan.

Kilang-kilang ini memerlukan pekerja mahir dan separa mahir yang ramai. Maka, orientasi pendidikan negara ini pun – entah secara sedar mahupun tidak –  dihalakan kepada menyediakan pekerja bagi kilang ini, bukan lagi membina insan sempurna.

Dr Mahathir yang ketika itu berikan jolokan arkitek dan CEO Malaysia benar-benar menjadikan negara ini sebagai sebuah syarikat. Dasar pembangunan Mahathir sangat mudah, pembangunan bererti bangunan – segala-galanya berbentuk fizikal – sehingga menjadikan orientasi sosial dan politik negara ini berteraskan developmentalism – teori pembangunan yang berteraskan pembangunan fizikal dan kemasukan modal yang besar. Maka, sumber tenaga kerja negara ini harus dipersiapkan untuk developmentalism ini.

Pada ketika itu, malah sehingga kini, mata pelajaran Sains dan teknikal adalah jauh lebih terhormat daripada mata pelajaran Sastera dan Kemanusiaan. Mana-mana anak sekolah yang cerdas fikirannya dikerah mengambil jurusan Sains, sehingga menerbitkan stigma bahawa sastera hanya untuk pelajar dungu dan culas belajar.

Manakala di peringkat universiti, kebanyakkan kursus juga dipastikan selaras dengan kehendak ‘pasaran’ dan ‘industri’. Kursus teknikal dan iktisas diberikan keutamaan dan kursus Sains dan Sastera tulin dianggap tiada masa depan kerana tiada prospek cerah dalam industri. Malah, kebanyakkan kursus Sains Kemanusian (Social Sciences) juga seakan diwajibkan memiliki elemen industri, umpamanya sosiologi industri dan psikologi industri. Maka, perlahan-lahan kemanusiaan terpinggir.

Selain itu, kursus di universiti juga disingkatkan daripada empat tahun untuk Ijazah pertama kepada hanya tiga tahun. Malaysia seakan tidak mampu untuk menunggu lama. Jumlah universiti digandakan, malangnya tumpuannya hanya lebih kepada bidang teknikal sehingga mencacatkan makna di sebalik istilah universiti itu sendiri – yang seharusnya mengajarkan ilmu yang universal dan holistik. Buktinya, sehingga kini, tiada satu pun jabatan falsafah di universiti di negara ini, apatah lagi fakulti falsafah.

Lebih daripada itu, mulai tahun 1996 penyertaan swasta dalam pendidikan tinggi mula berkembang melalui pengenalan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Kini pihak swasta menjadi pemain utama untuk menghasilkan buruh-buruh ‘terpelajar’ untuk industri.

Tambahan pula pihak swasta pastinya menjadikan pendidikan sebagai satu komoditi untuk diperdagangkan dengan mengenakan yuran yang bukan sedikit.
Bagi mengoptimumkan pasaran universiti dan kolej swasta ini, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenalkan setahun kemudian, iaitu pada tahun 1997.  Kini, tugas mendidik telah diserahkan sebahagiannya kepada swasta yang berteraskan keuntungan dan hanya berminat untuk memasarkan ‘produk’ keluaran mereka kepada industri secepat mungkin.

Mahasiswa yang sebelum ini bebas daripada hutang, kini menanggung hutang besar pada usia muda. Maka, mereka juga terdesak untuk memastikan mereka diterima masuk ke dalam pasaran kerja (baca: industri) secepat mungkin, setidaknya diterima masuk kerja kerajaan!

Apakah Strategi ini Berjaya?
Jelas strategi Mahathir ini tidak berjaya! Buktinya semakin banyak rungutan daripada industri berhubung dengan ‘produk’ yang dihasilkan oleh universiti negara ini. Pastinya kita sedia maklum berkenaan rungutan kualiti graduan negara ini yang gagal untuk berdepan dengan situasi sebenar bidang pekerjaan.

Rungutan utama pastinya kegagalan komunikasi termasuk dalam bahasa Melayu, tidak mampu bekerja tanpa pengawasan dan arahan spesifik serta takut membuat keputusan.

Jelas ini merupakan hasil daripada pendidikan negara ini yang mementingkan kemampuan menghafal rumus dan mengikut arahan semata-mata – daripada mana datangnya arahan dan  apakah tujuan sesuatu pelajaran tidak penting.
Maka sibuklah para ‘pemikir’ negara ini menyelesaikan masalah ini. 

Malangnya, mereka tidak mahu kembali kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebaliknya memperkenalkan pula beberapa kursus tambahan (elektif) di universiti, termasuk teknik berfikir! Setelah lebih 20 tahun barulah diajar bagaimana untuk berfikir dan hanya beberapa jam dalam satu semester!

Strategi ini juga melahirkan graduan yang hanya berfikir dalam kerangka bidang mereka sahaja – mudahnya, mereka gagal menghubungkan antara disiplin ilmu yang pelbagai dengan bidang masing-masing. Sebagai contoh, jika graduan farmasi, mereka hanya tahu mengeluarkan diskripsi ubat kepada anak yang kekurangan zat tetapi gagal menjelaskan kenapa kanak-kanak ini tidak mendapat zat.

Demikian juga dengan arkitek yang membina bangunan yang kering sejarah dan budaya, graduan ekonomi yang hanya tahu mengira untung dan rugi tetapi tidak memahami untuk siapa keuntungan ini. Akhirnya, graduan yang kita hasilkan adalah mereka yang mati budaya atau uncultured.

Oleh yang demikian satu lagi kursus diperkenalkan untuk memberikan kefahaman latar budaya dan ketamadunan kepada mahasiswa kita yang antaranya kita kenali sebagai TITAS ini. TITAS ini niatnya baik, namun tidak mampu untuk menyelesaikan masalah paling asas sistem pendidikan kita. Umpama pokok yang hampir mati kekeringan, hanya dibasahkan daun-daunnya, bukan disiram pada akarnya.

TITAS bukanlah kursus berkenaan teologi Islam atau mana-mana agama tetapi adalah pengajian tamandun yang turut juga meliputi tamadun Asia – China dan India.

Malangnya, Dr Ko, sebagaimana kebanyakkan lain yang terperangkap dalam pendekatan pembangunan Mahathir, gagal untuk melihat kepentingan subjek kemanusiaan dalam sesuatu pengajian profesional seperti perubatan.

Mana Puncanya?
Kekeliruan yang ditimbulkan angkara TITAS ini merupakan manifestasi kebebalan dan kecamukan sistem pendidikan yang diwarisi negara ini. Bagi memahami daripada mana datangnya kebingungan dalam isu TITAS ini kita harus menaiki mesin masa untuk pulang sekitar 30 tahun dahulu – tepatnya 1971. 

Ya, semua daripada kita tahu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikuatkuasakan sejak 1971 sebelum diperketatkan pada 1974 oleh Dr Mahathir yang pada ketika itu Menteri Pelajaran. Apa kaitannya AUKU dengan TITAS ini? Jangan silap, celaka AUKU ini bukan hanya menyekat aktivism mahasiswa sahaja, malah yang lebih merosakkan adalah hilangnya autonomi universiti.

Tanpa autonomi, pihak eksekutif bukan sahaja boleh campur tangan dalam soal pentadbiran dan pengurusan universiti, malah sebagaimana yang dibuktikan dalam kes TITAS ini, eksekutif boleh campur tangan dalam membentuk subjek akademik dalam universiti.

Mengapa situasi ini tidak sihat? Pertamanya kerana universiti sebagaimana sifatnya merupakan korpus ilmu yang wajar dihormati akan kedudukannya. Maka silibus dan keputusan yang dibuat dalam universiti harus dibiarkan kepada kaki tangan akademik berdasarkan bidang keilmuan mereka, bukan kerana kepentingan sesiapa. Keduanya, bagaimana kaki tangan pentadbiran kerajaan yang tidak terlatih dalam disiplin ilmu yang khusus membuat keputusan untuk mewajib atau tidak sesuatu mata pelajaran?

Tanpa ada niat untuk meremehkan pegawai Kementerian dan barisan kabinet kerajaan, pastinya tidak masuk akal mereka yang mungkin memiliki ijazah komunikasi atau pengurusan pejabat untuk menentukan silibus di universiti. Bukankah lebih afdal jika perkara ini ditentukan oleh para profesor di dalam universiti tersebut?

Kesimpulannya di sini, isu TITAS ini jauh lebih kompleks daripada apa yang dapat kita sangkakan. Perdebatan berkenaan TITAS ini seharusnya membuatkan kita kembali merenung sistem pendidikan negara ini, ke manakah ingin di bawa anak bangsa ini? Menjadi insan atau menjadi buruh?
Kita juga harus berani dan teguh untuk keluar daripada kerangka pendidikan dan pembangunan yang dibina oleh Mahathir. 

Beliau punya sumbangannya kepada Malaysia dan segalanya akan diadili oleh sejarah. Cuma yang tinggal adalah kita untuk meluruskan kembali arah tuju bangsa Malaysia ini.

mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis. Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita TIDAK perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. JANGAN merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama - sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect".

Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai!

Selamat Berpuasa Dan Berjihad 

4 jari


Satu kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic). 

Ketika bertugas di Mayo Clinic di Minessota  antara tahun 1979 – 1983 seorang pesakit, Jason Withers (36 tahun) bekerja sebagai tukang kayu telah terpotong kesemua 4 jari pada tangan kanannya dengan gergaji circular. “Awak mesti tolong saya, Dr.” pesakit untuk merayu kepda doktor itu di bilik ER. 


 “Saya perlu untuk mampu bekerja” Pesakit itu mempunyai isteri dan beberapa orang anak. Dia perlukan jarinya untuk bekerja “Bolehkah Dr. cantumkan semula jari saya,” katanya dengan mata bergenang air mata.  Kes ini didapati berpotensi untuk pembedahan.   Bagaimana Jason didapati seorang perokok pada kadar  lebih satu kotak satu hari.  Doktor mengatakan dia mesti berhenti merokok serta merta.  Bukan sahaja merokok itu memburukkan kesihatan tetapi ia menyebabkan sekatan pada aliran salur darah.


“Diandaikan pembedahan berjaya, kesemua jari dapat dicantum dan darah dapat mengalir kepadanya , semua akan menjadi sia-sia jika awak merokok walau sebatang.  Salur darah akan tersekat  dan jari- jari itu akan mati,” kata Dr. Micheal kepada Jason. Jason mengeluar kotak rokok daripada poketnya dan mencampakkan ke lantai dan berkata. “Dr. jika awak semua dapat cantumkan semua semua jari saya, saya tidak akn merokok lagi!” 

Pembedahan kemudian dilakukan. Hari keempat , tanda kejayaan mulai kelihatan. Jari-jari yang asalnya gelap dan seperti ‘mengarat’ kini berwarna sedikit merah jambu dan lebih sihat. Pada hari ke 10, Jason dibenarkan peluang. Hari esok lepas Jason pulang, Dr. Micheal menerima panggilan cemas daripada isteri Jason yang berkata “Jari-jarinya kelihatan teruk. Kena periksa segera, Doktor”

Setelah memeriksa kesemua jari itu, Dr. Micheal menarik lafaz dan berkata perlahan, “Maafkan saya, Jason atas apa yang berlaku” Jason hanya diam menunduk bisu hanya merenung lantai menyebab  terlintas difikiran Dr. Micheal bahawa Jason telah melakukan suatu yang bodoh, lalu dengan perlahan Doktor bertanya; “Jason, awak tidak merokok, kan?” Jason mendiamkan diri, tapi jawapan adalah jelas. Dia telah merokok. Doktor merasa kecewa dan marah, mengapalah bodoh sangat Jason, merosakkan dirinya sendiri. Segala yang buat untuk Jason hanya membuang masa. 

 “Oh, Jason, apalah yang telah kau lakukan pada diri kau sendiri.”  Pembedahan semula terpaksa dilakukan beberapa kali dalam beberapa hari hanya sekadar untuk membersihkan dari kesan kerosakan yang berlaku. Kesemua 4 jari itu tidak dapat diselamatkan. Jason meminta maaf kepada Dr. Micheal.  “Saya menyesal dr. saya tahu kini saya cacat, tapi saya janji saya tidak akan merokok lagi walau sebatang.” Pesakit itu menyesal, tetapi  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Sakit, Doktor & Allah.  Manusia hari ini sangat ambil berat tentang sihat dan sakit. Tiada ertinya kaya tanpa sihat. Apabila sakit menyerang, manusia sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk merawatinya.  Manusia akan dapatkan perkhidmatan terbaik, doktor terbaik. Selagi mampu membayar, betapa pun tinggi kosnya sanggup dibayar. Kalau tidak mampu, akan didaya- usahakan juga supaya mampu. Lebih serius dan kritikal sakitnya, manusia akan lebih mentaati segala nasihat doktor.  Bahkan kerana dikatakan untuk tujuan menyelamat nyawa maka kaki harus dibuang, manusia percaya pada doktor dan ikut nasihat doktor lalu rela kaki dipotong supaya dirinya masih bernyawa. Daripada mati seluruh tubuh badan, tidak mengapa kaki dikorbankan, masih ada ruang lagi untuk menikmati dunia.

Begitulah tinggi keyakinan kepada doktor! Begitulah juga tinggi keinginan untuk terus selamat dan hidup!

Bagaimana pula dengan ketaatan kepada Allah swt? Allah yang menjadikan kita dan doktor yang kita taat itu. Ketaatan kepada Allah bukan sahaja bagi kebaikan dunia tetapi kebahgiaan akhirat. Dalam keadaan manusia begitu mentaati doktor untuk sedikit nikmat dunia, bagaimana pula darjah ketaatan manusia kepada Pencipta manusia dan doktor itu? Sedangkan ketaatan kepada Allah, nikmat dunia dan akhirat.  Fikirkan lah.

 Kesan ketidaktaatan
 Kegagalan pesakit tadi (Jason) itu mentaati arahan doktor pakar itu telah menyebabkan kesan kerugian dan kesan buruk kepada dirinya sendiri tetapi tidak menjejaskan doktor itu. Diri pesakit itu sendiri yang menderita. Doktor tidak rugi apa-apa. Doktor itu tidak terjejaspun, reputasinya kekal ternama.  
Begitu juga,  malah bahkan,  jika kita tidak taat kepada Allah swt atau kita ingkar kepada perintahnya, kita buat maksiat dan sebagainya, ia tidak sedikitpun dan tidak samasekali menjejaskan keagungan dan kebesaran Allah swt.  Allah swt kekal dan tetap sentiasa maha agung  maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.

Tetapi ketahuilah kejahatan, kemaksiatan dan keingkaran yang kita lakukan terhadap Allah swt, adalah kita lakukan tidak bagi sesiapun melainkan bagi keburukan dan kerugian diri kita sendiri. Dunia dan akhirat.

Begitulah juga kalau kita taat kepada Allah swt. ia tidak menambahkan sedikitpun keagungan dan kebesaran Allah swt. Kerana Allah swt. adalah sentiasa dan adalah sedia maha agung, maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.

Justeru , ketaatan kita kepada Allah adalah sebenarnya bagi kebaikan dan keuntungan diri kita sendiri!

Dalil :- Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya”  (2:82)
Justeru , betulkan fikiran, perspektif dan prinsip kita. Motivasi diri sendiri. Ingatlah, setiap dosa itu tidak berbaloi.

Justeru pastikan kita berjaya menjadikan bulan Ramadan kali ini sebagai bulan reformasi dan transformasi untuk mendapat 2 objektif utama iaitu  (1) ketakwaan  - berdasarkan al-Quran  dan (2) keampunan – berdasarkan hadith sahih.

Tambahan dalil
Bermaksud “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (2:25)

Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya”  (2:82)

Bermaksud; “dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” (4:57)

Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah Yang benar. dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”. (4:122)
(tulisan ini diringkas dari artikel penuh untuk paparan Tranungkite, tentang kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic) dan artikel lengkap (cinta), boleh rujuk blog. Sekiranya ada kesilapan fakta, ada komen membantu,  please ... maklumkan. )

  http://hisham-ahmad.blogspot.com/  " 

Umah tukang kayu

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batuk di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beria-ia sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan.” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini.” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

Erti Hidup Pada Memberi

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh,” asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Israa' : ayat).

Khamis, 25 Julai 2013

student matrik


PELAJAR MATRIKULASI LABUAN

"Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dn kelebihan yg jauh lbh banyak dari org lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lbh baik dan maju dari orang lain. Sedikit kekurangan tdk dapat dibanding dgn lbh ramai lg yg mwngurus dirinya pn tidak mampu.

Foto ini adalah contoh kecekalan hati dn jiwa seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yg tidak cukup sifat fizikal dengan kecacatan tangan dan kaki yg kurang berfungsi. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Dia hanya boleh menulis Jija berbaring dgn jarinya yg berada di tangannya yg lbh pendek. Maka sehingga meja khas yg ditempah pihak Pengurusan kolej tiba. Dia terpaksalah dibaringkan di atas meja setiap kali mengikut kuliah.Syukurlah ada kawan2 yg sentiasa sudi membantu. Pensyarah2 jg turut memberi bantuan material dn tenaga utk menjaganya semasa PdP.

Agak sayu juga melihatnya di dalam kelas dalam keadaan bgni apalagi memikirkan urusan pribadi dn kebersihan dirinya jg terpaksa dibantu kawan2nya yg berhati mulia kerana dia tdk dpt melakukan urusan berkenaan sendiri termasuk disuapkan makanan, dimandikan dn sebagainya. Namun demikian semangatnya tetap waja untuk belajar. Pelik dibandingkn beberapa pekajar lain yg cukup sifat fizikal tetapi liat utk mengikuti kuliah dn tutorial

Pelajar yg berasal dari Sandakan ini bukan dari keluarga senang. Ibunya surirumah dan bapanya pekerja biasa di Lembaga Pelabuhan. Agak sukar membayangkan bagaimana dia akan hadapi cabaran2 yg lbh besar di masa akan datang. Apabila ditanya apa yg dia mahu untuk hari raya. Dia hanya menjawab cuma mahu ibubapanya bahagia dan dia dapat hidup untuk membantu keluarganya dgn menamatkan pengajian di Universiti nanti. Mulia sungguh hati anak ini. Sayangnya cabaran menanti terlalu besar untuk ditanggung. Jika pelajar Sarawak yg layak boleh menerima bantuan dermasiswa khas dari Yayasan Sarawak dlm lingkungan 1500 satu semester. Malang sedikit Yayasan Sabah tidak ada bantuan kepada pelajar2 dari negeri berkenaan pula. Jika ada bantuan untuk pelajar2 susah sebagai tambahan kepada elaun yg diberikan Kerajaan Malaysia kpd kumpulan dari keluarga daif dn yg cacat fizikal setidak2nya boleh mengurangkan beban kerana pelajar2 OKU byk keperluan tambahan khususnya utk keperluan pribadi.

Di bulan mulia ini. Jika kita ambil iktibar dari apa yg dilihat dn berlaku di sekekiling kita pasti byk yg boleh dipelajari utk mengingatkan rasa bersyukur kpd Allah kerana setidaknya kita masih mempunyai hidup yg lbh baik. Moga dgn melihat orang2 yg kurang Upaya membuka pintu kesedaran dn keluhuran jiwa untuk berkongsi empati kpd golongan ini. Moga keikhlasan kita membantu golongan susah terbalas dgn rezeqi yg melimpah. Sesuatu yg dilakukan ikhlas akan datang semula kpd kita kadangkala dgn cara tdk kita duga."