Ahad, 1 September 2013

2 dalam 1

{DUA} [LEBIH] {BAIK}

Ketika ditanya kepada Allamah Sheikh Hamza Yusuf Hanson hafizahullah adakah 2 kesenangan mengatasi 1 kesusahan?

Maka dijawab Sheikh hafizahullah:

"Benar. Ianya berdalil dari surah al Insyirah.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Surah Al Insyirah)

ال yang pertama ialah alim laam MA'RIFAH. maka khusus kesusahan itu. Dan Yusr, yang disebut dalam NAKIRAH (umum).

ال yang kedua di ayat yang seterusnya itu adalah alif laam al A'hdi, iaitu Alif laam pengulangan.

Maka dapat difahami bahawa masalahnya masih sama. kesukaran yang sama. Dan Allah Sambung dengan Yusr yang masih disebut dengan NAKIRAH. Maka kemudahan dan kesenangan kedua ini adalah berbeza dengan Yang pertama.

Oleh itu, Allah menjanjikan bahawa bagi setiap 1 kesusahan, terdapat 2 kemudahan."

Sebagai contoh nak senang faham, jika susah dalam hendak menikah, nanti Allah mudahkan dapat 1 isteri. Kemudian Allah kurniakan isteri yang kedua. 
(ni contoh dari penulis, bukan sheikh hamza) hehe

~Indah hidup jika beriman~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan