Kisah ini terjadi pada bulan Mei 2009. Muhammad Sohail, 47 (pemilik kedai), ketika itu tengah bersiap-siap untuk menutup kedainya tepat pada tengah malam. Namun tiba-tiba seorang lelaki datang menghampirinya dengan membawa tongkat pemukul Baseball dan meminta Muhammad Sohail untuk menyerahkan sejumlah wang.
Tidak mau tunduk kepada penjahat tersebut, Sohail mengeluarkan senapang Shotgun yang diletakkan di bawah laci.Merasa kalah, lelaki bertopeng itu menjatuhkan tongkat pemukulnya ke tanah dan berlutut memohon ampun sambil menangis. Perompak tersebut mengatakan bahawa dia terpaksa merompak untuk memenuhi keperluan keluarganya yang tengah kelaparan.
"Tolong jangan panggil polis, jangan tembak saya. Saya tidak punya wang, saya tidak punya makanan di rumah saya", kata Sohail menirukan kata-kata perompak tersebut."Dia menangis tersedu-sedu seperti seorang bayi kecil"
Tidak seperti kebanyakan warga kulit putih Amerika Syarikat lainnya yang terus memanggil polis jika berada dalam situasi seperti itu, pemilik kedai itu membuka dompetnya lalu menghulurkan wang tunai sebanyak $ 40 dan sebungkus roti; namun dengan satu syarat, lelaki tersebut harus berhenti sama sekali dan tidak pernah merompak lagi
Seraya memberikan wang Sohail berkata, "Pulanglah, kembalilah kepada keluargamu!"
Terlihat saat menerima wang $ 40 tersebut, sang perompak nampak sangat terkejut. Perompak itu terpegun atas wang yang dia terima, kemudian secara tidak terduga dia mengatakan kepada Sohail bahawa dia ingin menjadi seorang Muslim seperti Sohail. Sohail dengan disertai rasa takjub kembali berkata,
"Apakah kamu serius dengan ucapanmu itu?"
Sang perompak dengan yakin menjawab, "Ya. Saya ingin menjadi Muslim sepertimu!"
Sohail kemudian meminta perompak tersebut untuk ikut mengucapkan dua kalimat syahadat seperti yang dia ucapkan sambil mengangkat sebelah tangannya, kemudian keadaan tersebut diakhiri dengan berjabat tangan sang perompak dan pemilik kedai.
Kemudian Sohail berkata, "Tunggulah di sini sebentar, saya akan ke belakang mencarikan sesuatu untuk anda, mungkin terdapat susu di belakang yang juga bolih Anda bawa pulang." Namun ketika Sohail kembali, sang perompak sudah hilang.
Setelah beberapa bulan kemudian, sang perompak mengirim surat kepada Sohail, dan di dalam surat nya itu berisi wang 40 US Dollar; dengan maksud mengembalikan wang yang telah diberikan Sohail sewaktu dirompaknya dahulu.
Surat itu diberi judul: "You Change My Life". Maksudnya bahawa Sohail telah mengubah hidup si Perompak tersebut. Walau pada kenyataannya, Sohail tak pernah tahu dan mengenal siapa lelaki yang telah merompaknya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan