Ramai orang mengeluh. Kalau sekadar minyak petrol saja yang naik boleh kira lagi, tapi lepas ni pasti harga barang akan juga naik. Gula, tepung, ayam, dan sewaktu dengan nya juga naik.
Janji2 dari mereka yang sebelum ini mahukan jawatan sebagai pemerintah hanya tinggal janji palsu. Ya, janji palsu!
Hilang sudah slogan mereka, iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Janji Ditepati". Ohh, lupa, menghadiahkan janji manis sudah sebati.
Wahai, Dato Najib, cubalah kasihan sama rakyat anda yang miskin, cubalah selami apa yang rakyat anda sedang lalui ini, jangan terlalu suka, setiap apa yang anda lakukan untuk rakyat anda akan dipersoalkan.
Teringat masa minyak naik dulu, ada orang berdoa, "ya Allah, Kau timpakan apa yang sepatutnya kepada mereka yang menzalimi kami." Kalau doa orang tu termakbul kali ni, memang 'masak' lah kalian. Fuhh, seriau.
Doa orang yang dizalimi tu makbul Dato' Najib. Semoga Allah membuka hati Dato' untuk memahami apa yang berlaku.
p/s: ini antara hadiah merdeka yang 'best'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan