Khamis, 19 September 2013

bantu

Wahai anakku,
Sekiranya engkau berasa susah hati, terasa bagaikan tiada pertolongan yang mendatang, terasa kesunyian dan marah kerana bantuan yang diharapkan tidak mendatang, jangan kamu cepat melatah.

Kawallah otakmu daripada melayang memikirkan mengapa bantuan tidak datang. Kawallah otakmu daripada khayalan membuatkan orang lain berasa salah terhadap kesusahanmu.

Dan segeralah kamu mencari seseorang untuk dibantu. Jika kamu inginkan orang membantumu, bantulah orang lain dahulu yang dalam kesusahan. Berdermalah. Berbuatlah amal. Lakukan apa sahaja di dalam kemampuan kamu untuk meringankan kesusahannya.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Allah akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat.

Dan percaya dan yakinlah Allah akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya.

Senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan