Khamis, 19 September 2013

Tepung


LIKE, TAG, & SHARE !
>>http://tinyurl.com/SokongProdukMuslim62<< Klik Sini Dulu !!

Boikot Tepung kandungan Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA

bantu

Wahai anakku,
Sekiranya engkau berasa susah hati, terasa bagaikan tiada pertolongan yang mendatang, terasa kesunyian dan marah kerana bantuan yang diharapkan tidak mendatang, jangan kamu cepat melatah.

Kawallah otakmu daripada melayang memikirkan mengapa bantuan tidak datang. Kawallah otakmu daripada khayalan membuatkan orang lain berasa salah terhadap kesusahanmu.

Dan segeralah kamu mencari seseorang untuk dibantu. Jika kamu inginkan orang membantumu, bantulah orang lain dahulu yang dalam kesusahan. Berdermalah. Berbuatlah amal. Lakukan apa sahaja di dalam kemampuan kamu untuk meringankan kesusahannya.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Allah akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat.

Dan percaya dan yakinlah Allah akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya.

Senyum.

amalkan


pesan Habib Kazim as-Saggaf di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' tadi, jangan kita lupakan sentiasa 3 perkata ini:

1) setelah setiap kali solat baca "astagfirullah lil mukminina wal mukminats", 27 kali. barangsiapa yang beramal dengannya akan menjadi orang yang doanya makbul dan disebabkan mereka, akan turun hujan di muka bumi ini. dan bila kita baca sekali sahaja "astagfirullah lil mukminina wal mukminats" memakan masa 1 atau 2 saat sahaja, tapi Allah akan beri kepada kita berbilion2 pahala mengikut bilangan jumlah orang Islam.

2) setelah solat fardhu Subuh & Maghrib selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam 100 kali. Allah akan kabulkan semua hajat kita dunia & akhirat, dengan syarat kita istiqomah setiap hari.

3) sebelum tidur, 20 kali berselawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam, bila bangun dari tidur baca doa bangun tidur (alhamdulillahil-lazii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa ilaihin-nusyur) dan bersiwak, bila nak solat kita bersiwak. kalau kita tiada kayu siwak itu (kayu dari pokok arak), kita boleh bersiwak dengan hujung kain (lengan/kolar baju atau kain rida'/selendang). kerana menurut maksud hadis Nabi sollallahu 'alaihi wassalam; "Bersiwaklah dengan setiap perkara yang kesat" (diriwayatkan oleh iman al-Baihaqi dalam kitab sunannya). berkata para ulama fuqaha' Syafie, "akan dapat pahala siwak itu dengan setiap benda yang kesat". tetapi yang afdhal dengan kayu siwak dari pohon arak itu. dan yang terafdhalnya dari kayu pohon arak itu, dari akarnya bukan dari dahannya. kalau kita ambil kayu siwak ini, kita bersiwak, setiap solat dikaliganda 70 kali. setiap rakaat dikaliganda 70. semoga Allah beri kita semua taufiq insyaAllah.

Rabu, 18 September 2013

Master

Master dengan tesis nie memang berbeza... Sebab perjalanan pengajian bukan terikat pada jadual waktu pembelajaran macam peringkat ijazah atau Master tanpa tesis... Ok...sebagai permulaan.. Tempoh asal diberi cuma 2 - 3 tahun sahaja... Dalam tempoh tu.. korang cuma kena ambek 9 jam kredit subjek pembelajaran je... Subjek nyer bebas mengikut kesesuaian tesis (Sekarang dah tak wajib rasanya)... Pandai-pandaila korang uruskan masa sepanjang 2 tahun tu untuk isikan subjek 9 jam kredit tu (biasanya satu subjek 3 kredit).

Macam senang je kan... 2 tahun belajar.. 3 subjek je... Piece of cake je la!! he he he... Anda pasti? Yang part barunya berbeza dengan peringkat ijazah.... korang kene buat satu projek penyelidikan... Projek penyelidikan nie bukan senang-senang je korang dapat dari lecturer yer... Takde dah eat with spoon... makan suap-suap nie dah takde dah... (Olololo manja manja gituuu)... Korang kene cari sendiri! Mungkin ada yang pensyarah akan tolong...tapi kebanyakannya... korang yang kene fikir sendiri apa benda yang korang nak buat.... Dari skop besar...ke skop kecil... Dari A... to Z... Dan yang paling penting.... Keaslian projek tu... originality projek tu... Projek yang masih belum dibuat orang! It's totally new projek!

So...no copy paste... takdenyer rujukan 100% sebijik sama... Nak pakai ingat buta-buta tanpa faham teori dah tak wujud... Nak ingat rumus matematik tanpa tahu asal-usul dah tak boleh pakai... U must know everything bermula dari basic! Tak kisah la sejarahnya... teori asasnya... rujukan paling awalnya... Proses perkembangannya... Semuanya kene tahu... Cuma levelnya takde la setinggi PhD... PhD kene ada novelty yang sangat solid...Originality yang sangat kuat untuk dipertahankan masa disoal dalam satu sesi dialog dengan beberapa Profesor.. Kirenye Master dengan tesis nie sebagai persediaan ke arah level tu... Dan seriously.. kalau korang yang kene cari sendiri topik apa yang nak dibuat... Pecah kepala beb!

Contoh... nak design bentuk kereta baru... Sebab minat kereta kan... Skop besarnya...design body kereta... Ok... kene selidik dulu...part mana yang banyak bagi masalah.... Bukan pakai teka dan ramal je... Rujuk bahan bacaan rasmi kajian akademik.... Cari sampai jumpa! Lepas tu katalah korang dah jumpa bahagian belakang (ada 5 rujukan kata benda yang sama)... Ok... diperincikan lagi bahagian belakang mana yang paling teruk dan kenapa? Apa sebabnya? Apa teori di sebalik kekurangan tu? Mana buktinya? Sapa cakap? Bagaimana nak improve kan nya berdasarkan teori-teori yang ada? Macam mana nak implement kan teori tu? Pakai rujukan mana? Apa signifikan dia  in terms of costing dan sebagainya? Komfem ker takde orang buat lagi? Ke idea celop jer? Apa dia punya scope of limitation? he he he... tu baru nak cari topik kan...bukan start buat projek lagi.

Satu lagi... projek penyelidikan dalam akademik nie mementingkan keasliannya berdasarkan rujukan-rujukan kajian yang disahkan benar, berdasarkan teori-teori dan kaedah-kaedah yang diakui tepat dan benar... dan korang kene buktikan yang ianya belum dlbuat oleh sesiapa pun.... DI SELURUH DUNIA.... bukan setakat kat Malaysia je yer... di dunia... Contoh la korang dah jumpa satu idea bernas... lepas tu korang dah buat dah separuh jalan...tetiba korang terjumpa di rujukan mana-mana bahagian di dunia nie yang idea tu dah dibuat... Korang TERPAKSA cari idea lain atau mengubahnya untuk mengekalkan ketulenan topik itu..walaupun benda tu dah separuh jalan.. Sakit hati? Tak adil? Itulah dia master dengan tesis...he he

Dalam proses penyelidikan nie... memang tak dibenarkan sama sekali menyalin bulat-bulat apa yang telah ditulis... No copy and paste! Walaupun korang dah bagi nama rujukan mana-mana... Korang kene olah sendiri ayat tu dengan ubah cara penyampaian tapi tidak mengubah maksud yang cuba disampaikan dalam rujukan tersebut.... Even nak guna gambar sahaja pon kene tulis rujukan mana! Ala... takdenye pensyarah rajin nak cek.... Ye ker gitu? Jangan risau...pensyarah ada cara mengesan penipuan menyalin nie... Lagi pun depa nie expert dalam bahagian depa... Korang menipu...tunggu je ler akibatnya... muahahaha
 
Macam mana proses nak buat projek penyelidikan nie? Prosesnya kebiasaan macam nie... semester pertama.. penghasilan kertas kerja penyelidikan... Proposal untuk dibentangkan kepada pensyarah...Jika setuju....Ok...senang la citernye... Kalau tak setuju....proses penulisan kertas kerja terpaksa dimulakan semula... Lumrah pembelajaran master... Bila proposal dah lulus.. baru ke proses seterusnya... Mencari rujukan tambahan dan mereka atur bagaimana proses penyelidikan nak dibuat... Lepas tu prose mencari bahan dan alat... Proses set-up alat (kalau melibatkan eksperimen)... Proses mengambil data dan menganalis data.. dan kemudian proses penulisan... Percaya atau tidak... ramai yang paling malas di bahagian penulisan.. he he...

Rujukan pulak kenelah rujukan yang sahih...macam korang nak gunakan hadis-hadis...Pastikan jangan digunakan hadis dhaif sebagai rujukan... Macam tu la proses buat tesis nie... Rujukan kenelah sahih benar dan dipersetujui oleh scholar dunia yang lain... Kebiasaan... jurnal dan konferens... Surat khabar dan risalah majalah...tidak digalakkan kerana sekarang banyak yang tak betul... Sebagai rujukan tak rasmi...ok..tapi untuk tesis penyelidikan...Baik jangan...nanti korang yang akan bermasalah... Untuk sepanjang pengajian tu.. korang kena jugak buat satu jurnal dan dihantar, dan diterima ke mana-mana yang dicadangkan.. Jurnal tu hasil dari projek penyelidikan korang la kan.... Tak semua penulisan jurnal kita diterima yer... Banyak kene buat balik... Syarat nak grad master nih.....

Dah nampak kan sikit-sikit proses dia? Ok...tambah lagi sikit... Proses penyelidikan juga melibatkan orang ketiga... Contohnya kalau korang guna kelengkapan makmal...kenelah bergantung juga kepada staf makmal..keadaan alat kelengkapan atau bahan spesimen tu sendiri... Kalau alat atau bahan spesimen tu selalu rosak atau tak capai tahap piawaian..akan mengundang masalah jugak...ambil masa nak repair... kalau rosak lagi.. kene tunggu lagi... ada juga bergantung kepada orang luar bila melibatkan pembelian alat... Lambat prosesnya...lambat lah kita.. sebab nak tak nak...kene tunggu....Nak push.... korang dibenci...lagi lah tak jalan proses tu... Kalau langsung tak push... langsung tak gerak! Cam mana tu...he he he

So...kesimpulannya... belajar master dengan tesis bukan belajar dalam kelas jer... Bukan setakat teori je... Hafal dan luahkan dalam exam...Pastu nak hubungkan dengan realiti...tak tahu ape ke bende pon! Taaakk.... Banyak proses belajarnya... belajar berdikari...belajar menguruskan masa... belajar berkomunikasi dengan pelbagai jenis ragam manusia... belajar cara penulisan akademik... belajar menghubungkaitkan teori dalam buku dengan keadaan sebenar dalam eksperimen yang korang je tahu keadaan dan masalahnya.. Belajar bagaimana menyelesaikan masalah berdasarkan rujukan teori dan adaptasi pembacaan ilmu... belajar berinteraksi dengan orang luar negara.. Macam-macam.... Seronok....tapi memenatkan...hu hu..

Bukan nak menakut-nakutkan... Tapi itulah realitinya... Kepada mereka yang bersedia saja mampu mengharunginya tak kira kejap atau lama... Sepanjang aku dalam dunia master aritu... Ramai jugak yang kecundang separuh jalan... Nak kata tak bijak...Ramai dari mereka tu genius... Masa ijazah dapat First class kot... SPM tak yah cakap la... Setakat stret A tu tak pandang dah... Kalau tanya sifir tu..belum sempat kelip mata dah jawab dah.. Tapi kenapa??

Sebab pembelajaran master dengan tesis bukan seratus peratus bergantung kepada kecerdikan dan kepandaian.... Tapi separuh daripadanya adalah datang dari semangat dan usaha yang mantap meneruskan proses pembelajaran yang pelbagai.... Kerajinan dan istiqamah sangat penting dalam pembelajaran peringkat master dan PhD... Genius itu cuma bonus... Semangat waja itu yang utama...Sesape rasa nak test semangat dia level mana... cubalah ambek master dengan tesis atau PhD nie..hehehe. Alhamdulillah dah lepas Master... Rehat kejap... penat bai... Sangat penat..

usahalah


Kekadang ramai yang selalu persoalkan kejayaan orang lain... kenapa dia tu berjaya... kenapa dia tu hebat... kenapa dia tu selalu bertuah.... mengapa bukan kita? Persoalan yang sellau mencipta rasa iri hati, cemburu... dengki dan rasa tak puas hati... Ada yang salahkan kekurangan diri...ada yang menyerahkan bulat-bulat pada takdir dan nasib tanpa berusaha.... ada yang cuba memburukkan dan menjatuhkan si yang berjaya...perbuatan yang dilaknat Allah...... Tapi kenapa kita selalu tak tengok yang sebaliknya?

Si sipulan tu berjaya mencanak-canak hebatnya.... kita biasa-biasa.... Tapi kenapa kita perlu rasa dengki atau iri hati? Mengapa tidak bersyukur dengan apa yang kita dah ada...dengan cuba melihat ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari kita? Kita perlu rasa bersyukur dengan apa yang ada... Tapi perlukah kita duk rilek-rilek sahaja kata ini sudah cukup bagi kita tanpa usaha lebih?

Dari hati akan menbentuk realiti kehidupan kita.... Sebelum kita membuat apa-apa tindakan... baik kita muhasabah diri.. Si sipulan tu berjaya... Mengapa kita tidak? Sejauh mana usaha kita berbanding dengan dia? Sejauh mana kita yakin pada diri kita yang sebenarnya mampu berjaya macam tu juga? Setinggi mana kita mempositifkan diri kita untuk berjaya? Sekadar duduk goyang kaki main pusing-pusing pen sahaja dah mampu nak mencakar langit ke? Bawak kereta tekan pedal 50 km/h takkan dapat potong orang lain yang bawak kereta 70km/h... Atau sekadar duduk termenung baca wall Facebook tanpa menimba apa-apa ilmu baru setiap saat setiap masa? Sejauh mana kita menganjakkan diri kita menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan tu?

Apa yang kita fikir... apa yang kita cakap pada diri kita sendiri... sebenarnya memberi kesan secara separa sedar terhadap diri kita... Kalau kita selalu fikir..."Aku nie bodoh...tak macam kau..." atau.. "Aku nie tak pandai cam ko... Cukup la stakat nie..." Atau lagi... " Cukup la setakat nie...dah untung jadiler... buat apa nak besarkan lagi....(perniagaan)"... Sindrom melayu kebanyakan... Cepat berpuas hati tapi cepat jugak rasa tak puas hati bila tengok kejayaan orang lain... Pastu mula la nak cari jalan nak tikam belakang... Tuduh bukan-bukan....Jadi stalker hari-hari tunggu berita kejatuhan si sipulan... Bukan ke lagi elok kalau jadikan kejayaan orang lain sebagai suntikan semangat nak berjaya juga?

Selain berdoa dan bertawakkal.... Cuba kita letakkan diri kita ke tempat yang lebih tinggi... berusaha dengan lebih gigih.... Merancang kehidupan dengan lebih terperinci... Mempositifkan diri dengan sepenuhnya.... Usaha DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH dahulu sebelum mengatakan ianya ketentuan Allah.... kerana Allah menyuruh kita berusaha dulu sebelum bertawakkal... Majukan diri... yakin pada diri.. 

Kalau kita rasa kita tak pandai... belajar dan membacalah dengan lebih gigih... Kalau kita rasa kita lembap... sediakan masa kerja lebih untuk tingkatkan keupayaan diri... Kalau kita rasa kita kurang pengalaman... Timbalah ilmu sebanyaknya dengan selalu menyertai apa-apa peluang yang ada... Kalau kita rasa kita lemah... Kuatkan diri sedaya upaya dengan seratus peratus semangat yang ada.... Kalau kita asyik kalah... Perbanyakkan latihan dan tingkat stamina tanpa mengeluh kesah kerana penat... Positifkan diri! Hentikan beralasan... hentikan sebab negatif... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... Ubah diri kita supaya mencari seribu daya sebelum menyerah duduk bersandar menerima qada' dan qadar... Dalam azan selalu menyeru... "Hayya 'Alal falah" yang bermaksud...Marilah Menuju Kejayaan...

Jika dilihat sudut yang lebih global.... Di mana Malaysia sekarang di mata dunia? Di mana level sukan bola sepak kita di mata dunia (Ranking 160++???) ? Di mana level kita dalam dunia akademik? Di mana Malaysia dalam kemajuan teknologi? Yang lebih penting... di mana MELAYU di mata dunia? Terkenal dengan sifat-sifat negatif? Kenapa dan mengapa jadi begitu? Lemah ker kita? Bukan ke Melayu nie satu bangsa yang pernah diangkat sebagai satu bangsa tersohor dengan kehebatan ilmu pelayarannya...satu empayar yang digeruni seluruh dunia... satu kerajaan yang menjadi pusat menimba ilmu pengetahuan ... Apa bezanya kita dengan nenek moyang kita? Adakah sebab hilangnya identiti asal... diperdaya dengan unsur negativiti penipuan teks sejarah - Melayu nie kaum yang lemah? Sama-sama positifkan diri kita.... Kembalikan era kegemilangan empayar kita di Asia Tenggara nie... yang lebih penting.. anjakkan diri kita sendiri dahulu...

P/S: Teringat lagu nie.... Memang menaikkan semangat....:)

Umar RA



Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab oleh Ustaz Fawwaz bin Mohd Jan
- Para sahabat pernah mengatakan bahawa, mereka tak pernah merasakan hebatnya Islam ini seperti mana setelah Umar Al-Khattab memeluk Islam.
- Satu-satunya sahabat nabi yang bernama Umar dengan ejaan ع م ر iaitu عمر , sedangkan sahabat-sahabat lain juga ada yang bernama Umar, tetapi Rasulullah S.a.w menyuruh memanggil yang lain sebagai Amru  - عمرو - dengan menambah huruf 'و' di belakang,  sebagai penghargaan istimewa buat Umar Al-Khattab.
- Sayyidina Umar r.a digelar juga sebagai Al-Faruq , yang bermaksud 'yang dapat membezakan antara baik dan buruk'.
- Umar r.a ada tanda lengkuk bawah kedua-dua matanya, seperti bekas mengalir air, kerana dia tiap-tiap malam menangis kerana takutkan Allah.  Lebih-lebih lagi jika dia membaca Surah Al-Muthaffifin ayat 6.

- Umur Sayyidina Umar r.a ketika meninggal dunia adalah 63 tahun, sama dengan umur Sayyidina Abu Bakar r.a dan juga umur Sayyidina Muhammad S.a.w. 

Khalifah Umar Al-Khattab dan prihatinnya pada rakyat miskin
- Umar r.a adalah Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar r.a.  Umar r.a menjadi Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.
- Mula-mula Umar r.a jadi khalifah dia buat undang-undang yang berbunyi "dari mana kamu dapat harta ini?"  Kerana dia tidak mahu rakyatnya, terutamanya gabenor-gabenor (menteri) memperolehi harta dari sumber yang haram.
Dia tidak mahu gabenor-gabenor yang dilantik mengumpulkan kekayaan. Sebagai contoh, jika seorang gabenor itu masa dilantik mempunyai 2 helai pakaian, maka setelah berhenti jawatan gabenor nanti pun mesti mempunyai 2 helai pakaian itu juga dan tidak lebih. Dan lebih baik lagi jika ada sehelai saja sewaktu berhenti (bermakna lebih kurang harta lebih bagus).
Bayangkan jika menteri-menteri sekarang diberi syarat sebegitu. Agak-agaknya ada ke tidak yang mahu menjadi menteri?  :)
- Ramai para sahabat , terutamanya yang menjadi gabenor seperti Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas, Muadz bin Jabal, Amru bin Al-As dan sebagainya, kena 'tarik harta' di zaman Umar memerintah ini. Harta-harta mereka digunakan untuk Islam dan membantu rakyat-rakyat yang miskin.
- Khalifah Umar Al-Khattab r.a tidak akan makan daging sehingga semua rakyat miskin di bawah pemerintahannya makan terlebih dahulu.  Ini baru namanya PEMIMPIN MENDAHULUKAN RAKYAT.  Adakah pemimpin-pemimpin zaman sekarang boleh dikatakan pemimpin yang mendahulukan rakyat?  Ada walaupun tak sehebat Umar r.a, cuma tak ramai. 
- Umar r.a yang mula memberikan duit kepada bayi yang baru lahir.
- Umar r.a tiada istana atau rumah besar seperti layaknya seorang pemimpin zaman sekarang. Beliau tidak kisah hanya tidur di bawah pokok kurma di siang hari untuk berehat, tanpa perlu katil-katil yang nyenyak.

- Beliau merupakan orang pertama yang menetapkan kalendar Hijriyyah / Hijrah.

- Beliau yang mula-mula perintahkan agar masjid-masjid di bulan Ramadhan, waktu malamnya semua buka lampu, agar orang ramai dapat qiamullail di masjid.

- Cukai hanya dikenakan kepada rakyat yang kaya dan mewah, dan tidak dikenakan kepada mereka-mereka yang miskin.

- Memberikan sumbangan kepada orang-orang yang hafaz AlQuran.
- Dan lain-lain lagi kehebatan Sayyidina Umar r.a , sila saksikan video di atas :)

Sayyidina Umar r.a membuat pembangunan juga, tetapi pembangunannya bukan untuk kepentingan diri dan kroni, tetapi semata-mata untuk kemaslahatan rakyat.  Antara yang dibina oleh Umar r.a ialah taliair, jalanraya, empangan, mengadakan matawang sendiri yang dibuat dari logam, mewujudkan sistem pos, menyusun Undang-undang tanah negara, menubuhkan pasukan polis (untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, serta membantu rakyat yang miskin termasuk mereka yang bukan Islam) dan tentera laut dan sebagainya.
Umar r.a tidak membahagikan harta Ghanimah (rampasan perang) kepada tentera seperti yang dilakukan dalam zaman Rasulullah S.a.w. Ini kerana Umar r.a lebih mementingkan maslahah untuk umum, bukan untuk puak atau kroni tertentu.  Lagi pun tentera-tentera Umar r.a sudah pun diberikan gaji yang tetap. Ia berbeza dengan keadaan di zaman Rasulullah S.a.w kerana waktu itu, keadaan orang Muhajirin yang rata-ratanya miskin kerana dihalau sebelum itu, perlu diperbaiki.
Krisis itu masih melanda Madinah. Korban sudah banyak berjatuhan. Jumlah orang-orang miskin terus bertambah. Khalifah Umar Bin Al-Khattab yang merasa paling bertanggung jawab terhadap musibah itu, memerintahkan menyembelih haiwan ternakan untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk. 
Ketika tiba waktu makan, para petugas memilih untuk Umar bahagian yang menjadi kegemarannya, iaitu bonggol dan hati unta. Ini merupakan kegemaran Umar sebelum masuk islam. "Dari mana ini?"  Tanya Umar. 
"Dari haiwan yang baru disembelih hari ini," jawab mereka. 
"Tidak! Tidak!" Kata Umar seraya menjauhkan hidangan lazat itu dari hadapannya. "Saya akan menjadi pemimpin paling buruk seandainya saya memakan daging lazat ini dan meninggalkan tulang-tulangnya untuk rakyat."  
Kemudian Umar menyuruh salah seorang sahabatnya, "Angkatlah makanan ini, dan ambilkan saya roti dan minyak biasa!" Beberapa ketika kemudian, Umar menyantap yang dimintanya. [Petikan dari buku Ar-Rijal Haula Ar-Rasul oleh Khalid Muhammad Khalid]
Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata,  "barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas." [Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/128]
Pakaian Umar r.a tidak pernah berubah dari sebelum menjadi Khalifah hingga menjadi Khalifah dan sehingga wafat. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal pada tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan kesemuanya.
Keprihatinan Umar r.a terhadap rakyat miskin inilah yang diulangi dan digemilangkan kembali oleh Khalifah Umar bin Abd al-Aziz , masyaAllah ....... 

Bonus video kisah Islamnya Umar Al-Khattab oleh Ustaz Nazmi Karim .......

ulama berkat

Apabila ulama bertemu ulama, maka terpancarlah 'Nur' yang dapat menyejukkan mata zahir dan mata hati orang-orang beriman dan soleh melihatnya. Hormatnya ulama muda apabila bertemu ulama yang lebih senior. SubhanAllah wa MasyaAllah .......

Ustaz Zaharuddin @ UZAR bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat @ TGNA  - Sumber


Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr MAZA bertemu TGNA - Sumber


Tuan Guru Haji Hadi bertemu TGNA - Sumber


Dato' Dr Haron Din bertemu TGNA - Sumber


Ustaz Ismail Kamus bertemu TGNA - Sumber


Ustaz Azhar Idrus @ UAI bertemu TGNA - Sumber


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat @ TGNA bertemu dengan Ulama' besar dari Syria, Syeikh Muhammad Ali As Sobuni  yang melawat Kelantan. - Sumber


Wallpaper Islamik - Ulama tidak dipedulikan lagi


Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." [Hadits Riwayat Ahmad]

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah S.W.T tutup (pada malam itu)." [Hadits Riwayat Bukhari]
“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadith Riwayat Ibnu Mas'ud)

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya”. (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling dimarahi oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar.” [Hadits Riwayat al Bukhari]