Selamat Malam.. Di KL hampir keseluruhan stesen minyak penuh dengan kenderaan beratur nak isi minyak. Saya kesian melihat nasib rakyat. Baru kelmarin saya sengaja menyaksikan Tanda Putera, sebuah filem sejarah yang sangat hebat. Walaupun mutu karya dari segi beberapa footage yang tak selari dengan zaman, namun jalan ceritanya ada roh, roh perjuangan seorang tokoh hebat, Tun Abd Razak. Ayah saya antara orang yang menyanjungi Tun, kata ayah "Kalau tak kerana Tun (sebagai asbab), walid tak dak nak boleh belajaq sekolah dan kerja tinggi."
Semasa kecil lagi (dlm usia 7 tahun), ayah pernah bawa kami sekeluarga dari Kedah ke KL, kami dibawa menziarahi makam Tun Abd Razak, di sebak wajah ayah ketika itu, saya dapat bayangkan betapa Tun disayangi, bukan hanya ayah, bahkan hampir seluruh rakyat menyayangi Tun hinggakan PAS ketika itu juga sanggup bergabung dengan kerajaan kerana kebijaksanaan dan ketokohan Tun.
Ayah berulang kali bercerita pasal jasa Tun walaupun kami dah banyak kali mendengarnya, dan kami adik beradik dah hafal skrip ayah, apa yang akan ayah cakap pasal Tun. "Tun oghang ceghedik (cerdik dalam loghat Kedah), dia buat IPT utk orang Melayu, dia buat MARA, dia pembangunan rakyat, buka pemikiran rakyat, dia buka Felda utk org melayu, dia pinjam bank dunia bukan untuk merapu macam Mahathir, tapi guna untuk buat Petronas. Mai zaman Mahathir, dia peghabis (habiskan) guna buat benda takdak faedah, memang KLCC tu membanggakan negara, tapi rakyat tak dapat apa, nak masuk jamban KLCC pun kena 2 ringgit. Yang untung org kaya2, org luar, org2 kroni." Marah sungguh ayah kat Mahathir.
Saya menyaksikan ayah sebak bila dia kata, kerana Tun lah dia dapat guna buku teks zaman dia mengaji. Hebat jasamu Tun Abd Razak. Karisma, Rendah Diri, Pencinta Agama dan Bangsa. Semalam beberapa kali saya mengalirkan air mata bila menyaksikan babak Tun. Terus terang, saya rindukan pemimpin seperti beliau sebagaimana saya merindukan Dato Fadzil Noor (Presiden PAS). Saya sanggup berada dalam bendang, basah hujan, dalam hutan semata-mata nak dengar ceramah Dato Fadzil. Kebijaksanaan mereka diguna untuk rakyat. Tapi Allah cepat ambil orang-orang baik macam Tun Abd Razak dan Dato Fadzil Noor.
Nak jadi pemimpin perlu ada roh rakyat, perlu merasai kesusahan rakyat, baru tahu apa yang patut dibuat kepada rakyat. Pengumuman kenaikan minyak pada malam ini saya anggap sebagai satu tindakan yang kurang peka dengan masalah rakyat dan satu tindakan yang tidak praktikal. Dengan alasan mahu memberi BRIM adalah tidak logik sama sekali. Ini kerana BRIM tidak dirasai semua. Ada yang dinafikan hak atas alasan punya gaji tinggi sedangkan kos sara hidup pun tinggi terutama di bandar. Dan ada yang tak dapat kerana masalah birokrasi. Sedangkan dengan kenaikan minyak ini, secara logiknya pun tentu akan mengundang kenaikan barang. Ini bukan teori, memang dah berlaku sebelum ni. Percayalah wahai anak muda, kawan2, p.cik dan m.cik. Kenaikan minyak adalah satu penganiayaan. Ini kerana untung Petronas adalah tinggi dan menidakkan alasan untuk menaikan harga minyak.
Keuntungan minyak dan subsidi yang ditarik balik tu untuk apa? Pembangunan? Pembangunan untuk siapa? Rakyat? Tidak, pembangunan atau projek itu sendiri adalah untuk memenuhkan poket kroni-kroni kerajaan. Walaupun saya muda tapi saya berkawan dengan ramai org2 kuat kerajaan. Saya tahu macammana membina kekayaan dengan kroni ni. Persoalan yang juga mudah, jika minyak boleh naik harga, mengapa getah dan sawit tak naik, kalau naik pun tak sebarapa dan ada turun naik, mengapa?
Saya mewakili diri saya sendiri, orang2 kampung dan bandar yang miskin yang menyokong bantahan ini, (yang tak menyokong tu takpala, kita doakan mereka moga dapat hidayah, dapat lihat kebenaran), saya mewakili semua yang senada dengan saya, untuk menyatakan bantahan kepada tindakan tidak bertimbang rasa kerajaan terhadap kesempitan yang ditanggung oleh rakyat. Saya harapkan kerajaan lebih mengutamakan seperti yang dicanang. Bukan mengambil kesempatan di sebalik kelemahan dan kebangangang rakyat.
AZHAR GHAZALI
(Anak Muda Yang Sedih Melihat Gelagat Pemimpin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan